Blackend Is The End

Isnin, 30 Ogos 2010

SALAM HARI KEMERDEKAAN DARIPADA SELURUH WARGA PEJUANG KEMERDEKAAN DI PERKAMPUNGAN SUKHIRIN.

31 Ogos tahun ini adalah hari ulangtahun ke 53 kemerdekaan tanah air kita. Kini Dan Silam mewakili Bapa Abdullah C.D. (penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10) dan seluruh bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 menyampaikan SALAM MERDEKA kepada sanak saudara semua kaum dan semua lapisan di mana jua mereka berada.

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini bukanlah dicapai melalui air liur atau melalui perjuangan satu golongan, akan tetapi adalah hasil perjuangan bersama rakyat semua kaum, semua aliran yang patriotik-demokratik yang diperjuangkan sejak ratusan tahun dahulu.

Bersempena hari yang bersejarah ini, kami mengajak saudara-saudari semua yang benar-benar menghargai kemerdekaan ini menghulur sekalung alfatihah buat para pejuang kemerdekaan tanah air yang telah menyumbangkan nyawa dan jiwa raga mereka demi kemerdekaan tanah air… amin.

Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan tentera anak rakyat yang berjuang untuk merebut kembali kemerdekaan tanah air yang juga merupakan penerus cita-cita kemerdekaan dari angkatan terdahulu. Oleh itu, kami merasa bangga dan bahagia kerana kami tidak tergolong dalam golongan penjilat sepatu penjajah yang telah disumpah oleh golongan pejuang kemerdekaan kita terdahulu.

Hari ini, perjuangan kemerdekaan atau lebih tepatnya perjuangan mengisi kemerdekaan masih berlangsung. Sebagaimana ucapan pahlawan kemerdekaan kita Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy:

“Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”

Kami menyeru semua parti dan golongan yang berjiwa patriotik demokratik supaya mempererat perpaduan di antara satu sama lain, perkuatkan persatuan dan membentuk barisan bersatu yang benar-benar kukuh di atas dasar cita-cita bersama mengisi kemerdekaan ke arah keadilan nasional dan demokrasi. Hanya dengan bersatu dengan berbagai golongan barulah kita dapat membentuk sebuah kekuatan raksasa.

Jumaat, 27 Ogos 2010

EDISI KHAS : PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) - PART 3 SOALAN2 LAZIM TENTANG PSM


Adakah PSM bertanding dalam pilihanraya?

Mungkin soalan in ditanya kerana pernah parti buruh beridelogi sosialis memulau pilihanraya di Malaysia kerana berpendapat pilihanraya adalah kotor. Bagi PSM , kita bertanding dalam pilihanraya kerana ia adalah sistem demokrasi yang dipercayai oleh majority rakyat Malaysia. Kami akan bertanding untuk mempopularkan parti dan idelogi kami, bertanding untuk meneliti sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kami dan mengutuk kepincangan yang berlaku semasa pilihanraya. Jika kami tidak bertanding, maka kami akan terasing dari arus perdana politik Negara. Namun kami juga percaya kepada kuasa rakyat untuk membawa perubahan. Kami juga percaya kepada gerakan rakyat dapat membawa perubahan dalam suasana sistem pilihanraya masih kotor dan tidak adil.

PSM mula bertanding dalam pilihanraya 1999 dibawah logo DAP, 2004 dan 2008 dibawah logo PKR dan Bebas kerana parti pada masa itu belum mendapat pendaftaran. namun PSM menggunkan manifesto tersendiri, mengibar bendera merah gengaman tangan PSM dan menjadi parti ulung dimana calon mengistiharkan harta.

Berapa ahli PSM yang terpilih dalam pilihanraya?

Kini PSM mempunyai seorang Ahli Parlimen di Sungai Siput dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kota Damansara, Selangor.

Berapa ahli dalam PSM?

PSM mengamalkan keahlian terkawal untuk memastikan parti itu akan sentiasa menjadi parti aktivis dan ahlinya semua aktif. Setiap Ahli baru harus melalui tahap percubaan dan kena menghadiri kursus idelogi. Buat masa ini, PSM mempunyai sokongan akarumbi melebihi 12,000 orang manakala Ahli Berdaftar seramai 500 orang.

Kenapa PSM tidak dalam PR?

PSM mempunyai program minima (kerjasama) dengan PR dalam banyak isu seperti menentang ISA, berjuang untuk demokrasi yang lebih dan kempen-kempen seperti menentang GST dan kenaikan harga minyak. Di Parlimen dan DUN Selangor, PSM berdiri sebagai penyokong PR dan duduk dalam blok yang sama dengan PR.

Namun dari segi idelogi, PSM menentang sistem kapitalisma dan melihat sistem ini sebagai musuh utama yang membawa padah kepada kemanusiaan. Ini mungkin berbeza dengan pendirian DAP, PAS dan PKR. Namun PSM mempunyai jauh lebih persamaan dengan PR berbanding dengan BN dan dengan itu, akan sentiasa membuat gandingan bersama PR dalam pilihnaraya umum.

Adakah sosialisme itu anti-agama dan apa pandangan PSM kepada negara Islam?

Perlembagaan PSM dengan jelas mengatakan bahawa PSM percaya kepada kebebasan agama. PSM melihat agama sebagai hak seorang individu. Namun demikian PSM tidak menyokong apa-apa bentuk negara teokratik dimana pemerintah adalah dari satu agama sahaja yang memaksakan sistem pemerintahan dari agama itu ke atas masyarakat berbilang kaum dan agama lain.

PSM dan sosialisme menentang kegunaan agama untuk penindasan rakyat. PSM juga mempunyai banyak ahli yang mengikut agama masing-masing secara bebas tanpa bantahan dari sesiapa. Kami tidak mengkritik apa-apa agama. kami hanya mengkritik sesiapa yang menggunakan nama agama untuk merampas hak rakyat.

PSM berpendirian hak kepercayaan beragama atau tidak adalah hak individu dan mesti dihormati. Ia adalah hubungan peribadi antara manusia dan kepercayaan mereka. Ia tidak boleh dipaksakan melalui undang-undang.

Apakah bezanya antara sosialisme dan komunisme?

Dalam sistem sosialisme, ekonomi dan perindustrian dikawal oleh pekerja/majoriti yang menjadi kaum pemerintah walaupun kapitalis masih ada manakala sistem komunisme adalah sistem di mana tiada pembezaan kelas lagi dan di mana semua manusia adalah samarata.

Idelogi komunis dikutuk dan digambarkan sebagai musuh utama kerana kaum kapitalis amat takut akan kehilangan kuasa kerana jika komunis memerintah, maka ia bermakna kapitalisma tidak berkuasa lagi. Justeru itu, pelbagai tuduhan dibuat seperti komunis itu kuku-besi dan anti-agama. Memang ada kelemahan beberapa Negara yang menganggap diri mereka komunis tetapi hakikat sebenarnya adalah jauh lebih ramai orang mati dalam sistem kapitalisma setiap hari dari sistem komunis.

Bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam PSM dan perjuangan rakyat?

Senang sahaja. Hubungi kami melalui email, sms atau di kedai kopi. Kita bincang dan lihat bagaimana anda boleh berjuang untuk dunia yang lebih baik. Tidak ada birokrasi atau undang-undang ketat. Selepas itu, anda boleh berjuang bersama cawangan atau melalui fron-fron PSM yang terlibat dlam pelbagai isu akarumbi. Jika ada berminat dalam sesuatu seni atau mempunyai minat tertentu, biar kita sama sama terokai dan lihat bagaimana kita boleh berjuang.

