To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 13 Ogos 2010

Empat asas disiplin asas Tentera Pembebasan Nasional



1. Setiap tindakan patuh kepada perintah

2. Tidak mengambil sebatang jarum atau seutas benangpun dari massa (orang ramai)

3. Sebarang rampasan perang harus dirasmikan

4. Dengan ketat menyimpan rahsia tentera.

LAGU KAMI TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL


Kami Tentera Pembebsan Nasional
selalu bersedia untuk membela nusa
kalau musuh cuba nekad mengancamkan rakyat
biar bererai badan dan nyawa untuk kebebasan rakyat
siapa berani cuba menentang
angkat tangan rampas senjata.

Kami Tentera Pembebasan Nasional
selalu bersiap bersedia bertempur
biar tanah padang rumput berlumuran darah
itulah kewajipan kami sebagai pembela rakyat
biar negeri hancur terbakar
asal jangan dijajah lagi.

Kami Tentera Pembebasan Nasional
mara ke hadapan di garisan muka
siap menyerang musuh hingga hancur lebur
Tentera Pembebasan Nasional cukup kuat semangat waja
membentuk republik rakyat
kekal hibupnya abadi.



senikata dan irama dicipta oleh Johan
dipersembahkan dalam majlis perasmian Rejimen Ke-10 pada 21 Mei 1949.

Video di atas dipetik dari filem Merayakan Kemerdekaan Kita, terbitan Studio TV Rejimen Ke-10 pada tahun 1985.

Blackend Is The End

Dyers Eve