Blackend Is The End

Jumaat, 25 Jun 2010

SAMBUNGAN KISAH MAT INDERA (ISU BUKIT KEPONG)

Mat Indera amat disayangi oleh massa revolusioner yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi tetapi amat dibenci oleh kaum penjajah British. Oleh itu kaum penjajah telah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dapat dibunuh.
Mat Indera bersama rakan guru agama kerajaan Johor.

Tahun 1951, ketika Mat Indera dan sejumlah kawan Melayu bergerak di Batu 6 Jalan Air Hitam, seorang hantu penjajah yang diseludupkan di kalangan orang ramai menjalankan tipu daya memberikan makanan beracun kepada Mat Indera. Mat Indera pengsan kerana keracunan. Mengambil peluang inilah penjajah telah menangkap Mat Indera dan mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.

Mengetahui Mat Indera tertangkap, massa rakyat mengutuk keras kebiadaban penjajah British. Ratusan massa datang ke penjara menyampaikan rasa hormat mereka kepada Mat Indera serta menghadiahkan makanan sebagai menyatakan simpati dan hiburan yang mendalam.

Di penjara, penjajah British menggunakan berbagai siasat baik keras mahupun lembut, baik penyeksaan mahupun pujuk rayu dan tipu muslihat. Akan tetapi, semua tipu muslihat penjajah itu tidak dapat melunturkan tekad teguh Mat Indera.

Kerana habis segala cara, penjajah British cuba membawa Mat Indera ke mahkamah terbuka. Akan tetapi beratus-ratus massa rakyat dari berbagai tempat dan lapisan datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan tegas mereka kepada Mat Indera serta mengutuk kezaliman penjajah. Mereka menyerahkan surat bantahan menuntut beliau segera dibebaskan tanpa syarat.

Kerana takutkan pengaruh Mat Indera dan kebangkitan massa rakyat, penjajah British membatal- kan mahkamah terbuka tersebut. Mat Indera kemudiannya digantung sampai mati di penjara Kemunting, Perak. Ketika terkorban beliau baru berusia 33 tahun.

Mat Indera seorang pahlawan kemegahan bangsa Melayu yang telah menyumbangkan seluruh jiwa raganya untuk kemerdekaan nusa, bangsa dan agama.

---

dipetik dari Memoir Abdullah C.D. bahagian pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, SIRD 2005

Rabu, 23 Jun 2010

LATAR BELAKANG MAT INDERA (PERISTIWA BUKIT KEPONG)


Mat Indera lahir dalam sebuah keluarga miskin di Muar, Johor dan mempunyai tiga orang adik beradik. Kerana kemiskinan, beliau hanya dapat bersekolah Melayu beberapa tahun sahaja dan kemudian meneruskan pelajarannya ke sekolah agama. Berkat kemajuannya dalam belajar dan atas perhatian guru besarnya, beliau dapat menjadi guru agama untuk sementara waktu. Sebagai seorang guru yang baik, pengaruhnya dengan cepat tersebar luas di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di Muar serta daerah sekitarnya.

Pemimpin Buruh

Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian dan kebolehannya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan, beliau telah dilantik sebagai ketua kesatuan buruh pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh.

Seiring dengan menggeloranya perjuangan kemerdekaan selepas Perang Dunia kedua yang dipelopori oleh PKM, PKMM, Kawan Mat Indera menyertai PKMM dan menjadi salah seorang pemimpin API di Johor. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi anggota PKM. Setelah API diharamkan, beliau secara otomatik memimpin PETA.

Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup juga aktif dalam gerakan kemerdekaan. Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik pada pidatonya serta memberikan sokongan yang hangat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya.

Dalam perjuangan yang besar ini, Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang tinggi prestijnya, juga seorang pemimpin buruh yang ulung. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan berbaikan layanan kerja kepada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengeruk untuk itu telah menolak tuntutan menasabah mereka. Kaum buruh sangat marah lalu mengadakan pemogokan besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan pemogokan itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Kawan Mat Indera dan menghumbannya ke penjara.

