To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 24 Disember 2010

APAKAH UCAPAN HARI KRISMAS ITU PLURALISME?


Ini bukan pemimpin Pluralisme. Ini pemimpin agung yang berani lawan Amerika. Pemimpin ini tak pakai lebai macam Kazim Elias. Inilah pemimpin yang lebai Jamil benci. kenapa Lebai Jamil benci? sebab pemimpin ini lawan sama kawan lebai Jamil Amerika.

Esok Hari raya orang kristian. Jangan ucapkan selamat pada kawan2 kita yang kristian sebab nanti lebai Jamil kata kita boleh jadi kafir. Siapa lebai Jamil nak di bandingkan dengan pemimpin agung ni? Pi mampuih la dengan hang punya pluralisme wahai lebai Jamil. Aku nak ikut pemimpin agung ni nak ucapkan Selamat Hari Natal pada kawan2 aku yang Kristian.


UCAPAN HARI NATAL PRESIDEN IRAN

Sempena kelahiran Isa, anak Maryam, yang bertutur dengan kata kata Allah, merupakan Nabi yang membawa rahmat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengikut pengikut agama Nabi Ibrahim, khususnya pengikut Nabi Isan dan rakyat Britain.

Isa anak kepada Maryam, merupakan pendokong keadilan, kecintaan sesama manusia, memerangi penindasan, amalan berat sebelah dan kezaliman

Segala masalah yang mencengkam manusia sepanjang zaman adalah disebabkan manusia mengikut jejak syaitan dan meninggalkan ajaran para nabi.

Sekiranya Isa masih hidup, semestinya beliau akan bersama rakyat menyanggah perbuatan buli, sikap panas baran dan memperluaskan penguasaan.

Sekiranya Isa ada pada hari ini, semestinya beliau akan meninggikan keadilan, memupuk kecintaan pada berperikemanusian, menentang pencanang perang, pendudukan haram, teroris dan pembuli seluruh dunia.

Sekiranya Isa ada pada hari ini, semestinya dia akan melawan polisi polisi menindas dan jahat yang zahir dalam sistem ekonomi dan poltik dunia masakini sebagaimana beliau melakukan semasa kehadirannya dahulu.

Semoga mesej tadi memberi satu ruang untuk mencari kebaikan dan persamaan yang wujud di dalam jiwa manusia yang inginkan kepada kehidupan yang harmoni dan berkasih sayang.
Syabas!

PAHLAWAN ISLAM

LAGI CERITA POLIS TIBAI ORANG


Ini bukan cerita luar biasa, ini perkara biasa. Cerita polis tibai orang tak payah la nak buat berita gempar. Setakat tibai ok lagi tapi lagi dasyat pompuan Monggolia depa bom terus. Setakat tendang perkara biasa tapi Kugan kena hayun sampai mati.

Cerita sepak terajang adalah cerita rutin rakyat Malaysia. Kalau Timbalan Perdana Menteri pun depa boleh tibai, inikan pulak yang jadi timbalan pengerusi PIBG .

Kalau kat negara orang putih Mat Rock boleh nyanyi lagu Fuck The Police tapi kat Malaysia penyanyi kita terutamanya penyanyi nasyid tak ada kote.

Apa nak risau, esok mampus kita semua mesti tak lari dari Malaikat kaki tibai. Yang tak betul semuanya kena tibai tak kira polis ka, ustad ka, pak lebai ka. Oleh itu kepada yang suka menibai selamat menanti hari kena tibai oleh Munkar Dan Nakir.

......................................................................................
Chua (kanan) mengaksikan bagaimana beliau ditumbuk seperti didakwa. — Gambar oleh Melissa Chi

Lelaki dakwa dipukul, ditumbuk polis

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki kononnya dia dipukul beberapa anggota polis di balai Dataran Sunway pada Sabtu lepas menyebabkan kedua-dua matanya lebam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Chua Buang Hing, 34, yang turut mendakwa dia ditumbuk oleh tiga anggota polis lain sebelum itu.

