To Live Is to Die

free counters

Selasa, 14 Disember 2010

HAMPIR BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH GARA-GARA UMMI HALFIDA


Beberapa masjid di seluruh Malaysia telah bercakaran sesama sendiri dan hampir berlakunya pertumpahan darah apabila berlakunya perebutan untuk menjemput Ummi Halfida ke program ceramah dah khutbah Jumaat.

Ini adalah kerana keterpegunan mereka terhadap satu nasihat Ummi Halfida kepada abangnya Azmin dengan ucapan amat popular iaitu " Takutlah kepada Allah atau sekurang-kurangnya malulah kepada para malaikat".

Seorang ahli jawatankuasa sebuah masjid yang di temui berkata mereka sangat berharap agar ummi halfida dapat menerima jemptan ke masjid mereka kerana selama ini walaupun setiap malam di adakan kuliah agama tapi tak ada seorang pun anak kariah yang takutkan Allah, tetapi setelah mereka membaca kenyataan ummi halfida itu beberapa perubahan telah berlaku di kalangan anak kariah masjid.

ini adalah di sebabkan mereka semua rasa amat insaf dengan nasihat ummi halfida kepada abangnya itu.

Seorang ahli jawatankuasa masjid yang lain pula berkata jika sebelum ini khatib membaca khutbah ramai yang tidur tapi jika ummi halfida sanggup datang ke masjid untuk menyampaikan khutbah dia dapat merasakan ramai jemaah akan segar begar untuk mendengar peringatan dari ummi halfida.

Blackend Is The End

Dyers Eve