Akan tetapi kawan Mat Indera teguh bagaikan waja. Di dalam penjara, beliau menyerukan kaum buruh meneruskan perjuangan hingga majikan menerima tuntutan mereka. Beliau berkata: “Saudara-saudara jangan takut, biar kita semua masuk penjara taka apa. Kita mesti bersatu padu, kemenangan pasti milik kita!”

Pemenjaraan beliau selama beberapa bulan itu semakin membajai tekad juangnya. Dengan meremehkan polis penjajah, beliau sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik dari mereka. Walaupun beratus-ratus buruh pelabuhan hendak menjaminnya supaya dia keluar dari penjara, tapi sebagai membantah kepada pemenjaraannya yang tidak adil itu beliau menasihati kaum buruh agar tidak perlu berbuat demikian. Sebaliknya beliau mengobarkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih lagi di luar sementara beliau berjuang dari dalam penjara.

Abdullah C.D. yang bertanggungjawab langsung memimpin PKMM dan Jabatan Kerja Melayu PKM di Johor menulis dalam memoirnya:

“Muar juga satu kawasan yang kuat gerakan kemerdekaannya dan luas organisasi pasukan bersenjatanya. Di Muar ada pejabat cawangan PKMM. Istimewanya pejabat ini menjadi pejabat untuk organisasi patriotik-demokratik yang lain seperti JKM, API/PETA, AWAS dan juga kesatuan buruh di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih.”

“Selain itu, di Muar juga ada cawangan Balai Pustaka. Walaupun ia lebih kecil berbandingkan Balai Pustaka di Kuala Lumpur, tetapi menyediakan banyak buku progresif serta menerbitkan akhbar. Balai Pustaka ini dipimpin langsung oleh ahli Jawatankuasa Pusat Jabatan Kerja Melayu Samsuddin Salleh.“

Yang dimaksudkan pejabat PKMM itu ialah pejabat buruh pelabuhan Muar di bawah pimpinan Mat Indera.Pejabat itu tidak setakat pejabat kesatuan buruh sahaja, malah menjadi pusat gerakan kemerdekaan di mana berbagai oraganisasi seperti Kesatuan Buruh, PKMM, Jabatan Kerja Melayu dan API/PETA. Setelah terbentuknya PMFTU, pejabat tersebut menjadi pejabat PMTU bahagian Muar pula.


Salah Seorang Pemimpin Rejimen Ke-10

20 Jun 1948, Kaum penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara. Seruan revolusi bergema di serata tempat. Kawan Mat Indera tampil ke depan memimpin belasan pemuda revolusioner memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British.

Tak lama kemudian beliau telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Di dalam pasukan bersenjata, beliau bekerja kencang siang dan malam mencurahkan segenap tenaga bagi pembangunan pasukan, memperkukuh dan memperluas kawasan basis dan daerah gerila di negeri Johor.

Beliau mesra dengan para perajurit dan amat di kasihi perajurit amat menghormatinya. Beliau dapat menyelami isi hati kawan-kawan dan sentiasa bertukar-tukar fikiran dengan kawan-kawan secara dari hati ke hati. Sebagai seorang kader, beliau dengan tegas mempertahankan langgam hidup sederhana dan berjuang keras, memperlakukan perajurit secara sama derajat. Dengan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam beliau menyimpan kesusahan bagi diri sendiri dan memberikan kemudahan kepada orang lain. Pernah terjadi peristiwa beliau tidur bertemankan kesejukan dalam hutan belantara yang tebal kerana selimutnya diberikan kepada kawan yang sakit.

