To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 18 Disember 2010

KETUA MENTERI SARAWAK BAKAL DI KEMUT OLEH WANITA ARAB


Ini berita baik. Kata orang melayu ini berita mendirikan masjid. Konon2nya manusia yang terkaya di sarawak sudah menikah. Baguslah nanti kalau mampuih nanti tak kempunan la kah kah kah. Kononnya orang tua ni menikah dengan pompuan arab. Wah boleh tahan ka orang tua ni. Nak buat macam mana orang besar nafsu pun besar. Lagi pun pilihan raya Sarawak dah nak dekat, kalau tak dak bini sapa la nak bagi semangat nanti. Kalau kalah pun bini dah dapat kah kah kah. Yang tinggai cuma Lebai Zan yang tak sapa mau lagi kat dia kah kah kah... Sapa la nak mau kalau penyegan nak kerja dan pengotoq kah kah kah... Tapi kot Ketua Pemuda Pas Penang si Lebai Yusni Mat Piah nak bagi adik pompuang dia kat lebai Zan ni tak tau la pulak kah kah kah.

........................................................................................................

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Di sebalik spekulasi pilihan raya negeri, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita Arab dipercayai dari Lebanon, berusia 30-an, di Kuching semalam.

Laporan media menyebut majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu disempurnakan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin.

Pemimpin veteran itu dijangka akan mengetuai Barisan Nasional negeri untuk menghadapi pilihan raya negeri, yang akan diadakan bila-bila masa memandangkan mandat semasa akan berakhir Julai depan.

Majlis resepsi perkahwinan tersebut dikatakan akan berlangsung hari ini, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu.

Beliau yang berkahwin dengan Allahyarham pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Taib berkahwin dengan anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramlee memandangkan minat mendalam beliau pada lagu-lagu Seniman Negara itu.

Bagaimanapun, dramatis tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut menyebabkan berita tersebut tenggelam begitu sahaja.

Abdul Taib yang diminta mengulas berita pernikahannya ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Dialog dan Makan Malam Bersama Persatuan-Persatuan Cina di sebuah hotel di sini, sekadar menjawab: “Belum lagi.”

Blackend Is The End

Dyers Eve