To Live Is to Die

free counters

Selasa, 28 Disember 2010

GILIRAN POLIS PULAK KENA PUKUL


Ini baru berita luar biasa. Kalau berita biasa ialah polis pukul orang tapi kalau orang pukul polis ianya sudah jadi berita luar biasa. Tapi sebenarnya berita isteri polis pukul polis tidaklah tersangat luar biasa. Polis yang selalu tibai orang sememangnya takut bini. Dalam balai tengking sana tengking sini tapi balik rumah sekali bini jeling polis ini sudah terkencing.

Polis ini cuma kena tibai dengan kayu belum lagi kenai hayun sampai mampus macam Kugan dan pompuan Monggolia. Polis ini belum kena tibai beramai ramai seperti selalu orang awam kena tibai beramai ramai dengan polis. Polis ni juga belum di tembak bertubi-tubi macam seorang budak kena tembak sebab tak ada lesen memandu.

Oleh itu kita mesti ucap tahniah kepada isteri polis ni. Belum ada lagi orang berani tibai polis tapi pompuan ni sudah kasi pecah rekod. Kah kah kah

...........................................................................................

Isteri anggota polis didakwa pukul suami

December 28, 2010

SHAH ALAM, 28 Dis — Seorang isteri kepada anggota polis dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan parah kepada suaminya, pada awal bulan lepas.

Tertuduh pertama, Steven Athimoloo, 22, dan tertuduh kedua, Kasturi Saminathan, 27, didakwa bersama-sama sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Balai Polis Rawang, Vimal Raj Gangatharan, 25, iaitu suami Kasturi, dengan menggunakan kayu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kenderaan Hulu Yam, Selayang, Gombak, Selangor, kira-kira pukul 1 pagi, 11 November lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin atas alasan kes itu serius memandangkan ia melibatkan kepentingan awam setelah dilaporkan oleh media.

Blackend Is The End

Dyers Eve