To Live Is to Die

free counters

Isnin, 13 Disember 2010

IBRAHIM ALI BAWA PARANG


Berahim Ali yang telah berjaya mengelentong Tok Guru Nik Aziz dan mamat2 Pas dalam PRU yang lalu tidak jadi mati kerana dirinya mash di perlukan sebagai seorang pelawak ketuanan melayau di Malaysia ini. Tanpa Berahim negara ini sudah pasti akan di rampas oleh orang cina. Ini adalah kerana selama ini orang cina amat takut dengan Berahim Ali kerana beliau adalah pewaris kepada parang kontot kepunyaan M.zain yang di gunakan dalam lagu aci aci bukak pintu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kembali ke Parlimen selepas selama sebulan berihat dan mengambil kesempatan itu untuk "membuktikan" bahawa beliau masih 'garang' untuk kembali ke gelanggang politik tanahair. NONESambil membidas penulis blog dan penyebar khabar angin kononnya beliau sedang koma dan tenat, ahli parlimen Pasir Mas itu berkata sudah waktunya baginya menyangkal desas-desus mengenai kesihatannya. Oleh itu, katanya, beliau hadir di Parlimen untuk membuktikan yang beliau sudah sihat, walaupun doktornya menasihatkan beliau berihat tiga bulan lagi. Hari ini adalah kali pertama Ibrahim kembali mengikuti sidang Parlimen selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Oktober lalu.

AKHIRNYA ZAID BERTAUBAT


Akhirnya Zaid Ibrahim betul2 bertobat bila keluaq umno kemudian masuk PKr dan akhirnya memilih parti pak Lebai.

Yang aku risau ialah Zaid akan jadi macam pak lebai kampung aku. Kepala pakai lebai tapi perangai macam haram jadah...

Moga2 Zaid jadi lebai yang betul2 lebai bukan hanya lebai di kepala tapi tak kira anak bini orang dia kacau..

Viva La Zaid Viva La lebai




KUALA LUMPUR, 13 Dis — Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim(gambar) secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu.

Blackend Is The End

Dyers Eve