To Live Is to Die

free counters

Khamis, 16 Disember 2010

ADUN KETUANAN MELAYU JOHOR SUDAH MATI

BERITA BARU DI TERIMA

Adun Tenang, Dato Sulaiman Taha meninggal dunia. Allahyarham Ketua Bahagian UMNO Labis (Johor). Al-Fatehah

RAMAI TAK SABAR TUNGGU ADUN TENANG MATI DENGAN TENANG


Sistem Feedjit Live blog aku malam ini menyaksikan kebanyakan kehadiran pelawat dengan carian kematian Adun Tenang. Cuba click untuk besarkan..

Wah nampaknya syok benar orang dengan kematian wakil rakyat. Yang paling seronok tentulah pemimpin umno. Maunya tak seronok, inilah time boleh sapu duit. Parti mana nak menang itu dia punya pasal janji duit boleh masuk kah kah kah.

Sehingga posting ini di terbitkan, tak tahulah pulak apa dah jadi dengan Adun ketuanan ni... Namun apa yang pasti ada orang sekarang ni tengah dok berdoa agar Adun ini mati dengan tenang......

KISAH MAT INDERA PAHLAWAN SEJATI TANAH AIR MENENTANG BARUA2 PENJAJAH DI BALAI POLIS BUKIT KEPUNG


NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.
Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

BACA LAGI KISAH MAT INDERA DI SINI

LATAR BELAKANG MAT INDERA (PERISTIWA BUKIT KEPONG

SAMBUNGAN KISAH MAT INDERA (ISU BUKIT KEPONG)

PENJELASAN TERHADAP ISU SERANGAN BALAI POLIS BUKIT KEPUNG OLEH PENGERUSI PARTI KOMUNIS MALAYA



CERITA PARLIMEN HARI INI

Parlimen Malaysia membuka lembaran sejarah kegelapan baru hari ini setelah bersidang dalam kekecohan "ala-Kangaroo court". Umum sedia maklum bahawa Kangaroo sejenis binatang yang menjadi lambang khusus Australia. Tetapi hari ini dengan Speaker yang acap kali menitikberatkan bahawa segala keputusan Speaker adalah "muktamad" meskipun "modus operandi" keputusan muktamad Speaker Parlimen Australia jauh berbeza dengan "modus operandi" "keputusan muktamad" Speaker Parlimen Malaysia. Rakyat dunia 1Malaysia cukup bernasib baik kerana berkesempatan melihat dari dekat kejadian-kejadian yang mencorakkan Kangaroo court meskipun apa yang berlaku adalah sesuatu yang memalukan Malaysia apabila dilihat dari jauh oleh masyarakat antarabangsa termasuk negara yang dilambangkan oleh Kangaroo.

Dalam kekecohan yang telah dilaporkan segera oleh laman web berita, aku yang berperut buncit memerhatikan sesuatu yang wajar dibangkitkan dalam ulasanku mengenai peranan Speaker dalam Kangaroo court yang juga berperut buncit yang kononnya "above politics" semasa kekecohan berlaku.

Nota dari Nazri Aziz

Semasa telefon bimbitku mencatatkan jam 10.38 pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menghulurkan sekeping nota kepada Bentara lantas diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah. Roosme memegang dan membaca nota tersebut selama lebih kurang 60 saat hingga 90 saat, kemudian diserahkan nota itu kembali kepada Bentara yang sama. Bentara kemudian menyerahkan nota tersebut kepada Speaker Pandikar Amin. Speaker merenung nota tersebut selama lebih kurang 60 saat sementara hujah bantahan satu per satu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa dihiraukan.

Tidak lama selepas itu, Pandikar (gambar kiri) mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan. Sejurus selepas itu, Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali terus bangkit lagi dan berkata, "Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!"

Jam 11.24 pagi, nota kedua dihulurkan kepada Speaker. Kemudian, Speaker mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali segera menuntut untuk mengetahui peraturan mana yang akan digunakan oleh Speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Speaker kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diluluskan dengan suara majoriti.

Ketika saudara-saudari wartawan sekalian memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di Lobi Parlimen setelah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan Rakyat, aku pula memerhatikan penjalanan Dewan Rakyat yang seterusnya.

Setelah usul menggantung Ketua Pembangkang diluluskan tanpa perbahasan dan dibaca usul seterusnya untuk menggantung Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Azmin (gambar kanan), Speaker menanyakan ahli dewan sekalian: Perlukah usul dibahaskan?

Kedengaran suara ahli dewan yang rata-ratanya tinggal Ahli Parlimen Kerajaan 1Malaysia mengatakan "tak perlu" diikuti dengan balasan "perlu". Perlu kerana tanpa perbahasan, Parlimen dan Speaker akan kelihatan tidak "above kerajaan".

