To Live Is to Die

free counters

Ahad, 26 Disember 2010

POLIS TANGKAP POLIS


Ini cerita polis Malaysia yang kaki pukul. Apa pasai ini polis pukui orang? Mungkin bini dia tak bagi dia mengongkek malam tu. Hati sudah panas. Sapa lalu nasiblah kena tibai.

Ini cina dia punya nasib tarak bagus. Apa pasai dia lalu depan itu polis.
Itu kira ok lagi, kalau silap polis kena bom lagi teruk. Kalau kena tibai macam Kugan terus masuk kubur.

Hari ini itu polis sudah kena tangkap. Sapa tangkap ini polis? Polis la tangkap polis. .

Tapi itu tangkap punya polis cakap ini polis bukan lagi salah. Ini polis cuma nak bantu siasatan. Macam mana ini polis mau bantu siasatan? Ini polis sama sama siasat ka?ni sudah macam main polis senteri one two jaga. Polis mati pencuri jaga.

...........................................................................................

Dua anggota polis ditahan kerana disyaki pukul seorang lelaki

December 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lepas, ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

“Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan dari jumlah itu, dua telah ditahan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

“Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah,” katanya.

Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki tersebut.

“Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.

“Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam,” katanya.

Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai esok.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sabtu lepas, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis tersebut. – Bernama

Blackend Is The End

Dyers Eve