To Live Is to Die

free counters

Selasa, 18 Mei 2010

KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ TOKOH SOSIALIS ULUNG

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan


Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas.....!!!

PERJALANAN HIDUP SEORANG PEJUANG RAKYAT. DARI ISTANA KE KUBU PERANG


Kebangkitan semula Che Guevara
 
Oleh Mike Gonzalez
 
Dari jurnal International Socialism, Jilid 77, bulan Disember 1997. Hak cipta International Socialism.
 
Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (November 2002).
 
 
                    Y aquí se queda la clara                                     Dan di sini kita melihatnya dengan jelas
                    la entrañable transparencia                              wajah anda yang sangat disayangi
                    tu querida presencia                                            kehadiran tersayang anda
                    comandante Che Guevara                                  komander Che Guevara
~ Carlos Puebla
 
Kehadiran tersayang
Che hidup, bukan sahaja dalam ingatan mereka yang telah mengalami tahun-tahun 1960-an, tetapi juga dalam imaginasi ramai orang yang tidak mengenali kehidupan atau politiknya. Penjelmaan terbarunya adalah penuh dengan keraguan. Di Kuba, pengembalian tulang-tulangnya yang hampir reput diraikan semasa upacara yang diatur dengan terperinci. Wajah Che terdapat di merata-rata – di setiap bangunan awam, dinyalakan oleh lampu neon dan pada papan-papan di tepi lebuhraya, diiringin oleh peribahasa-peribahasa yang menyarankan pengorbanan diri dan keberanian apabila berhadapan dengan musuh. Di hampir setiap rumah di Kuba, versi-versi lukisan wajah Che seringkali merupakan satu-satunya gambar pada dinding rumah – kadang-kala di mengambil tempat di sebelah Virgen de la Guardia, iaitu gambar utama yang menyerupai Siti Mariam di Kuba. Pada masa yang sama, wajahnya adalah komoditi di pasaran cenderamata yang penuh dengan perhiasan tetapi tidak menarik, menghantui kemeja-T dan cawan, lukisan dan dompet. Mereka yang memakai lencana dan lambangnya dengan gembira telah membeli imej Kuba, bukannya simbol politik. Dalam kebangkitan terbarunya, Che adalah lambang yang dikeluarkan dari zamannya.
 
Namun dalam penjelmaan-penjelmaan lain, terdapatnya suara politik yang terbenam dalam muka berjanggut yang bertopi beret dengan bintang tunggal. Pemberontakan Zapatista di Meksiko telah memupuk Guevara sebagai contoh dan teladan utama.[i] Di Caracas pada awal tahun 1990-an, Guevara telah muncul semula pada panji-panji yang didukung pada siri rusuhan bandar menentang harga-harga yang semakin meningkat. Di Itali, demonstrasi-demonstrasi politik pada tahun 1995 dan 1996 telah mendukung imej Che.
 
Apa yang dia mewakili bagi generasi pemuda-pemudi baru susah dijelaskan. Manakala kebangkitan semula Malcolm X sebagai tokoh simbolik dicerminkan dalam filem Spike Lee, sehingga kini belum terdapatnya filem mengenai Che.[ii] Pada tahun 1960-an, Guevara dikaitkan dengan ombak perjuangan anti-kolonial, terutamanya wakil-wakilnya yang paling popular di Vietnam dan Kuba. Di kalangan akaliah Barat, Che telah diluangkan sebagai anti-imperialis sempurna, seorang pejuang dan keikhlasan teladan. Tetapi takdirnya dalam tahun-tahun selepas itu tidaklah sama rata; dia bukannya simbol yang berterusan, dan malah peranannya dalam ikonografi Kuba telah berubah dengan mendadak.
 
Pada hari ini, apabila imej Che dipaparkan pada setiap papan periklanan yang kosong, ia mudah dilupai bahawa selama sedekad, memorinya tidak diutarakan secara sistematik oleh kerajaan Kuba. Mengapaia dilahirkan semula pada tahun 1990-an adalah tema rencana ini – tetapi ia dapat dikatakan bahawa pemulihan rasmi imej Che mempunyai kaitan dengan keperluan-keperluan ideologi sebuah rejim Kuba yang semakin diserang. Sehingga suatu tahap (dan tahap terhad), kemunculan semula Che pada pentas antarabangsa merupakan talun dari apa yang sedang berlaku di Kuba; tetapi kesan Kuba pada dunia jauh lebih terhad pada tahun 1990-an dan kekuasaannya sangatlah lemah. Maka perjumpaan semula Che di luar Kuba mempunyai asal-usul yang lain, mungkin dalam pencarian di kalangan gerakan-gerakan tentangan yang dilemahkan oleh penumbangan Stalinisme bagi sesuatu tradisi politik yang dapat memberikan bahasa tentangan simbolik.
 
Dalam vakum politik tersebut, hanya beberapa tokoh yang bagi sesuatu sebab tidak dikaitkan dengan masa lalu yang terbias telah dijumpai semula. Malcolm X telah dipulihkan; begitu juga dengan revolusioner feminis yang telah diketepikan seperti Sojourner Truth dan Louise Michel. Dan Che Guevara telah kembali dengan jelas. Ia kini adalah jelas dari biografi panjang John Lee Anderson bahawa Che telah menganggap dirinya sebagai seorang Marxsis dan telah meletakkan dirinya dalam tradisi revolusioner.[iii] Pada pandangan pertama, itu mungkin mengecualikan dia daripada senarai pejuang yang tidak tercemar. Tetapi dengan aliran masa, Che semakin dipisahkan dalam pendapat popular dari peranannya dalam Revolusi Kuba dan dari tanggungjawabnya bagi strategi peperangan gerila yang telah gagal; dia telah diletakkan semula dalam arena pemberontakan tulin, bersifat individualistik dan digerakkan dalam contoh pertama oleh pertimbangan moral dan bukannya politik.[iv]
 
Dia kini mewakili – walaupun dalam cara abstrak – pemberontakan menentang imperialisme sinis yang bersedia untuk membunuh manusia walaupun selepas ‘akhir sejarah’ rasmi, menentang kapitalisme yang telah menyingkir seluruh generasi ke pinggir sosial. Namun, jika imej Che adalah simbol dan tanda keyakinan pemberontakan, sifatnya yang umum membantutkan apa-apa perdebatan politik mengenai taktik dan strategi gerakan-gerakan revolusioner. Imej Guevara adalah lambang revokusi, tetapi, secara paradoks, ia juga adalah tanda ketidak-hadiran sebuah projek sosialis revolusioner.
 
Namun, kebangkitan semula Guevara dapat memberikan peluang untuk meletakkan perdebatan politik tersebut di pusat isu ini. Tetapi, untuk itu berlaki, perdebatannya mesti bergerak dari arena wira dan pejuang syahid kembali ke arena sejarah, di mana perjuangan kelas diusahakan oleh lelaki dan wanita hidup yang mengejar matlamat-matlamat sedar yang digerakkan oleh pemahaman masa lalu dan biografi gerakan mereka. Dan sejauh mana Che dikaitkan, itu bermakna meletakkan dia sekali lagi dalam sejarahnya tersendiri – dan menyingkirkan mitos seorang pelajar perubatan Argentina muda yang telah menjadi menteri dalam sebuah kerajaan revolusioner dan telah meninggal dunia, uzur dan terpulau, di Bolivia hanya lapan tahun kemudian. Kehidupan dan politik Che Guevara terlalu dipenuhi dengan percanggahan-percanggahan sehingga tidak dapat memberikan gantian bagi sisa-sisa masa lalu Stalinis. Dia bukanlah contoh yang mudah difahami tetapi dia merupakan seorang revolusioner, dan konflik-konflik dalamannya, kesilapan dan kesalahannya mewakili percubaan untuk menyelesaikan persoalan-persoalan materialis yang diutarakan oleh kesetiaan kepada perubahan dunia secara sosialis. Oleh kerana itu, kajian terhadapnya akan memberikan pemahaman yang dapat memudahkan pembinaan semula tradisi revolusioner.
 
Pengembara gelisah
Ernesto ‘Che’ Gueavar dilahirkan pada 14hb mei 1928 kepada keluarga borjuasi yang sedang mengalami nasib buruk. Tahun-tahun awalnya dilalui di Argentina, yang dikuasai oleh Peronisme (Peron telah menggenggam kuasa pada tahun 1946, walaupun dia telah memasuki kerajaan pada tahun 1943). Apa yang adalah penting adalah kesan tersangat kecil Peronisme ke atas kehidupan Che – walaupun kebangkitan Peron ke dalam kuasa mewakili, walaupun dalam cara yang bercanggah, pergolakan sosial penting dan kemasukan gerakan pekerja Argentina ke pentas politik. Bagi mereka dari kelas Che, Peron merupakan ancaman – dan sememangnya Parti Komunis Argentina yang bersifat sayap kanan melampau telah berusaha untuk mendapat sokongan kelas-kelas menengah pada dasar kemusuhan bersama terhadap Peron. Ibu Guevara, bernama Celia, berhubung dengan idea-idea tersebut – tetapi tidak terdapatnya bukti bahawa Guevara muda dipengaruhi dalam mana-mana arah. Sebenarnya, kelasnya sendiri tidak mempunyai hubungan mendalam dengan masyarakat, dan Ernesto berasa gelisah dan hampa kerana itu. Diari-Diari Motorsikal yang diterbitkan baru-baru ini menunjukkan seorang individualis, seorang bohemia dan jiwa bebas yang ingin mengembara ke seluruh Amerika Latin dengan seorang sahabat dan sebuah motorsikal. Sejauh mana tulisan penjelajahan berkaitan, ia ditulis dengan ringan dan cerdas; keinginan di sini untuk mencari bakal gerila revolusioner akan menghampakan seseorang. Dari masa ke semasa, Guevara mengulas dengan tajam mengenai perlibatan imperialis pada benua tersebut – dan petikan apabila dia mengunjungi sisa-sisa kuil Inca di Macchu Picchu sangatlah mengharukan.[v] Tetapi tidak terdapatnya tanda bahawa belia berusia 23 tahun itu telah menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada perjuangan kemerdekaan. Dua tahun kemudian, pada tahun 1954, Guevara telah menjumpai dirinya di Bandar Guetamala pada titik perubahan dalam sejarah bandar tersebut dan, kita diberitahu, titik perubahan dalam sejarahnya sendiri.
 
Guatemala sangatlah penting bagi benua Amerika Latin pada masa tersebut.[vi] Pada hujung tahun 1940-an, sebuah rejim baru telah membawa janji demokrasi dan kemajuan di bawah Rafael Arévalo; pada tahun 1952, pengundian seorang pegawai tentera muda, Jacobo Arbenz, sebagai presiden telah menandakan langkah baru. Dia telah berjanji untuk menasionalisasikan permilikan tanah Syarikat Buah-Buahan Bersatu yang beribupejabat di Amerika Syarikat, menawarkan gantirugi bagi nilainya, agar tanahnya dapat diagihkan di kalangan kaum petani yang tidak memiliki tanah. Kesatuan-kesatuan petani dipimpin oleh Parti Komunis dan hak untuk membentukkan kesatuan-kesatuan pekerja bebas merupakan salah satu usaha Arbenz. Bagi kerajaan Amerika Syarikat pada puncak Perang Dingin, di mana dua ahli utama mereka (abang-adik Dulles) merupakan pengarah Syarikat Buah-Buahan Bersatu, ini tidak dapat diterima: mereka telah membiayai rampasan kuasa ketenteraan menentang Arbenz, yang telah meletak jawatan apabila istana presiden ditembak oleh pejuang udara. Hampir tidak terdapatnya tentangan, tetapi penindasan kejam selepas kekalahan Arbenz telah membawa Guatemala reputasi bagi keganasan. 
 
Guevara berada di Guatemala dengan ramai warganegara Amerika Latin yang telah dibuang negara – dia bakal mengahwini salah seorang daripada mereka, Hilda Gadea dari Peru. Che tidak berada di ibu negara pada masa rampasan kuasa tersebut – dia sedang mengembara di kuil-kuil Maya berdekatan dengan sempadan Honduras. Tetapi apabika dia kembali ke ibu bandar, dia menotakan dalam Diari-Diari betapa marahnya dia dengan fakta bahawa tidak terdapatnta perjuangan bersenjata yang teratur. Tidak terdapatnya bukti bahawa dia mempertimbangkan apa-apa melainkan persoalan ketenteraan – politik keadaan tersebut tidak menjadi unsur utama dalam pandangannya. Apa yang adalah penting, sememangnya, bukanlah untuk mengkritik Guevara kerana kekurangan pendidikan politik, tetapi untuk menekan bahawa kebanyakan tindakannya dan strategi politiknya selepas itu –terutamanya teori perjuangan gerila – mendedahkan kekurangan kajian dan pemahaman politik. Untuk mendakwa baginya pemahaman politik yang dia tidak memiliki bukan sahaja menonjolkan pengubahsuaian realiti secara retrospektif, tetapi juga mengkaburkan perdebatan mengenai rancangan strategik tersebut.
 
Menjumpai Kuba
Seperti kebanyakan orang yang dibuang negara dan telah mencari keselamatan di Guatemala, Che telah berpindah ke Meksiko. Kebanyakan orang yang dia telah menemui di Guatemala kemudiannya telah muncul semula dalam kepimpinan gerakan-gerakan gerila yang telah bangkit di seluruh benua tersebut selepas Revolusi Kuba pada tahun 1959.[vii] Di Meksiki, Hilda telah memperkenalkan Che kepada Fidel Castro.
 
Castro telah tiba di Meksiko selepas pengampunan yang telah membebaskan dia dari penjara dan memaksa dia meninggalkan Kuba. Dua tahun sebelum itu, pada 26hb Julai 1953, dia telah memimpin serangan bersenjata yang gagal pada berek Moncada. Kes makhamahnya diingati kerana ucapannya yang panjang dan berani apabila dia mengumumkan, “Sejarah akan membebaskan saya.” Latarbelakang Castro adalah kelas pemilik tanah (Anderson menghuraikannya sebagai “berdarah biru”); sebagai pelajar undang-undang pada tahun 1948, dia sudah terlibat dalam usaha serangan bersenjata yang gagal di Republik Dominika. Semasa pilihanraya tahun 1952, dia telah berdiri sebagai calon bagi pihak Ortodoks, yang dipimpin oleh seorang juruacara radio yang popular bernama Eddy Chibas. Apabila Chibas membunuh diri, semasa mengacara rancangan radio, Castro telah bersumpah untuk membalas dendam baginya, atau begitulah ceritanya. Yang penting adalah bahawa pemerintah Kuba, iaitu Batista, telah merosakkan proses demokratik dan meyakinkan Castro bahawa satu-satunya cara ke hadapan merupakan serangan bersenjata pada pemerintahan diktator Batista.
 
