Blackend Is The End

Khamis, 30 Disember 2010

MAMAT UMNO TAK MAU AIR FREE MENGAMUK LAGI


Ini lagi cerita orang gila talak. Mamat ni tak berani boh nama umno walaupun depa ni umno. Mamat umno ni mengamuk sebab dah 3 tahun lebih tak boleh sapu duit rakyat Selangor. Hari tu mamat umno ni dah buat lawak hari ni mamat umno ni nak buat lawak lagi.

Bila masa Sultan ada kuasa. Sultan dah jual kuasa sejak negara belum merdeka lagi. Sultan bukan saja sanggup jual kuasa tapi sultan juga telah terbukti jual negeri kerana kononnya nak berkuasa..

Sebelum merdeka Sultan di bayar gaji oleh penjajah. Selepas merdeka pula sultan di bayar gaji oleh rakyat. Sultan hanyalah boneka umno untuk terus berkuasa. Sultan adalah benteng kuasa umno yang kedua selepas perkauman. Sehinggakan ucapan Sultan pun umno yang tulis. Sultan hanya bercakap apa yang umno mahukan. Jika umno tersepit umno akan guna nama Sultan untuk melepaskannya.

Oleh itu macammana yang mamat umno ni kata MB Khalid cuba ambil alih kuasa Sultan? Kuasa apa yang MB Khalid nak ambil dari Sultan tu kalau dah sememangnya Sultan tak ada kuasa lagi sekarang ini. Atau yang betulnya mamat umno ni kempunan kuasa. Kuasa untuk samun harta rakyat Selangor. Poket sudah semakin kosong. Negeri Selangor mesti di rampas dari rakyat.

Untuk MB Khalid gua nak pesan jangan peduli dengan sapa pun... Jangan kasi Setan Kusrin masuk pejabat SUK.. halau dia depan kakitangan SUK... kasi dia malu sampai nak masuk kubor...

......................................................................

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengambil alih kuasa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mempertikaikan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin berkata, walaupun bertindak sebagai Menteri Besar, namun Khalid (gambar) tidak mempunyai kuasa untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Isu pelantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri pula hendak dipolitikkan oleh politikus Pakatan (Rakyat). Apa kuasa MB (Menteri Besar)?

“Adakah lantik Setiausaha Kerajaan Negeri itu kuasa Menteri Besar? Undang-undang mana yang perlu diikut dalam soal pelantikan ini?

“Dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, dengan jelas disebut antara kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik Menteri Besar dan Jemaah Exco. Jemaah Exco itu termasuklah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri.

Ketiga-tiga pegawai kanan Pentadbiran negeri ini merupakan ahli Exco kepada jemaah Kabinet negeri yang disebut Exco itu.

“Yang lebih mustahak adalah Menteri Besar tidak mempunyai kuasa lantikan tersebut. Juga perkenan dan makluman Menteri Besar tidak perlu diminta. Lantik, perkenan atau maklumkan kepada Menteri Besar memang tidak disebut dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hamidzun, Khalid juga tidak mempunyai kuasa untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri atau menubuhkan sebarang suruhanjaya berkaitan, apatah lagi dengan menubuhkan panel temu duga bagi tujuan itu.

Beliau juga berkata, untuk menubuhkan sesebuah suruhanjaya ia perlu diluluskan di peringkat Parlimen.

“Adakah Menteri Besar boleh tubuhkan suruhanjaya? Jawapannya tidak kerana suruhanjaya perlu diluluskan oleh Parlimen dengan kelulusan undang-undang.

“Menteri Besar juga tidak ada kuasa di bawah undang-undang negeri untuk menubuhkan suruhanjaya. Apatah lagi bila Menteri Besar ‘bermain pondok-pondok’ dengan mewujudkan ‘panel’ menemu duga bakal Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Lawak sungguh. Apa dia fikir nak lantik Setiausaha Kerajaan ini macam nak lantik ketua kampung JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)?,” soalnya.

Tambah Hamidzun, tindakan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor merupakan satu “penderhakaan” kepada institusi diraja.

“Yang perlu diminta perkenan adalah Sultan kerana baginda diberi kuasa demikian untuk melantik Menteri Besar dan Jemaah Exco seperti mana yang disebutkan awal ini.

“Oleh yang demikian mempertikai perkenan Sultan merupakan perderhakaan kepada Institusi Beraja yang sekian lama terlaksana di negeri Selangor ini,” katanya.

GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di Selangor itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.

Isu pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), menjadi kemelut ekoran pengumuman Putrajaya bahawa beliau akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan mulai 1 Januari ini.

Pada hari pengumuman baru-baru ini, Pejabat Menteri Selangor berkata pelantikan itu belum muktamad kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikannya.

