Blackend Is The End

Rabu, 29 Disember 2010

PARANG DALAM BONET KERETA - CERITA BIASA POLIS MALAYSIA


Ini pun berita biasa juga. Jumpa parang dalam bonet kereta adalah cerita biasa polis. Jumpa dadah dalam poket seluar adalah cerita biasa polis. Sejak zaman berzaman polis dah bikin ini cerita. Budak 15 tahun bawa kereta tak ada lesen pun polis tembak sebab ada parang dalam kereta. Macam mana polis tahu ada parang dalam kereta?

Polis boleh bikin apa saja pada kita. Ini semua tak ada dalam draman polis dalam negara ini. Drama polis di Malaysia semuanya polis baik. Sebab itu minda rakyat Malaysia di tahap yang amat teruk. Sebab itu filem Malaysia tak laku.

................................................................................

"Lebih sanggup mati daripada difitnah"
Chia Buang Hing sanggah tuduhan polis

Ong Vic Kee | Dec 28, 2010 01:18:11 pm

"Lebih sanggup mati daripada difitnah," Chia Buang Hing tampil untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan daripada polis terhadapnya, malah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan reputasi dirinya. Chia menafikan tuduhan bahawa beliau menyimpan dadah dan parang dalam kereta, malah tidak pernah menggelar dirinya sebagai "Datuk".

Dalam satu sidang media semalam, Chia Buang Hing berkata dirinya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah atau perniagaan haram, sebaliknya sering melakukan kerja amal. Justeru itu, beliau amat tersinggung dengan "fitnah" bahawa dirinya menyimpan dadah dan parang dalam kereta.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya hanya seorang peniaga membuat bingkai, tanpa latar belakang politik. Beliau memilih untuk mendedahkan pengalaman pahitnya ini kepada semua orang - dizalimi polis hanya kerana enggan menyogok rasuah berikutan cukai jalannya yang melewati tarikh luput lebih 20 hari.

"Bukankah polis seharusnya melindungi rakyat, menjaga keamanan masyarakat dan mengurangkan jenayah? Sebaliknya, (mereka pula) menzalimi saya, fitnah saya..." Chia menyambung, "Sehingga kini, polis masih memfitnah bahawa saya menyimpan dadah, membawa parang dan menyalahgunakan kad VIP dari istana. Mana dadahnya? Mana parangnya? Ini tuduhan yang bukan-bukan!"

Turut hadir dalam sidang media, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, OCPD Petaling Jaya Azizuddin pernah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Chia Buang Hing ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dua gram dadah dan sebilah parang dijumpai dalam keretanya.

Bagaimanapun, dua orang anggota polis yang didakwa menyerang Chia telah dibebaskan semalam, dengan alasan bahawa mereka tidak akan melarikan diri kerana mereka adalah polis.

Gelaran "Datuk"

Berhubung gelaran "Datuk", Chia Buang Hing menjelaskan bahawa dirinya memperolehi kad VIP dari Istana Kelantan kerana sering terlibat dalam kerja amal. Beliau berkata, "Tak pernah saya menggelar diri saya 'Datuk' (dengan kad tersebut). Tak pernah juga saya sebut apa identiti saya. Saya tak pernah menggunakan kad ini. Cuma hari tu... ketika menyemak kad pengenalan saya, mereka (polis) menarik keluar kad (VIP) itu..."

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hisan Hamzah berkata Chia Buang Hing mendakwa dirinya bergelar "Datuk". Malah, Hisan Hamzah berkata tindakan akan diambil ke atas Chia seandainya siasatan mendapati itu bukan gelaran "Datuk".

Chia Buang Hing menangis berkali-kali dalam sidang media yang diadakan bersama Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), peguamnya, ibunya dan ibu mertuanya. Sebelum sidang media dimulakan, Chua memberitahu wartawan bahawa dirinya amat sedih setelah membaca kenyataan polis dalam media.

Chia menangis sejak awal pagi semalam, dan mula menulis sepucuk surat yang diibaratkan dirinya sebagai "surat wasiat". Beliau yang tidak fasih dalam bahasa Malaysia berkata, "Saya lebih sanggup terkorban. Saya lebih sanggup untuk mati daripada difitnah. Saya tidak akan membiarkan mereka berjaya (memfitnah saya). Kerana ia akan menjejaskan hidup saya, perniagaan saya, dan reputasi kuil saya."

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve