To Live Is to Die

free counters

Selasa, 3 Ogos 2010

SIRI BULAN KEMERDEKAAN KE 53 : KETUA WANITA UMNO 2:

ALLAHYARHAMAH TAN SRI HAJAH ZAINUN SULAIMAN (IBU ZAIN) - 1950-1953:

Allahyarhamah Ibu Zain mula bergiat dalam bidang politik pada tahun 1945. Dalam usaha meningkatkan pembelaan nasib kaum wanita, beliau telah menubuhkan kumpulan Ibu Sepakat. Oleh kerana inilah apabila Allahyarham Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung di Batu Pahat , bantuan Allahyarhamah Ibu Zain diperlukan untuk mengumpulkan tenaga kaum ibu agar menyertai perjuangannya. Kedudukannya sebagai penyelia dan Ketua Ibu Sepakat pada masa itu, membolehkan beliau dapat mejalankan dan melaksanakan tugasnya dengan mudah dan sempurna.

Blackend Is The End

Dyers Eve