To Live Is to Die

free counters

Ahad, 26 Disember 2010

ORANG KEDAH BIKIN JOHARI BAHAROM PENING


Ini berita orang Kedah. Ini berita orang kedah sudah ikut sama Mahader punya slogan. Kepimpinan melalui Teladan. Menteri sudah marah sama orang Kedah pasai sudah pandai claim tipu sama kerajaan.

Umno sudah lama bikin ini kerja. Beli pen sebatang claim RM30.00. Tapi bila orang kampung bikin ini menteri sudah marah. Menteri kata do as I say not as I do. Menteri boleh kasi kongkek sama bibik tapi orang kampung tak boleh. Menteri boleh kautim sama taukey tapi rakyat tak boleh kawan sama orang cina.

Apa mau hairan sama tuntutan palsu. Ini bukan kerja baru tapi sudah ada sejak zaman berzaman. Dari atas sampai bawah semua ada bikin ini kerja. Serban atas kepala pun ada bikin ini kerja. Cikgu yang ajar anak murid jadi baik pun ada bikin ini kerja. Polis tangkap orang pasai tipu pun ada bikin ini kerja. Ini bukan berita luar biasa tapi berita biasa.

Sebab itu orang tak suka sama komunis. Hanya orang komunis saja tak bikin ini kerja. Ini macam punya kerja kalau dalam komunis sudah lama kasi mampus. Maka umno tak suka komunis, Pas tak suka komunis, PKR pun tak suka komunis sebab UMNO, PAS dan PKR pun selalu ada bikin ini kerja. Kalau terima sistem komunis maka depa sudah tak boleh bikin ini kerja.

oleh itu gua sokong sama orang Kedah. mari kita claim tipu. Ini kita punya duit. Kalau kita tarak sapu Menteri akan sapu. Sebelum orang sapu lebih baik kita sapu kah kah kah.

.......................................................................................

Johari: Mangsa banjir Kedah, Perlis buat tuntutan palsu

December 26, 2010

JITRA, 26 Dis — Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata terdapat segelintir petani dan mangsa banjir di Kedah dan Perlis yang membuat tuntutan palsu bagi kerugian yang mereka alami semasa bencana banjir bulan lalu.

Beliau berkata misalnya terdapat petani membuat tuntutan kerugian ke atas sawah mereka yang dikatakan rosak, padahal mereka tidak terjejas langsung.

“Selain tuntutan palsu, terdapat ramai mangsa banjir membuat tuntutan bertindih iaitu mendaftar lebih dari sekali serta seluruh ahli keluarga mereka turut mendaftar.

“Malangnya terdapat ketua-ketua unit Pertubuhan Peladang Kawasan yang mengesahkan tuntutan petani yang meragukan atau palsu,” katanya kepada pemberita semasa bergotong-royong mengecat semula Masjid Kampung Telok Malek bersama anggota Kelab Proton Shah Alam, dekat sini hari ini.

Masjid tersebut tenggelam semasa banjir. Mohd Johari berkata di dalam borang tuntutan telah dijelaskan bahawa maklumat palsu yang diberikan boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah akta rasuah.

“Saya menyerahkan perkara ini kepada agensi berkaitan sama ada hendak mengambil tindakan atau tidak terhadap mereka yang membuat tuntutan palsu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Beliau juga berkata bancian terhadap tanaman dan ternakan yang musnah atau mati di dalam banjir dijangka selesai pertengahan bulan depan.

Katanya kerajaan akan memberi pampasan dalam bentuk input pertanian seperti baja, racun, benih dan haiwan ternakan. — Bernama

Blackend Is The End

Dyers Eve