Sebenarnya, Parti Komunis Kuna telah bekerjasama dengan rejim Batista buat seberapa lama. Tentangan Castro terhadap Batista telah melibatkan tentangan terhadap pihak Komunis yang korupse dan lemah. Pengaruh-pengaruh politiknya datang dari Directorio Revolucionario yang berpusat di sekeliling gerakan pekerja, diasaskan pada tahun 1930-an, dan yang juga memiliki propaganda bersenjata sebagai strateginya.[viii] Maka, Castro, seperti Guevara, telah mengetepikan tradisi kelas pekerja Marxsis dan telah menyokong politik tindakan ketenteraan oleh kumpulan-kumpulan kecil. Walaupun terdapat beberapa orang yang melihat diri mereka sebagai Marxsis dalam kumpulan Castro yang kecil dan di Kuba sendiri (terutamanya abang Fidel bernama Raúl, yang mempunyai hubungan-hubungan universiti dengan pihak Komunis), ia merupakan politik nasionalisme revolusioner yang diluahkan semasa ucapan kes makhamah Moncada dan cara-cara konfrontasi bersenjata yang menguasai kumpulan tersebut.[ix] Jelasnya, Che dan Fidel mempunyai latarbelakang politik yang hampir serupa dan yang sangat bersifat anti-imperialis, sebagaimana ia juga mengetepikan konsep revolusi kelas pekerja. Maka, mereka berkongsi kepercayaan bahawa tugas pertama adalah untuk mengutarakan kuasa tentangan ketenteraan.[x]
 
Di bawah arahan seorang bekas askar Perang Saudara Spanyol, kumpulan Castro dan Guevara telah memulakan latihan ketenteraan di sebuah ladang di Chalco, Meksiko. Che sendiri tidak mempunyai latarbelakang ketenteraan, dan begitu juga dengan ramai lagi ahli kumpulan tersebut; namun dari tahap awal lagi, Che sangatlah penting dalam menekan disiplin ketenteraan tegas di kem latihan. Castro telah membeli sebuah kapal laut motor yang dinamakan Granma, dan kumpulan itu telah belayar ke Kuba pada bulan November 1956. Usaha itu telah gagal, dan apabila 82 lelaki akhirnya mendarat, mereka ditemui oleh sekumpulan askar Batista yang juga telah menyerang mereka di pinngir laut. Hanya 18 telah menyelamatkan diri, di antara mereka, Guevara yang juga mengalami serangan asma yang serius.[xi] Malapetaka pendaratan Granma merupakan hasil kesalah-fahaman di antara Castro dan hubungan-hubungan bandarnya di Kuba, di mana kebanyakan daripada mereka merupakan bekas ahli Directorio. Hubungan tersebut merupakan hubungan yang susah; malah pada tahap tersebut, terdapatnya perdebatan mengenai kepimpinan politik yang telah berterusan dan menjadi semakin tenat sambil Castro dan Guevara mengukuhkan kedudukan mereka di pergunungan Sierra Maestra. Sejauh mana gerakan tersebut wujud sama sekali, ia hanyalah di kalangan para pelajar; terdapatnya pengaturan kesatuan pekerja, tetapi tidak terdapatnya bukti bahawa Gerakan 26hb Julai mahupun Directorio mempunyai apa-apa yang melebihi kesan sampingan padanya.
 
Apa yang sangat jelas adalah bahawa malah pada tahap ini, isu utama bagi Che dan Fidel adalah bahawa pihak gerila di pergunungan patut mempunyai kepimpinan politik yang menentang Batista. Kedua-dua mereka yakin bahawa pengaturan politik tidaklah lebih penting daripada pertimbangan ketenteraan, dan melihat tugas pertubuhan-pertubuhan rakyat di bandar sebagai sokongan dan bekalan. Di pergunungan tersebut, hukuman mati yang diarah oleh Che ke atas Aristidio, seorang askar petani yang telah “menyalahgunakan dana gerila” telah dilaksanakan tanpa persoalan. Sememangnya, Anderson – yang bersimpati dengan Che, mengaku bahawa “perjalanan Che melalui Sierra Maestra dicemari dengan badan-badan chivato (perisik), mereka yang melarikan diri tanpa izin dan orang bersalah, di mana pembunuhan mereka telah diarahkan dan malah dalam beberapa kes telah dilakukan sendiri oleh Che,” menunjukkan, pada tahap yang sangat awal, moralisme dan disiplin dalaman tegas dalam kumpulan tersebut, tetapi juga mendedahkan kepada pertubuhan-pertubuhan bandar bahawa Castro akan berjuang demi kepimpinan.[xii] Wakil-wakil dari Parti Komunis (PSP) yang telah mengunjungi pergunungan tersebut diberitahu benda yang sama.
 
Pada awal tahun 1957, Directorio telah mencuba membunuh Batista di Istana Presiden, di Havana; mereka tidak pun sampai ke tingkat pertama. Kumpulan tersebut ditembak mati, di antara mereka pemimpin Directorio bernama José Antonio Echeverría, yang mempunyai reputasi yang jauh lebih kukuh daripada Castro pada masa itu. Mereka yang menyelamatkan diri telah memberikan sokongan kepada Castro di pergunungan, lalu membawa perubahan dalam imbangan kuasa yang pemimpin-pemimpin Gerakan 26hb Julai, termasuk Che, telah menggunakan dengan laju.
 
Namun, ia adalah penting bahawa peralihan ini bukan hanya melibatkan perubahan lokasi tetapi perubahan politik yang mendalam. Sambil Directorio dihapuskan kerana sifat ketenteraan tidak tentu, ia masih mempunyai dasar sosial di bandar-bandar dan hubungan tidak muktamad dengan bahagian-bahagian kelas pekerja. Castro tidak mempunyai mana-mana daripada ini. Apa sokongan yang dia meraih di kawasan pergunungan datangnya dari kumpulan yang paling dialeniasi dan terpulau – iaitu pekerja ladang yang tidak memilik tanah atau precarista – yang tidak mempunyai perluahan politik tersendiri. Hubungan di antara pemimpin-pemimpin Gerakan 26hb Julai dan pihak precarista bukanlah bersifat organik; mereka, dari satu segi, merupakan wakil-wakil yang dilantik dengan sendiri. Pengumuman politik dari hubungan tersebut telah meluahkan diri dalam keasingan pihak revolusioner itu daripada mana-mana dasar kelas, dan dalam keutamaan yang diberikan kepada reformasi tanah, iaiu sesuatu tuntutan petani, sebelum apa-apa tuntutan yang dapat memobilisasikan dan mencerminkan kepentingan-kepentingan para pekerja secara umum. Kemerosotan Directorio telah menamatkan apa-apa kemungkinan yang mungkin dimiliki oleh pemimpin-pemimpin gerila itu untuk menyesuaikan diri kepada hubungan teratur dengan sebuah kelas revolusioner. Kegagalan permogokan umum pada tahun 1958, dan kematian Frank País, pengatur bandar mereka yang paling cekap, telah menandakan perubahan orinetasi tersebut.[xiii]
 
Ini bukanlah hanya latihan dalam pengesahan bersejarah, tetapi penjelasan mengapa Guevara telah menjadi jurucakap dan pengkaji uatam dalam Revolusi Kuba – kerana dia mewakili sesuatu model politik, iaitu model perintah di mana dinamik utamanya merupakan kecekapan ketenteraan. Selepas kejayaan revolusioner pada tahun 1959, model tersebut bakal memberikan dasar bagi pembinaan sebuah kerajaan baru, dan membentukkan hubungan di antara pemimpin dan penyokong kerajaan tersebut. Punca cara politik tersebut merupakan pengulasan mengenai pengalaman-pengalaman semasa zaman pra-revolusioner, dan terutamanya dua karya di mana Guevara menghuraikan pembinaan sebuah kumpulan gerila atau foco.
 
Mengejar kuasa
Kuasa telah memasuki tangan pejuang-pejuang gerila dari gerakan 26hb Julai dengan tiba-tiba. Pada awal tahun 1958, ia seolah-olah terdapatnya lebih ramai wartawan daripada revolusioner di pergunungan. Sememangnya temuramah Fidel dengan Herbert Matthews dari majalah Life telah memberikan Fidel reputasi dan pengaruh yang lebih luas daripada yang patut dinikmati oleh jumlah ahli kumpulan itu.[xiv] Apa yang dilakukan oleh gambar Matthews mengenai pejuang gerila itu adalah mencerminkan jurang yang semakin besar di antara pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Batista yang semakin korupse dan keham. Ia adalah penting bahawa Matthews telah melihat Castro sebagai alternatif masa depan – kerana tekanan Castro dalam temuramah tersebut merupakan permusuhannya terhadap Komunisme. Ia sememangnya menyenangkan hati untuk berfikir bahawa Castro sedang bertindak seperti Machiavelli – kemampuan yang sememangnya dimilikinya sehingga sesuatu tahap – tetapi ia adalah lebih tepat untuk menotakan bahawa sejarah peribadi Castro menyokong pendirian ini, sebagaimana dengan balasan pihak Komunis apabila mereka mengutuk Castro sebagai seorang “perampas kuasa borjuasi kecil.” Pada bulan April 1958, laungan bagi permogokan umum telah ditemui oleh kegagalan; pada bulan Ogos tahun itu, pihak gerila dapat mendakwa bahawa mereka mempunyai 500 ahli, tersebar di antara tiga kolum. Kawasan sebenar di bawah penguasaan gerila sebenarnya sangat kecil; perintah revolusioner pertama mengenai rampasan dan pengagihan semula tanah dari segi tersebut merupakan kenyataan hasrat bagi apa yang dapat dilakukan. Namun, dalam masa empat bulan, Batista telah tumbang dan telah meninggalkan Kuba, dan tiga kolum pejuang geila ini sedang bergerak dalam perarakan berjaya menuju Havana.
 
Dalam realiti, ia merupakan penumbangan kerajaan yang luarbiasa, apabila Amerika Syarikat menarik balik sokongan dan senjata bagi kuasa-kuasa Batista, walaupun peperangan gerila itu telah melanjutkan krisis. Peranan kelas pekerja bandar dalam kejayaan ke atas Batista sangatlah kecil: Gerakan 26hb Julai tidak mempunyai hasrat mahupun pertubuhan untuk memobilisasikan mereka. Sambil Anderson mencadangkan bahawa pihak Komunis telah memberikan sedikit sokongan kepada Castro, ia hanya kelihatan seperti sokongan sebagai pertunjukan sahaja disertakan dengan perasaan waspada terhadap pejuang gerila itu. Walau apa pun, pihak Komunis itu telah mengalami kekalahan dalam pertemputan politik penentuan sebelum revolusi dan tidak berada dalam kedudukan untuk menentang kepimpinan baru. 
 
Sambil kolum-kolum pejuang berarak menuju Havana pada awal bulan Januari 1959, ia merupakan Che yang tiba di ibu negara sebelum pemimpin-pemimpin lain. Dan ia merupakan dia yang diberikan peranan penting untuk mendirikan pihak keselamatan kerajaan, atau G-2, dan meluaskan undang-undang revolusioner melalui kes makhamah awam di kubu La Cabaña dan di tempat-tempat lain. Hampir 100 orang telah dihukum mati pada minggu-minggu pertama revolusi. Pelbagai benda telah dikatakan mengenai ini, tetapi dengan sejarah kezaliman dan penindasan di bawah rejim Batista, tribunal revolusioner dapat dikatakan telah bertindak dengan terhad terhadap penyokong-penyokong Batista. Dan terdapatnya proses perundangan, dan kes makhamah awam yang rasmi – walaupun Raúl Castro telah menghukum bunuh 70 orang yang lain tanpa kes makhamah pada masa yang sama. Walau betapa susahnya sayap kanan berusaha untuk membuktikannya, ini bukanlah zaman keganasan tetapi pembalasan dendam yang dituntut oleh perasaan awal. Lebih-lebih lagi, kerajaan baru telah mendirikan perundangan baru dalam cara ini. Tribunal-tribunal revolusioner tempatan didirikan untuk mengamalkan “keadilan rakyat,” iaitu penyelesaian masalah-masalah tempatan melalui perdebatan awam. Ini sangatlah baik bagi reputasi libertarian antarabangsa Kuba, tetapi realitinya agak berbeza. Kerana keputusan-keputusan yang mempunyai kesan pada kuasa kerajaan dan bentuk serta arah masyarakat secara menyeluruh dibuat oleh organ-organ baru dan rahsia yang tidak pernah, walau pada mana-mana tahap, dibukakan kepada kajian awam. Guevara, sememangnya, sangat penting kepada pembinaan aram-aram bagi rejim baru ini – dan dia telah melakukan tugasnya dengan dedikasi dan ketekunan, tetapi juga dengan agak kejam.
 
Berkumandangnya revolusi
Ia adalah susah untuk menokoktambahkan kesan Revolusi Kuba pada Amerika Latin. Hanya lima tahun sebelumnya, Amerika Syarikat telah menghancurkan sebuah kerajaan yang kuran radikal di Guatemala dengan kedegilan biasa. Penumbangan Peron pada tahun 1955 telah mengeluarkan satu pengganggu kepada rancangan-rancangan imperialis; negara-negara Amerika Latin yang lain diperintah oleh sekutu-sekutu yang menikmati buah-buah hubungan komersil dengan Amerika Syarikat. Sambil terdapatnya perdebatan intelek mengenai sifat perkembangan pergantungan, ia tidak menjana perluahan-perluahan politik yang bermusuhan. Dan Perang Dingin telah memberikan simen ideologi bagi persekutuan hemisfera yang selesa ini.
 
Perarakan gerila-gerila menuju Havana dan penumbangan hubungan utama dalam rantai pemimpin-pemimpin yang patuh telah mengakibatkan kekejutan di Amerika Syarikat dan kegembiraan di Amerika Latin. Janji kemakmuran bersama di sebuah dunia industri penggantian pendapatan sudah dimungkiri; di Meksiko, kesatuan-kesatuan pekerja semakin bersifat aktif dan mengalu-alukan konfrontasi; di Argentina, tentangan  pekerja terhadap kerajaan-kerajaan ketenteraan baru semakin bertumbuh. Dan pada pentas ekonomi antarabangsa, Amerika Syarikat semakin menghadapi tentangan terhadap penguasaannya ke atas pasaran dunia dari musuh-musuhnya di Jerman dan Jepun. Dalam konteks tersebut, Revolusi Kuba merupakan peristiwa yang penting dari segi politik; gergasi imperialis telah kehilangan kawalan ke atas satu hubungan dalam rantai yang paling dekat dengannya sambil hubungan-hubungan yang lebih jauh semakin menunjukkan tentangan. Apa yang John Gerassi telah menamakan sebagai “ketakutan besar”[xv] sememangnya merujuk kepada kesan Revolusi Kuba pada Amerika Syarikat, di mana perdebatan besar telah bermula mengenai mengapa Amerika Syarikat telah ‘kehilangan’ Kuba dan apa yang ia patut melakukan untuk menaham kehakisan kekuasaan dan pengaruhnya.[xvi] Perdebatan itu telah melesap dengan agak laju; pahlawan-pahlawan dalam kerajaan telah mengalahkan pihak liberal yang berwaspada dan, selepas masa keraguan, kerajaan Amerika Syarikat telah berusaha untuk menghancurkan Kuba baru melalui tindakan-tindakan ekonomi dan politik. Dalam dua tahun seterusnya, ia telah berusaha untuk mengikat sekutu-sekutunya kepada rancangan ketenteraan bersama melalui perjanjian keselamatan dan pakej bantuan ekonomi gantirugi melalui Persekutuan Demi Kemajuan. Harga kedua-duanya merupakan perjanjian untuk memulaukan dan menghancurkan Kuba. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ganas pada pulau tersebut, di mana kehidupan ekonominya mengalir dari Amerika Syarikat.
 
Radikalisasi laju rejim Kuba dalam pelbagai cara merupakan balasan kepada tekanan ini. Sambil kerajaan yang diciptakan selepas tahun 1959 merupakan jentera penguasaan yang kuat, peranannya dalam ekonomi belum menjadi jelas – dan sememangnya Guevara terlibat pada bulan-bulan awal itu dalam menghuraikan bagaimana ia patut atau dapat mencampur tangan. Namun, populariti rejim baru tersebut di dalam Kuba tidak dapat dinafikan sambil ia menentang setiap serangan oleh Amerika Syarikat dengan tindakan-tindakan pengukuhan baru. Separuh juta rakyat Kuba yang telah meninggalkan negara itu dalam dua tahun pertama selepas revolusi secara umumnya merupakan mereka yang hidup dengan bantuan Amerika Syarikat, biarpun pedagang-pedagang, krupier atau barua. Yang lain merupakan ahli-ahli tentera dan polis Batista, kelas-kelas pemilik tanah yang malarikan diri daripada arahan rampasan tanah, serta peguam dan doktor di samping pegawai teknikal yang bekerja bagi firma-firma Amerika. Maka, tentangan politik terhadap Castro telah melarikan diri. Kerajaan Kuba kini memerlukan sebuah kelas profesional baru, tetapi ini sukar dicapai; ia mengambil masa beberapa tahun untuk melatih seorang doktor atau jurutera. Kempen pembacaan pada tahun 1960 telah meningkatkan kehormatan rakyat Kuba di Amerika Latin, di mana taraf buta huruf sebenarnya lebih rendah daripaa Kuba, dan telah mewujudkan hubungan secara langsung di antara profesional serta pelajar dan penduduk desa. Pada masa yang sama, dasar-dasar sistem kesihatan telah diletakkan dengan pengenalan siri tindakan kebersihan awam yang telah membawa hasil-hasil yang dramatik dengan kos rendah melalui usaha sukarela.
 
