To Live Is to Die

free counters

Isnin, 31 Mei 2010

SENIMAN JALANAN LAMBANG PERJUANGAN KELAS MARHAEN




























PARTI PERSAUDARAAN ISLAM MALAYA (PAPERI) SEBAGAI ALTERNATIF JIKA PAS MASUK UMNO


Dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, berbagai aliran dan berbagai ideologi telah berganding bahu, mengenepikan perbezaan, mencari titik persamaan dalam perjuangan bersama menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Berbagai aliran dan ideologi ini ialah nasionalisme, sosialisme, agama dan komunis.

Golongan ideologi yang berlandaskan Islam juga besar peranannya dalam perjuangan kemerdekaan. Sebelum darurat diisytiharkan, golongan ini pada pokoknya tergabung dalam Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang berpusat di Gunung Semanggol, Perak.

Dalam satu kongres Islam di Gunung Semanggol pada tahun 1947, berbagai pihak telah dijemput hadir. Saya juga dijemput atas nama PKM, Dr. Burhanuddin dan lain-lain atas nama PKMM, Boestamam atas nama API dan lain-lain lagi. Persidangan telah membincangkan masalah memperkuatkan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air daripada penjajah British.

Akan tetapi, gabungan kekuatan yang memperjuangkan kemerdekaan itu telah ditindas dengan kejam oleh penjajah British. Hizbul Muslimin dan lain-lain diharamkan, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara. Sungguhpun begitu sebilangan kecil yang tidak tertangkap menyambung perjuangan seperti Asri Haji Muda, Hassan Adli dan lain-lain. Hassan Adli berasal dari Kampung Gajah. Sebelum Darurat dia aktif menggerakkan kaum tani dari Kampung Gajah, Perak sampai ke Tanjung Karang dan Terengganu. Asri pernah menuntut di Il-Ihya Assyarif, Gunung Semanggol. Kemudian beliau aktif dalam PAS dan pernah menjadi Setiausaha Agung PAS yang memerintah Kelantan. Di samping itu beliau juga menantu kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Berkenaan Dr. Burhanuddin pula, saya telah membuat pengaturan terperinci masalah koordinasi perjuangan antara saya dengan beliau. Sebelum meninggalkan basis Temerloh pada tahun 1943, melalui seorang pemuda bawah tanah yang bernama Harun, saya dan Dr. telah berjanji akan menitik beratkan perjuangan di bahagian utara. Beliau akan bergerak di Terengganu. Kerana Terengganu dekat dengan kawasan sempadan, kami boleh berhubungan. Seorang pemuda progresif yang menyokong pendirian Dr. Burhanuddin ialah Aminuddin Baki. Sebelum Darurat, dia selalu datang ke Rumah Merdeka membaca bermacam-macam buku. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Rafles School, Singapura. Setelah Darurat, dia bekerjasama dengan Dr. Burhanuddin melancarkan perjuangan kemerdekaan di Singapura. Walau bagaimanapun rancangan koordinasi antara saya dan Dr. Burhanuddin ini menghadapi banyak halangan kerana situasi perjuangan yang amat kusut masai.

Untuk tujuan tersebut, mulai tahun-tahun 1960-an, gerakan bawah tanah Rejimen Ke-10 ke tanah air mulai berkembang. Masa itu saya dapat hubungi pelajar-pelajar Islam progresif di beberapa buah sekolah agama di Kelantan, pokoknya Maahad Muhammadi serta menghubungi tokoh-tokoh agama dalam gerakan kiri dulu.

Di bawah situasi dan perkembangan baru ini, mereka memerlukan satu organisasi mereka sendiri untuk bergabung tenaga. Oleh itu syarat untuk menubuhkan sebuah parti Islam untuk menyambung cita-cita gerakan Islam progresif pada masa sebelum Darurat yang dipelopori Dr, Burhanuddin, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain sudah pun tersedia.