PSM bukan parti yang memberi hadiah kewangan kepada ahli-ahli yang bekerja, tetapi dalam perjuangan kami, anda dapat kepuasan hati yang tiada bertara daripada menyokong perjuangan rakyat menentang kapitalisme, sambil berjumpa dengan saudara-saudari dari seluruh dunia.

"Di mana sahaja kita pergi akan mempunyai sahabat, kalau kita berada dalam perjuangan yang agung ini"
- Rashid Maidin

Apa pandangan PSM kepada sistem monarki kita?

PSM berpendapat behawa sistem monarki adalah satu sistem peninggalan zaman feudal dan tidak akan kekal selama-lamanya. Masa depan kemanusian akan ditentukan oleh peredaran zaman dan sejarah. Rakyat akan memerdekakan diri dari segala konkongan dan penindasan dan akan mencipta sejarah baru. Seperti yang pernah dikatakan oleh Sultan Azlan Shah, “ Walau berapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindung dan menjaga taktha, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata”

PSM akan menyanjung Perlembagaan Negara yang menjadikan sistem pemerintahan kita Raja perlembagaan dan akan menghormati kedudukan Raja dalam perlembagaan. Namun PSM tidak sekali kali akan merestui salahguna kuasa dan penindasan Istana keatas rakyat biasa.

EDISI KHAS : PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) - PART 2 DASAR PERJUANGAN PARTI


Sifat Dan Peranan Parti

Perkara-perkara yang harus mendapat perhatian kita adalah parti:

Sebagai Parti Pekerja

  • program yang mempunyai aspirasi sosialisma
  • tegur menegur (mengkritik dan dikritik) dari segi pemikiran dan kegiatan agar partai dapat berkembang dan mengukuhkan kedudukannya sebagai parti pekerja.

Sebagai Barisan Hadapan

  • bukanlah menjadi segolongan elit yang terpisah dari kelas pekerja(rakyat biasa).
  • membimbing kelas pekerja dari dalam dan bukan dari luar.

Sebagai Badan Perjuangan

  • tidak harus menganggap kepimpinannya terhadap kelas pekerja sebagai hak mutlak. Tetapi parti mesti membuktikan kewibawaannya untuk memimpin disertai dengan cadangan dan tindakan terhadap segala isu yang menimpa kelas pekerja, tidak kira sama ada isu ini dikaitkan dengan masalah di tempat kerja ataupun perkara yang berkaitan dengan politik dunia.
  • mesti membuktikan kemampuannya untuk berjuang habis-habisan mempertahankan hak kelas pekerja dan mereka yang tertindas.
  • Melengkapkan parti agar dapat sesuaikan diri mengikut keadaan semasa dan boleh bertukar haluan dari meja perundingan ke jalanraya (tindakan peridustrian) dan sebaliknya.
  • Ahli-ahli mestilah aktif dan sanggup berkorban demi mempertahankan hak generasi pada masa kini dan masa yang akan datang.

Pemusatan Demokrasi

  • mampu menyatukan demokrasi dan memusatkan gerakan rakyat berasaskan kepada sifat pertentangan kelas yang wujud di dalam masyarakat.
  • demokrasi amatlah penting kerana sebenarnya partai bukanlah secara otomatik, menjadi tuan kepada kelas pekerja tetapi sebagai alat atau jentera pekerja untuk membebaskan kelas pekerja dari segala jenis penindasan.
  • Sekiranya tidak ada demokrasi dan perbincangan yang terbuka maka parti tidak dapat mengatur langkah untuk menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan seterusnya tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan kelas pekerja.
  • Pemusatan amatlah penting kerana parti terpaksa berjuang habis habisan untuk menentang musuh (kapitalis) yang mempunyai birokrasi yang tersusun dan lengakap dengan teknologi perangnya.
  • Sekiranya tidak ada perpaduan di dalam perjuangan maka kegagalan tetap menjadi satu kepastian.
  • Parti bukanlah satu persatuan perbahasan (debating society). Maka itu demokrasi diamalkan untuk membolehkan ahli-ahli berbincang antara satu sama lain agar dapat mencapai satu persetujuan. Keputusan ini pula dikuatkuasakan atau di pusatkan secara tersusun dan padu.

Kebebasan Partai

  • bergerak berasaskan kepada prinsip sosialisma dan memperjuangkan hak kelas pekerja yang memang mepunyai sejarah yang teristimewa.
  • tidak sekali lagi mengorbankan kebebasannya kepada apa jua kuasa politik lain yang berunsur borguis, reformis dan diktator.
  • Ini tidaklah bermakna partai tidak boleh bekerjasama, berkompromi, mengadakan perjanjian sementara dll. Dengan badan-badan lain. Tetapi parti tetap berhak untuk mengkritik, memperjuangkan pendirian politiknya dan bergerak sebagai satu badan yang bebas.
  • Tidak membenarkan dirinya secara mudah diperdayakan dengan unsur cauvinis, mengagungkan individu tertentu ataupun mudah terpengaruh dengan golongan reformis kiri yang cuba membayangkan sifat radikal.

Berperanan Menyatukan Kelas Pekerja

  • parti adalah badan barisan hadapan yang mesti mengekalkan kebebasannya dan peranannya adalah untuk menyatukan kelas pekerja.
  • Mesti menentang segala usaha yang memecah belahkan perpaduan kelas pekerja seperti pemisahan kaum, mengagongkan tempat kelahiran, antara wanita dan lelaki, antara mahir dengan tidak mahir, antara yang bekerja dan yang menganggur, antara muda dan tua dll., yang sengaja di tonjolkan oleh golongan kapitalis dan kuncu-kuncunya untuk mengekalkan kuasa mereka.
  • tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada perpaduan kelas pekerja yang berjuang menentang kapitalis serta pemimpin politik yang menjadi tali barutnya.
  • Hubungan parti dengan berbagai haluan politik yang wujud di dalam kalangan kelas pekerja adalah bersifat ‘berbaris secara berasingan dan bertindak secara satu.
  • Walaupun kelembaban pekerja-pekerja tertentu dapat melemahkan program dan dasar yang sedia ada namun begitu partai tidak seharusnya membelakangkan golongan ini dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendampingi mereka ini. Ini bermakna partai harus berusaha mendekati kesatuan sekerja; bekerjasama dengan partai sosial demokrat menentang partai borguis; dan menyertai dalam pilihanraya serta menggunakan masa keemasan ini untuk berkempen untuk memepengaruhi bakal pengundi dan orang ramai.

Program Pendidikan

  • melatih pemimpin sosialis agar mampu membuat keputusan berasaskan kepada analisis yang jitu terhadap keadaan yang berlaku di dalam masyarakat.
  • melatih lebih ramai lagi lapisan pekerja yang berupaya menyatukan teori dan praktis dan memahami perjuangan kelas pekerja secara menyeluruh dan mengatur langkah untuk mengatasinya.
  • Gigih menterjemahkan dan memudahkan teori kepada bahasa yang senang difahami di dalam media massa dan disertakan dengan pelbagai misalan, amalan dan pengalaman.
  • Harus belajar dari rakyat dan disamping itu mengajar mereka.

Penyatuan dan Menguasai Keadaan

  • harus berusaha menyatukan semua kekuatan dari mereka yang tertindas untuk menentang kapitalisma di bawah kepimpinan kelas pekerja.
  • menyatukan golongan pekerja di bandar dengan petani di luar bandar agar dapat saling membantu.
  • Memberi sokongan kepada segala tuntutan yang adil oleh golongan yang tertindas dan disamping itu meyakinkan mereka bersatua di dalam perjuangan ini.
  • Meyakinkan lagi kelas pekerja bahawa mereka berupaya menjadi barisan hadapan di dalam perjuangan ini dan sekaligus mengekalkan kepimpinan dan perjuangan yang berterusan.
  • Parti menjadi kukuh dan berwibawa untuk memimpin sekira ianya sentiasa berusaha mendapatkan sokongan dari kelas pekerja.

