To Live Is to Die

free counters

Ahad, 5 Disember 2010

HIMPUNAN: HERO SOSIALIS SUDAH KENA TANGKAP POLIS


Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim ditahan oleh pihak polis di kawasan KL Sentral ketika beliau dalam perjalanan untuk menyertai himpunan protes air Selangor di pekarangan Masjid Negara di sini.

Ahli majlis Shah Alam Sivarajan dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arulchelvam juga ditahan, kata pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Peter Chong.

“Dr Nasir, Sivarajan dan Arul telah ditahan di KL Sentral,” kata Chong kepada pemberita di sini. “Mereka dibawa ke ibu pejabat polis di Cheras,” katanya.

Blackend Is The End

Dyers Eve