Saya mencadangkan nama PARTI PERSAUDARAAN ISLAM MALAYA atau ringkasnya PAPERI. Nama ini diambil berkat nama Persatuan Persaudaraan Islam Sedunia, yang ikut hadir dalam Sidang Serantau Asia di New Delhi pada tahun 1947. Dalam persidangan khas pertubuhan di New Delhi, saya telah dilantik sebagai Pesuruhjaya bagi Malaya. (telah saya jelaskan sedikit dalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: ZAMAN PERGERAKAN SEHINGGA 1948, ms. 254 - 255).

Dalam keputusan persidangan Paperi kali pertama pada 20 April 1965 / 20 Zulhijjah 1384 berbunyi:

Enam bulan yang lalu, wakil-wakil daripada berbagai gerup pemuda-pemuda Islam yang patriotik telah mengadakan suatu permesyuaratan. Mesyuarat telah memutuskan akan mengadakan suatu sidang perwakilan untuk memusatkan tenaga revolusioner Islam yang patriotik dan menentukan haluan perjuangan yang akan datang.

Tepat pada 10 Zulhijjah iaitu pada Hari Raya Haji tahun Hijrah 1384, di suatu tempat yang bersejarah telah diadakan sidang perwakilan. Persidangan telah membincangkan berbagai-bagai masalah yang menyangkut perjuangan revolusi nasional Malaya; persidangan telah mengambil keputusan akan mencantumkan semua gerup pemuda Islam revolusioner itu dijadikan asas penubuhan sebuah parti politik Islam yang revolusioner di Malaya, persidangan dengan sebulat suara menyetujui parti politik Islam ini dinamakan "PARTI PERSAUDARAAN ISLAM" atau nama ringkasnya PAPERI. Sayap pemudanya dinamakan PEMUDA ISLAM manakala sayap wanitanya dinamakan WANITA ISLAM. Persidangan dengan sebulat suara melantik Saudara Dr. Abdul Latif sebagai Yang Dipertua Parti Persaudaraan Islam manakala Saudara Haji Sulaiman dilantik sebagai Setiausaha Agungnya dan juga merangkap Ketua Pemuda Islam, sedangkan Saudari Zainab telah dilantik sebagai Ketua Wanita Islam.

Selain itu, ditetapkan Undang-undang Tubuh Paperi sebagai berikut:

1. Nama: Parti Persaudaraan Islam, ringkasnya Paperi

2. Tujuan: Berjuang untuk kemerdekaan penuh, bersatu, bebas dan berdaulat bagi bangsa dan nusa; untuk demokrasi rakyat dan kebebasan agama Islam; untuk kemerdekaan ekonomi dan kemakmuran rakyat; membangun tentera Islam dan untuk berkeperibadian di bidang kebudayaan.

3. Syarat Keanggotaan:
3.1. Lelaki dan wanita Islam boleh menjadi anggota dengan syarat bersetuju dengan program Paperi.
3.2. Menurut tatacara jadi anggota.
3.3. Melaksanakan kewajipan.

4. Kewajipan Keanggotaan:
4.1. Mempelajari risalah-risalah Paperi.
4.2.Mendakyahkan perjuangan Paperi dan menegakkan syiar Islam.
4.3. Mmendirikan dan mengembangkan organisasi-organisasi Paperi.
4.4. Memperjuangkan panca program Paperi.
4.5. Mengerahkan rakyat menerjunkan diri dalam perjuangan pembebasan nasional demokrasi ini.

5. Hak-hak Keanggotaan:
5.1. Berhak mengeluarkan fikiran-fikiran, berbincang mengemukakan cadangan-cadangan dan kritik-kritik yang membina dalam mesyuarat-mesyuarat.
5.2. Berhak untuk memilih dan dipilih.

6. Organisasi:
6.1. Tiga orang ke atas boleh mendirikan cawangan Paperi.
6.2. Cawangan Paperi yang didirikan dalam berbagai lapangan dihitung cawangan Paperi bahagian itu, umpamanya di kalangan kaum tani di kampung-kampung dihitung bahagian kerja kaum tani, kalangan kaum buruh di perusahaan-perusahaan dihitung bahagian kerja buruh. Kalangan pelajar-pelajar dihitung bahagian pelajar-pelajar dan sebaginya.
6.3. Segala gerakan dan perjuangan konkrit masing-masing cawangan mengikut arahan atasan.