Kawan Mat Indera mempunyai semangat gagah berani, kecekapan dan ketangkasan. Pada bulan Oktober 1948, beliau telah memandu satu regu perajurit menyerang hendap sebuah jeep yang membawa seorang manger orang putih bersama 5 orang askar di sebuah estet getah di batu 6, Jalan Muar – Air Hitam, Johoar. Semua musuh dalam jeep itu telah ditewaskan, 4 orang terbunuh termasuk manager Briitsh manakala 2 lagi luka-luka. Mereka berjaya merampas 4 laras senapang dan sejumlah alat perlengkapan militer.

Pertempuran menyerang balai polis Bukit Kepung daerah Muar pada 23 Februari 1950 telah lebih meninggikan prestij Mat Indera dan pasukan gerila di kalangan massa revolusioner. Pertempuran meletus pada waktu subuh dan berlangsung dengan sengitnya selama beberapa jam. Dengan mengobarkan kekuatan tembakan kita, kawan-kawan berjaya memberikan pukulan hebat ke atas musuh dan menembak mati sejumlah mereka.

Untuk memberi peluang polis-polis itu hidup, Mat Indera memerintahkan mereka menyerah diri, buang senapang tak mati. Akan tetapi polis-polis itu tetap berdegil dan meneruskan perlawanan. Kita tak dapat tidak terus menekan musuh dengan tembakan gencar dan lontaran bom tangan sehingga akhirnya balai polis itu terbakar dan seluruh musuh dibasmi.

Pada hari itu juga Mat Indera mengadakan rapat umum besar-besaran di pekan itu. Di tengah-tengah sorak sorai massa rakyat, Kawan Mat Indera telah berpidato dengan berapi-api menyampaikan berita kemenangan kepada mereka. Orang ramai yang terberangsang dengan pertempuran itu telah memberikan derma wang serta bahan-bahan makanan dan alat perlengkapan dalam jumlah yang besar sehingga tak habis dipunggah oleh kawan-kawan.

Kawan Mat Indera juga seorang kader penyusun massa yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di berbagai daerah negeri Johor sebagai hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau yang penyusun massa di berbagai kawasan terutamanya di Muar membawa ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat, telah memperoleh hasil-hasil yang menonjol. Beliau telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan massa pekerja khasnya kaum tani.

Hubungan beliau dengan massa bagaikan isi dengan kuku. Beliau sangat mengambil berat kehidupan massa di segala bidang. Massa rakyat yang luas pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih lagi gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Kawan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin bagi mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi basis untuk menyokong perjuangan bersenjata. Pasukan bela diri rakyat telah didirikan di berbagai tempat untuk mempertahankan kampung halaman dan menjaga keamanan. Banyak perajurit baru telah dikutip. Massa rakyat berbondong-bondong menghantar perbekalan dan alat-alat kelangkapan kepada pasukan serta menyerahkan putera puteri tersayang mereka menyertai pasukan. Dengan demikian terbentuklah satu jaringan luas kawasan pedesaan pantai barat negeri Johor sebagai pangkalan Tentera Pembebasan.

Kerana pengaruh yang tinggi di kalangan orang ramai, maka terciptalah beberapa dongeng yang menganggap beliau sebagai “keramat”, “boleh menghilangkan diri dan boleh muncul dengan tiba-tiba”, “kebal tak lut dek peluru”, dan lain-lain. Askar-askar upahan penjajah pula gementar ketakutan bila mendengar nama dan kehandalannya. Mereka mengatakan hanya “peluru emas” saja dapat melukai Kawan Mat Indera.

---
bersambung dengan PENJARA TAK TAKUT, GANTUNG TAK GENTAR

PENJELASAN TERHADAP ISU SERANGAN BALAI POLIS BUKIT KEPUNG OLEH PENGERUSI PARTI KOMUNIS MALAYA

Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.

Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tak putus-putus melaungkan seruan "surrender", "buang senapang tak mati", agar polis-polis itu terselamat dari maut. Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan mati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru.

