To Live Is to Die

free counters

Isnin, 20 Disember 2010

KHALID IBRAHIM ROBOH SURAU


Ini drama apa pulak? Umno selangor pun nak jadi umno Penang jugak nak belakon. Kah kah kah

Pemimpin umno sudah kautim sama kapitalis mau kasi roboh ini surau. Kalau rumah setingan gangster boleh kasi bakar rumah kemudian bomba kasitau rumah terbakar kerana litar pintas.

Apa yang umno peduli dengan surau dan masjid. Umno buat masjid sebab duit. Umno roboh masjid pun sebab duit.

Tapi sekarang umno sudah jadi kupang tembaga di Selangor. Pemimpin umno sudah susah nak buat duit sama tauke di Selangor tapi janji lama pemimpin umno dengan tauke masih ada. Duit sudah kasi tapi kerja masih belum jalan. Apa macam mau jalan kalau ada exco macam Ely Wong. Tauke tak suka sama Ely Wong sebab ini exco tak makan rasuah macam pemimpin PR yang lain.

Bila tokey sudah kasi tekan sama ini umno, ini umno pun sudah pening kepala. Rasuah sudah makan, perut sudah buncit tapi ini surau lagi tak boleh kasi roboh. Apa macam mau roboh kalau tak ada kuasa. Habis apamacam mau bikin?

Ini mamat umno sudak contact sama itu Azahar Penaga tanya apa macam mau buat. Ini orang tua cakap belajarlah dari kami kat penang ni. Kasi upah sama pakcik dan makcik angkat banner. Kalau tak cukup orang boleh panggil sama Mamak Musa anak benggali roti dari kampung Tawar Baling.

Maka hari ini ramailah makcik dan makcik angkat sepanduk marah sama Kerajaan Selangor. Tokey pun sudah baca surat kabaq ini pagi. Taukey pun sudah bikin janji sama mamat umno mau jumpak ini malam. Taukey sudah tak sabar nak kasi roboh ini surau. Lubang umno makan duit sudah kasi tutup. Nanti boleh kata Khalid Ibrahim yang kasi roboh.

Tapi umno sudah termaktub memang bodoh. Umno ingat ini zaman Rundingan Baling. Umno bukak mata nampak duit tapi rakyat bukak mata nampak Facebook. Sebelum orang baca surat habaq orang baca Facebook dulu. Orang baca Malaysikini sebelum baca utusan di bungkusan nasik lemak. apa macam umno mau tipu.

.............................................................................
'S'gor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau'



Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh dua buah syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usaha sama.

NONESebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah tersebut termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM

Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekaran menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa jatuh ke tangan swasta.

NONEBeberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom turut kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

Blackend Is The End

Dyers Eve