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU DARIPADA BEKAS PERAJURIT TERPUJI TANAHAIR DI PERKAMPUNGAN SUKHIRIN



KINI DAN SILAM (Click) mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada kawan seperjuangan berbagai kaum baik yang pulang ke Malaysia atau menetap di Selatan Thai, kepada segenap aktivis politik pembangkang yang patriotik demokratik yang sedang berjuang untuk membangun sebuah kerajaan bercorak rakyat yang demokratik, adil dan saksama, juga kepada rakan bloger berbagai aliran yang sedang dengan gigih berjuang membangkitkan kesedaran masyarakat, membongkar ketidakadilan dan menjernihkan kebenaran yang telah diselewengkan pihak berkuasa.


Kami berharap setiap kita dengan sungguh-sungguh membuat ulang kaji, mengenal kekurangan dan kelemahan kita, mengobarkan kelebihan dan mengatasi segala kekurangan. Dengan azam baru, marilah kita menyongsong tahun baru dengan langkah yang lebih gagah perkasa.

Kami juga berharap setiap kita lebih memperat perpaduan dan kerjasama. Hanya dengan bersatu barulah kita dapat mengumpul kekuatan perkasa demi menempuhi segala rintangan di jalan kemajuan.

SELAMAT TAHUN BARU!


keratan siaran selamat tahun baru 1986 JKP PKM - ehsan Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin

SELANGOR ANJUR SOLAT HAJAT HALAU SETAN


KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ekoran beberapa kes yang melanda pentadbiran negeri Selangor, kerajaan negeri itu akan mengadakan solat hajat malam ini.


Majlis solat hajat berkenaan akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Dimaklumkan, program tersebut akan bermula jam 6.30 petang sebelum solat maghrib.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Arfa'eza A. Aziz, program malam ini adalah bertujuan memohon kesejahteraan, kebenaran dan keadillan kepada kerajaan dan rakyat negeri itu.

"Solat hajat untuk kesejahteraan, kebenaran dan keadilan Selangor malam ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Sehubungan itu, semua rakyat negeri Selangor dijemput menghadiri majlis tersebut yang turut akan diisi dengan ucapan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain.

Majlis itu dipercayaai ada kaitan dengan isu terbaru melanda kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (Suk) yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi oleh pusat berkuat kuasa 1 Januari ini.

Perlantikan Khusrin itu bagaimanapun dipertikai kerajaan negeri kerana mendakwa tidak dimaklumkan kepada pihak Menteri Besar.

Isu tersebut terus menjadi polemik pada masa ini apatah lagi turut melibatkan pihak istana negeri Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan semalam tidak menolak kemungkinan ianya didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik pihak tertentu.

Kerajaan negeri juga menurut beliau memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.

Mereka turut menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini.

SIAPA USTAD PAS YANG NAK TAHAN JUBOQ KAT UMNO


Ini pun berita biasa jugak. Berlambak orang macam Fatah Haron ni kata di dalam Pas. Puak2 yang nak mengongkek dengan umno di di mulut cakap quran..di mulut cakap pasai iman tapi hati puak ni penuh dengan sisa sisa pukimak.

Golongan dalam yang dah tak tahan nak tahan juboq kat umno ni bergerak secara sulit di dalam Pas. Mereka ini adalah ajen2 yang telah di tarbiah haraki oleh SB. Antara mereka ialah yang telah membuat perjanjian dengan pihak SB sewaktu di tahan ISA.

Kalau jumpak pembunuh Sosilawati dengan jumpak polis yang tembak Amirulrasid hangpa hayun ustad ustad yang jadi ajen ni dulu. Ustad macam ni aku nak habaq kat hangpa semua jenih kongkek dengan mak depa sendiri. Sebab tu depa ni sanggup jadi barua umno..depa ni sanggup jadi barua SB.

Aku kenai sangat dengan sorang ustad yang jadi ajen SB kat tempat aku ni. Dia ni ajen SB yang di tugaskan untuk menebarkan propaganda dalam Pas. Sebab tu teloq dia kecut dan tak berani nak berdepan dengan aku. kah kah kah..tapi anjing anjing ustad ni lagi la tadak teloq kah kah kah.. Nak ajak debat tak berani..nak ajak bertumbuk pun depa tak berani kah kah kah..depa berani kata kot belakang saja kah kah kah... Kata ada ramai gang..jom la bertubuk dengan gang aku... habaq masa dan tempat kami nak pi...kah kah kah

CERITA POLITIK MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2010

Berikut ialah kronologi peristiwa politik tanah air sepanjang tahun 2010.

JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS:

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor.

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri

MUJAHID YUSOF RAWA SUDAH JADI KAFIR



Baca berita di bawah betul-betul. Ini berita dari orang Pas Kedah. Ini berita ulama' ortodok Pas Kedah... Ulama ini tak suka Mujahid punya cara.. Ulama ini tak suka lagu negaraku...ulama ini anggap pakai pakaian nasional melampau....

.....................................................................

'Buku tulisan Mujahid keliru asas perjuangan PAS'

Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk Menuju PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan". Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud dipetik Bernama sebagai berkata berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS. "Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan. Yusuf juga berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu. "PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya. Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam. "Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya. Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional. "Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai. "Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya lagi seperti dipetik Bernama. Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan. "Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan. "Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya. Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar.

- Bernama

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve