To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 27 November 2010

ANWAR SIBUK DENGAN POLITIK, ORANG BAWAHNYA SIBUK MENINDAS DI PERMATANG PAUH


Lebai yang di tengah adalah lebai yang paling di benci oleh peniaga di uptown Perda. bukan saja sombong, kurang ajaq malah pengecut nak mampuih. gambar menunjukkan seorang peniaga yang mengaru kepala memikirkan bagaimana mahu membayar wang kepada penindas ini.

Mesej di bawah ini di terima oleh semua pemilik tapak uptown Bandar Baru Perda Permatang Pauh. Mesej ucapan hari raya ini di hantar oleh pemilik no 017-5983402 ini yang di percayai milik salah seorang AJK Penindas peniaga Islam di kawasan ini. Mesej ini bertulis :

"SALAM AIDIL ADHA. SEMUA PENIAGA UP TOWN PERDA DIWAJIBKAN HADIR BERNIAGA SEKURANG2 3HARI SEMINGGU DALAM DIS 10. JIKA TIDAK PIHAK UPTOWN AKAN AMBIL TINDAKAN TQ"

Up Town Bandar Baru Perda sudah tidak asing lagi di kalangan penduduk Seberang Perai malah ianya juga turut di kenali sehingga ke negeri2 jiran seperti Kedah dan Perak. Perniagaan di jalankan bermula dari selepas waktu maghrib sehinggalah selepas 12malam,

Kejayaan ini adalah hasil penat perih para peniaga yang telah bersusah payah untuk membangunkan kawasan tersebut. Sehingga kini ramai peniaga yang 100% orang islam menjadikan kawasan itu sebagai satu tempat mencari sesuap nasi untuk anak isteri.

Kejayaan ini telah menyebabkan ramai yang membuka mata dan cuba mencari peluang untuk mengaut keuntungan hasil dari titik peluh peniaga. Mereka cuba mengunakan jalan undang2 untuk menindas para peniaga di situ dengan memohon hak menjaga kawasan itu melalui majlis tempatan.

Golongan penindas yang lebih di kenali sebagai Pak Lebai Tiga Ringgit di kalangan para peniaga di uptown ini mengambil kesempatan mengaut keuntungan buta dari para peniaga yang hidup berakais malam untuk wang saku anak ke sekolah pagi esoknya. Mereka mengunakan hak untuk mengutip wang dari peniaga melalui lesen yang di berikan oleh pihak MPSP namun sedikit pun tidak pernah menjaga kebajikan para peniaga.

Mereka cukup pandai berlakon dengan lebai di kepala. Apabila Ketua Menteri datang melawat para peniaga Pak Lebai penindas ini tidak membawa Ketua Menteri melawat para peniaga di dalam kawan uptown tetapi membawa Ketua Menteri melawat peniaga yang tidak bersangkut paut dengan uptown.

Ini adalah kerana mereka amat takut suara para peniaga uptown sampai ke telingga Ketua Menteri dan salah satu sebab lagi adalah para peniaga di luar uptown boleh membayar kepada mereka dengan mudah.

Lebih malang lagi penindasan ini seolah-olah di restui oleh ahli majlis yang salah seorangnya adalah Ketua AMK negeri Pulau Pinang saudara Amir. Anwar yang merupakan ahli Parlimen di kawasan ini juga tidak pernah untuk hadir melawat para peniaga yang di tindas ini.

Hari ini uptown yang dulunya amat meriah dan menjadi tempat peniaga mencari rezeki telah menjadi suram. Pak Lebai penindas semakin berani mengugut para peniaga di sini kerana di belakang mereka adalah orang atas politik di negeri p.pinang ini.

90% peniaga di sini adalah penyokong Pakatan Rakyat. Mereka masih waras untuk tidak mengunakan saluran politik mengatasi isu ini. Mereka di sini masih sayangkan Kerajaan negeri yang ada pada hari ini. Mereka faham ini bukannya dasar kerajaan negeri tetapi hanyalah kerana sifat rakus Pak pak lebai yang menjadi penindas di situ.

Wahai ahli Parlimen Permatang Pauh, wahai pimpinan Pakatan rakyat Pulau Pinang. apakah kamu tidak pernah rasa kasihan akan penindasa yang telah di lakukan oleh orang2 bawah kamu yang amat zalim ini. ingatlah mereka yang menjadikan anda semua berada di kerusi empuk sekarang ini. Jangan terlalu sombong pada warga miskin...

Blackend Is The End

Dyers Eve