Chua memberitahu pemberita hari ini bahawa pada 11 malam Sabtu lepas, beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara telah menahan keretanya kerana tidak mempamerkan cukai jalan.

“Saya telah akui kesilapan saya kerana tidak menampal cukai jalan yang baru dihidupkan dan rela disaman. Saya terkejut seorang anggota polis itu terus menyeluk poket saya yang mengandungi RM7,000 dan meminta wang saya, namun saya tidak mahu memberi dan ini membuat dia marah. Tiga daripada mereka kemudian menumbuk muka dan mata saya serta menggari saya,” katanya.

Chua, yang juga pengerusi sebuah tokong, berkata dia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway dan di situ, dia mendakwa dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh anggota polis sehingga dia muntah darah, selain cedera di lengan kanan dan kiri.

“Mereka kemudian memaksa saya supaya membuat laporan polis mengaku bahawa kecederaan saya adalah akibat kemalangan jalan raya. Jika saya bersetuju, barulah mereka akan bebaskan saya,” katanya.

Chua berkata dia kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk direman dan dilepaskan pada Rabu lepas. — Bernama

HANGTU CHEONGSAM MENGAMUK DI BALAI POLIS KULIM


Ini lagi cerita orang melayu. Melayu suka baca cerita hantu. Melayu takut dengan hantu. Sebab tu buku Mastika laku. sebab tu surat habaq Metro laku. Orang melayu suka beli buka merepek ni sebab orang melayu suka baca cerita manusia jadi babi. Orang melayu suka baca kisah hantu. Orang melayu tak suka baca buku2 yang berfaedah kerana takut nanti jadi kafir.

Maka hari2 surat habaq keluaq cerita hantu, cerita kongkek, cerita kena tangkap basah. Tipa2 bulan buku Mastika buat cerita bohong pasai manusia bertukar rupa jadi babi dan macam2. Ini semua cerita karut. Pi mampuih buku Mastika dan surat habaq hantu...

DOKUMENTARI MEMALI OLEH ORANG SENI YANG PAK LEBAI BENCI



BAHAGIAN 1



BAHAGIAN 2



BAHAGIAN KE 3

DR BURHANUDDIN TOKOH NASIONALIS, SOSIALIS DAN ULAMA YANG AGUNG





Dipetik dari Memoir Abdullah C.D.
Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948,

Dr. Burhanuddin Al-Helmy, pejuang kemerdekaan yang besar dan tokoh nasional yang agung dilahirkan dalam satu keluarga tani di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911. Bapanya, Hj. Muhammad Noor berasal dari Sumatera, dikatakan dari keturunan bangsawan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Baharu, Perak. Pada 1928, beliau melanjutkan pelajarannya ke Ismailliah Medical Collage New Delhi, India. Kemudian pernah pergi ke Turki dan ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan. Apabila Ibrahim Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain menubuhkan KMM, beliau telah menyertai dan bersama-sama memainkan peranan memimpin dalam pertubuhan tersebut. Patut disebutkan bahawa KMM adalah parti politik Melayu yang pertama yang bercita-cita memperjuangkan kemerdekaan di atas dasar perpaduan aliran nasionalis, agama dan sosialis. Dr. Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama-sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan lain-lain menubuhkan PKMM yang merupakan sebuah parti progresif kesinambungan dari KMM yang juga berpegang pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis dan berjuang untuk kemerdekaan tanah air.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pejuang kemerdekaan yang tidak kenal tunduk dan juga seorang ulama besar dan berpandangan jauh. Dengan berpegang teguh pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis, beliau telah menggembleng tenaga nasionalisme, agama dan sosialisme ke dalam wadah perjuangan untuk kemerdekaan ibu pertiwi. Demi perjuangan besar ini, beliau telah membentuk PUTERA pada tahun 1947. Gabungan badan-badan politik Melayu progresif ini telah membentuk front persatuan dengan AMCJA. Gabungan badan progresif Melayu dan bukan-Melayu ini menjadi satu badan front persatuan bersifat nasional yang kuat dan julung-julung kali berlaku dalam sejarah tanah air. Akan tetapi, kerana perkembangan kekuatan patriotik-demokratik ini telah memberi ancaman hebat ke atas kekuasaan penjajah, ia telah diharamkan oleh British dalam Undang-undang Darurat.

Ketika saya menganggotai KMM, saya hanya kenal namanya sahaja. Pada masa Perang Dunia Kedua, saya selalu pergi ke pejabat KMM di Taiping, tetapi tidak pernah bertemu dengan beliau. Saya menemui beliau di Ipoh setelah tamat perang, semasa kami sama-sama berusaha menjalankan propaganda dan menyebarkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat Melayu. Cita-cita yang sama ini telah mempereratkan hubungan kami seterusnya sebagai kawan seperjuangan. Kami telah berganding bahu mengharungi pahit manis dan suka duka dalam perjuangan untuk membangkitkan seluruh masyarakat demi kemerdekaan tanah air. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah dalam masa menjelang perisytiharan darurat pada tahun 1948. Kami bertiga iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan saya membincangkan masalah perjuangan kemerdekaan yang menghadapi tekanan hebat setelah terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu oleh penjajah British. Dalam perbincangan itu kami bertiga berpendapat bahawa perjuangan melalui undang-undang sudah tertutup, maka haruslah melalui revolusi bersenjata. Oleh sebab itu kami memutuskan untuk bersiap melakukan revolusi bersenjata, melawan British. Saya dan Ahmad Boestamam akan melakukan perjuangan bersenjata, manakala Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula akan bergerak di dalam masyarakat mengembangkan gerakan kemerdekaan dan menyokong perjuangan bersenjata.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Partai Rakyat Malaya pada 1955 dan pada tahun 1956, beliau juga telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Beliau telah memimpin PAS mencapai perkembangan yang cemerlang.

Beliau pernah beberapa kali ditangkap kerana kegiatan politiknya yang menginginkan kemerdekaan penuh nusa dan bangsa. Pada tahun 1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan majalah Taman Bahagia yang menyebarkan semangat merdeka; pada tahun 1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana memimpin masyarakat Melayu melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah kerajaan British di Singapura dalam kes Natrah; dan pada tahun 1965-66 dipenjarakan oleh Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh melakukan kegiatan anti-Malaysia. Akibat dari seksaan di dalam penjara, beliau telah mengidap penyakit dan meninggal dunia pada 25 Oktober 1966.

Pemergian beliau merupakan kerugian besar bagi gerakan patriotik-demokratik. Mengenang sumbangan beliau yang besar kepada kemerdekaan tanah air, saya dan kawan-kawan lain dari Rejimen Ke-10, kader-kader bawah tanah dan bekas anggota PKMM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner (PKMRM) pada tahun 1981. Penubuhan PKMRM bercita-cita menyambung semula perjuangan KMM dan PKMM yang diterajui Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, agar semangat dan cita-cita beliau sentiasa bersinar-sinar dari generasi ke generasi.

video

DR. BURHANUDDIN AL-HELMY
Pencipta: Black

Kuciptakan lagu untukmu,
Kunyanyikan syair buatmu,
Tentang perjuangan,
Tentang pengorbanan.

Kau yang bertubuh kecil,
Tetapi berjiwa besar,
Tegas pendirian,
Dan berhati mulia.

Dari utara hingga selatan,
Lantang suaramu,
Menentang penjajahan,
Melawan penindasan.

Demi untuk negara,
Demi untuk merdeka,
Kebebasanmu dirampas,
Tetapi, jiwamu … tetap merdeka.

Chorus:
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Kata-kata azimat darimu,
Tak pernah kami lupa.

Walaupun kini jasadmu telah tiada,
Namun semangatmu membakar jiwa,
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan,
Pengorbananmu (perjuanganmu).

Blackend Is The End

Dyers Eve