Kelas Antarabangsa

  • kelas pekerja di dalam negara tertentu menjadi lebih kukuh lagi apabila ianya dapat bersatu dan mendapat sokongan di peringkat antarabangsa dan akhirnya menjadi satu gagasan partai antarabangsa untuk menentang golongan kapitalis yang menjadikan dunia ini sebagai kawasan taklukannya.

EDISI KHAS : PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) - PART 1 LATAR BELAKANG PARTI


Apa Erti Sosialisme?

Sosialisme adalah satu sistem ideologi yang mengutamakan rakyat dari keuntungan. Ia adalah satu sistem pemerintahan dimana sumber alam dan kekayaan dikongsi secara adil dan berkesan.

Apa Bezanya PSM Dengan Parti Lain?

Sistem yang ada kini gagal membawa kesejahteraan kepada majoriti rakyat. Sistem Kapitalis ini hanya mengutamakan kepentingan segelintir kecil. Kerajaan yang menyokong pasaran bebas akan mengadaikan rakyat. Kita perlu Sistem Sosialisme yang mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan secara saksama

Pendirian PSM

  • Komitet untuk bekerja untuk menegakkan satu sistem sosialis di mana semua orang dapat hidup bahagia, aman dan adil
  • Pengagihan kekayaan secara adil
  • Politik berteraskan keperluan dan bukan perkauman
  • Bergerak dengan kemahuan majoriti rakyat
  • Menentang sistem patriakal yang menindas golongan perempuan.
  • Membantah polisi neo-liberal dan penswastaan yang menyusahkan rakyat.
  • Memastikan rakyat mempunyai hak saksama untuk pendidikan, jagaan

Sertailah PSM, Jika Anda Ingin

  • Kekayaan negara diagihkan secara adil
  • Menghapuskan amalan rasuah, salah guna kuasa, nepotisme & penyelewengan kuasa
  • Mendokong aspirasi kaum miskin dan tertindas
  • Bergiat aktif dalam perjuangan rakyat tanpa mengharapkan habuan @ faedah-faedah istimewa
  • Persamaan hak, pembangunan tulen dan demokrasi sejati
  • Menentang sebarang cubaan memecahbelahkan rakyat berlandaskan perkauman dan keagamaan

Khamis, 26 Ogos 2010

UMNO BINA TUGU PERINGATAN MENGENANG JASA TENTERA BRITISH ZIONIS MEMBUNUH RAKYAT

cuba perhatikan nama2 pada tugu peringatan di bawah ini. Benarkan Tugu Negara itu adalah sebagai mengenang jasa perajurit (Askar Melayu) atau pun sebenarnya sebagai mengenang jasa penjajah membunuh para pejuang kemerdekaan. Fikirkanlah





Sabtu, 21 Ogos 2010

VIDEO SUASANA PERJANJIAN DAMAI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA/THAI DAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Perjanjian bersejarah... (dari kanan) Abdullah C.D. dan Chin Peng menandatangani perjanjian damai dengan Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand dan wakil Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman di Haadyai pada 2 Disember 1989

SABTU, 2 DISEMBER 1989; Jam hampir 10.30 pagi dan Hotel Lee Garden di mana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM telah dipenuhi oleh wartawan dan orang kenamaan yang ingin menyaksikan satu detik bersejarah - sesuatu yang gagal disaksikan pada 28 dan 29 Disember 1955.

“Tolong duduk! Tolong Duduk....Jika tuan-tuan tidak duduk, bagaimana kita hendak memulakan majlis kita yang bersejarah ini...orang belakang pun nak tengok juga,” demikian kata-kata awal yang keluar dari mulut juruacara pada hari itu, seorang pegawai muda dari angkatan bersenjata Thailand yang bertutur dalam bahasa Inggeris yang kadang-kadang kedengaran sangat melucukan.

Hakikatnya, beliau sedang berhadapan dengan satu tugasan yang sangat berat dan besar pada hari itu - bagaimana untuk mengawal situasi yang kelihatan kelam-kabut kerana para jurugambar yang telahpun memenuhi barisan hadapan di antara pentas utama dan kerusi para tetamu enggan memberi kerjasama kepadanya.

Berkali-kali juruacara itu merayu kepada para jurugambar supaya memberi ruang kepada para tetamu menyaksikan majlis itu dengan sempurna tetapi rayuannya itu tidak diperdulikan.

Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam gambar mugshot Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Ah Sek. Suasana kelam kabut itu menjadikan majlis yang sepatutnya serius dan penuh bersejarah itu tidak ubah seperti kaunter pasaran saham dengan bunyi bising para jurugambar berasak-asak untuk menuju ke hadapan seboleh mungkin.

Dalam keadaan yang berasak-asak ini salah seorang daripada jurugambar telah terjatuh di atas jambakan bunga yang menghiasi meja di mana kesemua wakil kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM akan menandatangani perjanjian damai mereka.

Manakala jurugambar yang berada di belakang pula sama ada memanjat belakang rakan jurugambar yang lain atau berdiri di atas kerusi yang disediakan untuk tetamu-tetamu VIP di barisan hadapan sekali. Dari belakang, kami hanya dapat menyaksikan badan para jurugambar. Mereka yang akan menandatangani perjanjian damai itu sudah tidak kelihatan lagi.

Dalam suasana hiruk pikuk inilah wakil-wakil Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM menurunkan tandatangan mereka di atas kertas perjanjian damai yang bersejarah itu bagi menamatkan perjuangan bersenjata PKM ke atas Kerajaan Malaysia selama lebih 41 tahun.


Jumaat, 20 Ogos 2010

REJIMEN KE 10 WARISI PERJUANGAN DATO BAHAMAN


Perang Bahaman adalah perang patriotik yang mempunyai pengaruh amat tinggi di berbagai kawasan Pahang. Walaupun perang itu telah gagal, tetapi benih nasionalis yang disemai oleh perang tersebut memberikan semangat kepada generasi-generasi kemudiannya.

Ketika saya sampai di Jerantut kira-kira awal tahun 1949, saya sempat bertemu dengan beberapa orang tua dari angkatan Datok Bahaman yang masih hidup. Seorang darinya ialah Tok Penghulu (lupa namanya), cukup tinggi semangat nasionalismenya. Beliau bekas pejuang Datok Bahaman. Dia memperkenalkan banyak kisah-kisah pertempuran yang dilakukan orang-orang Bahaman di Jerantut. Tok Penghulu menyokong perjuangan bersenjata kami hingga akhir hayat. Dengan penghulu itu saya mengajukan satu soalan: "mengapa Datok Bahaman berundur ke Thailand ketika pasukannya mencapai kemenangan demi kemenangan?"

Berkenaan pertanyaan saya itu, Tok Penghulu dengan panjang lebar menjelaskan kepada saya. Pokoknya lebih kurang begini:

Ketika itu pasukan Bahaman mencapai kemenangan terus menerus dan mendapat sokongan yang meluas dari rakyat Pahang di segenap penjuru bahkan sampai ke negeri-negeri lain. Akan tetapi dalam saat itulah Sultan datang bertemu Bahaman di Pulau Tawar.

Tok Penghulu menjelaskan bahawa Datok Bahaman tidak menceritakan apa percakapannya dengan Sultan. Akan tetapi selepas pertemuan itulah Datok Bahaman membatalkan semua rancangan serangannya dan berundur ke Thailand. Tok Penghulu menjelaskan bahawa, mengikut pandangannya, sudah pastilah Sultan telah melarang Bahaman melakukan serangan ke atas tentera British.

