To Live Is to Die

free counters

Selasa, 28 Disember 2010

UMNO, PAS, PKR, MENTERI, USTAZ SEMUANYA KAKI RASUAH


Ini lagi satu berita biasa. Rasuah bukan berita luar biasa. Rasuah berita biasa. Orang selalu marah polis sebab makan rasuah tapi orang tak marah ustaz yang makan rasuah.

Rasuah hanyalah istilah. Untuk menghalalkan rasuah hanya perlu menukar perkataan "Rasuah" itu saja. Di dalam umno rasuah di sebut "politik wang". di dalam PKR rasuah di sebut sebagai "sumbangan" dan di dalam Pas rasuah pula di sebut imfa'. Ini semua rasuah yang di halalkan.

Nilai rasuah bergantung kepada berapa hebat kuasa yang si penerima rasuah ada. Nilai rasuah seorang menteri ialah sehingga sanggup membubuh wanita monggolia. Nilai rasuah seorang anggota polis biasa cukup sekadar minum kopi dan sekotak rokok.

Maka nilai rasuah seorang pengarah bomba ialah sebiji kereta Vios. oleh itu majulah rasuah untuk negara..kah kah kah


Pengarah bomba Pulau Pinang didakwa atas tuduhan rasuah

28/12/2010 3:18pm

SUNGAI PETANI 28 Dis. — Pengarah Jabatan Bomba Pulau Pinang, Ahmad Izram Osman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM16,325 pada Februari tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Izram, 44, dituduh menerima suapan RM3,000 iaitu sebahagian bayaran pendahuluan bagi pembelian kenderaan Toyota Vios nombor pendaftaran PS52 daripada Hasmawi Ahmad dan pertuduhan kedua menerima RM13,325 sebagai baki bayaran pendahuluan kereta itu daripada Hasmawi.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Telagamas Motors Sdn Bhd, Jalan Petaling, Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah pada 17 Februari 2009.

Suapan itu adalah sebagai upah untuk beliau kononnya mendapatkan kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabat tingkat 2 dan 3, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bernilai RM150,016 dan sebagai dorongan kerana membantu mendapatkan kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaran bilik standby lelaki Ibu Pejabat jabatan itu di Pulau Pinang bernilai RM198,000 kepada syarikat Rohaya Gemilang Enterprise.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahmad Izram juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kedudukannya menerima untuk diri sendiri wang tunai berjumlah RM16,325 tanpa balasan daripada Hasmawi pada Februari 2009.

Wang itu adalah bayaran pendahuluan untuk pembelian kereta Toyota Vios tersebut.

Blackend Is The End

Dyers Eve