To Live Is to Die

free counters

Rabu, 24 Mac 2010

USAHA-USAHA MENAMATKAN PEPERANGAN


perundingan antara rombongan Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu dengan rombongan

PKM di Baling, Kedah pada bulan Disember 1955


Tahun 1955, pilihanraya umum pertama diadakan. Kaum penjajah British terpaksa memberikan status kerajaan sendiri kepada Malaya. Ini adalah kemenangan pertama perjuangan kemerdekaan Malaya.


Memandangkan perkembangan situasi baru tersebut, Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan untuk mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi menamatkan peperangan, mewujudkan perdamaian dan mengisi kemerdekaan. Chin Peng, Setiausaha Usaha Agung PKM telah menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu untuk tujuan tersebut.


Dengan itu berlakulah perundingan meja bulat antara rombongan PKM dan rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di Baling Kedah pada bulan Disember 1955. Perundingan itu dikenali sebagai Perundingan Baling.


Perundingan tidak mencapai apa-apa kehasilan. Tunku hanya memberikan jalan menyerah diri atau dibinasakan, manakala PKM tidak dapat menerima apapun syarat penyerahan diri kerana ia merupakan suatu pengkhianatan kepada perjuangan kemerdekaan. Dalam perundingan itu, PKM menyatakan sokongan kepada Tunku Abdul Rahmah untuk mengadakan perundingan London dengan kerajaan British untuk kemerdekaan tanah air.


Walau bagaimanapun, PKM menganggap perundingan tak mungkin mencapai persetujuan kerana kuasa pemerintahan masih di tangan penjajah British.


Selepas menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, PKM sekali lagi mengeluarkan Manifesto bertarikh 1 September 1957 menyeru Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan perundingan untuk menamatkan peperangan. Akan tetapi, sayangnya Tunku Abdul Rahman menolak untuk mengadakan perundingan. Menifasto PKM tersebut dijawab dengan kempen kepung basmi besar-besaran dan propaganda penyerahan diri dengan pengampunan beramai-ramai.

Blackend Is The End

Dyers Eve