Apa yang penting adalah bahawa perubahan dicapai melalui tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan. Organ-organ pengaturan sosial baru diciptakan oleh kerajaan; Majlis-Majlis Bagi Pertahanan Revolusi (CDR), kunci kepada jentera baru, berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan – peranannya merupakan perisikan, sambil ia menjadi jelas bahawa Amerika Syarikat bersedia untuk menyokong tindakan-tindakan gerila revolusioner balasan di dalam Kuba untuk mengiringi dan mengukuhkan tekanan dari luar. Pada tahap ini, tidak dapat dinafikan bahawa pertubuhan-pertubuhan baru ini menikmati sokongan popular; tetapi itu sangatlah berbeza daripada kawalan popular atau demokratik.
 
Lawatan Castro ke Washington pada bulan April 1959 dan kehadirannya yang lebih dramatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan September 1960 telah memenangi perhatian seluruh benua dan telah memberikan Revolusi Kuba kekuasaan politik dan moral yang besar. Amerika Latin, yang sehingga itu tertakluk kepada kehadiran jirannya di utara, kini sedang memperdebatkan agenda kebebasan kebangsaan. Rakyat Amerika Latin yang muda telah berhijrah ke Kuba untuk berlatih demi kumpulan-kumpulan gerila mereka sendiri – iaitu latihan yang melibatkan pendidikan politik dan penyerapan pengalaman Kuba serta idea-idea barunya. Kesan-kesan ini sangatlah membinasakan.
 
Pihak revolusioner Amerika Latin yang tiba dengan ghairah di Havana selepas tahun 1959 merupakan pejuang muda dan sangat setia. Seperti pemimpin-pemimpin Revolusi Kuba, mereka secara umumnya datang dari kelas menengah dan bersifat nasionalis dari segi politik. Kumpulan kecil dari Nikaragua, yang bakal membentukkan gerakan FSLN, mempunyai pendidikan Marxsis yang lebih ortodoks; revolusioner Peru secara umumnya merupakan ahli-ahli pembangkang dari pertubuhan-pertubuhan pemuda nasionalis yang telah menjadi gelisah dengan kompromi dan korupse kepimpinan mereka sendiri; revolusioner Argentina mewakili bahagian-bahagian daripada tentangan Peronis. Tidak ramai daripada mereka dilatih dalam tradisi proletariat.[xvii] Maka, mereka telah berhijrah ke Kuba bukan hanya untuk latihan ketenteraan, tetapi untuk mempelajari cara politik, teori dan amalan revolusi.
 
Dalam mitos selepas revolusi, Revolusi Kuba dipersembahkan sebagai kejayaan ketenteraan besar. Sebenarnya, perjuangan tersebut tidak mengutarakan apa-apa pertubuhan rakyat baru; tidak terdapatnya soviet-soviet atau bentuk-bentuk demokrasi yang dilahirkan oleh serangan pada kuasa oleh seluruh kelas.[xviii] Castro dan Guevara masih berjuang demi kepimpinan politik dengan pihak Komunis, dan ingin meletakkan kader-kader dari Gerakan 26hb Julai dalam setiap jawatan penting. Dalam kes pertubuhan kesatuan pekerja baru, iaitu Konfederasi Pekerja Kuba (CTC), ini bermakna konfrontasi terbuka dengan pihak Komunis; dalam kes pertubuhan-pertubuhan petani, arena tersebut lebih terbuka. Tetapi walau apa pun, struktur-struktur yang baru citubuhkan telah meraih erti dari model politik ‘gerila’ – ia memancarkan keputusan-keputusan ke bawah, dan memobilisasikan sokongan.
 
Karya utama kerajaan baru ini merupakan, walaupun ia kelihatan agak aneh pada pandangan pertama, karya Che Guevara bertajuk Perang Gerila.[xix] Secara asasnya, ia merupakan buku panduan untuk melancarkan dan mengatur perang gerila – tetapi terbenam dalamnya adalah konsep politik revolusioner yang mempunyai beberapa kesan pada Revolusi Kuba. Pertama sekali, ia menganggap bahawa perang gerila, sebagai strategi revolusioner utama, dapat dimulakan dan diatur oleh sebuah kumpulan revolusioner tanpa keadaan-keadaan sosial dan politik yang sejajar dan masyarakat.[xx] “Kami telah menunjukkan bahawa sebuah kumpulan yang kecil, disokong oleh rakyat dan tanpa ketakutan meninggal dunia jika diperlukan, dapat mengatasi tentera biasa yang berdisiplin dan mengalahkannya.”[xxi] Kedua, kejayaan revolusi menjadi sesuatu urusan teknikal, sesuatu persoalan kemahiran dan kesediaan ketenteraan. Ketiga, ia mengikuti bahawa ia adalah pihak revolusioner yang menciptakan revolusi bagi pihak – atau sememangnya, menggantikan – kelas-kelas bagi siapa revolusi dimunasabahkan: “Kami mempunyai tentera pemberontak dan ini akan menjadi alat utama bagi perjuangan.”[xxii] Maka, faktor penentuan bukanlah imbangan kuasa atau tahap pengaturan dan perlibatan rakyat jelata, tetapi keyakinan, hasrat dan ketekunan pihak revolusioner sahaja.
 
Politik dan ekonomi
Che seringkali dikatakan sebagai ahli Marxsis-Leninis yang paling maju dalam kepimpinan revolusi tersebut[xxiii] - walaupun dia telah menafikan cadangan tersebut.[xxiv] Dia sememangnya bersedia untuk berunding dengan pihak Komunis di pergunungan Sierra Maestra, dan tidak bersabar dengan permusuhan terbuka Fidel terhadap mereka. Namun, sikapnya terhadap Fidel sebagai “ciri khas Revolusi Kuba,” di samping kajian umumnya mengenai revolusi, mencadangkan bahawa Marxsisme telah diketepikan. Bagi Marx, kelas-kelas adalah pelakon utama dalam proses bersejarah; bagi Guevara, kelas-kelas tidak hadir pada pentas bersejarah dan digantikan oleh wakil-wakil atau pengganti mereka – pihak revolusioner. Guevara telah menarik dari dua aspek Marxsisme dalam tulisan-tulisannya. Dia telah menggunakan kategori-kategori Marxsis dalam perbincangannya mengenai ekonomi. Tulisan-tulisan seterusnya, dalam terutamanya ‘Manusia dan Sosialisme di Kuba,’ telah menarik dari tulisan-tulisan awam Marx, dan terutamanya Manuskrip-Manuskrip Tahun 1844, untuk mewarnai idea-ideanya dengan dasar falsafah.
 
Apa yang tidak hadir adalah materialisme dialektik – iaitu pemahaman mengenai proses bersejarah di mana pelakon utama dalam kelas-kelas yang terikat dalam perjuangan.[xxv] Marxsisme bukanlah hanya koleksi kategori-kategori saintifik dan alat-alat kajian: ia adalah teori dan amalan revolusi, di mana pandangan-padangan saintifik tersebut memberikan kesedaran dan memimpin kelas revolusioner, iaitu proletariat. Subjek berkesedaean bagi sejarah dalam versi Che adalah kerajaan baru, atau ‘gerila kolektif,’ dan ia mendekati pembinaan kuasa baru tersebut dengan semangat yang sama seperti dengan kumpulan atau sel gerila. Di Kuba pada tahun 1959, ini bermakna bahawa pertempuran politik dengan kuasa-kuasa dalaman yang lain dilakukan dari kuasa-kuasa kerajaan yang tertinggi, bahawa organ-organ mobilisasi rakyat diciptakan dari atas, dan bahawa kepimpinan baru mereka dipilih dengan sendiri, bukannya dilantik oleh rakyat.
 
Peranan penting yang dimainkan oleh Guevara pada tahun-tahun awal revolusi tidak dapat dinafikan: dia bukan sahaja tokoh utama dalam pengukuhan politik Revolusi Kuba, dan dalam pembinaan organ-organ kerajaan baru, dia juga penting kepada pengasasan strategi-strategi ekonomi. Castro merupakan seorang pragmatis yang berbalas kepada peristiwa-peristiwa tetapi dia tidak mempunyai matlamat jangka masa panjangan selain pengukuhkan dasar kuasanya sendiri dalam sebuah kerajaan kebangsaan yang bebas.
 
Guevara berasa gelisah dengan pragmatisme Castro, dan telah membenamkan dirinya dalam karya-karya yang terdapat di Kuba pada masa itu: buku-buku panduan Eropah Timur mengenai perancangan.[xxvi] Dia jelasnya menyedari bahawa perindustrian dan pertumbuhan ekonomi merupakan kunci kepada kehidupan Kuba – dan bahawa keadaan tersebut tidaklah sempurna bagi benda-benda itu untuk berlaku. Dalam ucapan-ucapannya mengenai ekonomi di antara tahun 1959 dan 1965, tema-tema yang diutarakan berkali-kali merupakan kepentingan perancangan, keperluan perindustrian dan kepelbagaian bidang ekonomi, dan keperluan untuk memengani pekerja kepada idea bahawa mereka mesti menangguhkan harapan mereka bagi peningkatan dalam taraf kehidupan.
 
Ucapan penting Guevara yang pertama, ‘Pancaran Sosial Dari Tentera Pemberontak,’ mendedahkan percangggahan dalam pemikirannya yang belum diselesaikan, dan yang bangkit semula dalam ucapan-ucapan dan rencana-rencana lain. Dalam satu tangan, konsepnya mengenai perancangan ekonomi pada tahap awal ini dipengaruhi oleh pemikiran Soviet; pada masa yang sama, dia percaya bahawa dasar polisi seperti itu adalah untuk menasionalisasikan perkhidmatan dan sumber asas, serta serangan pada sektor-sektor berkeistimewaan. Tentera pemberontak menjadi kerajaan; empayar di sekeliling, mengikut analogi yang, adalah pasaran, dan gambarnya adalah sebuah kerajaan kebangsaan yang mempertahankan kewujudannya daripada penyokong-penyokong pasaran. Namun, Che sentiasa memahami kebahayaan pemulauan, dan telah mengutarakan versi internasionalisme yang mengaku masalah ketidak-mampuan Kuba untuk melepaskan diri daripada hubungan pergantungan baru. Tetapi internasionalisme hanyalah merupakan sebahagian daripada persoalannya. Oleh kerana Kuba wujud dalam konteks global dan bahawa imbangan kuasa perlu dikaji pada skala dunia, apakah cara-cara politik yang patut digunakan untuk mengubah imbangan tersebut? Bagi Guevara, jawapannya adalah seiras dengan kejiannya mengenai Revolusi Kuba, dan tidak melibatkan penciptaan organ-organ perjuangan rakyat di merata-rata. Apa yang dapat dieksport oleh Kuba adalah amalannya, dan model pengaturan sosial dan politik tersendiri.
 
Guevara jelasnya merupakan seseorang yang berkarisma; keenggannya untuk mengejar benda-benda materialis dan dedikasinya, meskipun mengalami asma, telah mengutarakan kesetiaan pengikut-pengikutnya. Pada tahap ini, hubungannya Fidel kelihatan karib dan ikhlas. Pencalonannya sebagai Pengurus Bank Nasional telah meletakkannya di pusat polisi ekonomi. Kemudian, ia merupakan Guevara yang telah mengatur Institut Kebangsaan Bagi Reformasi Pertanian (INRA), yang direka sebagai alat perubahan ekonomi. Dengan penting, Kementeriaan Perindustrian yang diketuai oleh Che merupakan salah satu daripada jabatan di bawah INRA (yang diarah oleh Fidel). Ini bermakna bahawa reformasi pertanian merupakan dasar bagi perubahan dan bahawa para petani merupakan “tentera pembebasan pertama.”[xxvii] Dengan pertanian yang lebih cekap, dan penyingkiran pengangguran, Kuba dapat mengalu-alukan zaman perindustrian. Dalam masa lima tahun, dia memperdebatkan, Kuba dapat menanggung diri sendiri dari segi pakaian, memperkembangan pengeluaran tembaga putih, besi dan batu kawi, dan membina serta menurus kilang kereta yang pertama (dibiayai oleh Czekoslovakia).[xxviii] Oleh kerana struktur ekonomu Kuba, dan pergantungannya kepada gula (yang merupajan 95 peratus daripada eksport Kuba pada pertengahan tahun 1950-an), kekurangan barangan ganti, jentera dan kilang perindustrian, dan hakisan pihak profesional dan pakar teknikal, wawasan Che jelasnya bersifat utopia. Namun, secara politik, ianya menakluki kebenaran yang jelas – bahawa Kuba tidak dapat berfungsi dengan bebas buat masa yang lama, bahawa menciptakan sebuah pulau sosialisme di lautan kapitalis merupakan mimpi semata-mata.
 
Itu merupakan latarbelakangnya apabila Che telah memulakan siri lawatan ke luar negara pada pertengahan tahun 1960-an untuk memenangi sokongan bagi letusan ekonomi Kuba. Di Eropah Timur, dia telah menyarankan pembukaan pasaran bagi gula Kuba. Lawaran pada bulan Februari 1960 oleh rombongan perdagangan Soviet telah mengikuti penekanan sekatan ekonomi Amerika Syarikat pada bulan Januari dan telah menandakan kesediaan pihak Rusia untuk mengekalkan Revolusi Kuba, walaupun sentiasa dengan terbatas. Sememangnya, pemimpin-pemimpin muda Revolusi Kuba diumumkan sebagai bersifat anti-Komunis (sekurang-kurangnya dalam kes Fidel dan Camilo Cienfeugos), Parti Komunis telah menjadi lemah dan Che Guevara, sambil bersedia untuk menggunakan buku-buku panduan perancangan Soviet, masih enggan menjadi penyokong utama pemerintahan Stalinis. Ia juga menjadi semakin jelas bahawa Che dipengaruhi, dan semakin dipengaruhi, oleh idea-idea yang bermaharaja di Negara China, terutamanya konsep “lompatan besar keluar dari kemunduran.”[xxix]
 
Di Kuba sendiri, sekatan Amerika Syarikat menemui tentangan keras dan ombak rampasan harta Amerika Syarikat yang kedua. Pada bulan April 1961, askar upahan Amerika Syarikat telah gagal dalam serangan di Bay of Pigs. Ini mendedahkan arah polisi Amerika Syarikat. Kuba dalam gilirannya telah membeli senjata dari Rusia bagi pertahanan. Namun, apabila Che Guevara berdiri untuk berucap semasa mesyuarat khas anjuran Pertubuhan Negara-Negara Amerika di Punta del Este, Uruguay, kajiannya sangatlah tajam, mendalam dan yakin.[xxx] Dia meramalkan kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus, pengeluaran 30 peratus daripada tembaga putih menjelang tahun 1965, lebih kurang 2,600 tan metrik kobalt, dan penuaian gula di antara 8 dan 9 juta tan.[xxxi] Ia telah dinyatakan baru-baru ini bahawa Che telah berjumpa secara sulit semasa mesyuarat tersebut dengan wakil Kennedy bernama Richard Goodwin dan telah menawarkan perbincangan mengenai dasar balas-membalas – jika Amerika Syarikat bersetuju kepada modus vivendi dengan Kuba (secara asasnya, pemberhentian sokongannya bagi pihak revolusioner balasan dalam satu tangan dan penyingkiran sekatan ekonomi dalam tangan sebelah), maka Kuba akan “bersetuju untuk tidak membuat ‘apa-apa’ persekutuan politik dengan dunia Timur.’”[xxxii] Dia juga telah mencadangkan bahawa Kuba mungkin bersetuju untuk “membincangkan aktiviti-aktiviti Revolusi Kuba di negara-negara lain.” Janji-janji Che sebenarnya kabur, dan sikapnya dilaporkan oleh Goodwin sebagai ingkar; ini merupakan rundingan, bukannya penyerahan diri, walaupun Goodwin mengambilnya sebagai tanda kelemahan. Ia juga sememangnya merupakan tanda keraguan Che (dan Fidel) dengan pihak Komunis Kuba dan Kesatuan Soviet. Ramalan-ramalan yakin Che dalam ucapannya, dalam tangan sebelah, hanya dapat dibuat pada dasar bahawa batuan dalam pelbagai bentuk akan mengalir dengan muda dari Eropah Timur ke Kuba.
 