Dari cerita itu saya lebih faham secara dekat bahawa Datuk Bahaman berundur bukan kerana kalah, atau bukan kerana tak berdaya melawan tentera British, tetapi kerana dilarang oleh Sultan Ahmad.

Walaupun Tok Penghulu ini sudah tua tetapi semangat nasionalismenya masih menyala-nyala. Dia berpesan kepada anak cucunya supaya menyokong perjuangan Rejimen Ke-10 untuk kemerdekaan tanah air, sekali-kali jangan jadi pengkhianat dan menyembah orang putih. Tok Penghulu berkata, "Saya sudah tua, kalau tidak, saya pasti memanggul senjata bersama kawan-kawan".

Di Kawasan Paya Luas juga saya bertemu dengan seorang tua angkatan Datok Bahaman. Dia menceritakan bahawa dia bertugas menjadi utusan Datok Bahaman, dari satu tempat ke satu tempat. Dalam perjalanan yang memakan masa beberapa hari untuk sampai dari satu tempat ke satu tempat dia berbekalkan beras dan sambal tumbuk.

Di Jerantut dan Paya Luas, kami masih dapat melihat kesan-kesan kubu angkatan Bahaman menentang penjajah Inggeris.

Semangat nasionalisme Perang Bahaman bukan saja menyuburkan semangat nasionalisme para patriot di Pahang, tetapi juga kepada saya dan kawan-kawan lain dari Rejimen Ke-10. Dengan semangat itulah kami memperteguh keyakinan dan tekad perjuangan kami untuk terus berjuang pantang tunduk. Kerana semangat ini juga kawasan basis Rejimen Ke-10 di kedua belah tebing Sungai Pahang saya namakan Kawasan Bahaman I dan Bahaman II.

---
dipetik dari Memoir Abdullah C.D.: PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10, SIRD, 2007

Rabu, 18 Ogos 2010

KEMATIAN DAN KISAH PERJUANGAN MEREKA

Berikut adalah beberapa kisah pejuang2 yang telah meninggal dunia selepas daripada Perjanjian Damai yang di ambil dari Blog kini Dan Silam


KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN: Kawan Nordin telah pulang ke rahmatullah pada 5 Julai 2010. Berita ini disampaikan oleh seorang wakil keluarga Allahyarham yang datang ke Kampung Perdamaian Sukhirin.

Kawan Nordin 70, atau nama sebenarnya Deroman (gambar kiri) berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Akan tetapi beliau telah berhijrah dan menetap di Kampung Jadeh, daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand sejak masa muda lagi. Kampung Jadeh adalah antara basis Rejimen Ke-10 yang awal di kawasan sempadan.

Kawan Nordin adalah salah seorang anak Kelantan yang ingin melihat tanah airnya mencapai pembebasan dan kemerdekaan penuh dan kebahagiaan masyarakat. Pada tahun 1968, Kawan Nordin telah menyertai pasukan Rejimen Ke-10 yang melancarkan perjuangan bersenjata untuk pembebasan nasional. Beliau adalah antara perajurit awal di kawasan sempadan.

1961 - 1975 beliau telah menyertai 3 kali pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Allahyarham Abu Samah Mohd. Kassim. Kemudian beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 yang bergerak di kawasan Chendek, Narathiwat.

Setelah pasukan Rejimen Ke-10 dibubarkan di bawah perjanjian perdamaian 3 pihak 1989, beliau memilih menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin bersama rakan seperjuangan yang lain, menikmati layanan di bawah syarat perjanjian damai dari Kerajaan Diraja Thailand dan pihak organisasi PKM.

Semoga Allah memberikah rahmata ke atas roh Allahyarham.

ALLAHYARHAM HASHIM

Saudara Ahmad Cik Amat atau nama perjuangannya Hashim telah meninggal dunia pada 6 Mei 2009, 4.00pm waktu tempatan di rumahnya di Kampung Punggok, Tanjung Mas. Beliau meninggal dunia dalam usia 95 tahun kerana sakit tua.

Allahyarham adalah antara tokoh veteran perajurit kawasan sempadan yang menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 pada tahun 1969.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.



KAWAN TANGGOK , PUTERA SUNGAI PAHANG YANG TEGUH

musuh dapat mencungkil biji matanya tapi tak dapat mencungkil rahsianya

Pada bulan November 1948, di tengah-tengah berita kemenangan pasukan asas Rejimen Ke-10 menyerang pos-pos kaum reaksioner di Tekai Estet dan Gong Estet kawasan Kuala Krau, di Temerloh pula seorang gerilawan dengan tak semena-mena telah tertangkap oleh musuh sewaktu menjalankan tugas. Musuh telah menyiksanya tetapi tidak mendapatkan apa-apa hasil daripadanya. Musuh lalu silih berganti menggunakan macam-macam siksaan dan bujukan untuk menggoyangkan pendiriannya, namun semuanya tak berhasil. Akhirnya musuh dengan kejam mencungkil sebiji matanya dengan ugutan untuk dibunuh mati. Tapi itupun tak mampu menundukkannya. Semangat kepahlawanannya yang tak mengenal tunduk di hadapan musuh itu telah sangat menggempar kaum penjajah dan mengkagumkan orang ramai.

Beliau ialah kawan Ibrahim bin Busu, lebih dikenali dengan nama Kawan Tanggok, seorang pemuda revolusioner yang berjiwa besar. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang.


Kawan Tanggok menceburkan diri ke dalam pergerakan revolusioner melawan imperialis British selepas Perang Dunia Kedua. Ketika imperialis British menghasut-hasut pergaduhan bangsa-bangsa di Pahang, organisasi PKM bawah tanah telah membentuk satu pasukan propaganda khusus menerangkan kebenaran revolusi dan menyatu padukan rakyat berbagai kaum di kawasan Temerloh di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Kawan Tanggok adalah salah seorang anggota pasukan propaganda ini. Salah seorang rakan seperjuangan beliau ialah Ahmad Taha (Allahyarham). Mereka telah memberikan sumbangan yang besar menyatu padukan rakyat berbagai kaum di sana. Beliau aktif dalam gerakan API/PETA yang marak berkobar di Temerloh. Ini juga merupakan pendahuluan kepada berbagai pergerakan revolusioner di sana yang akhirnya membuahkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British di sekitar lembah Sungai Pahang.


Pada ketika awan gelap kontra revolusi peristiwa 20 Jun menyelubungi angkasa raya, Kawan Tanggok mengundurkan diri bergerila sekitar kawasan berhampiran bandar Temerloh. Gerup mereka diberi tugas berpropaganda mengembangkan revolusi bersenjata, mengutip derma dan menghantar bekalan kepada pasukan bersenjata. Mereka terus menerus bekerja dan berjuang dengan tak kenal susah payah. Kerana musuh selalu melakukan penyerbuan-penyerbuan, mereka terpaksa bergerak-gerak dan berpindah randah. Pada masa itu mereka belum ada pengalaman, maka itu banyak menemui kesulitan-kesulitan. Namun semua itu telah dikalahkan dengan semangat juang tinggi yang menyala-nyala. Akan tetapi pada suatu hari malang menimpa Kawan Tanggok, dia terjatuh ke dalam perangkap musuh.


di dalam kem tahanan musuh pendiriannya teguh teruskan perjuangan.