7. Kekuasaan:
7.1. Kuasa tertinggi pertubuhan Paperi ialah sidang atau kongres.
7.2. Pada ketika kongres tidak berlangsung, Jawatankuasa Pusat merupakan badan tertinggi mengurus pentadbiran sehari-hari. Organisasi-organisasi negeri, daerah dan cawangan ditadbirkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa negeri, daerah dan cawangan.
7.3. Ahli-ahli jawatankuasa dipilih di dalam mesyuarat-mesyuarat cawangan, daerah, negeri dan sidang perwakilan atau kongres.

8. Kewangan:
8.1. Setiap anggota diwajibkan membayar yuran yang tetap (ditetapkan oleh tempat masing- masing).
8.2. Di ketika yang diperlukan mengutip derma-derma khas.
8.3. Segala urusan kewangan diuruskan oleh bendahari.

9. Keluar dari anggota:
9.1. Dipecat dari anggota kerana melanggar disiplin Paperi.
9.2. Atas permintaan sendiri dan diluluskan oleh Jawatankuasa Paperi.

Berkenaan kenyataan Paperi di atas perlulah dibuat sedikit penjelasan di sini. Nama-nama yang disertakan di situ adalah nama samaran. Saya hanya bertanggungjawab menubuhkan dan memimpin untuk sementara saja. Apabila situasi perjuangan mengizinkan, saya rancangkan akan menyerahkan kepimpinannya kepada Aminuddin Baki di bawah bimbingan Dr. Burhanuddin.

Setelah diumumkan penubuhan PAPERI, berbagai pihak memberikan reaksi masing-masing. Pihak kerajaan secara terang-terangan mengatakan bahawa komunis memperalatkan agama.

Seorang bekas anggota API dari Selangor bernama Yunus Yatimi secara terang-terangan mengatakan bahawa Abdullah C.D. yang bertanggungjawab menubuhkan Paperi. Yunus Yatimi rapat dengan Boestamam dan saya pernah berjuang bersama beliau sebelum Darurat dulu. Beliau benar-benar faham hasrat saya menubuhkan Paperi untuk meneruskan perjuangan Islam progresif yang telah ditindas dengan kejam oleh penjajah British.

Walau apa pun yang dikatakan oleh pihak lawan, Paperi adalah benar-benar sebuah pertubuhan Islam progresif menyambung cita-cita perjuangan kemerdekaan aliran agama sebelum Darurat. Paperi tetap dengan prinsip bersatu di atas landasan agama, nasionalis dan sosialis, berjuang untuk sebuah negara yang benar-benar merdeka dan berdaulat dan mengutamakan kepentingan rakyat jelata. Di samping itu, Paperi dengan jelas menyatakan sokongannya kepada perjuangan bersenjata yang dilancarkan Rejimen Ke-10 untuk kemerdekaan nasional dan pembebasan rakyat.

Pihak berkuasa berwar-war bahawa Paperi parti atas kertas sahaja. Akan tetapi kenyataan tidak begitu. Paperi sebuah parti Islam memang benar-benar wujud bergerak secara bawah tanah, menyusun pemuda pemudi Islam, tokoh-tokoh patriotik demokratik, ahli-ahli parti pembangkang dan lain-lain yang progresif, membantu parti-parti pembangkang yang progresif dalam pilihan raya dan lain-lain. Cawangan dan gerup Paperi tersebar di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ada sebahagian anggota Paperi yang terputus hubungan bergerak secara bebas menyusun massa rakyat. Mereka secara sendiri bangkit berjuang dalam berbagai bentuk menentang kezaliman seperti yang tercermin dalam peristiwa menyerang balai polis Batu Pahat pada 16 Oktober 1980, seramai 15 orang penyerang yang terdiri dari massa rakyat telah terkorban.

Pada tahun 1985, pihak kerajaan bertindak nekad menembak mati 14 orang umat Islam di Kampung Memali Kedah. Ibrahim Libya yang memimpin sekolah agama di situ adalah antara syuhada yang ditembak mati oleh pihak pemerintah. Ibrahim adalah kader Paperi yang mengembangkan gerakan agama progresif di bawah PAS.