Che telah mengulang ramalan-ramalannya dalam rencana yang diterbitkan pada bulan Mac 1962, walaupun terdapat tanda kecemasan dan kehampaan dalam rencana tersebut.[xxxiii] Ia juga telah memperkenalkan konsep yang sentiasa dikaitkan dengan Guevara – ‘emulasi sosialis.’ Di samping kesusahan mencari barangan gantian, ketidak-hadiran teknologi-teknologi asas dan kekurangan bahan-bahan mentah, keperluan penting untuk meningkatkan produktiviti hanya dapat dicapai melalui intensifikasi pengeksploitasian tenaga pekerja. Guevara telah menyelesaikan percanggahan tersebut dengan memperdebatkan bahawa ia dapat dicapai “dalam semangat persaingan persaudaraan [dan bukannya] dalam cara birokratik kasar; persaiangan [emulasi] tersebut dikongsi oleh semua orang.”[xxxiv] Dia telah kembali berkali-kali kepada isu tersebut, dengan paling mendalam dalam karangan terkenal bertajuk ‘Manusia dan Sosialisme di Kuba.’
 
Krisis Peluru Berpandu pada bulan Oktober 1962 telah mendedahkan kelemahan Kuba kepada Amerika Syarikat; lebih penting, bagi pemimpin-pemimpin Revolusi Kuba, ia telah mendedahkan kecetekan kesetiaan Rusia. Krisis tersebut diselesaikan melalui hubungan secara langsung di antara Khrushchev dan Kennedy, sambil Kuba hanya memerhati. Jelasnya, Kesatuan Soviet tidak sanggup menyokong Kuba sehingga tamatnya. Fidel mula menjauhkan dirinya daripada Kesatuan Soviet dan pihak Komunis Kuba; dan dia sekali lagi mempetimbangkan persoalan revolusi di Amerika Latin. Buat seketika, Che dan Fidel telah berkongsi keraguan dengan Kesatuan Soviet. Tetapi terdapatnya pengaruh-pengaruh lain pada Fidel, terutamanya abangnya Raúl yang berhubung rapat dengan pihak Komunis.
 
Bagi Che, ia adalah jelas bahawa kelepasan daripada pergantungan gula merupakan pra-syarat bagi kebebasan politik daripada blok Soviet, yang semakin menjadi sasaran kritikan tajam oleh Che. ‘Menentang Birokratisme’ (Februari 1963) merupakan serangan yang tidak diselubungi pada birokrasi baru yang telah bertumbuh di bawah jagaan penasihat-penasihat ekonomi Soviet yang semakin berpengaruh.[xxxv] Apabila Che menuntut semula semangat yang telah bermaharaja semasa Krisis Peluru Berpandu, ia menjadi kelas bahawa ini merupakan masanya apabila hubungan di antara Castro dan Kesatuan Soviet menjadi paling tegang. 
 
Perdebatan mengenai ekonomi yang meletus pada pertengahan tahun 1963 seringkali bersifat kabur dan teknikal – tetapi ia mempunyai dasar politik. Guevara telah menyedari dengan laju bahawa Kuba tidak dapat melepaskan diri daripada pergantungan tanpa meluaskan bidang ekonomi – ramalan-ramalannya bahawa ini akan mengambil masa lima tahun merupakan perluahan kementahan ekonomi dalam bulan-bulan selepas kejayaan revolusi dan kesedaran kepentingan tugas tersebut. Walau apa pun, perdebatan tersebut telah berlaku dengan latarbelakang integrasi ekonomi yang semakin mendalam dengan blok Timur dan peralihan imbangan politik di dalam Kuba sendiri. Perdebatan-perdebatan mengenai ekonomi ini mesti dibaca sebagai teks pada dua tahap; yang kedua daripada teks ini merupakan perdebatan mengenai arah politik revolusi itu.
 
Che, mengikut perdebatan-perdebatan Charles Bettelheim, telah memperdebatkan demi pengagihan dalam sumber-sumber menurut keperluan mengurus ekonomi, dan demi polisi ‘emulasi sosialis’ yang dapat meningkatkan produktiviti tanpa kos tambahan. Dalam realiti, sememangnya, ini merupakan pengeksploitasian dengan nama yang berbeza; tetapi pada awal tahun 1960-an, ia sekurang-kurangnya dapat dipersembahkan dalam konteks semangat revolusioner dan menentang latarbelakang gerakan-gerakan lain di Amerika Latin.[xxxvi] Tekanan pada revolusi di benua dan penyebaran perang gerila pada pertengahan tahun 1960-an jarang sekali mencerminkan realiti; kepentingannya adalah bagi Kuba sendiri, dalam mengekalkan semangat popular di dalam Kuba. Berhadapan dengan ini terdapatnya perdebatan perancang-perancang Soviet, bagi siapa setiap industri dan kilang patut memberikan lebihan; ini merupakan model pengurusan, berdasarkan perangsang dan hukuman, dan hanya mencontohi ekonomi Soviet. Dalam pandangan Che, pemupukan model ini hanya akan membawa pemusatan pengeluaran gula dan pergantungan yang lebih mendalam.[xxxvii]
 
Perdebatan tersebut diselesaikan, seperti dengan perdebatan-perdebatan lain, secara pragmatik. Castro tidak berasa senang dengan peranan pihak Komunis dalam kerajaan, dan membara api perang gerila sebagai amaran kepada mereka. Tetapi realitinya adalah bahawa dia semakin memasuki orbit Soviet; dia jelas mengaku bahawa kehidupan Kuba terikat rapat dengan sokongan Rusia, yang tidak akan dihadiahkan dengan begitu sahaja. Pengekalan rejimnya telah menjadi keutamaan. Dan ini merupakan punca jurang yang semakin bertumbuh di antara Che dan Fidel.
 
Pemisahan
Menjelang pertengahan tahun 1965, Che Guevara telah meletakkan kesemua jawatan kerajaannya dan telah meninggalkan Kuba. Keputusannya telah mengutarakan spekulasi tanpa akhir yang masih berterusan; tetapi konteks masa tersebut tidak meninggalkan ruang untuk keraguan. Rencana-rencana dan ucapan-ucapan Che kembali berkali-kali kepada kesedaran bahawa revolusi hanya dapat hidup jika Kuba dapat melepaskan diri daripada batasan ekonomi. Harapan awal bahawa blok Timur akan membantu Kuba dalam usaha itu dengan laju telah dihampakan apabila ia menjadi jelas bahawa ia tidak akan memainkan peranan tersebut. Ucapan terakhir Che, di Algiers pada bulan Februari 1965, merupakan serangan jelas pada Kesatuan Soviet kerana tidak bersifat internasionalis dan penggunaan Revolusi Kuba dengan sinis – tetapi ia hanyalah yang terakhir dalam siri perbincangan pahit mengenai isu yang sama. Fidel Castro pula telah menerima hubungan tersebut tanpa syarat – dia telah menjadi alat manipulasi tersebut. Surat perletakan jawatan Che, ditulis pada tahun 1964, tidak diumumkan sehingga tahun 1967. Surat tersebut sendiri sangatlah penting. Ia tidak menunjukkan apa-apa tanda percanggahan pendapat dengan Castro. Namun, tindakan Che bukanlah kemuncak sesuatu polisi pembinaan parti, dan ia juga tidak menandakan kewujudan sesuatu gerakan revolusioner yang semakin bertumbuh di Amerika Latun. Sebenarnya, tindakan Che adalah aneh dari pelbagai segi. Dia telah menggambarkan dirinya sebagai Don Quixote yang moden, menunggang kuda tua, Rocinante, menuju gergasi untuk ditempur. Metafora tersebut mempunyai tarikan kesusasteraan, tetapi dari segi politik, ia menunjukkan kehampaan.
 
Penerbitan ‘Manusia dan Sosialisme di Kuba’ telah berlaku pada masa yang sama dengan keberangkatan Che dari Kuba.[xxxviii] Dalam konteks tersebut, kerangan itu – sambil ia mengutip kebanyakan idea yang diutarakan dalam rencana dan ucapan Che dalam tahun-tahun sebelumnya – patut dibaca sebagai sejenis kenyataan politik, sesuatu dokumen berwawasan dan bukannya campurtangan praktis dalam proses revolusioner. Jenis perubahan yang dia mencadangkan di sini – sebuah masyarakat dengan tanggungjawab sama rata di mana nilai-nilai sosialis baru bermaharaja – bersifat utopia dalam konteks sebuah kelas pengurus yang semakin membangun dan kemasukan semula ekonomi Kuba ke dalam pembahagian tenaga pekerja antarabangsa. Tetapi ia juga merupakan kritikan terhadap proses di Kuba.
 
Dari satu segi, ucapan Guevara di Algiers telah memutuskan hubungannya dengan kerajaan Kuba. Sememangnya, dia masih merupakan wakil penting bagi Revolusi Kuba, bagi mana dia masih seta. Tidak terdapatnya pemisahan awam. Tetapi dia telah berangkat ke Afrika dengan perspektif jelas bahawa peranan politiknya tidak lagi terletak di Kuba. Pada tahun-tahun awal revolusi, kumpulan-kumpulan gerila telah diasaskan di merata-rata Amerika Latin selepas berlatih di Kuba. Di Guatemala, Paraguay, Peru dan Venezuela, revolusioner-revolusioner muda telah menggenggam keyakinan di hati teori Guevara dan telah mengasaskan kumpulan-kumpulan gerila. Dalam hampir setiap kes, mereka telah gagal dengan serta-merta, dan satu generasi pemimpin politik telah meninggal dunia kerana mengamalkan teori yang silap. Usaha Guevara sendiri ditumpukan kepada Argentina, yang dia melihat dengan betul sebagai kunci kepada pertubuhan gerakan revolusioner di Amerika Latin. Sebab mengapa ia begitu penting adalah kerana pemusatan pekerja dan pengalaman perjuangan gerakan pekerja. Namun, teori gerila tidak berhubung dengan pengalaman tersebut. Walau bagaimanapun, Che telah berusaha untuk membina sebuah kumpulan gerila di sana. Usaha itu telah gagal berkali-kali – tetapi penjelasan Guevara mengenai itu bergantung kepada kelemahan peribadi mereka yang dia telah melantik untuk memimpin tentera gerila baru tersebut. Dalam erti kata lain, strategi gerila tidak disalahkan, hanya pengamalannya. Untuk membuktikan ini, Che telah berangkat ke Kongo.
 
Pengalaman Che di Kongo adalah tragik dan juga mendedahkan kelemahannya. Anderson memberikan kajian mendalam mengenai episod ini, yang dahulunya tidak dikaji dengan baik.[xxxix] Ia bukanlah mustahil untuk mendapati bahawa pengalaman itu adalah menyedihkan dan mengharukan, walaupun Anderson sendiri tidak mencapai kesimpulan tersebut. Che telah tiba dengan sekumpulan sukarelawan kecil di Kongo; sebab-sebabnya untuk berangkat ke sana tidaklah jelas, kecuali bahawa beberapa kumpulan bersenjata sudah wujud di sana dan bahawa terdapatnya sesuatu jenis kebangkitan yang sudah dimulakan. Tetapi ia bukanlah mustahil untuk dikagumkan oleh oleh kejahilan revolusioner Kuba itu dengan keadaan-keadaan tempatan – mereka tidak memahami asal-usul kumpulan-kumpulan yang berlainan, mahupun hubungan mereka dengan satu sama lain – dan oleh kekurangan persediaan mereka. Che jelasnya tidak dapat memahami budaya mahupun bahasa tempatan, dan kelihatan seperti tidak memahami sifat mukabumi tempatan. Dia mengalami demam racauan selama sebulan daripada tiga bulan yang dilanjutkan di sana, tanpa berjuang dan akhirnya revolusioner Kuba itu berjaya melarikan diri ke seberang Tasik Tangayika selepas siri kesalahfahaman dan kesilapan tafsiran.
 
Apa yang penting bukanlah bahawa usaha tersebut telah gagal, tetapi kejahilan dan kelemahan pemhaman yang menyifatkannya. Namun, teori perang gerila telah menjadi dasar baginya; tidak terdapatnya keperluan, menurut teori itu, bagi pihak revolusioner untuk menanam akar sosial dan politik, tidak terdapatnya keperluan bagi gerakan rakyat, tidak terdapatnya keperluan untuk memahami butir-butir terperinci mengenai masyarakat pada titik tertentu dalam sejarah, tidak terdapatnya keperluan untuk memahami kandungan kelas dalam masyarakat. Hasrat untuk menciptakan revolusi merupakan satu-satunya keperluan. Usaha di Kongo menawarkan contoh jelas bagi kesan-kesan sebenar teori revolusi di mana pihak revolusioner menggantikan kelas revolusioner dengan diri mereka sendiri.[xl] Namun, ia merupakan pelajaran yang Guevara dan penyokong-penyokong teori revolusi perang gerila telah mengabaikan.[xli] Selepas pengalaman di Kongo, Guevara telah berangkat ke Prague dan tempat-tempat lain sebelum kembali secara rahsia ke Kuba. Jakobin revolusi itu, yang bersamar sebagai seorang pedagang botak, kini kembali ke Kuba tanpa identiti politik mahupun peribadi, tanpa tujuan.[xlii] Perjalanan Che pada masa ini tidak mempunyai tujuan tertentu; terdapatnya hubungan dengan Parti Komunis Venezuela, tetapi apa-apa persetujuan tidak dicapai mengenai masa dan tempat untuk mengasaskan kumpulan gerila di sana. Terdapatnya perbincangan mengenai perjalanan ke Guatemala dan Peru. Dengan aliran masa, tidak sesiapa yang mendakwa tanggungjawab untuk pemilihan Bolivia. Sebab-sebab yang paling penting mempunyai kaitan dengan kewujudan sebuah kumpulan kecil di Bolivia dan hasrat Che untuk membina sebuah tentera gerila di Argentina, yang terletak di seberang sempadan Bolivia. Ciri utama dari perbincangan-perbincangan yang dilaporkan adalah bahawa perbincangan-perbincangan tersebut telah berkeliling di sekitar keadaan-keadaan logistik bagi pihak gerila, namun tidak memberikan perhatian kepada realiti politik. Fidel rupa-rupanya telah mencadangkan Bolivia tetapi ia kelihatan seperti berdasarkan pada maklumat kabur. Sememangnya, terdapat cadangan bahawa Fidel telah bertanya Regis Debray, seorang mahasiswa falsafah dari Sorbonne (yang akan dibincangkan di bawah), untuk mengkaji keadaan-keadaan bagi pertubuhan revolusioner di Bolivia. Sebenarnya, eksperimen Bolovia bakal mendedahkan kelemahan strategi gerila dan telah menjadi tempat pengebumian bagi penyokongnya yang paling terkenal.
 
Sambil Che menjelajah di luar negara, benda-benda aneh telah berlaku di Kuba. Sebab bagi pemilihan Kongo mungkin lebih berkaitan dengan polisi luar negara Soviet daripada apa-apa kajian serius mengenai keadaan-keadaan bagi revolusi. Pada tahun 1964-1965, Kesatuan Soviet telah menjukan siri gerakan bersenjata di Afrika, dengan hasrat untuk meluaskan pengaruhnya ke benua itu.[xliii] Di Kongo, Kesatuan Soviet dan Negara Cina telah berjuang demi pengaruh ke atas kumpulan-kumpulan herila dan Kesatuan Soviet bersedia untuk membenarkan perjuangan gerila untuk bertumbuh di luar Amerika Latin pada zaman apabila ia sedang bermula untuk mencari persefahaman dengan Amerika Syarikat.[xliv] Walau apa pun sebabnya, ia bukanlah usaha yang waras.
 
