To Live Is to Die

free counters

Isnin, 29 November 2010

UMNO DAN PAS P.PINANG BERSATU TAK MAHU DUIT JUDI


Bersambung dari artikal yang kemarin AKHIRNYA UMNO TAUBAT NASUHA.
Hari ini aku nak ceritakan bagaimana tahap pemikiran dan perang saraf umno yang ketinggalan zaman dan menjadi bahan ketawa.

Bila umno yang seolah2 gila talak bila di ceraikan daripada tampok pemerintahan kerajaan negeri P.Pinang atau dalam bahasa sains imaginasi Lebai Zannya di panggil "janda", mereka menjadi seperti gila meroyan atau boleh juga di samakan dengan perempuan yang mati anak atau dalam bahasa filem melayu di sebut "Pontianak".

Umno menjerit, meronta, melompat dan lebih dan amat melucukan lagi bila ada sorang mamat umno yang mengikat dirinya di pagar Dewan Undangan Negeri untuk menunjukan yang dia ada seorang pelawak yang mampu menjadi johan raja lawak pada musim ini.

Nampaknya lawak rantai diri bukanlah lawak yang cukup baik bagi umno. Minggu lepas umno sekali lagi membuat lawak dengan mencetak banner yang berlogokan lambang PAS untuk dipasang di merata tempat mengatakan mereka tak mahu duit judi.

Tu dia aihh yang atas tu baru inro (INTRO Orang PAS kata mukadimah sebab orang Pas ni nak cerita yg depa tu lebih Islam dari orang lain).

Perang saraf atau tipu helah adalah teknik perperangan. Dalam perperangan politik perang saraf adalah sesuatu yang amat berguna bagi turn over pemikiran rakyat dalam sesuatu isu. Oleh kerana masih ramai lagi pemikiran rakyat Malaysia yang sama taraf dengan Ketua pemuda Pas Batu Kawan dan kawan2nya maka perang saraf bodoh seperti ini masih berguna dan boleh di jadikan satu senjata yang amat berguna kepada pihak yang bertentangan.

namun perang saraf juga perlu di lihat kepada keadaan semasa dan perlu bijak untuk mengolahnya, jika tidak perang saraf bodoh begini akan memakan diri sendiri dan menjadi bahan ketawa.

mengapa Banner ini orang tak percaya PAS yang buat. Cuba lihat kesilapan yang umno buat dalam gambar banner di bawah:-


Kesilapan 1: Umno tahu bahawa pemuda Pas p.Pinang di bawah kepimpinan ketua pemuda yang lama adalah anti PKR, anti DAP, dan paling mereka anti ialah Anwar Ibrahim sehinggakan Pemuda PAS P.Pinang telah memboikot pilihanraya kecil permatang pauh satu ketika dulu. Lalu mereka gunakan isu ini untuk menjadikan Pemuda pas P.Pinang sebagai kambing hitam di dalam banner ini. Namun umno terlupa bahawa jika banner ini di keluarkan oleh Pemuda Pas P.Pinang mereka akan mengunakan Nama rasmi Pemuda Pas iaitu DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG dan bukan Pemuda Pas. Ini yang umno perlu belajar.

Kesilapan ke 2: UMNO cuma highlightkan angka dan permis judi dengan warna merah dan nama PAS dengan warna hijau. Orang ramai yang membaca akan bertanya mengapa perlu di merahkan angka dan permis serta tulis PAS itu dengan warna hijau. Maka di sini dapat di lihat bahawa sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan perkataan yang di warnakan ini. Ini adalah kerja pihak yang bertentangan dengan Logo parti pada banner ini. Di sini juga kita lihat sekali lagi gaya perang saraf umno sudah ketinggalan.

Kesilpan ke 3: Kualiti gambar pimpinan pemuda Pas P.Pinang yang tidak baik. walaupun gambar tersebut kecil namun dapat di lihat yang saiz kualiti gambar tersebut adalah di ambil daripada internet. Bayangkan kalau gambar itu di besarkan.

Tidak salah umno mahu melakukan provokasi tetapi biarlah setanding dengan pemikiran rakyat pada hari ini. Umno tak sepatutnya menyamakan pemikiran rakyat hari ini bersamaan dengan pemikiran orang Pas kampung aku yang tak boleh berfikir dan hanya menjadi barua kepada si dajaiudin.

Provokasi sebegini hanya menjadi bahan ketawa. Apalah malangnya nasin UMNO P.Pinang pada hari ini. Buat lawak orang tak ketawa, buat sedih orang ketawa.


Blackend Is The End

Dyers Eve