Mula-mula Kawan Tanggok disumbatkan ke dalam kem tahanan Tanjung Beruas Melaka. Pada tahun 1951 beliau dipindahkan ke kem tahanan di Ipoh, Perak. Di dalam kem-kem tahanan juga ada organisasi-orgniasasi rahsia parti menjalankan aktiviti revolusioner di kalangan para tahanan. Kawan Tangguk segera menggabungkan diri dengan gerakan rahsia parti di sana. Di bawah anjuran parti, mereka telah menjalankan bermacam-macam aktiviti revolusioner seperti melakukan propaganda revolusioner, menampalkan poster-poster anti-imperialis, membuat ucapan-ucapan, mementaskan sandiwara-sandiwara, mendirikan gerup-gerup belajar, mengadakan gerakan bantahan dengan melakukan mogok lapar, bahkan pernah melakukan perarakan membantah kekejaman kontra revolusi kaum penjajah dan boneka-bonekanya. Kira-kira pada tahun 1949 organisasi rahsia parti di kem tahanan Tanjung Beruas Melaka dengan jayanya menganjurkan perarakan politik yang besar membantah hukum gantung yang dikenakan imperialis British ke atas Kawan Ganapathy, Presiden Gabungan Syarikat Buruh Malaya. Di dalam kem tahanan Ipoh, mereka telah mendirikan gerup sandiwara mempropagandakan revolusi. Kawan Tanggok menjadi salah seorang anggota gerup sandiwara itu. Pada hari-hari yang cerah, mereka sentiasa mengadakan perayaan-perayaan seperti merayakan Hari May Day, Oktober Merah dan lain-lain. Pada tahun 1951, benggolan nombor satu kolonial British, Henry Gurney telah dibunuh mati oleh pasukan gerila di dalam satu serangan hendap di Pahang. Sebaik tersebar berita yang menggembirakan itu, para tahanan di semua tempat secara spontan merayakan dengan besar-besaran.


Kem-kem tahanan didirikan musuh dengan tujuan hendak menyiksa ahli-ahli perjuangan itu tidak berhasil menggoyangkan semangat revolusioner mereka, sebaliknya telah berubah menjadi kem latihan menguji semangat revolusioner patriot sejati. Di dalam kem-kem tahanan, musuh juga banyak menggunakan macam-macam tipu helah yang lain, tapi mamcam-macam tipu helah telah dibongkar oleh organisasi rahsia, membangkitkan massa tahanan menghancur leburkannya. Akhirnya musuh menggunakan tipu helah yang berbelit-belit, satu segi membebaskan dengan memaksa syarat-syarat mengikat kebebasan mereka, segi yang lain memperkuat pengawasan ke atas mereka. Pada tahun 1952, Kawan Tanggok telah dibebaskan.

menggabungkan diri dalam pasukan

Sebaik dibebaskan, beliau segera mencari hubungan dengan pasukan gerila. Beliau telah melaporkan segala-gala yang dialaminya selama 4 tahun di dalam kem tahanan musuh dan mengemukakan permohonannya untuk menyertai perjuangan bersenjata membalas dendam terhadap penjajah. Akan tetapi organisasi parti memberi tugas tugas menjalankan kerja rahsia parti di kawasan bandaran, khasnya menyampaikan maklumat-maklumat pergerakan musuh kepada pasukan gerila. Beliau telah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

Kawan Tanggok sentiasa berulang alik secara sulit-sulit ke perkhemahan pasukan gerila yang berdekatan dengan bandar Temerloh menyampaikan maklumat-maklumat rahsia pergerakan musuh. Pada suatu malam, ketika beliau pergi ke perkhemahan pasukan gerila menyampaikan maklumat dan bermesyuarat, tiba-tiba musuh melakukan penyerbuan secara besar-besaran menggelidah rumah-rumah di kampungnya, mencari dia hendak ditangkap. Esok pagi-pagi lagi ketika dia balik ke kawasan kampung, dilihatnya banyak askar musuh berpusu-pusu di sana. Ini segera menarik perhatiannya. Dalam ada itu, orang ramai yang melihat kepulangannya segera memberitahu: “cepat pergi, musuh hendak menangkap kamu”.

Sejak hari itu diapun menceburkan diri dalam pasukan gerila menjadi seorang perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Setelah berjaya menggabungkan diri ke dalam pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional, beliau berusaha keras menempa diri, bekerja siang dan malam berkecimpung di tengah-tengah perjuangan yang menggelora dengan membawa dendaman kelas dan dendaman nasional yang meluap-luap di rongga dada. Beliau berazam dengan sepenuh hati dan jiwa raganya berjuang terus hingga ke titisan darah yang terakhir demi usaha pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan tanah air.

Pada awal tahun 1953, Kawan Tanggok bersama 4 rakan seperjuangan lagi telah terkorban dalam suatu pertempuran terkena serangan hendap musuh di kawasan Tongkiat, Pahang Timur. Mereka gugur di dalam usaha mulia memperjuangkan pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan ibu pertiwi yang tercinta. Kawan Tanggok telah mengotakan keazamannya dengan tindakan yang nyata.

Abadilah para kesatrua di dalam catatan sejarah perjuangan kemerdekaan pertiwi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesatria yang telah gugur.

Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.



21 dan 24 April adalah hari duka bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin. 2 orang bekas perajurit berasal dari kawasan sempadan telah pulang menemui Illahi. Mereka ialah Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.

Allahyarham Pakcu Bidin, 90, (gambar kiri) seorang berasal dari dari Daerah Sungai Padi, Narathiwat, menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10 pada tahun 1968. Beliau pernah bertugas sebagai penyusun massa, utusan dan anggota unit produksi. Selepas penandatanganan hadyai tahun 1989, beliau terus menetap bersama rakan seperjuangan yang lain di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beliau mengidap sakit lumpuh selama 7 tahun sehingga khirnya meninggal dunia pada pukul 5.00 p.m. (waktu Thailand). Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung asalnya di daerah Sungai Padi.

Allahyarham Dolmat, 80, (gambar kanan) berasal dari Cabang Tiga, Patani, menyertai perjuangan pada awal tahun 60-an. Allahyarham pernah ikut serta dalam regu penyusun massa, utusan dan pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Pasukan Penggempur ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin. Setelah perjanjian perdamaian Hadyai, beliau menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin. Beliau menderita sakit akibat kemalangan jalan raya dalam masa yang panjang dan akhirnya meninggal dunia pada pukul 1.00 p.m. (waktu Thailand) pada 24 April 2010. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Semoga Allah Taala meletakkan roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

PAHLAWAN DOLAH - PERAJURIT KECIL YANG TAK TAKUT MATI


Kampung Tanjung Batu, Daerah Temerloh, adalah antara basis kukuh Rejimen Ke-10. Massa di sini tinggi kesedaran nasionalnya. Dalam masa aman selepas kekalahan Jepun, mereka giat menceburkan diri ke dalam berbagai organisasi patriotik-demokratik seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Bagi kanak-kanak juga didirikan Barisan Pelopor Kanak-Kanak yang dianggotai oleh kanak-kanak berusia antara 9 hingga belasan tahun. Mereka menjalankan bermacam-macam tugas membantu perjuangan untuk kemerdekaan.

Apabila diisytiharkannya Undang-Undang Darurat,sejumlah massa di sini telah memanggul senjata menyertai pasukan gerila anti-British, yang tidak masuk hutan pula menyertai pasukan lasykar rakyat dan menyokong pasukan gerila. Sebuah pasukan gerila iaitu Platun 2, Rejimen Ke-10 bergerak di Kampung Tanjung Batu dan kampung-kampung di sekitarnya.

Sejumlah anggota Barisan Pelopor Kanak-Kanak atau Tentera Semut di bawah pimpinan Dollah dibentuk di kampung tersebut. Mereka membuat kerja-kerja mengawal kampung, mengawasi gerak geri musuh, menyampaikan maklumat, membuat kerja-kerja hubungan utusan dan lain-lain.

