To Live Is to Die

free counters

Khamis, 25 Mac 2010

PERISTIWA PEMBUNUHAN DI BALING, KEDAH

Di daerah Baling, Kedah, juga terdapat pasukan 136. Osman Jiwa, bekas Ketua Turus Angkatan Tentera dan kini salah seorang kapitalis birokrat besar di Malaysia, ketika itu juga merupakan salah seorang anggota Pasukan 136 yang diterjunkan British dari India. Pasukan tersebut yang bergerak di Baling enggan menghubungi tentera kita, apa lagi hendak bekerjasama dengan kita. Dengan tujuan untuk menentang komunis, mereka telah pergi ke kampung-kampung Melayu untuk melakukan berbagai kegiatan mensabotaj tentera kita, dan berusaha memenangi hati orang ramai dengan memberi makanan, pakaian dan lain-lain serta memujuk pemuda-pemuda Melayu supaya memasuki pasukan mereka. Suatu kali, seplatun tentera kita secara kebetulan telah terserempak dengan sepasukan pemuda-pemuda Melayu bersenjata yang tertipu di kampung. Melalui pendidikan, mereka berbalik gagang menentang gerila-gerila pasukan British itu lalu menyertai pasukan kita. Sementara itu, atas permintaan keras dari berbagai bangsa, kawan-kawan kita telah membasmi seorang penghulu yang sangat reaksioner di kawasan Tawar, Jalan Baling. Dengan menggunakan peristiwa pembasmian penghulu itu, anggota-anggota Pasukan 136 termasuk Osman Jiwa telah menjadi jelatang miang menghasut di sana sini mengatakan “orang Tionghua membunuh orang Melayu” serta mengapi-apikan orang Melayu supaya menentang orang Tionghua. Imperialis British telah menyusun kumpulan parang panjang orang Melayu di kawasan Kubang, daerah Baling dan berturut-turut mengamuk, membunuh ramai orang Tionghua di daerah Baling dan bahagian tengah Kedah. Ketegangan keadaan dapat dikendurkan hanya melalui usaha parti dan tentera kita dengan menjalankan pendidikan kepada massa rakyat Melayu dan Tionghua supaya menghentikan permusuhan dan jangan tertipu oleh hasutan musuh.

Blackend Is The End

Dyers Eve