To Live Is to Die

free counters

Khamis, 9 Disember 2010

GAMBAR LUCAH GADIS BERTUDUNG DALAM HANDPHONE PAK LEBAI

Sama ada secara kebetulan ataupun sememangnya P.Ramlee membikin filem dengan mata hatinya terhadap persekitaran hidup manusia, filem P.ramlee sudah terbukti telah membawa isu masyarakat yang releven sehingga ke hari ini. Tanpa mengira filem apa sekalipun, filem P.Ramlee tetap di anggap sebagai satu filem yang amat mendalam maksudnya.

Dalam filem nasib Do Re Mi misalnya, P.Ramlee mewujudkan watak Pak Maon yang di lakonkan oleh Mahmud Jun sebagai seorang tua yang berjiwa muda tetapi berlagak seoalah2 seorang yang baik dan rajin menuntut ilmu. namun di sebaliknya Pak maon adalah seorang yang suka berpoya2. walaupun watak ini adalah satu watak jenaka namun apa yang ingin P.Ramlee sampaikan ialah bagaimana manusia jenis pak.Maoon ini wujud dalam persekitaran hidup manusia hari ini.

manusia2 jenis ini cukup pandai berpura2 bila di khalayak umum tapi di belakang umnum perangai manusia jenis ini syaitan pun beri tabik hormat.

Cuba kita lihak 2 adengan filem tersebut dan kita bandingkan dengan masyarakat di sekeliling kita termasuk juga dengan diri kita.



Adengan di atas menceritakan bagaimana Pak Maon yang konon2nya membaca buku sejarah hang Tuan tetapi di sebaliknya Pak Maon sedang membelek gambar gadis2 seksi yang di tampal di dalam buku latihan.

Inilah ragam manusia hari ini. di kepala tak pernah lekang lebai, di mulut seolah tak pernah berhenti dari berzikir. Bila nampak perempuan kepala tunduk sampai kebumi. Tapi di belakang umum manusia jenis ini kelakuannya mengalahkan orang jahil. Kalau di selongkar hand phone orang macam ni penuh dengan gambar lucah. DVD lucah penuh bawah tikar. Di depan orang dia buka ceramah agama bila balik rumah dok sorang2 dia buka video lucah.


Adegan di atas pula kita lihat bagaimana manusia jenis Pak maon yang bijak berpura. Manusia jenis ini kuliah agama tiap2 malam tapi main betina pun boleh tahan. buah tasbih sentiasa di tangan tapi usung betina indon pun tak pernah henti tiap malam.

Di mulut mereka ini hanya ada 3 perkataan 1) halal 2) haram 3) sesat... orang lain semua tak betul tapi anak isteri depa tak tutup aurat kira ok.

Kalau depan umum nampak cukup alim dan zuhud tapi di belakang orang semuanya dia sapu tak kira anak bini orang dia berSMS.

Dalam kereta penuh dengan Cd ceramah agama dan bacaan Quran tapi di bawah kusyen kereta penuh dengan lagu dangdut.

Inilah ragam hidup manusia yang cuba di gambarkan oleh Allahyarham P.Ramlee. Ianya sentiasa ada di sekeliling kita. P.Ramlee menamakan watak ini Pak Maon. Siapakah Pak Maon yang berada di sekitar anda? atau anda sendiri adalah pak Maon?

Blackend Is The End

Dyers Eve