To Live Is to Die

free counters

Khamis, 25 Mac 2010

PEMBUNUHAN DI NEGERI SEMBILAN

Batu Kikir, Negeri Sembilan merupakan salah satu kawasan basis tentera kita dalam Perang Anti-Jepun. Sejumlah anggota pasukan 136 dan tentera rasmi British datang ke situ menjelang dan setelah Jepun menyerah diri. Pegawai-pegawai tentera British menjalankan hasutan di kalangan orang kampung. Kira-kira pada bulan Oktober 1945, imperialis British menyuruh seorang ejennya berbangsa Tionghua menyembelih seekor babi dan mencampakkan ke dalam masjid.

Orang Melayu yang menyangka tentera kita bertanggungjawab membuat angkara itu menjadi sangat marah lalu mengamuk. Antara 700 hingga 800 anggota parang panjang yang didalangi oleh imperialis British itu telah datang menyerang sebuah kampung Tionghua dan membunuh massa Tionghua. Pasukan kita yang bertugas di situ hanya 4 orang saja. Tanpa mempedulikan penjelasan, nasihat dan amaran daripada kawan-kawan, anggota-anggota parang panjang mara dengan ganasnya lalu menetak dan mencederakan keempat-empat orang itu. Di bawah keadaan nyawa mereka berada di hujung tanduk, barulah kawan-kawan melepaskan tembakan dan mengundurkan mereka. Pegawai-pegawai tentera British yang bermuka dua itu pura-pura bersimpati dengan kawan-kawan kita dan menawarkan untuk membawa kawan-kawan yang cedera itu ke hospital. Akan tetapi, setelah menaiki kereta dan tiba di pekan Batu Kikir, bedebah-bedebah orang putih itu sengaja memberhentikan kereta dan membiarkan anggota-anggota parang panjang menyeret keluar kawan-kawan kita itu lalu mencincang mereka sampai mati. Akan tetapi, peristiwa ini tidak merebak berkat usaha bersama parti kita dan tokoh-tokoh berbagai lapisan.

Blackend Is The End

Dyers Eve