Ahad, 30 Mei 2010

PERLEMBAGAAN PARTI KOMUNIS MALAYA DI TULIS DALAM TULISAN JAWI

Perlembagaan PKM (1)

Perlembagaan PKM (2)

KENYATAAN PENTING DARI WASIAT PEJUANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Wasiat pejuang memohon ribuan kemaafan kepada semua pembaca kerana sejak kebelakangan ini tidak dapat mengemaskini blog secara teratur. Ini adalah di sebabkan saya kekurangan masa untuk berbuat demikian kerana kesibukan tugas harian. Namun begitu pembaca boleh terus berhubung dengan saya di FaceBook.

Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah banyak memberikan sokongan kepada blog ini dan dari apa yang di perolehi dari server Life FeedJit kebanyakan pelawat yang masuk ke wasiat Pejuang adalah dari kalangan mereka yang telah "Bookmarks" blog ini di dalam komputer mereka.

Sekian,

Wasiat pejuang

Sabtu, 29 Mei 2010

MANGSA TAHANAN PERTAMA ISA SETELAH DI LULUSKAN


Volume II
No. 46
Tuesday
7th February, 1961
___________________________________________

PARLIAMENTARY
DEBATES


DEWAN R A4 AY AT
(HOUSE OF REPRESENTATIVES)
OFFICIAL REPORT

CONTENTS
ORAL ANSWERS TO QUESTIONS [Col. 5075]


MOTIONS—

The Second Five-Year Plan [Col. 5083]
ADJOURNMENT SPEECH [Col. 5167]

PRINTED AT THE GOVERNMENT PRESS
BY THOR BENG CHONG, ACTING GOVERNMENT PRINTER
FEDERATION OF MALAYA

1961


__________________________________________

FEDERATION OF MALAYA
DEWAN RA'AYAT

(HOUSE OF REPRESENTATIVES)
Official Report
Second Session of the First Dewan Ra'ayat
Tuesday, 7th February, 1961

The House met at Ten o'clock a.m.
PRESENT:

The Honourable Mr. Speaker, DATO' HAJI MOHAMED NOAH BIN OMAR,
S.P.M.J., D.P.M.B., J.P.
the Prime Minister and Minister of External Affairs,
Y.T.M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, K.O.M.
(Kuala Kedah).
the Deputy Prime Minister, Minister of Defence and
Minister of Rural Development, TUN ABDUL RAZAK BIN
DATO' HUSSAIN, S.M.N. (Pekan).
the Minister of Internal Security, DATO' DR. ISMAIL BIN
DATO' ABDUL RAHMAN, P.M.N. (Johore Timor).
the Minister of Finance, ENCHE' TAN SIEW SIN, J.P.
(Malacca Tengah).
the Minister of Works, Posts and Telecommunications,
DATO' V. T. SAMBANTHAN, P.M.N. (Sungei Siput).
the Minister of Agriculture and Co-operatives, ENCHE'
ABDUL AZIZ BIN ISHAK (Kuala Langat).
the Minister of Transport, ENCHE' SARDON BIN HAJI JUBIR
(Pontian Utara).
the Minister of Health and Social Welfare, DATO' ONG
YOKE LIN, P.M.N. (Ulu Selangor).
the Minister of Labour, ENCHE' BAHAMAN BIN SAMSUDIN
(Kuala Pilah).
the Minister of Education, ENCHE' ABDUL RAHMAN BIN
HAJI TALIB (Kuantan).
the Assistant Minister of Information and Broadcasting

_______________________________________

Tahanan Dalam Lock-up Balai Polis

5. Enche' K. Karam Singh bertanya kapada
Menteri Keselamatan Dalam
Negeri ia-itu apa-kah sebab-nya maka
hanya Koh Pak Ngee dan Tan Pin
Ying di-antara orang yang di-tahan
baharu2 ini di-tahan dalam lock-up

Dato' Dr. Ismail: Tuan Yang di-
Pertua, orang2 yang berkenaan itu
Sabagaimana juga orang2 tahanan yang
lain telah di-tahan oleh pehak polis
bagi masa yang sa-singkat2-nya untok
menyempurnakan segala penyiasatan.

