Blackend Is The End

Khamis, 30 Disember 2010

MAMAT UMNO TAK MAU AIR FREE MENGAMUK LAGI


Ini lagi cerita orang gila talak. Mamat ni tak berani boh nama umno walaupun depa ni umno. Mamat umno ni mengamuk sebab dah 3 tahun lebih tak boleh sapu duit rakyat Selangor. Hari tu mamat umno ni dah buat lawak hari ni mamat umno ni nak buat lawak lagi.

Bila masa Sultan ada kuasa. Sultan dah jual kuasa sejak negara belum merdeka lagi. Sultan bukan saja sanggup jual kuasa tapi sultan juga telah terbukti jual negeri kerana kononnya nak berkuasa..

Sebelum merdeka Sultan di bayar gaji oleh penjajah. Selepas merdeka pula sultan di bayar gaji oleh rakyat. Sultan hanyalah boneka umno untuk terus berkuasa. Sultan adalah benteng kuasa umno yang kedua selepas perkauman. Sehinggakan ucapan Sultan pun umno yang tulis. Sultan hanya bercakap apa yang umno mahukan. Jika umno tersepit umno akan guna nama Sultan untuk melepaskannya.

Oleh itu macammana yang mamat umno ni kata MB Khalid cuba ambil alih kuasa Sultan? Kuasa apa yang MB Khalid nak ambil dari Sultan tu kalau dah sememangnya Sultan tak ada kuasa lagi sekarang ini. Atau yang betulnya mamat umno ni kempunan kuasa. Kuasa untuk samun harta rakyat Selangor. Poket sudah semakin kosong. Negeri Selangor mesti di rampas dari rakyat.

Untuk MB Khalid gua nak pesan jangan peduli dengan sapa pun... Jangan kasi Setan Kusrin masuk pejabat SUK.. halau dia depan kakitangan SUK... kasi dia malu sampai nak masuk kubor...

......................................................................

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengambil alih kuasa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mempertikaikan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin berkata, walaupun bertindak sebagai Menteri Besar, namun Khalid (gambar) tidak mempunyai kuasa untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Isu pelantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri pula hendak dipolitikkan oleh politikus Pakatan (Rakyat). Apa kuasa MB (Menteri Besar)?

“Adakah lantik Setiausaha Kerajaan Negeri itu kuasa Menteri Besar? Undang-undang mana yang perlu diikut dalam soal pelantikan ini?

“Dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, dengan jelas disebut antara kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik Menteri Besar dan Jemaah Exco. Jemaah Exco itu termasuklah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri.

Ketiga-tiga pegawai kanan Pentadbiran negeri ini merupakan ahli Exco kepada jemaah Kabinet negeri yang disebut Exco itu.

“Yang lebih mustahak adalah Menteri Besar tidak mempunyai kuasa lantikan tersebut. Juga perkenan dan makluman Menteri Besar tidak perlu diminta. Lantik, perkenan atau maklumkan kepada Menteri Besar memang tidak disebut dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hamidzun, Khalid juga tidak mempunyai kuasa untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri atau menubuhkan sebarang suruhanjaya berkaitan, apatah lagi dengan menubuhkan panel temu duga bagi tujuan itu.

Beliau juga berkata, untuk menubuhkan sesebuah suruhanjaya ia perlu diluluskan di peringkat Parlimen.

“Adakah Menteri Besar boleh tubuhkan suruhanjaya? Jawapannya tidak kerana suruhanjaya perlu diluluskan oleh Parlimen dengan kelulusan undang-undang.

“Menteri Besar juga tidak ada kuasa di bawah undang-undang negeri untuk menubuhkan suruhanjaya. Apatah lagi bila Menteri Besar ‘bermain pondok-pondok’ dengan mewujudkan ‘panel’ menemu duga bakal Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Lawak sungguh. Apa dia fikir nak lantik Setiausaha Kerajaan ini macam nak lantik ketua kampung JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)?,” soalnya.

Tambah Hamidzun, tindakan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor merupakan satu “penderhakaan” kepada institusi diraja.

“Yang perlu diminta perkenan adalah Sultan kerana baginda diberi kuasa demikian untuk melantik Menteri Besar dan Jemaah Exco seperti mana yang disebutkan awal ini.

“Oleh yang demikian mempertikai perkenan Sultan merupakan perderhakaan kepada Institusi Beraja yang sekian lama terlaksana di negeri Selangor ini,” katanya.

GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di Selangor itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.

Isu pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), menjadi kemelut ekoran pengumuman Putrajaya bahawa beliau akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan mulai 1 Januari ini.

Pada hari pengumuman baru-baru ini, Pejabat Menteri Selangor berkata pelantikan itu belum muktamad kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikannya.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve