To Live Is to Die

free counters

Isnin, 20 Disember 2010

KHALID IBRAHIM ROBOH SURAU


Ini drama apa pulak? Umno selangor pun nak jadi umno Penang jugak nak belakon. Kah kah kah

Pemimpin umno sudah kautim sama kapitalis mau kasi roboh ini surau. Kalau rumah setingan gangster boleh kasi bakar rumah kemudian bomba kasitau rumah terbakar kerana litar pintas.

Apa yang umno peduli dengan surau dan masjid. Umno buat masjid sebab duit. Umno roboh masjid pun sebab duit.

Tapi sekarang umno sudah jadi kupang tembaga di Selangor. Pemimpin umno sudah susah nak buat duit sama tauke di Selangor tapi janji lama pemimpin umno dengan tauke masih ada. Duit sudah kasi tapi kerja masih belum jalan. Apa macam mau jalan kalau ada exco macam Ely Wong. Tauke tak suka sama Ely Wong sebab ini exco tak makan rasuah macam pemimpin PR yang lain.

Bila tokey sudah kasi tekan sama ini umno, ini umno pun sudah pening kepala. Rasuah sudah makan, perut sudah buncit tapi ini surau lagi tak boleh kasi roboh. Apa macam mau roboh kalau tak ada kuasa. Habis apamacam mau bikin?

Ini mamat umno sudak contact sama itu Azahar Penaga tanya apa macam mau buat. Ini orang tua cakap belajarlah dari kami kat penang ni. Kasi upah sama pakcik dan makcik angkat banner. Kalau tak cukup orang boleh panggil sama Mamak Musa anak benggali roti dari kampung Tawar Baling.

Maka hari ini ramailah makcik dan makcik angkat sepanduk marah sama Kerajaan Selangor. Tokey pun sudah baca surat kabaq ini pagi. Taukey pun sudah bikin janji sama mamat umno mau jumpak ini malam. Taukey sudah tak sabar nak kasi roboh ini surau. Lubang umno makan duit sudah kasi tutup. Nanti boleh kata Khalid Ibrahim yang kasi roboh.

Tapi umno sudah termaktub memang bodoh. Umno ingat ini zaman Rundingan Baling. Umno bukak mata nampak duit tapi rakyat bukak mata nampak Facebook. Sebelum orang baca surat habaq orang baca Facebook dulu. Orang baca Malaysikini sebelum baca utusan di bungkusan nasik lemak. apa macam umno mau tipu.

.............................................................................
'S'gor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau'



Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh dua buah syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usaha sama.

NONESebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah tersebut termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM

Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekaran menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa jatuh ke tangan swasta.

NONEBeberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom turut kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

VIDEO KAZIM ELIAS MAKI HAMUN CINA

Tahniah kepada Pakatan rakyat yang telah berjaya mengadakan konvensyen keduanya kemarin. Sama ada yang hadir itu dapat membawa pulang hasil yang baik atau tidak itu adalah persoalan kedua. Yang pastinnya konvensyen kemarin adalah perkara yang amat menyakitkan hati umno dan rakan yang sezionis dengannya.

Setelah sekian lamanya Karpal Singh selaku orang kuat DAP sejak dahulu lagi begitu kuat menentang Islam untuk di laksanakan di Malaysia ini akhirnya beliau mengaku tersilap membuat andaian kepada Islam sebelum ini. Kini yang tinggal hanyalah umno sahaja yang kuat menentang islam dari di laksanakan di negara ini.

Konvensyen kemarin juga memperlihatkan bagaimana 3 kaum utama di Malaysia telah berganding tangan untuk menjatuhkan Umno dan sekuti zionisnya. Meletakan pertentangan idiologi ke tepi dan menjadikan umno sebagai ssasaran utama untuk di tumbangkan. Walaupun masih tidak dapat di nafikan masih ada lagi saki baki di dalam PAS dan DAP yang kuat fahaman perkaumannya.

Di dalam kerja kuat pemimpin parti Pakatan Rakyat untuk menjurangkan fahaman perkauman yang telah sekian lama melekat di hati rakyat namun lebih hebat lagi kerja2 perang saraf umno untuk merapatkan dan membina kembali tembok perkauaman. Di saat pemimpin Pakatan rakyat berganding tangan di atas pentas, di saat itu juga team perang saraf umno menjalankan jarum perkaumannya di bawah pentas.

Di dalam laman sosial Facebook bertebaran cerita-cerita ketuanan melayu. memang tak menjadi masalah kepada penguna Facebook anti umno tegar terhadap perang saraf ini tetapi bagi penguna Facebook dari kalangan atas pagar, pelajar2 dan suri rumah perang saraf ini amat berkesan.

Umno sedar bahawa hari ini setiapa kata mereka hanyalah satu pembohongan bagi rakyat. Cakap umno sudah tidak laku lagi. Biar pun benar tapi bagi rakyat setiap butir yang keluar dari mlut umno hanyalah penipuan. Umno perlu mencari sesuatu yang boleh membuat rakyat percaya cakapnya. Maka yang paling berkesan untuk membohongi rakyat ialah dengan mengunakan orang agama.

Inilah yang sedang berjalan hari ini. Orang yang kononnya beragama kini di guna habis habisan untuk menipu rakyat. Para ustaz di bayar dengan lumayan untuk menyampaikan dakyah umno kepada orang kampung. Orang agama di tarik ke dalam kabinet kerajaan untuk di jadikan menteri. Menteri ini di sumbatkan dengan kemewahan untuk mengeluarkan semua dalil bagi mengharamkan musuh2 umno dan menghalalkan segala perbuatan umno.

Di kampung kampung, ustaz ustaz di gunakan untuk turn over minda orang kampung terutamanya makcik dan pakcik yang tidak mendapat pendedahan daripada media artenatif. Ustaz2 ini datang seolah2 mereka adalah ahli atau penyokong Pas. Ustaz2 ini sekali sekal menyelit marahnya mereka kepada media yang banyak menyiarkan hiburan. ustaz ini sekali sekala memuji Menteri Besar Kelantan.

Orang kampung yang pro kepada pembangkang akan seronok dengan ustaz2 ini walaupun yang di ceramahnya ialah hal yang nyah apa apa. Disaat keasyikan orang kampung yang semakin menjadi peminat kepada ustaz2 ini maka ustaz ini akan menyelitkan nada nada jahatnya di dalam kuliah dan ceramahnya. Tanpa di sedari ustaz2 ini akan mengubah pemikiran pendengar yang sebelum ini penyokong Pakatan rakyat kepada rasa was was kepada Pakatan rakyat.

Cuba anda dengar kuliah ustaz umno ini.

video

Siapakah Kazim Elias ini?

Beliau adalah adik kepada ADUN UMNO Batu Kurau yang juga Penasihat Hal ehwal agama kepada menteri Besar Perak.

Adiknya Ainon Mardhiah adalah puteri UMNO Bahagia Batu Kurau yang juga seorang guru agama di Sek Sultan Yusof Batu Gajah.

Kazim Elias hanyalah belajar di Maahad Tahfiz Al Quran/ Qiraat Kerajaan Negeri Perak





bersambung.......

Blackend Is The End

Dyers Eve