Selepas pertempuran itu, Mat Indera memimpin rapat umum di kalangan massa. Mat Indera telah menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberangsang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan.

Pertempuran menyerang Balai Polis Bukit Kepung mencerminkan betapa sengit dan menggeloranya perjuangan untuk kemerdekaan Malaya. Akan tetapi sayangnya ia telah disalah ertikan sebagai "keganasan" oleh penjajah dan juga oleh sebilangan orang yang berpendirian menyokong penjajahan. Sebuah filem Peristiwa Bukit Kepung telah diterbitkan untuk memutarbelitkan sejarah. Dalam filem itu, mereka yang membela penjajah dikatakan sebagai "pejuang, pahlawan" manakala yang berjuang menentang penjajah dikatakan sebagai "pengganas". Ini benar-benar terbalik 180 darjat.

Filem itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan massa rakyat. Golongan patriotik - demokratik menentang filem tersebut kerana memutarbelitkan kenyataan sejarah. Keluarga Mat Indera juga mengutuk filem itu kerana tidak betul dengan kenyataan sebenarnya.
---
dipetik dari Memoir Abdullah C.D., Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, muka 116 -117, terbitan SIRD,2007

Selasa, 22 Jun 2010

MEMORI TERAKHIR PENJARA PUDU


Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.
Dalam zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya disebut-sebut dan diceritakan.

Begitulah badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat banyak. Antaranya:-

Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah.

Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini


Sementara itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.
Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala- Robin Hood



Hukuman Rotan Yang DiJalankan Di Penjara Pudu
Mona Afendy. Pernah ditahan di Penjara Pudu sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang pada 2 nov 2001 untuk digantung..
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahu 1895.
Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X.
embok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).
Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.



Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.
Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.
Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.
Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan
Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.
Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat
Khong Yen Chong menunjukkan Anugerah Penghargaan yang diterimanya seabagai pelukis tembok Penjara Pudu semasa beliau menjadi tahanan disana sekitar tahun 80an.
Lukisan beliau telah di iktiraf sebagai lukisan terpanjang didunia oleh Book Of Guinness..
Kesan grafiti banduan yang masih kekal didinding penjara Pudu.
Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.
Komplek Penjara Pudu diwaktu malam. Semuanya akan hilang bila Bangunan Bersejarah iini akan dirobohkan.

Isnin, 21 Jun 2010

USTAZ FADZIL NOOR PENERUS PERJUANGAN DR BURHANUDDIN AL HELMI



Latar Belakang

Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949).

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan Awal

Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud.

Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.

Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.

Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.
Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut.

Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.

Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:

· Naib Yang Dipertua (1979-1983)

· Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)

· Presiden PAS (1989-2002)

Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.

Ditahan Polis

Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis.

Pada penghujung tahun 1970an, ketika sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib.

Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringatan kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.

Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor beserta para penceramah lain.

Mereka terus dibawa ke balai di bandar Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil Noor di lokap pada malam itu.

Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu.

Mereka mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera.

Perundingan antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan. Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah.

Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya terus dibawa ke mahkamah.

Walau bagaimanapun kes ini digugurkan berikutan kematian Hj. Shaari.

Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa

Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan Guru Yusof Rawa.

Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua.

Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama’.

Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti.

Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan kepimpinan dan tragedi Memali.

Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru Yusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS.

Ustaz Fadzil Noor adalah orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dalam PAS.
Menangani Fatwa Syuhada’ Memali

Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.

Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.

Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.

Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.

Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’.

Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.

Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!

Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:

”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat”

Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat di Baling.

Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999.

Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama ada hancur atau tidak jenazah mereka.

Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:

”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar”
Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’

Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya.

Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti disokong dan didaulatkan.

Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan, namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras.

Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya penghayatan kepimpinan ulama’.

Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’ untuk menjadi Menteri Besar.

Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan amat dikagumi.
Kempen Menambah 500,000 Ahli

Setelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah 300,000 orang.

Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun.
Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.

Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan di setiap lorong.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap rumah.

Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.

Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000.

Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.

Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim.

Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.
Pelaksanaan Hudud

Enakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan Ustaz Fadzil Noor.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951.
Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita tersebut.
Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-manifesto pilihanraya PAS.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru.

Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal Perdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud.

Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.

Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah membuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila rang enakmen itu dibenarkan untuk dibahas dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.

Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mendakwa sebagai juara demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen tersebut serta pakatan mereka untuk menggagalkan pelaksanaan syariat Islam di negeri Kelantan.

Tahaluf Siyasi dan Reformasi

Ustaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan perpaduan demi menjaga kemaslahatan Islam dan negara yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.

Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80 buah parti dan pertubuhan Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang gemilang.

PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penggerak utama di belakangnya.
Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan politik dengan Tan Cheng Lok yang menerajui AMCJA.

Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah hartal atau boleh dikatakan pada hari ini sebagai civil disobedience.
Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.
Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah British, maka undang-undang Darurat pun dikuatkuasakan.

Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalang daripada menggerakkan sebarang pakatan politik.

Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan akhirnya pakatannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan MCA ditubuhkan.

Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan pengasas UMNO sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar yang telah meninggalkan parti itu.
PAS telah memberi kerusi kepada Dato’ Onn untuk bertanding sebagai calon Parti Negara di Terengganu dan beliau menang.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan bekas ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya 1959, di antaranya dengan Khatijah Sidek.
Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi Parlimen Dungun dalam pilihanraya tersebut.

Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau merupakan pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta pasukan penyelidikan PAS mengkaji semula pandangan atau mana-mana penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu penyertaan kaum bukan Islam dalam PAS.

Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan Dato’ Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian bahawa ianya adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi amalan politik PAS.

Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz Fadzil Noor mewujudkan pakatan dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.
Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan Anwar Ibrahim. Tradisi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz Fadzil Noor mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.
Langkah tersebut telah membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada pilihanraya 1999.

PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaan di Terengganu.
Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.

Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka ruang bagi pemimpin-pemimpin pelapis PAS untuk mewujudkan pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan dakwah dan politik Islam.

Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina hingga tertubuhnya CCC adalah satu dayacipta keterbukaan dan kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa.
Ustaz Fadzil Noor juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.

Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa tradisi kepimpinan ulama’ sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan pengorbanan para ulama’ angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis pelbagai tahaluf siyasi seperti PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz Fadzil Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.

Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, ISA!

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu amalan utama dalam pergerakan siyasahnya.

Menentang Kezaliman ISA

Kezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil Noor.
Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.

Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.

Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik pemerintah.
ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.

Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA.

Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20 September 1998.
Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.
Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA dan memansuhkan ISA.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”

Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.

Perhimpunan 100,000 Rakyat

Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000 adalah satu perhimpunan aman anjuran aktivis yang menyokong BA daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi.

PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan yang padu untuk menjayakan perhimpunan ini.

Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli, untuk terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.
Ustaz Fadzil Noor juga telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada setiap PAS Negeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan perhimpunan aman tersebut.

Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri untuk hadir ke perhimpunan tersebut telah menyebabkan pemimpin-pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut serta.

Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM turun bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.

Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-empat pemimpin utama parti-parti politik Barisan Alternatif itu turun daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersama-sama puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.
Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan perarakan itu, benar-benar menyuntik semangat kepada rakyat tentang betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan contoh semangat yang kental apabila mereka berjalan sejauh hampir lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan boleh melaluinya lagi itu.
Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan polis, semua para pemimpin diundang untuk membuat ucapan.

Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah lebuhraya dengan dikelilingi oleh kira-kira 100,000 rakyat.

Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru agar semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka yang sudah dicabul dan dirampas oleh Dr. Mahathir dan kerajaan UMNO-BN.

Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan aman tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Dr. Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan pembebasan mereka daripada lokap.

Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada 10 April 2001.

Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz Fadzil Noor. Ini kerana masa mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974, beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling.

Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri untuk hadir bersama rakyat dalam perhimpunan-perhimpunan aman.

Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir dalam perhimpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang Iraq.

Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas menyerang orang ramai dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia.

Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak itu kesihatannya sangat terganggu.

Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta Ramli, sejak itu kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau memerlukan pembedahan dan seterusnya menghembuskan nafas terakhir.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada Gerakan Islam

Pembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal dalam kedua-dua percubaan ini.
Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut.

Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.

Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi DUN.
Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan pemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.

Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.

Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI, Gerakan Mansuhkan ISA.
Di peringkat serantau beliau memainkan peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.

Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam di Negara tersebut.
Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.

Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat antarabangsa.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”

Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika dan Barat.

Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan
dan Iraq, PAS di bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup lantang dan jelas.

Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak istimewa orang Melayu di negara ini.

Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang tidak berada.
Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya 1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.

Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.

Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan mengelakkan tohmahan terhadapnya.

Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.

Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan amanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi Islam.

Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.

Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu Muassasah.

Kembali ke Rahmatullah

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya.

Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.

Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya.

Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ.

Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.
Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.

Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam

Sabtu, 19 Jun 2010

MAT INDERA KETUAI SERANGAN KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPUNG

Tahukah anda orang yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis British di Bukit Kepong ialah seorang melayu. Namun untuk mencetuskan perasaan marah orang melayu Zionis British telah mengatakan bahawa orang cina komunis yang menyerang balai polis tersebut.

Cerita temberang ini terus di panjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem jins Samsudin "Bukit Kepong"

Muhammad Indera atau Mat Indra (tengah) dengan anggota seramai kira-kira 200 orang telah mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 25 orang pada pukul 4.15 pagi 23 Februari 1950

PENGUMUMAN TARIKH PILIHANRAYA PADA 27 JULAI


Jumaat, 18 Jun 2010

GAMBAR GAMBAR PERHIMPUNAN HARAM UMNO





DARAH RAKYAT


TENTERA ZIONIS KURUNG RAKYAT TANAH MELAYU

Semasa Darurat (1948-1960) seramai 1.2 juta penduduk desa (iaitu kira-kira 1/7 penduduk Malaya ketika itu) telah dipindahkan dari tempat kediaman mereka, kira-kira 650 ribu orang (42% India, 38% India dan 16% Melayu) telah dikumpulkan semula di estet-estet getah, lombong bijih dan sekeliling pekan yang wujud pada masa itu. (gambar kiri: General Brigss)



Lori dan trak tentera digunakan untuk memindah paksa orang ramai ke kampung-kampung berkurung

Seramai kira-kira 573 ribu lagi (85 peratus orang Tionghua) telah pula ditempatkan semula ke dalam 480 buah kampung baru. Hampir separuh kampung baru ini tela ditubuhkan di Perak dan Selangor. Pengumpulan dan penempatan semula ini merupakan tulang belakang kepada rancangan Briggs untuk memutuskan hubungan dan segala jenis bantuan termasuk makanan kepada PKM dan pasukan bersenjata anti-British. Kawasan-kawasan pengumpulan semula dan kampung-kampung baru telah dipagar dengan kawat berduri, dikenakan perintah berkurung dari senja hingga ke subuh dan dikawal oleh pasukan keleselamatan, di pintu masuk ke kawasan ini telah dilakukan setiap hari, kawalan dan pemeriksaan untuk menghalang penduduknya membawa keluar barang-barang makanan, pakaian, perubatan dan lain-lain dari kawasan itu.

AP sedang meronda di sekeliling kampung berkurung

orang ramai sedang dipindah secara paksa

tentera penjajah British melakukan pemeriksaan ke atas orang ramai


---
Sumber: Abu Samah Mohd.Kassim: Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan, Nan Dao Publisher 1996

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve