To Live Is to Die

free counters

Isnin, 27 Disember 2010

10 RIBU ORANG JADI KAFIR DI MELAKA KERANA SAMBUT KRISMAS


Ini apa sudah jadi. Depa ni semua tak baca ka itu Lebai jamil dan itu mufti punya fatwa? Sapa sambut hari krismas itu pluralisme. Pluralisme itu kafir.

Sekarang apa macam mau buat. Ini berita cakap lebih 10ribu orang datang ini hari krismas punya program. Kalau dalam itu 10ribu ada 5ribu orang Islam maka ini 5ribu orang islam sudah amal pluralisme. Maknannya ini 5ribu sudah jadi kafir.

Kalau macam itu Gabenor sama Ketua Menteri sudah jadi kafir. Apa pasai itu Lebai Jamil tarak kasitau sama ini Gabenor dan Ketua Menteri ini semua kerja pluralisme?

Bila boss sudah bikin pluralisme maka rakyat pun tak lama lagi akan ikut pluralisme jugak. Maknannya rakyat melaka akan kembali jadi kafir setelah mereka jadi Islam bila Parameswara boss mereka masuk Islam.

Itu hari Lebai umno marahkan Anwar pasai itu anwar sudah mengamalkan pluralisme. Mamat umno kat kampung yang satu haram tak tau apa menatang apa pluralisme pun turut sama kata Anwar sudah jadi kafir.

Menatang apa pluralisme tu? Pluralisme tu adalah istilah ciptaan orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mencari makan. Orang yang menjadikan agama tempat mencari makan sanggup buat apa saja. Kalau pembunuh itu jahat dan kejam orang yang menjual agama ini lebih dasyat dari pembunuh itu.

Nak tau sapa dia contoh orang cari makan dengan agama? Berlambak di sekeliling anda. Kalau kat tempat aku ni nama dia Tajjudin tapi aku panggil dia dajaiudin.
.......................................................................................

Rumah Terbuka Krismas meriah


Tun Mohd. Khalil Yaakob bersama Rais Yatim dan Mohd. Ali Rustam turut serta memeriahkan Joget Ria 1Malaysia di Kampung Portugis, Melaka, semalam.


MELAKA 26 Dis. - Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir di sini, malam ini disambut meriah dengan dihadiri lebih 10,000 orang pengunjung.

Orang ramai berbilang kaum dan agama serta pelancong asing mula mengunjungi Perkampungan Portugis yang tertua di Malaysia itu sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan pelbagai persembahan menarik pada majlis yang bertemakan 'Jalinan Kemesraan Pemimpin dan Masyarakat'.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob hadir merasmikan majlis itu yang turut dihadiri isterinya Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Mohd. Khalil yang tiba pukul 8.30 malam kemudian diiringi oleh Mohd. Ali dan Rais serta tetamu kehormat lain, mengadakan lawatan Krismas ke beberapa buah rumah penduduk di perkampungan yang terletak di pinggir Selat Melaka.

Suasana meriah bermandikan cahaya lampu pelbagai warna bertambah indah dengan hiasan pokok krismas, santa claus dan santarina, kotak hadiah, snow man dan banyak lagi.

Perkampungan seluas 11.2 hektar yang diasaskan pada 1930 dan kini diketuai Peter Thomas Gomes, mempunyai kira-kira 1,200 penduduk berbangsa Portugis yang mendiami 118 buah rumah, dan ini merupakan kali kedua perkampungan itu dipilih sebagai tuan rumah sambutan berkenaan selepas kali pertama pada 2008.

Rais dalam ucapannya pada majlis itu berkata, penganjuran majlis rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan rakyat berbilang bangsa dengan semangat Gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa bersama dan mendekati rakyat setiap masa menerusi pelbagai program termasuk melalui pendekatan mesra budaya.

Rais seterusnya mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan RM480,000 kepada Perkampungan Portugis itu bagi membaiki rumah ibadat di kawasan berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian termasuk nyanyian oleh artis tempatan.

Acara kemuncak ialah tarian Joget 1Malaysia yang disertai oleh pengunjung yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara paling ramai peserta untuk satu-satu persembahan joget. - BERNAMA

Blackend Is The End

Dyers Eve