Implikasi dan detik-detik kejadian yang mencorakkan lembaran kegelapan Parlimen "ala-Kangaroo court" kali ini cukup signifikan. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tinggal 76 orang setelah wujudnya Konsensus Bebas yang tak bebas kini berdepan dengan risiko cabang Eksekutif yang selama ini "above perundangan" menggunakan peluang ini untuk melakukan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.

Jika ditolak empat setelah mengambil kira Ketua Pembangkang dan tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang digantung selama enam bulan - dalam tempoh enam bulan akan datang, adakah Speaker yang tegas dengan "keputusan muktamad" Kangaroo Court akan menggunakan kuasa dan budi bicara beliau dan menafsirkan 2/3 majoriti sebagai 2/3 daripada jumlah ahli parlimen yang hadir dalam dewan?

Meskipun sesungguhnya 2/3 majoriti merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli parlimen sedia ada, kita hanya yakin dengan Speaker yang benar-benar "above eksekutif", bukan Speaker Kangaroo Court yang cenderung untuk membuat penafsiran "luar biasa" secara muktamad!

Speaker dipertikai

Telitilah Laporan Minoriti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Subang. Ikutilah hujah-hujah mereka dalam Dewan Rakyat pagi tadi sebelum ditendang keluar oleh Kangaroo Court. Yang dipertikaikan dalam usul menggantung Ketua Pembangkang bukan keputusan apa yang diambil tetapi proses keputusan tersebut dibuat dan diubah setelah Speaker yang berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sendiri menafsirkan Peraturan Mesyuarat 82(11) bahawa Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk menolak mendengar sebarang keterangan yang tidak relevan. Bagaimana Dewan Rakyat (baca: Majlis) mengetahui bahawa keterangan Ketua Pembangkang "tidak relevan' apabila Pengerusi Jawatankuasa telah menafikan hak Ketua Pembangkang untuk memanggil saksi-saksi beliau sendiri dalam perkara ini dan hak beliau sendiri untuk didengar?

Sedangkan Ketua Pembangkang telah menerima jaminan daripada Speaker semasa prosiding dalam Majlis pada 22 April 2010 dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kedua dan Ketiga pada 8 Jun 2010 dan 9 Jun 2010 bahawa beliau akan dibenarkan untuk mendengar semua keterangan saksi yang diberikan di hadapan Jawatankuasa dan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saksi-saksi. Apakah penjelasan Speaker terhadap conflict of interest yang berlaku semasa beliau berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa? Apakah penjelasan Speaker terhadap tafsiran luar biasa yang diputuskan secara muktamad?

Majoriti 2/3

Balik semula kepada persoalan 2/3 majoriti. Menurut Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia, "keperluan majoriti 2/3 ahli Dewan bagi meluluskan sesuatu undang-undang hanya membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja. Dari tahun 1958 sehingga tahun 2007, sebanyak 55 pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen. Pindaan-pindaan ini adalah membabitkan pindaan Akta Perlembagaan, Ordinan Perlembagaan, Akta Malaysia, Akta Darurat, Ordinan Darurat, Akta Matawang Malaysia, Akta Pemberian Ikut Kepala, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Pendidikan dan Perintah Keanggotaan Mahkamah".

Setelah menyaksikan babak-babak Kangaroo Court pagi ini, aku yang tidak mengharapkan Perdana Menteri 1Malaysia mencabar dan membantah sekuat-kuatnya kepada Kerajaan Singapura apabila beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya menurut Wikileaks, kini juga tidak mengharapkan Speaker Kangaroo Court membuat keputusan muktamad yang benar-benar muktamad dan "above" keputusan Kerajaan 1Malaysia.

Oleh sebab itu, meskipun aku tahu tafsiran 2/3 majoriti seharusnya merujuk kepada 2/3 daripada jumlah ahli dewan sedia ada, aku masih merasakan sesuatu yang lebih gelap akan berlaku dalam dunia 1Malaysia. Melainkan sekiranya Speaker sedia ada meletak jawatan dan digantikan dengan calon yang tidak memihak kepada Kerajaan dan tidak membuat tafsiran luar biasa secara muktamad!

Bak kata Charles Dickens dalam karya beliau A Tale of Two Cities:

"Ini adalah saat yang terbaik, ini adalah saat yang terburuk; ini adalah zaman kearifan, ini adalah zaman kebodohan; ini adalah era mempercayai, ini adalah era syak wasangka; ini adalah musim Kecerahan, ini adalah musim Kegelapan…"

Tambahan juga, jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat kini tinggal 76 orang, Kerajaan yang above Kangaroo Court hanya memerlukan dua lagi ahli parlimen bagi mengemukakan pindaan akta yang memerlukan 2/3 majoriti.

Justeru, babak-babak kegelapan pagi ini wajar dilihat sebagai satu peringatan kepada Pakatan Rakyat supaya jangan dilupakan betapa signifikannya apabila 76 menjadi 74. Menjelang pilihanraya umum, dalam detik-detik kecerahan kelihatan babak-babak kegelapan, dalam babak-babak kegelapan haruslah dicungkil keluar detik-detik kecerahan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan

BERITA BAKAL PILIHANRAYA KECIL : ADUN TENANG TAK TENANG DALAM ICU

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Datuk Sulaiman Taha dirawat di ibu negara hampir sebulan lalu tetapi stabil, kata pembantunya, sekali gus menolak spekulasi akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Pembantu peribadi Sulaiman, Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor.

“Keadaan beliau (Sulaiman) bertambah baik tapi beliau masih bergantung pada alat bantuan pernafasan,” kata Razak kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Razak berkata Adun selama dua penggal itu turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

Ketua Umno Labis itu berada di Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini.

“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga datuk dan keadaan beliau sekarang stabil,” kata Razak.

Beliau turut memberi jaminan pejabat khidmat masyarakat Adun Tenang akan terus beroperasi walaupun tanpa Sulaiman.

“Saya ada di Labis, kami buat kerja seperti biasa, mengadakan mesyuarat kecuali mana-mana perkara yang memerlukan kehadiran wakil rakyat,” kata Razak.

Isteri Sulaiman Datin Noraini Yaakop juga mengesahkan wakil rakyat itu berada dalam keadaan stabil dan doktor menasihatkan Sulaiman supaya berehat.

Beliau dipindahkan ke Hospital Pakar Ampag Puteri di sini selepas mengalami jangkitan kuman paru-paru.

“Doktor arahkan supaya Datuk (Sulaiman) berehat sahaja sekarang ini. Datuk sekarang dalam keadaan stabil, tapi beliau masih lagi lemah.

“Pada 24 November Datuk masuk (hospital) kerana jangkitan kuman pada paru-paru tapi yang itu dah OK.

“Tapi sekarang Datuk kena jangkitan kuman dalam darah pula, doktor cakap mungkin datang (dijangkiti) daripada pelawat yang melawat beliau,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider petang ini.

Tambah Noraini, doktor juga tidak membenarkan sesiapa termasuk dirinya berjumpa dengan Sulaiman kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.

“Sekarang doktor tak benarkan pelawat datang jumpa datuk, saya sendiri pun tak boleh jumpa.

“Doktor sekarang sedang pantau keadaan datuk, sekarang dah stabil. Datuk sekarang berehat saja dalam wad,” katanya.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya umum 2008 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran, majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang berada dalam Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya Chua Tee Yong.

Satu lagi DUN yang berada dalam Parlimen Labis adalah Bekok yang turut dimenangi Barisan Nasional.

Sulaiman tidak menghadiri sidang DUN bulan lalu, yang membahaskan bajet 2011 sehingga timbul khabar angin akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.

Difahamkan PAS Johor telah membuat persiapan jika pilihan raya kecil diadakan.

BN memenangi 50 kerusi DUN sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

LEBAI NAZRI PULAK KELUAQ FATWA BARU

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

NONEMengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

NONE“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa.

Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

NONENazri juga menafikan dakwaan pembangkang, kononnya beliau mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanapa perdebatan.

“Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja.

“Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkanj.

“Saya cuma beritahu speaker saya mahu baca usul kerana ia dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Mereka sepatut membantah tetapi tidak berbuat demikian,” katanya

ZAID MABUK SEMULA



Kah kah kah...Apa sudah jadi dengan lebai Zaid ..kah kah kah..rupa2nya jadi ketua parti haram kah kah kah...inilah sebabnya kalau tak mau berjuang tapi nak jadi ketua. Tak sampai setahun keluaq parti ketuanan dah ada hati nak jadi timbalan ketua... tak sampai sebulan keluaq parti PKR dah terus nak jadi ketua kah kah kah... Akhirnya pakat berebut mengaku diri depa ketua. Lebai hanapi kata dia ketua. Lebai Zaid pun kata dia ketua. Habis siapa yang ketua sebenaqnya. Dalam wikipidea kata hanapi ketua. Kah kah kah... Last2 kepala sudah jadi pening macam orang mabuk kah kah kah Jenis orang yang nak jadi ketua ni kalau boleh sanggup masuk neraka asalkan boleh jadi ketua. Kalau jadi kuli masuk syurga pun dia tak mau. Perangai macam ni berlambak dalam dunia ni. Tak kira dia ustad atau tukang start. Macam sekoq haram jadah kat tempat aku. Ntah mai dari hulu mana tiba2 nak jadi ketua. Kah kah kah... kelentong sana kelentong sini. Orang tak sedaq yang dia ni ajen propaganda SB. Tapi nak buat macam mana orang bawah dia semua pemikiran taraf Mat Sopi .kah kah kah. ................................................................................................................

Blackend Is The End

Dyers Eve