Secara paradoks, kegagalan di Kongo dan kesan-kesannya telah berlaku pada masa yang sama dengan perluasan ‘gerila berwira’ sebagai wakil simbolik Revolusi Kuba, terutamanya di kalangan radikal baru di Eropah dan Amerika Utara. Pada tahun 1965, seorang akaliah Perancis muda, Regis Debray, iaitu seorang ahli dari generasi yang mencari revolusi tulin di luar kelas pekerja Eropah yang dikatakan telah diserap ke dalam Stalinisme, telah tiba di Kuba. Walau apa pun sebabnya, Fidel telah memberikannya beberapa temuramah panjang dan telah memberikannya tugas menyebarkan mesej perang gerila di kalangan radikal pelajar di Paris dan merata-rata. Hasilnya merupakan karangan bertajuk ‘Perarakan Panjang di Amerika Latin,’[xlv] dan buku bertajuk Revolusi Dalam Revolusi yang mengumumkan cara politik Kuba sebagai alternatif baru.[xlvi] Peranan Debray dalam penciptaan mitos Guevara adalah penting, kerana dia telah menerjemahkan teori revolusi Che ke dalam bahasa radikalisme tahun 1960-an yang telah mencari cara revolusioner di luar tradisi internasionalisme kelas pekerja. Akhirnya, perjalanannya ke Bolivia untuk mencari Che telah, walaupun dengan tidak sengaja, membantu tentera Bolivia untuk menjumpai kumpulan Che, kerana Debray dapat dikesani dengan muda di kampung pergunungan Bolivia di mana dia ditahan dan dipenjarakan.
 
Jelasnya, keputusan untuk menjana mitos Guevara dibuat oleh Castro, bukannya Debray. Dalam keadaan-keadaan di Kuba pada tahun 1965, ia mempunyai beberapa tujuan. Dalam kebangkitan dan penumbangan hubungan susah Castro dengan Kesatuan Soviet, ini merupakan masa berjauhan. Gerakan revolusioner Amerika Latin tidak kelihatan seperti meyakinkan. Kumpulan gerila di Peru dihancurkan dengan mudah, gerakan Guatemala pula berpecah-belai dan pihak Sandinista hanya nyaris-nyaris hidup. Di Brazil, sayap kiri sedang menghadapi kerajaan diktator dan di Argentina, ia bakal mengambil masa beberapa tahun sebelum kebangkitan pekerja di Córdoba menandakan tahap perjuangan kelas yang baru dan lebih tinggi. Dalam realiti, Kuba semakin mengalir ke dalam orbit Soviet tetapi Castro berasa gelisah dan menaham aliran tersebut. Mitos Guevara membolehkannya untuk menjana hubungan dengan sayap kiri radikal yang dapat menciptakan sebuah gerakan perpaduan dan mungkin memaksa kerajaan-kerajaan demokrasi sosial untuk bekerjasama dengan Kuba. Namun, realitinya adalah bahawa sambil akaliah-akaliah Barat bertolak ke Kuba dalam perpaduan, dan Che semakin menjadi lambang zaman baru, ekonomi Kuba berada dalam krisis, pengeluaran semakin merosot dan perindustrian masih terletak jauh di hadapan. Dan lebih-lebih lagi, perkembangan perang gerila sendiri telah gagal. Apabila surat terkenal Che yang menuntut penciptaan “satu, dua, tiga, pelbagai Vietnam” dilaungkan semasa Mesyuarat Perpaduan OLAS pada bulan Februari 1967, ia adalah realiti yang diwakili sebagai sesuatu prinsip, dan sesuatu prinsip yang sangat asas.[xlvii]
 
Ikonografi gerila yang berwira bukanlah pencerminan realiti kukuh; fungsinya hanyalah terletak dalam arena ideologi. Dan fungsi tersebut adalah penting dari segi dalaman dan juga antarabangsa. Pada tahun 1964, Castro telah menandatangani perjanjian dengan parti-parti Komunis di Amerika Latin yang mengesahkan perjuangan bersenjata. Ia telah mengukuhkan kesetiaan Kuba kepada Kesatuan Soviet pada masa apabila Kesatuan Soviet semakin berpisah dengan Negara Cina; tetapi parti-parti Komunis itu tidak akan mengubah aliran bersejarah mereka dengan sekelip mata. Pada tahun 1965, Kesatuan Soviet telah menandatangani perjanjian dengan beberapa kerajaan Amerika Latin yang sedang menghadapi perjuangan bersenjata, seperti Venezuela dan Chile. Dan sambil Castro juga telah menandatangani perjanjian perdagangan tiga tahun, dia semakin meragui hasrat Soviet. Ia telah tibanya masa untuk mendirikan semula kekuasaan moral dan politik Kuba secara bebas daripada Kesatuan Soviet; pada masa yang sama, apa-apa kemungkinan untuk mencapai kebebasan akan bergantung kepada kemampuan Kuba untuk mencapai kebebasan ekonomi.
 
Pengembalian kepada beberapa idea ekonomi Che sebenarnya bersifat ironik, dan pada tahun 1966 ia menjadi semakin jelas bahawa Castro sedang merancangkan sesuatu “lompatan besar ke hadapan,” tersendiri, iaitu penuaian gula yang cukup besar untuk memberikan lebihan agar perindustrian dapat dibiayai. Sememangnya, untuk itu berlaku, pengeksploitasian tenaga pekerja perlu ditingkatkan sekali lagi; teori-teori Che mengenai ‘emulasi sosialis’ dan idea-idea yang terkandung dalam ‘Manusia dan Sosialisme di Kuba’ dijumpai semula. Rakyat Kuba diseru untuk memberikan tenaga mereka, untuk menerima pengorbanan pelbagai jenis barangan materialis, dan untuk membanting tulang demi negara. Che telah menjadi lambang hidup bagi pengorbanan diri dan disiplin sosial pada masa apabila kerajaan Kuna memerlukan usaha maksimum, dan tidak bergaji, dari rakyatnya. Sebagai ganti, pekerja Kuba diberikan rasa demokrasi secara langsung buat seketika. Pegawai-pegawai kesatuan pekerja dapat dilantik (selepas 74 peratus daripada pegawai yang sedia ada diganti, eksperimen ini tidak diulangi). Janji poder local (kuasa perbandaran) tidak bertumbuh, kerana demokrasi tidak diluaskan kepada mana-mana organ kerajaan atau pemegangnya.
 
Kemuncak kempen ini merupakan Gran Zafra, iaitu penuaian gula sebesar 10 juta tan yang akan menjadi titik pertumbuhan Kuba. Sebenarnya, penuaian itu hanya mencapai 6.3 tan, tetapi dalam aliran mobilisasi tenaga pekerja yang ia melibatkan, seluruh ekonomi telah mengalami pengetepian, kekurangan dan kesilapan pengurusan, lalu mendalamkan lagi kesan kekurangan pengeluaran gula. Retorik ‘serangan revolusioner’ dihadapkan dengan persaudaraan dengan Moskow yang bermula dengan ucapan Castro yang menyokong serangan Rusia ke atas Czekoslovakia, serangan ke atas Solidarnosc dan pendirian hubungan-hubungan politik dengan pihak reformis ketenteraan di Velasco di Peru dan Torrijos di Panama. Dan sememangnya, ‘serangan revolusioner’ sendiri bukanlah seperti yang kelihatan; pengenalan ‘fail tenaga pekerja’ pada tahun 1969 mencadangkan bahawa ‘emulasi sosialis’ dan idea ‘insentif moral’ hanyalah topeng bagi disiplin tenaga pekerja yang lebih intensif dan pemerintahan yang lebih mutlak. Peningkatan mendadak dalam ketidak-hadiran di tempat bekerja pada tahun 1970 telah membawa Akta Tenaga Pekerja yang baru dan lebih zalim.
 
Proses di antara keberangkatan Che dan garisan baru dalam polisi luar negara yang muncul pada tahun 1968 sebenarnya bercanggah. Ideologinya menuntut internasionalisme, sikap kritikal terhadap Kesatuan Soviet dan penciptaan ekonomi kebangsaan yang bebas. Realitinya adalah kesedaran awal oleh Castrio bahawa perspektif ini adalah utopia; oleh kerana itu, dia telah mendekati persaudaraan dengan Kesatuan Soviet sambil mengekalkan ruang politik di dalam Kuba yang akan memastikan kawalannya ke atas kerajaan. Dari segi itu, gambar Che merupakan topeng yang digunakan oleh Castro.
 
Kuburan tidak bertanda di Nancahuazú
Che telah meletakkan kehidupan dan kerjayanya dalam perkhidmatan Revolusi Kuba; dia telah menjadi lambangnya dan di antara tokohnya yang paling terkenal. Tetapi dia telah mendesak dari mula-mulanya bahawa salah satu ciri khusus Revolusi Kuba merupakan tokoh dan karenah Castro sendiri. Ia, sememangnya, seiras dengan kepercayaannya bahawa sifat-sifat revolusioner individu membentukkan aliran dan hasil setiap perjuangan. Che juga merupakan ahli ideologi bagi strategi politik yang tidak mementingkan pertubuhan rakyat, kecuali dalam sokongan bagi tentera revolusioner, dan yang tidak memahami masyarakat sebagai tapak perjuangan kelas. Dia merupakan, meskipun kesetiaan dan ketekunan peribadi, ketua dan alat kerajaan; aktiviti politik utamanya merupakan usaha untuk membina alat melalui mana kerajaan dapat mempertahankan dirinya. Kepopularannya tidak diterjemahkan menjadi apa-apa pertubuhan atau dasar sosial yang dia mewakili atau memimpin. Ia, akhirnya, bukanlah sebahagian daripada wawasan politiknya bahawa hubungan seperti itu perlu dibina. Apabila arus politik telah berubah, kesetiaan Che tidak membenarkannya untuk mengikut arus baru; tetapi tentangannya hanya dapat menjadi keputusan individu. Tanpa menarik mereka yang mengelilinginya untuk membuat pendirian awam, dia lebih gemar menjauhkan dirinya daripada kerajaan di mana dia tidak lagi memainkan peranan dan meninggalkannya tanpa tentangan. Pandangan-pandangan kritikalnya hanya diluahkan secara tidak langsung, dan dari jauh, dalam ucapan di Algiers dan dalam karangan ‘Manusia dan Sosialisme di Kuba.’
 
Itu merupakan latarbelakang kepada adegan terakhir dalam tragedi wira revolusioner ini – tragedi yang dijadikan lebih ironik oleh kegunaan penumbangan sedih Che oleh orang-orang lain.
 
Usaha di Bolivia tidak difikirkan dengan baik, tidak disediakan dengan baik dan dipimpin dengan sangat lamah.[xlviii] Keputusan asal untuk memilih Bolivia telah muncul selepas beberapa alternatif lain dicadangkan dan ditolak. Sambil Castro menyokong keputusan itu, sebab-sebabnya untuk berbuat sedemikian sangatlah berbeza daripada sebab-sebab Che. Castro telah mendirikan hubungan rapat dengan Parti Komunis Kuba dan kelihatan seperti mendapat kesetiaan kepada perjuangan bersenjata cukup meyakinkan. Namun, mana-mana parti Komunis Amerika Latin belum menunjukkan hasrat untuk mengubah wajah bersejarahnya, dan dia mungkin berpendapat bahawa pihak Komunis Bolivia lebih mengutamakan pergelutan dengan pertubuhan-pertubuhan Trotskyis dan Maois yang semakin membesar. Satu lagi sebab yang lebih kuat mungkin merupakan sejarah panjang perjuangan kelas pekerja di negara itu dan tekanan di lombong-lombong pergunungan Altiplano tetapi sebab ini tidak pernah diutarakan. Ia kelihatan seperti sokongan Castro bagi projek gerila di Bolivia direka pertama sekali untuk memberikan pengesahan kepada pihak Komunis Bolivia.[xlix] Bagi Che, keadaan-keadaan tertentu di Bolivia tidak merisaukannya; wawasannya jauh lebih tinggi. Che telah mengharapkan rangkaian pertubuhan-pertubuhan gerila di seluruh benua Amerika Latin dengan Bolivia sebagai pusat geografi. Menurut Anderson, Che telah memberitahu ahli-ahli kumpulannya di Bolivia bahawa “Bolivia mesti dikorbankan agar revolusi-revolusi di negara-negara jiran dapat bermula.”[l] Jelasnya, dia belum mempelajari apa-apa dari usahanya di Kongo.
 
Pilihan Nancahuazú merupakan pilihan buruk. “Ia adalah lebih susah untuk mencari di seluruh Bolivia kawasan yang kurang bersesuaian dengan perang gerila, terutamanya bagi cara berkumpulan kecil.”[li] Ia merupakan kawasan dengan jurang-jurang mendalam, kawasan yang susah dijelajah dan tidak menawarkan sumber-sumber makanan yang kaya. Penduduknya disebarkan dengan jarang dan terdiri secara utamanya daripada kaum petani yang tidak mempunyai pemahaman mengenai realiti yang lebih luas di Bolivia. Sebenarnya, dan dengan tragik, ia terletak kurang daripada 200 batu dari kawasan perlombongan Siglo XX.
 
Kumpulan gerila itu terdiri daripada 40 ahli pada tahap maksimum, dan separuh daripada mereka berasal dari Kuba. Mereka dijumpai pada tahap awal dan terpaksa bergerak melalui kawasan yang kurang baik; penyakit dan pengkhianatan telah menghampakan mereka; kumpulan itu telah berpisah menjadi dua dan tidak dapat bergabung sekali lagi. Dan tentera Bolivia, dengan pegawai-pegawai anti-gerila yang dilatih oleh Amerika Syarikat, telah menggunakan kebanyakan kuasanya menentang kumpulan gerila kecil itu. Diari Bolivia Che menjelaskan kehidupan seharian seorang gerila; nada tulisannya tidak dapat disilapkan. Hari-hari terakhir, apabila Che mengalami penyakit dan kekurangan makanan sehingga terpaksa didukung oleh seorang pelombong muda, sangatlah menyedihkan. Nota tragik terakhir muncul dalam rumusan bagi bulan Jun, apabila Che menyebut berita mengenai permogokan pelombong yang telah berlangsung selasa sebulan. Walaupun dia tidak mengetahui butir-butir terperinci, hanya 160 batu dari tempat mereka, tentera Bolivia bertanggungjawab bagi salah satu pembunuhan yang paling zalim dalam sejarah penindasan pelombong pada malam San Juan, iaitu 24hb Jun. Che ditangkap pada 8hb Oktober di kampung La Higuera.[lii] Pada malam 9hb, dia dibunuh oleh seorang sarjan tentera Bolivia di bawah arahan beberapa pegawai tentera dan seorang wakil CIA, iaitu Gary Prado. Gambar terakhir menunjukkan muka letih lesu dan badan bogel yang dikeluarkan semula dalam pelbagi bentuk selama beberapa dekad. Dikeluarkan dari konteks materialis, imej tersebut telah menjadi gambar seorang yang telah mati syahid, pasif dan terpulau.
 
Dilahirkan dari api
Kematian Guevara merupakan titik perubahan dari pelbagai segi. Ia menandakan akhir teori perang gerila berkumpulan kecil. Kumpulan-kumpulan yang memegang idea-idea tersebut bakal dihancurkan.[liii] Perjuangan bersenjata sememangnya tidak berakhir tetapi barisan hadapannya telah berpindah ke Argentina dan Amerika Tengah, di mana ia telah menjumpai bentuk-bentuk baru yang lebih berdasarkan kelas. Di Kuba sendiri, wajah guerrillero ikonik masih menghiasi pentas semasa mesyuarat-mesyuarat parti. Ironi bahawa surat peninggalan Che telah dibaca semasa Kongres Parti Komunis Kuba pertama belum lagi dirasai. Itu sebahagiannya adalah kerana Castro telah menggunakan imej Che untuk mengesahkan disiplin tenaga pekerja yang tegas dan peningkatan pemusatan kuasa yang telah menyifatkan tahun-tahun penuaian gula yang besar. Pada masa yang sama, muka Che telah menyembunyikan hubungan Castro dengan Kesatuan Soviet pada tahap antarabangsa dan dengan Parti Komunis di Kuba sendiri yang menjadi semakin rapat – kedua-dua pihak terakhir itu merupakan penjamin genggaman Castro pada kuasa. Menurut François Maspero, “1967 menandakan pemisahan… perubahan penentuan, walaupun ia telah bermula lebih awal lagi, bagi kumpulan yang diketuai oleh Fidel Castro; ia telah beralih dari kedudukan gerakan revolusioner dalam proses perkembangan berterusan kepada kerajaan di mana keutamaannya, sekali lagi menurut penghuraian yang sama, adalah untuk memastikan genggamannya pada kuasa.”[liv] Dalam masa setahun selepas kematian Che, dam sambil mengekalkan sokongan bagi pertubuhan-pertubuhan gerila yang masih wujud, Castro telah mula membina hubungan antara kerajaan di Amerika Latin, dengan Velasco di Peru dan Torrijos di Panama, dengan kerajaan Ekuador yang baru pada tahun 1971, dan paling penting sekali, persaudaraan karib dengan kerajaan Allende di Chile. Sememangnya, lawatan Castro ke Chile pada bulan November 1971, sambila ia menghantar borjuasi Chile ke dalam letusan emosi, sebenarnya telah memberikan peluang untuk mengetepikan perjuangan bersenjata secara rasmi dan mengalu-alukan strategi reformis bagi perubahan di benua Amerika Latin.
 