Enche' K. Karam Singh: Mr.
Speaker, Sir, why was it necessary that
the investigations into the case of these
two people were prolonged so long
after the investigations into the cases
of other detainees were terminated?
What were the special reasons?

Dato Dr. Ismail: Tuan Yang di-
Pertua, jawapan-nya senang sahaja
bahawa sa-paroh orang lekas dipereksa
dan sa-paroh-nya lambat.
Manusia pun ada berlainan tabi'atnya.

Enche Liu Yoong Peng (Rawang):
Mr. Speaker, Sir, what is the minimum
period of being kept in the lock-up?

Dato Dr. Ismail: Jawab-nya, tidak
ada minimum.

Enche V. David (Bungsar): Sir,
what is the maximum then? (Laughter).

6. Enche K. Karam Singh asks the
Minister of Internal Security to state
when Koh Pak Ngee and Tan Pin Ying
will be transferred to a detention camp.

Dato Dr. Ismail: Tuan Yang di-
Pertua, Koh Pak Ngee telah di-pindahkan
kapada satu tempat tahanan pada
26 haribulan January, 1961, dan Tan
fin Ying pula telah di-pindahkan pada
satu tempat pada 4 haribulan February,
1961.

Enche K. Karam Singh: Mr.
Speaker, Sir, supplementary question.
Where have these two detainees been
transferred to?

Dato' Dr. Ismail: That is a question
which, I think, I will be able to inform
the Honourable Member if it is only
for his information.

Enche' K. Karam Singh: I did not
hear that reply, Sir.

Dato' Dr. Ismail: Sir, if the Honour-
able Member would only listen to my
reply rather than thinking of asking
supplementary questions, perhaps he
would have heard my reply.

Mr. Speaker: Will you repeat your
reply? (Laughter).

Dato' Dr. Ismail: I said if he wants
the information for himself, I can give
it to him.

Enche' D. R. Seenivasagam: Mr.
Speaker, Sir, supplementary question.
May we know whether, from what the
Honourable Minister says, this House
is not entitled to know where these two
persons are being detained? And if the
answer is "No," then why are we not
being told?

Dato Dr. Ismail: Well, Sir, the
question was asked by the Honourable
Member for Damansara and I said that
if the Honourable Member is interested,
I will tell him. But if other Members
of the House are interested, I will tell
them too. (Laughter).

Enche D. R. Seenivasagam: Mr.
Speaker, Sir, I am interested myself.

Dato Dr. Ismail: I will give the
Honourable Member the information too.
Enche9 K. Karam Singh: Mr.
Speaker, Sir, I am not asking this
information privately. I am asking this
information so that the country can
know? and I expect the Minister will
honour his public obligation and give
us the information in this House.

Dato Dr. Ismail: Well, I will give it
to him at the next meeting of Parliament.

Dato Onn: Mr. Speaker, Sir, this
question is made in an open House, in
Dewan Ra'ayat, and it is incumbent
upon the Minister to reply to that
question openly; to give that information
to this House and not to any
particular individual.

Dato' Dr. Ismail: Sir, if the Honour-
High Street, able Member would only listen to my
rather than thinking of asking
supplementary questions, perhaps he
Batu Gajah. would have heard my reply.

Dato Dr. Ismail: Well, Sir, the
question was asked by the Honourable
Member for Damansara and I said that
if the Honourable Member is interested,
I will tell him. But if other Members
of the House are interested, I will tell
them too. (Laughter).

Enche D. R. Seenivasagam: Mr.
Speaker, Sir, I am interested myself.

Dato Dr. Ismail: I will give the
Honourable Member the information
too.

Enche K. Karam Singh: Mr.
Speaker, Sir, I am not asking this
information privately. I am asking this
information so that the country can
know? and I expect the Minister will
honour his public obligation and give
us the information in this House.

Dato Dr. Ismail: Well, I will give it
to him at the next meeting of Parliament.

Dato Onn: Mr. Speaker, Sir, this
question is made in an open House, in
Dewan Ra'ayat, and it is incumbent
upon the Minister to reply to that
question openly; to give that information
to this House and not to any
particular individual.

Dato' Dr. Ismail: I am not suggesting
that I am going to reply in secret.

Enche' K. Karam Singh: If the
Minister refuses to tell us where these
two detainees have been sent, Mr.
Speaker, Sir, I would want to know

whether they are in this country, or
whether they have been sent out of this
country; and what is their condition,
because the Minister's secretiveness
over this matter causes concern over
the safety of these two detainees.

Enche' S. P. Seenivasagam: Mr.
Speaker, Sir, supplementary question.
Is it not a fact that the Minister himself
does not know where these two men
are? Is that not the truth?

Dato' Dr. Ismail: There are only two
camps left.

Enche' D. R. Seenivasagam: Mr.
Speaker, Sir, a supplementary question
has been asked by me: will the
Honourable Minister disclose to this
House where these two persons are
being detained? We would like an
unequivocal answer to that question.

Mr, Speaker: You are asking him to
inform the House? (to Dato' Dr. Ismail)
Are you prepared to do it?

Dato' Dr. Ismail: Sir, there are only
two detention camps left. But if the
Honourable Member wants to know
exactly which one, I would require
notice of that.

Enche' V. David: Will the Honourable
Minister say that these people are
being detained under a disgusted place
of detention?

Dato' Dr. Ismail: They will not be
under any more severe circumstances
than the Honourable Member has
experienced. (Laughter).

Dato Onn: Sir, the Honourable
Minister has said that there are only
two detention camps left. Can he not
tell this House which one of the two
these people are detained in? (Laughter).

Enche' D. R. Seenivasagam: Mr.
Speaker, Sir, do we have an assurance
from the Honourable Minister that
these two persons at least are in one of
the two detention camps? (Laughter).

Dato' Dr. Ismail: Yes.

_______________________________________

Nama : Koh Pak Ngee

Tahun : 1960, 5 November, tengah malam

Tempoh Tahanan : Tidak dinyatakan

Peranan : Penolong Setiausaha Agung Barisan Sosialis (SF),

Ketua Editor NYALA,

organ parti SF ,calon Parlimen SF bagi Pilihan Raya Umum 1959

Alasan Penahanan : Tidak dinyatakan

Khamis, 27 Mei 2010

Rabu, 26 Mei 2010

DOSA PAS TERHADAP MANGSA MEMALI (BERGAMBAR)

SETELAH TAMAT PERINTAH DARURAT PADA TAHUN 1960 KERAJAAN PERIKATAN TELAH MENGUSULKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI BAGI MENGHALANG KEBANGKITAN RAKYAT YANG DI PELOPORI OLEH PKM DAN PARTI PARTI BERHALUAN KIRI. USUL INI TELAH MENDAPAT SOKONGAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), KONONNYA AKTA ISA HUKUMNYA SAH DI SISI ISLAM BAGI MENGHAPUSKAN KOMUNIS.

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKAN ANGGOTA PARTI KOMUNIS MALAYA DI BUNUH DENGAN KEJAM OLEH PIHAK BRITISH DAN SEKUTUNYA UMNO/PERIKATAN.








GAMBAR DI BAWAH PULA ADALAH MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM OLEH KERAJAAN UMNO/BARISAN NASIONAL. MEREKA DI BUNUH KERANA TIDAK MAHU TUNDUK KEPADA AKTA YANG PENUH DENGAN KEZALIMAN. MENGAPAKAH PAS MENGHUKUM ISA ITU HARAM DI SISI ISLAM JIKA YANG MENJADI MANGSA ITU ADALAH AHLI ATAU PENYOKONG MEREKA SEDANGKAN MEREKA MENGUNAKAN ALASAN AGAMA UNTUK MENGHALALKAN ISA KETIKA IANYA DI BENTANGKAN OLEH UMNO/PERIKATAN DULU?

Blackend Is The End

Dyers Eve