Walaupun umurnya masih kecil, tapi semangat bencikan penjajah British istimewa mendalam dijiwa Dollah. Dia bercita-cita untuk menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Akan tetapi kerana umurnya masih kecil, dia dinasihatkan supaya buat kerja di kampung dulu. Setiap kali bertemu dengan pasukan gerila, dia mengajukan permintaannya itu. Walau bagaimana pun, Dollah mengajukan 2 tuntutan iaitu pertama, apabila dia besar kelak, mestilah menerimanya menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional dan kedua, sekiranya dia terkorban mestilah menerimanya sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Pada bulan Mac 1949, musuh telah memasuki kampung untuk menangkap dan mengugut orang ramai. Komander memberikan Dollah sebiji bom tangan untuk dilemparkan ke atas musuh. Akan tetapi ketika dia hendak membuang bom itu keadaannya telah berubah. Musuh telah bercampur gaul dengan orang ramai. Dalam saat genting ini Dollah memikir bahaya kepada massa jika bom itu dibuang. Lalu dia berpatah balik mendapatkan pasukan yang sedang bersembunyi di belukar. Musuh yang mencurigai gerak geri Dollah terus mengejarnya. Pasukan Tentera Pembebasan segera melepaskan tembakan hebat ke atas musuh. Musuh lari balik mendapatkan motobot. Manakala Dollah pula memimpin pasukan Tentera Semut bersama lasykar rakyat mengejar musuh untuk membantu Tentera Pembebasan. Sejumlah besar musuh telah terbasmi.

Atas tuntutan Dollah, ibunya seorang aktivis gerakan wanita telah menjahitkan sepasang pakaian seragam Tentera Pembebasan iaitu sepasang bajutentera berwarna hijau, sebuah topi berbucu lima dengan sebiji bintang merah di depannya serta sepasang patis.

Pada 12 Mei 1949, Platun 2 dikerahkan ke kampung tersebut untuk mengadakan perhimpunan massa. Dollah datang menyambut mereka dengan pakaian seragam Tentera Pembebasan. Dengan penuh bangga, beliau berkata: "Lihatlah kawan sekalian, alangkah perkasanya, alangkah mulianya seorang perajurit Tentera Pembebasan!" Katanya, "Kemuliaan ini bukan semata-mata kerana mengenakan pakaian seragam, melainkan kerana semangat revolusioner yang bertempur dengan gagah berani". Kawan-kawan Tentera Pembebasan memberikan tepukan yang hangat kepadanya.

Pada hari tersebut juga Dollah telah ditugaskan berkawal di penghujung kampung. Dengan menggenggam kejat-kejat senapang kulai berlaras dua dia berdiri tegak di atas sebuah busut. Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa orang askar orang putih datang dari arah rusuk. Apabila melihat Dollah berpakaian Tentera Pembebasan, musuh cuba menangkapnya hidup-hidup. Dollah mengetahui musuh sudah mendekatinya. Dollah mengangkat senapang lalu berkata: "Hantu orang putih, saya akan basmi kalian semua" sambil melepaskan tembakan. 2 orang askar orang putih yang berjalan di depan segera tumbang. Seiring itu musuh telah melepaskan tembakan gencar ke arah Dollah. Beliau gugur sebagai pahlawan. Ketika itu beliau baru berusia 14 tahun.

Seluruh kawan bersedih kerana pengorbanannya. Setelah berdirinya Rejimen Ke-10 tak lama selepas peristiwa itu, saya atas nama Markas Besar Rejimen Ke-10 mengesahkan beliau sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan menganugerahkannya gelaran Pahlawan untuk menunaikan hasratnya ketika hidup. Darah pahlawan telah membasahi pertiwi, demi kemerdekaan dan pembebasan negara dan rakyat.

Sebuah lagu telah dicipta untuk mengenangi Pahlawan Dollah, seni katanya sebagai berikut:

Kawan Dollah -Pahlawan Muda
Yang Tak Mengenal Mati

Kawan Dollah berusia empat belas,
Punya cita-cita besar,
Kerana usia terlalu muda,
Tak disahkan masuk tentera.
Kawan Dollah setia pada parti,
Ikut parti jalankan perintah,
Kalau korban minta disahkan,
Masuk Tentera Pembebasan mulia.

Menyusun tentera semut kampung,
Bawa kanak-kanak revolusioner,
Punggah barang mengawasi musuh,
Ikut bertempur membasmi musuh.

Masuk kampung membawa tugas,
Nak lempar bom membasmi musuh,
Sayang keadaan telah berubah,
Segera laporkan kepada kawan.

Musuh sedar segera mengejar,
Dollah membawa masuk perangkap,
Kesempatan basmi musuh tiba,
Perajurit kita yang perkasa.

Pakai uniform tentera perwira,
Topi berbintang merah bersinar,
Senapang kulai kejat ditangan,
Tegak berkawal di pinggir kampung.

Orang Putih tiba dari rusuk,
Dollah tenang mengangkat senjata,
Bertekad bulat lantang berteriak:
"Saya akan hapuskan kalian".

Petik treger senapang gemuruh,
Segera tumbang dua orang musuh,
Musuh menembak secara gila,
Pahlawan gugur jasa abadi.

Dollah sumbangkan keremajaannya,
Kawan dan pimpinan bersemadi,
Rasmikan Dollah jadi perajurit,
Semangat sateria kekal abadi.

AHMAD TAHA

KINI DAN SILAM telah menerima massage dan emel dari sahabat-sahabat bahawa Saudara Ahmad Taha telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 7pm 22 Januari 2010 di Hospital Temerloh. Jenazah allahyarham akan disemadikan di tanah tumpah darahnya Kampung Buntut Pulau. Alfatihah…..

Allahyarham Ahmad Taha dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu.
Di dalam Rejimen Ke-10 beliau pernah menggunakan beberapa nama perjuangan seperti Remaja, PWD dan Pakwa. Di kalangan rakan seperjuangannya, beliau lebih dikenali sebagai Pakwa.

Beliau adalah antara putera terpuji Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanah air diinjak-injak semahunya oleh penjajah British. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA yang gigih menyebarkan propaganda membangkitkan kesedaran masyarakat menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Sesuai dengan jiwanya sebagai seorang seniman, Ahmad Taha berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Bentong.

Kerana aktif dalam gerakan untuk kemerdekaan, beliau menjadi perhatian penjajah British. Apabila Undang-undang Darurat diisytiharkan pada bulan Jun 1948, rumahnya diserbu polis, tapi beliau telah berundur ke hutan belukar. Pada bulan Oktober 1948, barulah beliau dapat berhubung dan menyertai Rejimen Ke-10.

Sebagai seorang gerilawan, dalam tahun-tahun 1948 - 1953 beliau pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British.

Pada tahun 1953 – 1954, beliau ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12.

Selepas penandatanganan perjanjian damai Haadyai, beliau pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.

Ahmad bin Taha…..
Kau adalah pahlawan rakyat yang sejati!
Hidupmu berjasa, matimu mulia!

MAT TAIB IBRAHIM

Mat Taib Ibrahim mempunyai beberapa nama perjuangan iaitu Arif, Dewasa dan Pak Ngah. Beliau dilahirkan pada bulan November 1917 di Kampung Teluk Mengkuang, Mukim Bangau, tetapi membesar di Belangka, Mukim Sanggang daerah Temerloh.

Ayahnya bernama Ibrahim, seorang guru silat dan amat membenci penjajah British. Mat Taib yang menimba pelajaran selama 7 tahun di sekolah Melayu bercita-cita menjadi guru. Tetapi cita-citanya ini ditentang oleh ayahnya kerana menganggap makan gaji dengan orang putih adalah kafir.

Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan API marak berkobar di Temerloh meniupkan semangat kemerdekaan. Mat Taib yang memang sudah tebal semangat anti-penjajahnya menerjunkan diri dalam gerakan API di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau menyertai perhimpunan-perhimpunan API, berlatih berkawad dan lain-lain.

20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangakapan besar-besaran ke atas anasir anti-British di Temerloh. Mat Taib berundur ke pinggir hutan bersama sejumlah pemuda pemudi yang lain untuk mengelakkan penangkapan penjajah British.

Awal tahun 1949, beliau meninggalkan isteri dan seorang anaknya yang tersayang untuk menyertai perjuangan bersenjata dalam Rejimen Ke-10. Di dalam pasukan gerila, beliau menghadapi berbagai kesukaran dan susah payah seperti pertempuran, cedera atau korban, kesukaran makanan dan lain-lain. Namun ini tidak melunturkan semanat juangnya. Beliau menganggap mati adalah adat perjuangan.

Pada tahun 1950, beliau ikut serta dalam suatu unit menjalakan propaganda di kalangan massa di Mentakab. Akan tetapi, seorang hantu yang menyeludup di kalangan orang ramai telah menyampaikan maklumat itu kepada kaum penjajah. Rapat yang berlangsung sehingga jam 12 malam itu dikepung oleh musuh. Dalam pertempuran yang sengit itu, 2 orang perajurit gugur di situ juga. Mat Taib bersama seorang ketua regu terselamat, tetapi senapangnya tercicir.

Beliau pernah menjadi utusan seorang diri menghubungkan antara Paya Banir dengan pasukan markas di Kerdau. Beliau pernah tersesat salama 2 hari. Kebetulah beliau bertemu dengan sebuah stor pasukan sesaudara. Beliau menunggu di situ sehingga dapat berhubung semula dengan pasukan. Kemudian, Abdullah C.D. memindahkan beliau ke pejabat percetakan sebagai penulis dan penaip stensels tulisan jawi.

Mat Taib Ibrahim (kanan) bersama Rashid Maidin dan Selamah

Pada tahun 1953, beliau menyertai pasukan Hang Jebat melakukan perjalanan jauh ke kawasan sempadan. Dalam perjalanan selama 1 tahun lebih itu, Mat Taib dan seluruh anggota pasukan menghadapi ujian-ujian yang luar biasa hebatnya, terputus perbekalan, menghadapi kempen kepung basmi dan pengejaran musuh dan lain-lain. Mereka pernah 1 tahun tak makan nasi.

Pada tahun 1954 Pasukan Hang Jebat yang berada di Ulu Kinta menghadapi serangan udara besar-besaran dari penjajah British. Diberitakan diarah sendiri oleh Jeneral Bonn dari udara. Namun bom-bom yang bertan-tan beratnya dan menggegarkan bumi itu tidak pernah melunturkan semangat juang Mat Taib dan kawan-kawan Pasukan Hang Jebat. Begitu juga dengan siaran merayu penyerahan diri yang digugurkan dari kapal terbang tidakpun dapat menundukkan semangat juang mereka.

Pada penghujung 1954, Pasukan Hang Jebat tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Di kawasan sempadan, Mat Taib berkhidmat dalam regu penerbitan, menerbitkan berbagai jenis buku dan risalah propaganda. Pada tahun 1969, apabila pasukan menggunakan wayarles, Mat Taib ditambah pula dengan tugas sebagai penterjemah kod wayaless. Kerja ini dilakukannya sehinggalah Rejimen Ke-10 dibubarkan selepas penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.

Mat Taib yang lebih popular di kalangan kawan-kawan berbagai peringkat dengan panggilan Pak Ngah mempunyai langgam yang jujur dan kasih mesra dengan kawan-kawan. Beliau dapat bergaul rapat dengan berbagai peringkat perajurit dalam pasukan. Sebagai Naib Ketua Kompeni dan bertanggungjawab dalam Platun II (Platun Nyala), beliau selalu bertukar-tukar fikiran, menyelami perasaan suka duka setiap perajurit.

Sebagai seorang kader veteran, beliau sememangnya dianggap sebagai orang yang berpengalaman dan khazanah berharga pasukan. Namun ini tidak pula menyebabkan beliau tinggi hidung. Beliau merasa dirinya sebagai seiji sekeru di dalam sebuah jentera, sentiasa mendengar pendapat secara merendah hati dengan kawan-kawan. Justeru itu beliau dihormati oleh setiap perajurit.

Pada tahun 1988, Pasukan induk Rejimen Ke-10 atau disebut juga sebagai Kompeni Ke-21 menghadapi serangan besar-besaran dari Tentera Thai dibiayai sepenuh oleh Kerajaan Malaysia. Markas Besar Rejimen Ke-10 telah mengambil taktik berundur ke kawasan pergunungan di kawasan Chenet untuk mengelakkan pertempuran secara lansung. Ketika mencari kayu untuk membuat tempat kediaman di kaki sebuah gunung, beliau sekali lagi tersesat selama 22 hari. Selama 22 hari tersebut, beliau hanya mengalas perut dengan pucuk kayu dan umbut-umbut sahaja sehinggalah beliau ditemui oleh regu khas yang mencari sejak kehilangan beliau.

Ketika ditanya apa pendapatnya tentang 40 tahun lebih perjuangan bersenjata, beliau menjawab “saya merasa mulia kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, menghalau penjajah British dari Malaya”.

Selepas perdamaian ditandatangani, beliau pulang ke kampung halamannya di Temerloh. Di kampung, beliau dijaga oleh anak-anaknya. Di beritakan bahawa setelah pulang ke kampung halamannya, beliau minta masuk ke sekolah pondok untuk mengisi hari tuanya dengan ilmu agama. Akan tetapi, pihak SB selalu datang mencarinya di pondok menyebabkan suasana aman dan tenang di pondok terganggu. Untuk memberikan suasana aman kepada pelajar lain, beliau terpaksa memberhentikan hajat yang murni itu.

Beliau meninggal di tanah tumpah darahnya Temerloh. Alfatihah

Allahyarham Bapa Rashid Maidin



1 September 2006, seorang putera sejati tanah air telah meninggalkan kita, kembali menemui Allah Yang Maha Esa. Beliau adalah Rashid Maidin, seorang pemimpin Rejimen Ke-10 TRM. Beliau pergi dengan tenang setelah menyaksikan 49 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Berikut adalah surat belasungkawa dari Abdullah C.D., Suriani Abdullah dan Abu Samah Moh. Kassim:

Sekalung Al Fatihah

1 September 2006 kita kehilangan seorang putera besar pejuang kemerdekaan bangsa dan tanah air Allahyarham Haji Rashid Maidin. Beliau pulang ke rahmatullah pada pukul 9.45 pagi dalam usia 89 tahun.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Pemergian Allahyarham telah meninggalkan suatu catatan sejarah besar bangsa Melayu dalam perjuangan anti-kolonial demi kemerdekaan bangsa dan tanah air. Seluruh jiwa raga beliau telah disumbangkan untuk usaha agung tersebut. Nama beliau sejajar dengan pahlawan terbilang bangsa kita seperti Datok Maharajelela dan Sagor di Perak, Datok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang dan lain-lain. Sejarah sudah pasti akan mencatatkan bahawa kemerdekaan yang kita rayakan pada 31 Ogos semalam, diselit dengan pengorbanan beliau yang suci.