Imej Che telah meraih kehidupan tersendiri, didukung oleh lagu dan lukisan. Jelasnya, realiti tahun-tahun terakhirnya tidak mampu mendukung imej berwira; maka sejarah telah dipudarkan dan kualiti-kualiti peribadi telah dikekalkan untuk memberikan inspirasi agar orang lain memberikan diri mereka kepada pengejaran perubahan revolusioner. Tetapi mereka yang telah memupuk simbol tersebut seringkali mengejar strategi-strategi yang berlainan – gerila bandar Tupamaros di Uruguay, pertubuhan-pertubuhan bersenjata besar di Argentina pada tahun 1970-an, gerakan Amerika Tengah yang telah menyemai beberapa kesan pemulauan pihak revolusioner dari kelas-kelas yang dieksploitasi.
 
Pada masa itu, bintang Che telah menjadi semakin pudar di Kuba. Sambil Kuba semakin memasuki orbit Soviet, ia telah menggunakan reputasi internasianlis untuk mengesahkan kehadiran ketenteraan di Afrika, di mana ia melayani kepentingan geo-politik Soviet dengan tidak rata tetapi dengan setia. Jika Che mewakili semangat internasionalisme revolusioner, sikap kritikal terhadap Kesatuan Soviet dan parti-parti Komunis, dan penyingkiran cita-ciat peribadi demi tujuan yang lebih berhomat, maka ikon Che tidak lagi sesuai dengan sebuah negara yang mencuba untuk hidup di dunia. Menjelang tahun 1970, ia telah menjadi jelas bahawa pertumbuhan dan pengeluaran telah merosot dalam lima tahun sebelumnya, sebagaimana dengan taraf kehidupan. Retorik pengorbanan dan wawasan matlamat kolektif tidak lagi meyakinkan penduduk apabila ia bergabung dengan sekatan yang ditujukan pada para pekerja dan di mana disiplin kolektif dan kuasa rakyat disertakan oleh penindasan dan atmosfera yang semakin melarat.
 
Menjelang tahun 1970, pengenalan semula insentif materialis telah menandakan akhir ‘serangan revolusioner’ dan pertumbuhan perbezaan materialis dan sosial di kalangan kelas pekerja. Barangan pengguna dan akses kepada tahap kuasa rendah dihadkan kepada “pekerja-pekerja maju” yang dipilih oleh Parti Komunis mengikut disiplin bekerja dan ‘semangat.’ Bertentangan dengan pilihanraya kesatuan pekerja pada tahun 1965, pilihanraya yang diadakan pada tahun 1970 disifatkan oleh pembatasan perdebatan awam dan senarai calon yang dilukiskan oleh parti dan kerajaan; hasilnya merupakan tahap ketidak-hadiran yang tinggi. Tahun 1970 telah menandakan ‘institusionalisasi’ revolusi – secara asasnya, kesedaran bahawa Kuba merupakan kapital kebangsaan lemah di mana kehidupannya dalam ekonomi dunia memerlukannya untuk mengambil tempat dalam sistem ekonomi lebih luas ke atas mana ia tidak mempunyai kawalan. Rancangan lima tahun seterusnya dilukiskan pada tahun 1970 oleh JUCEPLAN, iaitu Suruhanjaya Kuba-Soviet; pada tahun 1972, Kuba telah menjadi ahli Comecon dan pada tahun seterusnya, 67.5 peratus daripada perdagangan asing Kuba dilakukan dengan Kesatuan Soviet. Ia telah menjadi pengeluar gula sekali lagi, sambil mengimport jentera dari Eropah Timur dan bergantung kepada Rusia bagi minyak dan tenaga.
 
Pertumbuhan sebuah kelas pengurus birokratik telah mencerminkan tekanan pada keuntungan setiap usaha, yang Che telah menentang dengan gigih.[lv] Mereka yang memperdebatkan kes Guevaris bagi gaji semasa kongres CTC (Konfederasi Pekerja Kuba) pada tahun 1973 diketepikan sebagai ‘pihak egalitarian borjuasi kecil’ oleh setiausaha agung, Lázaro Peña, seorang ketua kesatuan pekerja Komunis – salah seorang yang telah ditentang dengan mendalam oleh Fidel hanya lima belas tahun sebelumnya. Seluruh proses tersebut telah berkemuncak dalam Perlembagaan tahun 1976 yang mengesahkan pemusatan kuasa melampau dalam bulatan Fidel dan kepentingan Parti Komunis yang kini diketuai olehnya.[lvi]
 
Tidak terdapatnya ruang bagi guerrillero berwira apabila akumulasi dan kekukuhan kerajaan membentukkan dinamik masyarakat Kuba. Dan Che hampir melesap di Kuba, kecuali sebagai tugu bersejarah, tokoh di sisi Castro.
 
Semangat pengorbanan diri dijumpai semula
Dan kemudian datangnya glasnost dan perestroika. Menjelang awal tahun 1980-an, terdapatnya usaha swasta berskala kecil di Kuba dan kapital asing dibenarkan memiliki 49 peratus daripada usaha bersama Kuba. Sambil harga gula sedunia yang tinggi membawa sedikit kemakmuran, ia paling sekai dinikmati oleh kelas pengurus dan birokratik, sebuah kelas yang telah diberikan kawalan ke atas ekonomi oleh undang-undang tahun 1980 yang memberikan mereka kuasa mengambil keputusan, termasuk hak untuk memecat pekerja. Sambil sistem pendidikan dan kesihatan yang seringkali dihebohkan masih kekal di antara yang paling baik di Amerika Latin, pembiayaan sektor awam secara umumnya telah merosot secara berterusan dalam dekad yang lalu. Kesan serta dari perubahan-perubahan di Kesatuan Soviet merupakan pengakhiran tiba-tiba dan kejam kepada hubungan ekonomi yang dari satu segi telah mendukung ekonomi Kuba tetapi dari segi yang lain telah mengikat Kuba kepada peranannya sebagai pengeluar gula dan pengguna barangan Eropah Timur, lalu mengukuhkan ketidak-samarataan luaran dan dalaman.
 
Balasan Castro kepada perubahan-perubahan di Eropah Timur dari beberapa segi meramalkan peristiwa-peristiwa pada masa hadapan; dia telah mengumumkan sesuatu ‘kempen pembetulan,’ mengutuk korupse, ketidak-samarataan, kewujudan pelacuran dan akses berbeza kepada barangan pengguna. Menakuti kebangkitan pemberontakan dari bawah, Castro telah meluahkan, dengan kesabaran yang menyifatkan karenahnya, kemarahan berpanjangan pekerja Kuna. Pembetulan akan mempunyai dua tujuan: pertama sekali, untuk memastikan yang Castro tidak ditumbangkan oleh apa-apa gerakan pemberontakan dari bawah yang tidak diramalkan – sebaliknya, dia akan memimpinnya dari atas, mengorbankan sahabat-sahabat jika dan apabila perlu.[lvii] Kedua, “kepimpinan kebangsaan telah memupuk ideologi untuk membantu mengesahkan polisi-polisi yang ia mempunyai sebab-sebab materialis untuk mengamalkan…”[lviii] Polisi-polisi tersebut telah mengharapkan keselamatan kerajaan Kuba dalam dunia selepas Stalinisme. Castro sedae bahawa itu akan melibatkan kelaparan, kekurangan serius dan pengembalian kepada sesuatu tahap akumulasi kuni di bawah keadaan-keadaan yang paling memulaukan dan melarat.[lix]
 
Inilah keadaannya apabila Che Guevara dihidupkan semula:
 
Che Guevara melambangkan nilai-nilai yang memimpin ‘proses pembetulan.’ Rencana-rencana suratkhabar dan majalah (serta buku-buku) muncul mengenai Che… Dalam ucapan yang menandakan tahun ke-20 sejak kematian Che, Castro telah mengulas bahawa negara itu sedang membetulkan segala-galanya yang merupakan penafian idea-idea Che, gaya Che dan semangat Che. Castro telah menyebut bahawa [rakyat Kuba] akan membetulkan benda-benda – dan terdapatnya pelbagai benda seperti itu – yang terbias dari semangat revolusioner, usaha revolusioner, keikhlasan revolusioner, ketekunan revolusioner dan tanggungjawab revolusioner.[lx]
 
Ini memerlukan pemberhentian ketidak-percayaan di kalangan hadirinnya. Adakah Fidel Castro perdana menteri, ketua angkatan tentera dan setiausaha agung Parti Komunis pada masa yang sama, dan berdiri di hati operasi perisikan yang direka oleh Che dan digerakkan dengan kejam sejak itu oleh Manuel Piñeiro, tidak sedar akan korupse, ketidak-samarataan, penindasan dalam masyarakat Kuba? Mungkinkah ia benar bahawa kekurangan semangat revolusioner, yang sangat jelas kepada sesiapa yang berjalan kaki di luar kedai-kedai di mana orang dengan emas atau dolar dapat membeli apa-apa yang tidak dapat dibeli oleh penduduk awam, telah mengejutkan ketua kerajaan diktator yang tidak dicabar itu? Walau apa pun, menjelang tahun 1989, ‘semangat revolusioner’ itu telah diterjemahkan menjadi akta tenaga pekerja bary, kelenturan tenaga pekerja baru yang merangkumi pengakhiran kepada gaji asas, dan pengenalan tenaga pekerja sukarela (iaitu tidak bergaji) untuk mengekalkan bekalan-bekalan sosial minimum. Maka, kelas pekerja Kuba telah berbayar berkali-kali bagi kehidupan mereka – melalui pemotongan gaji, disiplin tenaga pekerja yang lebih tegas, kekurangan pelbagi barangan, dan tuntutan agar mereka membayar dengan tenaga pekerja mereka bagi perkhidmatan-perkhidmatan asas. 
 
Apakah kaitan ini dengan idea Guevara mengenai kesamarataan mutlak pengorbanan, mengenai kesedarannya bahawa Revolusi Kuba tidak dapat hidup dalam pemulauan? Internasionalisme revolusiner Che bukanlah hanya idealisme: di hatinya adalah kesedaran keperluan revolusi berterusan dalam sesuatu bentuk. Tidak terdapatnya bukti bahawa Guevara telah mengambil konsep tersebut dari Trotsky – tetapi tulisan-tulisannya dari awal tahun 1960-an menunjukkan bahawa kajian kukuhnya mengenai keadaan-keadaan Revolusi Kuba telah membawanya kepada kesimpulan ini, bahawa tanpa dasar ekonomi dan materialis yang lebih luas, takdir Kuba antara akan menjadi pergantungan baru atau pertahanan bagi ekonomi terpulau dan melarat. Dan sememangnya dia adalah tepat: kerajaan Kuba terus wujud, tetapi proses revolusioner tidak berlaku. Kesimpulan-kesimpulan kajian Che dibuktikan oleh peristiwa-peristiwa selepas itu, tetapi ia terkandung dalam cara politik yang tidak dapat menjana alternatif internasionalis revolusioner bagi teori perang gerila. Pandangan-pandangan Che hanya dapat dilaburkan dalam perjuangan tanpa makna yang tersangat jauh daripada kuasa-kuasa kelas yang dapat mengubah pengalaman Kuba menjadi naluri revolusioner, seperti yang ditunjukkan dengan jelas oleh episod Bolivia.
 
Dari satu segi, ia dapat diperdebatkan bahawa Che Guevara telah menjumpai dirinya terbatas, malah dalam kehidupannya yang kedua, oleh warisan Revolusi Kuba. Che masih dikenali sebagai lambang bagi generasi yang lebih awal, dan keberanian serta pembunuhannya yang kejam telah membolehkan contohnya diterjemahkan bagi generasi yang lebih muda juga. Tetapi terdapatnya sebab lain mengapa imej Guevara masih mempunyai kesan yang berkuasa. Dalam keadaan-keadaan krisis ekonomi yang mengikuti Stalinisme, perdebatan-perdebatannya mengenai keperluan pengorbanan dapat digunakan dan diberikan kuasa moral luarbiasa oleh keadaan kehidupan dan kematiannya. Lebih penting lagi, dan di sini ironi-nya adalah berlapis-lapis, masa lalu ikonik Che dikuatkan oleh fakta bahawa dia tidak dapat dicemari oleh berus Stalinis; dia telah meningga dunia sebelum retorik revolusi (walau apa pun realitinya) telah menjadi pudar di Kuba, dan kehidupan serta idea-ideas tidak mewakili tradisi melarat itu. Sememangnya, sebahagian besar daripada kehidupannya seolah-olah mengikuti langkah yang telah membawanya jauh dari Stalinisme. Dari segi itu, dia merupakan satu-satunya benda yang dapat diselamatkan dari sisa Eropah Timur.
 
Namun, lambang perjuangan dan keberanian revolusioner tersebut masih terikat kepada cara politik yang mengesahkan pemerintahan birokratik zalim melalui analogi dengan teori penggantian di mana subjek revolusioner adalah guerrillero. Dam bahasa simbolik dari warisan Che Guevara didakwa sebagai harta sebuah kerajaan yang memalsukannya bagi tujuannya sendiri – dengan memesongkan pandangan dan percanggahan dalam kehidupan dan idea-idea Guevara bagi tujuan silap. Seperti yang dikatakan oleh Habel, “… kekeliruan di antara keperluan serta-merta dan kemunasabahan ideologi ini, cara ini untuk menyembunyikan setiap langkah, adalah salah satu sifat Fidelismo…”[lxi]
 
Ia adalah kekeliruan yang sengaja, di mana kesannya adalah untuk menyamakan Fidel dengan Che dan maka membersihkan Fidel daripada perlibatannya dengan, dan tanggungjawab bagi, masa lalu yang kini telah ‘dibetulkan.’
 
Ideologi dapat memesongkan realiti, tetapi ia tidak dapat menggantukan pengalaman seharian pekerja Kuba. Mereka mendengar laungan pengorbanan berkali-kali, namun mereka melihat Kuba yang pada hujung tahun 1990-an telah menyebarkan kekurangan itu dengan tidak sama rata, sehingga sebahagian besar daripada penduduk mengalami kehidupan kekurangan dan keperluan yang tidak dipenuhi, sambil yang lain – pedagang, pemandu teksi, pelacur, birokrat kerajaan – mempunyai akses berterusan kepada kehidupan makmur yang terbuka kepada sesiapa dengan dolar. Mereka mendengar korus pujian kepada penduduk yang menjadi watak sejarah, dan namun mereka melihat sebuah kerajaan di mana pemusatan kuasan adalah mutlak dan di mana orang tidak dibenarkan bersuara atau melibatkan diri daripada arah masyarakat mereka pada masa depan. Mereka mendengar pengumuman bahawa Kuba berdiri keseorangan, tidak disentuh oleh nilai-nilai masyarakat kapitalis yang Che telah menolak, namun mereka hidup dalam dunia yang dikuasai oleh akumulasi, kuasa, kegunaan sumber-sumber bagi keuntungan dan perubahan kejayaan-kejayaan mereka yang paling berharga (kajian perubatan, pendidikan, budaya, sememangnya imej Che sendiri) menjadi komoditi-komoditi untuk dijual pada pasaran dunia yang diwakili oleh matawang yang beralir dalam ekonomi Kuba – iaitu dolar Amerika Syarikat.
 
Untuk mengikat nama Che Guevara kepada realiti seperti itu dan mendakwa bahawa ia adalah satu langkah pada jalan revolusi adalah ejekan menjijik yang tidak meyakinkan sesiapa. Dan namun, terdapatnya gambar Che dalam setiap rumah penduduk Kuba. Mungkin mereka telah menyamakannya dengan satu lagi maksud tersirat – sebagaimana selama beberapa abad, paderi-paderi gereja Katolik disamakan di Kyba dengan nama-nama tuhan dari agama-agama popular (orixa). Jika itu adalah benar, maka mungkin imej Guevara masih dapat dilepaskan daripada penyamaan dengan kerajaan yang berkuasa dan menindas.
 
 Jika semangat revolusioner diselamatkan, ia adalah kerana wira dari perjuangan lebih awal difahami dalam sejarah, kesilapannya ditafsirkan, projeknya dihakimi kerana pandangan dan kegagalannya. Agama memerlukan paderi-paderi untuk meyakinkan manusia untuk melaburkan potensi mereka pada kuasa di luar diri mereka; revolusi dibina oleh manusia nyata yang mengambil pelajaran, biar baik atau buruk, dari masa lalu, pelajaran yang akan membolehkan mereka untuk memahami dan menggunakan kuasa kolektif mereka dengan lebih baik pada masa depan. 

Nota

[i] L. Selfa, ‘Mexico Selepas Kebangkitan Zapatista,’ International Socialism, jurnal 75.

[ii] Pada tahun 1960-an, Guevara tertakluk kepada manipulasi komerseil; sebuah kedai pakaian dinamakan bersempena dia dan pada tahun 1968, tiga filem dibuat mengenai kehidupannya.

[iii] Buku John Lee Anderson bertajuk Che Guevara: A Revolutionary Life (London, 1997) sememangnya adalah biografi mengenai Guevara yang paling lengkap. Kelemahan politiknya adalah berpelbagai tetapi maklumat terperinci yang ia memberikan tidak berbanding.

[iv] Penerbitan Motorcycle Diaries (London, 1996) yang ditulis oleh Guevara muda mewakili kelahiran semula Guevara dalam bentuk Jack Kerouac, seorang pengembara gelisah dari generasi Beat. ‘Pengembara’ Guevara ini mungkin bukannya penciptaan konspirasi untuk menyingkirkan politiknya, tetapi itulah kesannya. Ia mungkin menjadi tanda bagi amnesia bersejarah di kalangan mereka yang telah menyunting jurnal-jurnal ini.

[v] Motorcycle Diaries, seperti nota 4, muka surat 93-96.

[vi] Prasejarah rampasan kuasa tersebut dan peranan Syarikat Buah-Buahan Bersatu dipaparkan dalam S. Schlesinger dan S. Kinzer, Bitter Fruit (New York, 1983) dan dikaji dengan mendalam oleh buku J. Dunkerley, Power in the Isthmus (London, 1988). Mengenai sejarah campur tangan Amerika Syarikat di Amerika Tengah, buku J. Pearce bertajuk Under the Eagle (London, 1981) kekal sebagai bacaan utama.

[vii] Lihat J. L. Anderson, Che Guevara: A Revolutionary Life, muka surat 159, dan R. Rojo, My Friend Che (New York,1969), dan memoir T. Borge, La paciente impaciencia (Managua, 1989).

[viii] Mengenai sejarah Kuba pada awal abad ke-20, lihat J. O’Connor, The Origins of Socialism in Cuba (Ithaca, 1970).

[ix] Raúl pernah menjadi dan masih adalah tokoh yang bersamar-samar tetapi penting dalam politik Kuba. Secara rasmi, dia kekal sebagai bakal pengganti Fidel dalam kesemua jawatan utama – walaupun ia kini kelihatan seperti dia tidak akan menggantikan adiknya.

[x] Ia perlu dinotakan bahawa sambil Castro seringkali mendakwa warisan dari pemimpin revolusioner nasionalis hebat bernama José Martí, iaitu pemimpin kemerdekaan Kuba, Martí telah memimpin sebuah tentera hanya selepas beberapa dekad pengaturan politik dan kesatuan pekerja yang sabar di kalangan pekerja-pekerja Kuba yang dibuang negara.

[xi] Ia adalah misteri besar, sekurang-kurangnya bagi saya, bahawa dalam mitos Revolusi Kuba, 18 orang tersebut telah menjadi 12, iaitu perangkaan yang lebih penting dari segi aktivti keseorangan tetapi tanpa apa-apa tanda tradisi revolusioner!

[xii] J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 283.

[xiii] Anderson memberikan maklumat terperinci bagi bahagian ini dalam cerita tersebut dalam Che Guevara: A Revolutionary Life, bab 15-18, dan lihat terutamanya muka surat 318-319. Walaupun Anderson memberikan maklumat yang terperinci, pembaca-pembaca buku ini perlu mengkaji kepentingan maklumat ini dengan sendiri, kerana Anderson jarang sekali berlangkah keluar dari dunia mental Che.

[xiv] Dan telah meraih bagi Matthews kemarahan pihak konservatif Amerika Syarikat, yang melihatnya sebagai wakil konspirasi ‘pinko’ dalam Jabatan Dalam Negara – konsep yang anah pada mana-mana masa, tetapi terutamanya pada pertengahan Perang Dingin.

[xv] John Gerassi pernah menjadi seorang penyunting utama Newsweek di Amerika Latin sebelum menulis pendedahan ini mengenai tindakan-tindakan Amerika Syarikat di benua tersebut. Dia kemudiannya telah menyunting ucapan dan tulisan Che dalam Venceremos: the Speeches and Writings of Che Guevara (New York, 1968).

[xvi] Dari segi ini, lihat Scheer dan Zeitlin, Cuba: An American Tragedy (New York, 1960), C. Wright Mills, Listen Yankee (New York, 1960) dan karya Huberman dan Sweezy, Cuba: Anatomy of a Revolution (New York, 1960) di antara yang lain.

[xvii] Terdapatnya beberapa pengecualian, yang utama di antara mereka adalah Salvador Cayetano Carpio (‘Matador’), iaitu pemimpin FPL di El Salvador.

[xviii] Ini bukan hanya rujukan jelas kepada soviet-soviet yang ditubuhkan di Rusia pada tahun 1917; di Kuba sendiri, perjuangan-perjuangan rakyat pada tahun 1933 telah mengutarakan organ-organ kuasa rakyat seperti itu. Lihat D. L. Raby, The Cuban Revolution of 1933 (Glasgow, 1975).

[xix] Ini telah melalui beratus-ratus edisi yang berbeza. Ia diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1963, dalam edisi dengan 50,000 naskah. Ia ditulis pada tahun 1960.

[xx] Ia adalah menarik untuk menotakan bagaimana biografi mengenai Guevara yang terbaru dan paling penting, oleh J. L. Anderson, menggunakan cara yang sama dalam mentafsir kehidupan Guevara, dan maka mengesahkan teori tersebut sepanjang kehidupan pengasasnya.

[xxi] Ini diutrakan dalam ucapan yang sangat penting oleh Guevara, pada 17hb Januari 1959, dinamakan ‘Social Projections of the Rebel Army.’ Dipetik dari J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 393.

[xxii] Seperti nota 21, muka surat 392.

[xxiii] Berkali-kali oleh Anderson, dan ramai lagi termasuk sebahagian besar daripada sayap Trotskyis dan sayap kiri bukan Komunis.

[xxiv] Lihat K. S. Karol, Guerillas in Power (London, 1971), muka surat 45.

[xxv] Michel Lowy mempertimbangkan komponen-komponen politik, etika dan ekonomi dalam pemikiran Guevara dalam The Marxism of Che Guevara (New York, 1973), yang dengan aneh tidak mendapat sebutan dalam biografi Anderson. Ia adalah karya yang menarik, tetapi secara asasnya tidak kritikal; dengan penting, ia gagal menhubungkan tiga komponen tersebut, meraikan kesediaan Guevara untuk mengubahsuai Marx tanpa menyatakan bentuk yang diambil oleh pengubahsuaian tersebut.

[xxvi] Dia telah memberitahu Karol bahawa tidak terdapatnya alternatif kepada menggunakan karya-karya tersebut dan telah mencuba untuk menyesuaikannya kepada keadaan di Kuba: seperti nota 25, muka surat 44.

[xxvii] Che Guevara, ‘Kuba: Pengecualian atau Barisan Hadapan?’ dalam John Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 196-206.

[xxviii] Che Guevara, ‘Mengenai Perancangan Ekonomi di Kuba,’ ucapan di television yang diterbitkan semula dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 207-224.

[xxix] Idea-odea ini telah menemui Guevara secara tidak langsung, terutamanya melalui pengaruh Rene Dumont (yang kemudiannya telah menjadi pengkritik Kuba) dan Charles Betterlheim. Dari tahun 1963 sehingga 1965, perdebatan mengenai strategi-strategi alternatif bagi pertubuhan ekonomi telah menjadi awam – pada tahap ini, ia kekal sebagai perbincangan dalaman, dan perbincangan yang dibentukkan oleh pertimbangan politik dan ekonomi, dan terutamanya oleh hubungan yang semakin berubah dengan Parti Komunis.

[xxx] Che Guevara, ‘Mengenai Pertumbuhan dan Imperialisme,’ dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 225-263.

[xxxi] Ini merupakan perangkaan yang sangat besar. Apabila Castro mengutarakan ‘Penuaian Besar’ (Gran Zafra) tersendiri pada tahun 1967-1968, matlamatnya merupakan 8 juta tan. Meskipun mobilisasi sumber-sumber manusia dan materialis untuk mencapainya, jumlah terakhir kekurangan sebanyak hampir 2 juta tan.

[xxxii] Lihat J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 519.

[xxxiii] Che Guevara, ‘Tugas-Tugas Perindustrian Kami,’ dalam J. Gerassu (penyinting), seperti nota 15, muka surat 275-293.

[xxxiv] Seperti nota 33, muka surat 288.

[xxxv] Dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 314-321.

[xxxvi] Jurang di antara realiti gerakan revolusioner tersebut dan dakwaan-dakwaan yang dibuat baginya sangatlah besar – dalam satu cara, kematian Che di Bolivia merupakan titik apabila mitos berjumpa dengan realiti, dan dijumpai sangatlah lemah.

[xxxvii] Perluahan idea-idea Che mengenai perancangan ekonomi dipaparkan dalam ‘Mengenai Sistem Belanjawan Kewangan’ dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 409-441.

[xxxviii] Karangan tersebut pada asalnya tidak diterbitkan di Kuba, tetapi dalam majalah sayap kiri di Uruguay bertajuk Marcha pada bulan Mac. Ia kemudiannya telah diterbitkan dalam majalah angkatan bersenjata Kuba, Verde Olivo.

[xxxix] Lihat J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 664-669.

[xl] Lihat L. Trotsky, ‘On Substitutionisme,’ dalam Party and Class (London, 1996).

[xli] Baru-baru ini, saya telah melihat di Kuba sesuatu penerbitan baru yang berjudul Che Was Never Beaten in the Congo [Che Tidak Pernah Dikalahkan di Kongo]. Ia mungkin lebih baik untuk bertanpa mengapa dia tidak dapat berjuang di sana sama sekali!

[xlii] Ia merupakan ahli sejarah dari Uruguay yang tersangat baik, Eduardo Galeano, yang telah menamakan Che sebagai ‘Jakobin revolusi.’

[xliii] N. Miller, Soviet Relations with Latin America 1959-87 (Cambridge, 1989).

[xliv] J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 611, mendakwa bahawa Guevara melihat perlibatan di Kongo sebagai langkah pertama dalam pembinaan “persekutuan anti-imperialis antarabangsa yang dipimpin oleh Kuba,” yang akan memaksa Kesatuan Soviet dan Negara Cina untuk mengubah sikap mereka. Jika ini adalah benar – dan saya mendapati idea ini kurang meyakinkan – maka ia menunjukkan beberapa kepercayaan terpesong yang dipegang oleh Fidel dan Che!

[xlv] Diterbitkan dalam New Left Review, 33, September/Oktober 1965, muka surat 17-58.

[xlvi] R. Debray, Revolution in the Revolution (Penguin, London, 1968). Buku ini disertai dengan penerangan maksimum; naskah-naskah dibeli dengan laju oleh generasi tahun 1960-an. Naskah saya merupakan yang terakhir daripada 15 naskah yang dibeli oleh buku kedai universiti tempatan – kebanyakan naskah itu telah dicuri!

[xlvii] Kesan Kuba pada Amerika Latin dan perlibatannya dalam perkembangan perjuangan bersenjata dibincangkan dalam bab 3, dalam buku Jorge Castañeda yang baik, Utopia Unarmed (New York, 1994). Lihat juga mengenai zaman ini dalam M. Gonzalez, ‘Can Castro Survive?’ dalam International Socialism, 61.

[xlviii] Mengenai episod ini, lihat J. Dunkerley, Rebellion in the Veins (London, 1984), muka surat 136-153. Lihat juga Che Guevara, Bolivian Diary. J. L. Anderson (dalam Che Guevara: Life of a Revolutionary)memberikan bab terakhir kepada episod di Bolivia dengan tajuk aneh (dan akhirnya tidak dijelaskan) iaitu ‘Pengorbanan Yang Tidak Patut Berlaku.’

[xlix] J. Dunkerley (seperti nota 48, muka surat 136-137) melaporkan bahawa Castro telah menghalang rombongan sayap kiri bebas Bolivia daripada menghadiri mesyuarat OLAS pada bulan Januari 1966.

[l] J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 701.

[li] J. Dunkerley, seperti nota 38, muka surat 140.

[lii] Lihat J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 733-739.

[liii] Lihat J. Castañeda, seperti nota 47, muka surat xxx.

[liv] F. Maspero, ‘Pengenalan’ kepada J. Habel, Ruptures a Cuba [Berpecahnya Kuba] (Paris, 1989), diterbitkan kemudiannya dalam Bahasa Inggeris (tetapi tanpa pengenalan Maspero) oleh Verso sebagai The Revolution in Peril [Revolusi Diancam] (1991). Maspero, seorang penerbit radikal, merupakan salah seorang pendatang asing yang telah tiba di Bolivia pada masa penangkapan Che – dan dibuang negara dengan serta-merta. Menurutnya, buku tersebut dapat dinamakan The Revolution Betrayed [Revolusi Dikhianati]. Buku Habel adalah kajian mendalam mengenai perkembangan-perkembangan di Kuba sejak tahun 1970-an dari perspektif Internasional Keempat (diketuai oleh Mandel), yang telah menyokong Kuba sehingga akhir tahun 1980-an.

[lv] Lihat Che Guevara, ‘Mengenai Sistem Belanjawan Kewangan’ dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 409-441.

[lvi] Mengenai zaman ini, lihat J. Habel, seperti nota 54, bab 2, ‘Les Réformes Économiques.’ Lihat juga A. Zimbalist (penyunting), Cuban Political Economy (London, 1988).

[lvii] Hukuman kematian rasmi pada tahun 1989 ke atas Arnaldo Ochoa, seorang veteran dari Angola dan sahabat Castro, kerana perlibatan dalam penyeludupan dadah, ditentukan dan dilakukan dalam masa beberapa hari – sebagai demonstrasi ketulusan baru.

[lviii] S. Eckstein, Back from the Future (Princeton, New Jersey, 1994), muka surat 60.

[lix] Namun, ia mungkin diragui jika Castro atau penasihat-penasihatnya dapat meramalkan kedalaman krisis yang mula berkembang selepas tahun 1989 dalam apa yang kemudiannya dinamakan ‘Zaman Khas Pada Masa Kedamaian.’ Pada tahun 1992, penduduk di bandar-bandar daerah sedang memasak makanan dengan api di jalan raya, wabak neuritis telah menandakan malnutrisi serius dan berleluasa, pelacuran telah membunga dan penyakit seksual telah mencapai tahap yang tertinggi. Penumbangan Tembok Berlin hanya mendedahkan realiti ekonomi Kuba kepada pandangan awam. Tetapi pada tahap yang lain, apa yang mungkin tidak dapat diramalkan merupakan keganasan reaksi dari sayap kanan Amerika, diikuti dengan rapay oleh presiden, yang diluahkan oleh Pindaan Helms-Burton kepada Akta Denokrasi Kuba yang dinamakan dengan melucukan. Di mana akta yang asal telah membenarkan segala akta yang direka untuk menumbangkan Castro dan mengukuhkan serangan ekonomi yang bermula pada tahun 1960, Helms-Burton telah memperkenalkan sekatan zalim terhadap sesiapa yang berdagang secara langsung atau tidak langsung dengan Kuba. Tujuan dia, jelasnya, adalah untuk melaparkan Kuba sehingga mereka menyerah diri. Jika penasihat-penasihat Masyarat Eropah terpegun dengan kezaliman Amerika Syarikat yang baru ini, ia hanyalah kerana pemulauan hubungan ekonomi dengan Kuna telah membenarkan pelbagai perusahaan Eropah untuk mengambil-alih sektor-sektor penting dalam ekonomi Kuba – pelancongan, pencarian minyak, pengeluaran tembaga putih dan sebagainya.

