To Live Is to Die

free counters

Rabu, 15 Disember 2010

ZAID IBRAHIM MEMBELI KOPIAH PUTIH DI PETALING STREET

Maka hari ini akan sahlah Zaid menjadi seorang ketua para lebai-lebai di Malaysia ini. Dengan tak payah bersusah payah, (tidak bermujahadah kata Pak Lebai) Zaid dengan mudah terus boleh menjadi ketua para lebai.

................................................................................................
Zaid Ibrahim
KUALA LUMPUR, 15 Dis — Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mengadakan mesyuarat tahunan di Lembah Klang pagi ini dengan harapan Datuk Zaid Ibrahim akan membawa parti itu ke era baru dalam landskap politik Malaysia.

Menurut Presiden Akim Zakaria Salleh, perhimpunan agung kali ini akan memberi tumpuan ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Zaid dipercayai menyertai Akim, parti yang berpejabat di Kelantan, dalam usaha menerajui sebuah parti baru selepas meninggalkan PKR bulan lalu.

“Jadi mesyuarat kita esok (hari ini) adalah untuk memilih barisan kepimpinan baru untuk memperkuatkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum.

“Kita perlukan sokongan semua barisan kepimpinan, semua ahli termasuk Datuk Zaid untuk melakukan perubahan yang besar kepada landskap politik negara.

“Saya juga percaya Akim selepas ini akan menjadi persaingan kepada PAS dan Umno, dengan kemunculan Datuk Zaid saya rasa beliau boleh gunakan kelebihan, kekuatan dan pengalaman untuk membantu parti menjadi sebuah parti yang kuat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Blackend Is The End

Dyers Eve