Kami menyeru kepada generasi baru supaya tidak lupa akan perjuangan dan pengorbanan Allahyarham Haji Rashid dalam perjuangan untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air.

Marilah kita menadah tangan berdoa ke hadrat Allah Taala memohon keampunan semoga roh Allahyarham diletakkan di golongan orang-orang yang dikasihi Allah.

Hj.Abdullah C.D.

Hjh. Suriani Abdullah

Hj. Abu Samah Mohd. Kassim

1.9.2006


Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah



Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni.
  • Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.
  • Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung.
  • Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang angkatan perang Bahaman, selalu menceritakan kisah perang tersebut kepadanya. Semangat patriotisme dan bencikan penjajah mula berputik di benaknya sejak dari kecil.
  • 1940, pindah ke Kampung Lubuk Kawah. Pengaruh patriotisme anti penjajah lebih diperdalam lagi dengan gerakan PKMM, PKM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain yang berkembang pesat di Temerloh.
  • Tahun 1946 menjadi anggota AWAS, dipilih menjadi Ketua Cawangan Lubuk Kawah hingga AWAS diharamkan pada tahun 1948. Di sekolah API Lubuk Kawah ada kelas politik yang memperkenalkan imperializem, kapitalizem, sosializem, komunizem dan lain-lain. Guru yang mengajar ialah Kamarulzaman Teh dan Pak Da Hamid.
  • AWAS Cawangan Lubuk Kawah:
Ketua – Zaleha Mat Roni
Pembantu Ketua – Mak Ngah Minah (merangkap bahagian propaganda)
Setiausaha – Zaharah
Bendahari – Zawiah binti Hj Ibrahim
Ahli Jawatankuasa – Siti, Rahmah.
Semasa AWAS didirikan anggotanya seramai 15 orang saja. Tapi menjelang darurat anggotanya bertambah sampai 100 orang.
  • Oktober 1947, hadir kongres AWAS di Kajang, Selangor. Pahang menghantar 7 orang wakil.
  • Jun 1948 darurat diisytiharkan, beliau ditugaskan menyusun massa dan membantu pasukan gerila di kampung. Walaupun AWAS sudah diharamkan, beliau masih meneruskan perjuangan AWAS dengan menubuhkan cawangan AWAS di kampung-kampung, menerangkan soal kemerdekaan dan membela nasib wanita.
  • 1949 penjajah mahu menangkapnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 bertugas menyusun massa. Lebih 50 anggota AWAS Kampung Lubuk Kawah menyertai perjuangan bersenjata.
  • Disember 1949, pertempuran di Jerangsang antara 300 orang Rejimen Ke-10 dan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6 dengan 1 batalion askar Gurkha. Beliau ditugaskan mengundurkan barang-barang dengan selamat.
  • 1951 ikut bersama rombongan Abdullah C.D. ke Bentong mesyuarat dengan Chen Ping dan bertemu Rashid Maidin yang baru lepas dari tahanan penjajah.
  • 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita.
  • Di sempadan ditugaskan menyusun massa. Massa sangat menghormati dan menggelarnya Mak Bidan kerana berjaya menyelamatkan ibu yang mendapat masalah ketika bersalin dan perkhidmatan perubatan lain kepada massa.
  • 1960 mendirikan rumah tangga dengan Sukur Ismail.
  • 1968 – 76 ikut serta dalam 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 beroperasi di Ulu Kelantan, bertugas menyusun massa berbagai kaum termasuk massa Orang Asli. Beliau sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada Orang Asli.
  • 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni.
  • 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Tun Minah Pulang Ke Rumah

Setelah meninggalkan rumah kira-kira sebulan lebih lalu, kini Ibu Siti Norkiah Mahmood Baginda (lebih dikenali dengan panggilan Tun Minah oleh rakan seperjuangannya disini), kini telah pulang ke rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12, (Kampung Perdamaian Sukhirin) T. Sukhirin, A. Sukhirin, C. Narathiwat. Tun Minah adalah bekas Ketua Awas Pahang dan kader Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya.

Beliau meninggalkan rumah kerana menjaga suaminya Allahyarham Abu Samah yang sakit berat di Hospital Sungai Golok. Allahyarham Abu Samah mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis. Kerana itu Allahyarham beberapa kali dimasukkan ke bilik ICU.



Semasa di hospital beliau sentiasa menerima kunjungan rakan-rakan seperjuangan dan sanak saudara baik di Thailand mahupun di Malaysia.

Hidup mati manusia sudah ditakhdir oleh Allah (S.W.T.) Pada 6 April, keadaan sakit Allahyarham Abu Samah menunjukkan tanda-tanda positif, tekanan darah dan keadaan jantung kembali normal. Pihak doktor telah mengeluarkan beliau dari bilik ICU.

Akan tetapi pada keesokannya, kira-kira pukul 5am, Allahyarham kembali ke rahmatullah dengan tenang di Hospital Sungai Golok. Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok. Ibu Siti Norkiah berkabung untuk Allahyarham suaminya di rumah saudaranya di Sungai Golok.

Pada 20 April, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani telah menghantar kereta khas untuk menjemput Ibu Siti Norkiah pulang ke kampung.


Di rumah, rakan-rakan seperjuangan berdahulu kemudian datang menyampaikan takziah dan memberikan semangat kepada beliau supaya tabah menghadapi dugaan Allah dan untuk terus meniti hidup di penghujung usia.

Pada sebelah malam pula, rakan-rakan seperjuangan mengadakan majlis tahlil dan berdoa di rumah beliau. Semoga Allah Subhanahuwataala meletakkan roh Allahyarham Abu Samah di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Amin



Pakcu Duwi


Pakcu Duwi (nama rasminya Ibrahim Mat Sarip - 1935 – 2009) meninggal dunia pada pukul 10 pagi, 9 April 2009. Berita awal yang diterima, beliau meninggal ketika berada di rumah isterinya di Daerah Raman, Wilayah Yala.

Sebuah kereta telah dihantar untuk membawa jenazah pulang. Allahyarham dikebumikan pada malam itu juga di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12).

Allahyarham berasal dari Kampung Paya Pasir, Temerloh, Pahang, Pernah menyertai Platun 5 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Manap. Tahun 1953, mengikuti Pasukan Hang Jebat Rejimen Ke-10 berpindah ke kawasan sempadan.

Tahun 1970-an, Allahyarham berkhidmat dalam beberapa pasukan penggempur Rejimen Ke-10 bergerak di Ulu Kelantan. Kemudiannya beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22, Rejimen Ke-10.

Setelah Rejimen Ke-10 menamatkan perjuangan bersenjata di bawah persetujuan damai Kerajaan Malaysia - Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Allahyarham menetap bersama-sama rakan seperjuangan lain di Kampung Perdamaian Sukhirin.

PAK ABU SAMAH MOHD. KASSIM

Pak Abu Samah Mohd. Kassim (1926 - 2009) telah pulang ke rahmatullah pada 7 April 2009, pukul 5 pagi (waktu Thailand), di Hospital Sungai Golok, Narathiwat Selatan Thailand. Jenazahnya dibawa ke rumah warisnya Ustaz Abdullah Hanafi, Sungai Golok.

Pak Abdullah C.D. bersama lebih 50 orang rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 berkejar ke Golok untuk mengadakan pemakaman jenazah dan menyampaikan takziah buat isteri beliau Siti Norkiah Mahmood Baginda.

Adik ipar Alllahyarham, Tuan Haji Mokhtar Mahmood Baginda berkejar dari Pahang ke Golok dan tiba selepas solat Zohor. Jenazah Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok pada pukul 2 petang.

Allahyarham mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis.



To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve