To Live Is to Die

free counters

Rabu, 9 Jun 2010

LAGI GAMBAR2 MEREKA YANG UMNO SEMBUNYIKAN DARI PENGETAHUAN GENERASI MUDA

Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka.
Zainuddin Andika, 84 tahun, berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Testamen Politik API, tujuan-tujuan API ditubuhkan ialah:

1. Menyatukan pemuda2 yang insaf dalam satu BARISAN.
2. Mengokohkan barisan perjuangan untok bangsa dan tanahair.
3. Memberi latehan siasat, ROHANI dan JASMANI kepada pemuda2-nya supaya bersedia menjadi pemimpin bila di-kehendaki.
4. Membena sa-mula Malaya mengikut faham Democracy yang sejati yang berdasarkan kedaulatan ra'ayat.
5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.

Pendek-nya API mahu berjuang untok menchapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa.
Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.
Hashim Said, 85 tahun, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.
Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.

P. Veerasenan Di Tembak Mati.


P. Veerasenan yang telah berjuang untuk kemerdekaan kaum buruh seawal umur belasan tahun lagi, telah menjadi pemimpin pejuangan pekerja-pekerja pelabuhan di Sinagapura pada umur 22 lagi. Keberanian, dedikasi dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Veerasenan, menyebabkan beliau seterusnya menjadi pemimpin kesatuan kebangsaan iaitu Pan Malaysian .Federation of Trade Union (PMFTU) pada tahun 1946.

Perjuangan dan kejayaan yang signifikan oleh P.Veerasenan dan komrad-komradnya ketika itu adalah peningkatan gaji sebanyak 40%, hari kerja dikurangkan kepada 6 hari berbanding 7 hari dan 8 jam kerja sehari. Selain itu, beliau juga berjaya menuntut majikan untuk menyediakan air bersih, tempat kediaman dan bilik air kepada para pekerja.

Sebelum zaman merdeka, iaitu pada awal tahun 1940an, kesatuan sekerja sangat kuat dan ramai pemuda begitu bersemangat demi memperjuangkan hak-hak pekerja. Kerajaan British pula tidak suka akan kesatuan sekerja yang militan dan progresif, maka mereka mengambil tindakan yang agresif untuk menghapuskan semua gerakan pekerja yang memperjuangkan hak ... Lihat seterusnya..dan maruah para pekerja ketika itu. gerakan kiri di Malaya dan Singapura ketika itu. Ramai pejuang pekerja dihukum gantung, di tembak mati dan dibuang negara oleh penjajah British yang kejam. P.Veerasenan pun telah ditembak mati pada bulan Mei, 1949 ketika cuba menyelamatkan seorang lagi komrad perjuang pekerja iaitu “Malay” Ganapathy yang kemudiannya telah di hukum gantung oleh British

Betapa tinggi semangat juang yang ditunjukkan oleh komrad-komrad P. Veerasenan dan Ganapathy dalam usia yang muda ini, sememangnya ini menjadi pedoman dan panduan bagi ratusan pemuda untuk berjuang demi hak rakyat. Mereka inilah antara pahlawan sejati dalam sejarah perjuangan rakyat. Jasa dan semangat juang masih diperingati malah, menjadi inspirasi kepada ratusan pemuda untuk melibatkan diri dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat....

Blackend Is The End

Dyers Eve