[lx] S. Eckstein, seperti nota 58, muka surat 62.

[lxi] J. Habel, seperti nota 54, muka surat 141.


Nota

[1] L. Selfa, ‘Mexico Selepas Kebangkitan Zapatista,’ International Socialism, jurnal 75.

[1] Pada tahun 1960-an, Guevara tertakluk kepada manipulasi komerseil; sebuah kedai pakaian dinamakan bersempena dia dan pada tahun 1968, tiga filem dibuat mengenai kehidupannya.

[1] Buku John Lee Anderson bertajuk Che Guevara: A Revolutionary Life (London, 1997) sememangnya adalah biografi mengenai Guevara yang paling lengkap. Kelemahan politiknya adalah berpelbagai tetapi maklumat terperinci yang ia memberikan tidak berbanding.

[1] Penerbitan Motorcycle Diaries (London, 1996) yang ditulis oleh Guevara muda mewakili kelahiran semula Guevara dalam bentuk Jack Kerouac, seorang pengembara gelisah dari generasi Beat. ‘Pengembara’ Guevara ini mungkin bukannya penciptaan konspirasi untuk menyingkirkan politiknya, tetapi itulah kesannya. Ia mungkin menjadi tanda bagi amnesia bersejarah di kalangan mereka yang telah menyunting jurnal-jurnal ini.

[1] Motorcycle Diaries, seperti nota 4, muka surat 93-96.

[1] Prasejarah rampasan kuasa tersebut dan peranan Syarikat Buah-Buahan Bersatu dipaparkan dalam S. Schlesinger dan S. Kinzer, Bitter Fruit (New York, 1983) dan dikaji dengan mendalam oleh buku J. Dunkerley, Power in the Isthmus (London, 1988). Mengenai sejarah campur tangan Amerika Syarikat di Amerika Tengah, buku J. Pearce bertajuk Under the Eagle (London, 1981) kekal sebagai bacaan utama.

[1] Lihat J. L. Anderson, Che Guevara: A Revolutionary Life, muka surat 159, dan R. Rojo, My Friend Che (New York,1969), dan memoir T. Borge, La paciente impaciencia (Managua, 1989).

[1] Mengenai sejarah Kuba pada awal abad ke-20, lihat J. O’Connor, The Origins of Socialism in Cuba (Ithaca, 1970).

[1] Raúl pernah menjadi dan masih adalah tokoh yang bersamar-samar tetapi penting dalam politik Kuba. Secara rasmi, dia kekal sebagai bakal pengganti Fidel dalam kesemua jawatan utama – walaupun ia kini kelihatan seperti dia tidak akan menggantikan adiknya.

[1] Ia perlu dinotakan bahawa sambil Castro seringkali mendakwa warisan dari pemimpin revolusioner nasionalis hebat bernama José Martí, iaitu pemimpin kemerdekaan Kuba, Martí telah memimpin sebuah tentera hanya selepas beberapa dekad pengaturan politik dan kesatuan pekerja yang sabar di kalangan pekerja-pekerja Kuba yang dibuang negara.

[1] Ia adalah misteri besar, sekurang-kurangnya bagi saya, bahawa dalam mitos Revolusi Kuba, 18 orang tersebut telah menjadi 12, iaitu perangkaan yang lebih penting dari segi aktivti keseorangan tetapi tanpa apa-apa tanda tradisi revolusioner!

[1] J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 283.

[1] Anderson memberikan maklumat terperinci bagi bahagian ini dalam cerita tersebut dalam Che Guevara: A Revolutionary Life, bab 15-18, dan lihat terutamanya muka surat 318-319. Walaupun Anderson memberikan maklumat yang terperinci, pembaca-pembaca buku ini perlu mengkaji kepentingan maklumat ini dengan sendiri, kerana Anderson jarang sekali berlangkah keluar dari dunia mental Che.

[1] Dan telah meraih bagi Matthews kemarahan pihak konservatif Amerika Syarikat, yang melihatnya sebagai wakil konspirasi ‘pinko’ dalam Jabatan Dalam Negara – konsep yang anah pada mana-mana masa, tetapi terutamanya pada pertengahan Perang Dingin.

[1] John Gerassi pernah menjadi seorang penyunting utama Newsweek di Amerika Latin sebelum menulis pendedahan ini mengenai tindakan-tindakan Amerika Syarikat di benua tersebut. Dia kemudiannya telah menyunting ucapan dan tulisan Che dalam Venceremos: the Speeches and Writings of Che Guevara (New York, 1968).

[1] Dari segi ini, lihat Scheer dan Zeitlin, Cuba: An American Tragedy (New York, 1960), C. Wright Mills, Listen Yankee (New York, 1960) dan karya Huberman dan Sweezy, Cuba: Anatomy of a Revolution (New York, 1960) di antara yang lain.

[1] Terdapatnya beberapa pengecualian, yang utama di antara mereka adalah Salvador Cayetano Carpio (‘Matador’), iaitu pemimpin FPL di El Salvador.

[1] Ini bukan hanya rujukan jelas kepada soviet-soviet yang ditubuhkan di Rusia pada tahun 1917; di Kuba sendiri, perjuangan-perjuangan rakyat pada tahun 1933 telah mengutarakan organ-organ kuasa rakyat seperti itu. Lihat D. L. Raby, The Cuban Revolution of 1933 (Glasgow, 1975).

[1] Ini telah melalui beratus-ratus edisi yang berbeza. Ia diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1963, dalam edisi dengan 50,000 naskah. Ia ditulis pada tahun 1960.

[1] Ia adalah menarik untuk menotakan bagaimana biografi mengenai Guevara yang terbaru dan paling penting, oleh J. L. Anderson, menggunakan cara yang sama dalam mentafsir kehidupan Guevara, dan maka mengesahkan teori tersebut sepanjang kehidupan pengasasnya.

[1] Ini diutrakan dalam ucapan yang sangat penting oleh Guevara, pada 17hb Januari 1959, dinamakan ‘Social Projections of the Rebel Army.’ Dipetik dari J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 393.

[1] Seperti nota 21, muka surat 392.

[1] Berkali-kali oleh Anderson, dan ramai lagi termasuk sebahagian besar daripada sayap Trotskyis dan sayap kiri bukan Komunis.

[1] Lihat K. S. Karol, Guerillas in Power (London, 1971), muka surat 45.

[1] Michel Lowy mempertimbangkan komponen-komponen politik, etika dan ekonomi dalam pemikiran Guevara dalam The Marxism of Che Guevara (New York, 1973), yang dengan aneh tidak mendapat sebutan dalam biografi Anderson. Ia adalah karya yang menarik, tetapi secara asasnya tidak kritikal; dengan penting, ia gagal menhubungkan tiga komponen tersebut, meraikan kesediaan Guevara untuk mengubahsuai Marx tanpa menyatakan bentuk yang diambil oleh pengubahsuaian tersebut.

[1] Dia telah memberitahu Karol bahawa tidak terdapatnya alternatif kepada menggunakan karya-karya tersebut dan telah mencuba untuk menyesuaikannya kepada keadaan di Kuba: seperti nota 25, muka surat 44.

[1] Che Guevara, ‘Kuba: Pengecualian atau Barisan Hadapan?’ dalam John Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 196-206.

[1] Che Guevara, ‘Mengenai Perancangan Ekonomi di Kuba,’ ucapan di television yang diterbitkan semula dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 207-224.

[1] Idea-odea ini telah menemui Guevara secara tidak langsung, terutamanya melalui pengaruh Rene Dumont (yang kemudiannya telah menjadi pengkritik Kuba) dan Charles Betterlheim. Dari tahun 1963 sehingga 1965, perdebatan mengenai strategi-strategi alternatif bagi pertubuhan ekonomi telah menjadi awam – pada tahap ini, ia kekal sebagai perbincangan dalaman, dan perbincangan yang dibentukkan oleh pertimbangan politik dan ekonomi, dan terutamanya oleh hubungan yang semakin berubah dengan Parti Komunis.

[1] Che Guevara, ‘Mengenai Pertumbuhan dan Imperialisme,’ dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 225-263.

[1] Ini merupakan perangkaan yang sangat besar. Apabila Castro mengutarakan ‘Penuaian Besar’ (Gran Zafra) tersendiri pada tahun 1967-1968, matlamatnya merupakan 8 juta tan. Meskipun mobilisasi sumber-sumber manusia dan materialis untuk mencapainya, jumlah terakhir kekurangan sebanyak hampir 2 juta tan.

[1] Lihat J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 519.

[1] Che Guevara, ‘Tugas-Tugas Perindustrian Kami,’ dalam J. Gerassu (penyinting), seperti nota 15, muka surat 275-293.

[1] Seperti nota 33, muka surat 288.

[1] Dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 314-321.

[1] Jurang di antara realiti gerakan revolusioner tersebut dan dakwaan-dakwaan yang dibuat baginya sangatlah besar – dalam satu cara, kematian Che di Bolivia merupakan titik apabila mitos berjumpa dengan realiti, dan dijumpai sangatlah lemah.

[1] Perluahan idea-idea Che mengenai perancangan ekonomi dipaparkan dalam ‘Mengenai Sistem Belanjawan Kewangan’ dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 409-441.

[1] Karangan tersebut pada asalnya tidak diterbitkan di Kuba, tetapi dalam majalah sayap kiri di Uruguay bertajuk Marcha pada bulan Mac. Ia kemudiannya telah diterbitkan dalam majalah angkatan bersenjata Kuba, Verde Olivo.

[1] Lihat J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 664-669.

[1] Lihat L. Trotsky, ‘On Substitutionisme,’ dalam Party and Class (London, 1996).

[1] Baru-baru ini, saya telah melihat di Kuba sesuatu penerbitan baru yang berjudul Che Was Never Beaten in the Congo [Che Tidak Pernah Dikalahkan di Kongo]. Ia mungkin lebih baik untuk bertanpa mengapa dia tidak dapat berjuang di sana sama sekali!

[1] Ia merupakan ahli sejarah dari Uruguay yang tersangat baik, Eduardo Galeano, yang telah menamakan Che sebagai ‘Jakobin revolusi.’

[1] N. Miller, Soviet Relations with Latin America 1959-87 (Cambridge, 1989).

[1] J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 611, mendakwa bahawa Guevara melihat perlibatan di Kongo sebagai langkah pertama dalam pembinaan “persekutuan anti-imperialis antarabangsa yang dipimpin oleh Kuba,” yang akan memaksa Kesatuan Soviet dan Negara Cina untuk mengubah sikap mereka. Jika ini adalah benar – dan saya mendapati idea ini kurang meyakinkan – maka ia menunjukkan beberapa kepercayaan terpesong yang dipegang oleh Fidel dan Che!

[1] Diterbitkan dalam New Left Review, 33, September/Oktober 1965, muka surat 17-58.

[1] R. Debray, Revolution in the Revolution (Penguin, London, 1968). Buku ini disertai dengan penerangan maksimum; naskah-naskah dibeli dengan laju oleh generasi tahun 1960-an. Naskah saya merupakan yang terakhir daripada 15 naskah yang dibeli oleh buku kedai universiti tempatan – kebanyakan naskah itu telah dicuri!

[1] Kesan Kuba pada Amerika Latin dan perlibatannya dalam perkembangan perjuangan bersenjata dibincangkan dalam bab 3, dalam buku Jorge Castañeda yang baik, Utopia Unarmed (New York, 1994). Lihat juga mengenai zaman ini dalam M. Gonzalez, ‘Can Castro Survive?’ dalam International Socialism, 61.

[1] Mengenai episod ini, lihat J. Dunkerley, Rebellion in the Veins (London, 1984), muka surat 136-153. Lihat juga Che Guevara, Bolivian Diary. J. L. Anderson (dalam Che Guevara: Life of a Revolutionary)memberikan bab terakhir kepada episod di Bolivia dengan tajuk aneh (dan akhirnya tidak dijelaskan) iaitu ‘Pengorbanan Yang Tidak Patut Berlaku.’

[1] J. Dunkerley (seperti nota 48, muka surat 136-137) melaporkan bahawa Castro telah menghalang rombongan sayap kiri bebas Bolivia daripada menghadiri mesyuarat OLAS pada bulan Januari 1966.

[1] J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 701.

[1] J. Dunkerley, seperti nota 38, muka surat 140.

[1] Lihat J. L. Anderson, seperti nota 3, muka surat 733-739.

[1] Lihat J. Castañeda, seperti nota 47, muka surat xxx.

[1] F. Maspero, ‘Pengenalan’ kepada J. Habel, Ruptures a Cuba [Berpecahnya Kuba] (Paris, 1989), diterbitkan kemudiannya dalam Bahasa Inggeris (tetapi tanpa pengenalan Maspero) oleh Verso sebagai The Revolution in Peril [Revolusi Diancam] (1991). Maspero, seorang penerbit radikal, merupakan salah seorang pendatang asing yang telah tiba di Bolivia pada masa penangkapan Che – dan dibuang negara dengan serta-merta. Menurutnya, buku tersebut dapat dinamakan The Revolution Betrayed [Revolusi Dikhianati]. Buku Habel adalah kajian mendalam mengenai perkembangan-perkembangan di Kuba sejak tahun 1970-an dari perspektif Internasional Keempat (diketuai oleh Mandel), yang telah menyokong Kuba sehingga akhir tahun 1980-an.

[1] Lihat Che Guevara, ‘Mengenai Sistem Belanjawan Kewangan’ dalam J. Gerassi (penyunting), seperti nota 15, muka surat 409-441.

[1] Mengenai zaman ini, lihat J. Habel, seperti nota 54, bab 2, ‘Les Réformes Économiques.’ Lihat juga A. Zimbalist (penyunting), Cuban Political Economy (London, 1988).

[1] Hukuman kematian rasmi pada tahun 1989 ke atas Arnaldo Ochoa, seorang veteran dari Angola dan sahabat Castro, kerana perlibatan dalam penyeludupan dadah, ditentukan dan dilakukan dalam masa beberapa hari – sebagai demonstrasi ketulusan baru.

[1] S. Eckstein, Back from the Future (Princeton, New Jersey, 1994), muka surat 60.

[1] Namun, ia mungkin diragui jika Castro atau penasihat-penasihatnya dapat meramalkan kedalaman krisis yang mula berkembang selepas tahun 1989 dalam apa yang kemudiannya dinamakan ‘Zaman Khas Pada Masa Kedamaian.’ Pada tahun 1992, penduduk di bandar-bandar daerah sedang memasak makanan dengan api di jalan raya, wabak neuritis telah menandakan malnutrisi serius dan berleluasa, pelacuran telah membunga dan penyakit seksual telah mencapai tahap yang tertinggi. Penumbangan Tembok Berlin hanya mendedahkan realiti ekonomi Kuba kepada pandangan awam. Tetapi pada tahap yang lain, apa yang mungkin tidak dapat diramalkan merupakan keganasan reaksi dari sayap kanan Amerika, diikuti dengan rapay oleh presiden, yang diluahkan oleh Pindaan Helms-Burton kepada Akta Denokrasi Kuba yang dinamakan dengan melucukan. Di mana akta yang asal telah membenarkan segala akta yang direka untuk menumbangkan Castro dan mengukuhkan serangan ekonomi yang bermula pada tahun 1960, Helms-Burton telah memperkenalkan sekatan zalim terhadap sesiapa yang berdagang secara langsung atau tidak langsung dengan Kuba. Tujuan dia, jelasnya, adalah untuk melaparkan Kuba sehingga mereka menyerah diri. Jika penasihat-penasihat Masyarat Eropah terpegun dengan kezaliman Amerika Syarikat yang baru ini, ia hanyalah kerana pemulauan hubungan ekonomi dengan Kuna telah membenarkan pelbagai perusahaan Eropah untuk mengambil-alih sektor-sektor penting dalam ekonomi Kuba – pelancongan, pencarian minyak, pengeluaran tembaga putih dan sebagainya.

[1] S. Eckstein, seperti nota 58, muka surat 62.

[1] J. Habel, seperti nota 54, muka surat 141.

Blackend Is The End

Dyers Eve