To Live Is to Die

free counters

Isnin, 31 Januari 2011

KOLEKSI GAMBAR GAMBAR UNTUK RUJUKAN


Semperna percutian Abu Nawas dari berblog Abu Nawas telah sediakan gambar2 untuk tatapan pengunjung. Sila pilih tajuk dan click untuk gambar2 tersebut..

Tapi kalau setakat click tajuk saja pun tak ada guna, click la sama iklan yang muncul dalam blog ni..bukan susah pun cuma click saja...

Kalau yang tak ada akaun Facebook tu tak payah la dok click...

*Gambar rumah dalam hutan di atas hanyalah gambar hiasan, jangan di jadikan rujukan bahaya..


PRK TENANG

KOLEKSI ABU NAWAS

KOLEKSI FILEM LUCAH

FATWA OSTAD UMNO

SUcK SELANGOR

IMAM ALGHASOILEK IBNU AL KONGKEK

AL ULAMA' WARISATUL KEDAI MAMAK

MAJLIS RAMAH MESRA BLOGGERS BERSAMA TOK GURU

DEMO AIR

SULTAN NEGERI PULAU PINANG

METALLICA 80AN DAN 90AN

AIDILADHA DI PERKAMPUNGAN KOMUNIS

PENAMAAN CALON GALS BATU SAPI

PENAMAAN CALON PRK BAGAN PINANG

RUMAH PERDANA MENTERI PALASTINE

MAKAM TOK GAJAH

AIDILFITRI DI PERKAMPUNGAN KOMUNIS

TUGU PAHLAWAN PUJA PENJAJAH

RUMAH RASULULLAH

PILUS DI IKTIRAF KERAJAAN NEGERI PERLIS

PRA KEMERDEKAAN

KONGRES PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA

PERAK DULU DULU

MELAKA DULU DULU

HARI KEMATIAN ABU SAMAH KASSIN

PEMIMPIN SEBENAR RAKYAT MARHAEN

FAKTA UMNO BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

KOMIK TERBITAN SEBELUM MERDEKA

BENDERA PARTI POLITIK SEBELUM MERDEKA

REJIMEN KE 10

PRA DAN PASCA KEMERDEKAAN

JASAD MEREKA PERGI DEMI SEBUAH PERJUANGAN

KETUA KAUM IBU UMNO

DATO BAHAMAN PAHLAWAN JIHAD

BERBAGAI WAJAH PAK SAKO

BERBAGAI WAJAH DR BURHANUDDIN

SRIKANDI

DEMONSTRASI ANTI ISA

MENTERI BESAR PAKATAN RAKYAT

PEJUANG SEJATI MASYARAKAT INDIA

NEGERI PERAK SEBELUM MERDEKA

KEKALAHAN JEPUN

PUTERA AMCJA

PERDANA MENTERI MALAYSIA 1957 - KINI

TOK GURU NIK AZIZ

PRESIDEN PAS 1951 - KINI

WAJAH TOKOH DUNIA

PEJUANG SEJATI TANAH AIR

ULAMA KIRI

TOKOH LUAR NEGARA

TOKOH KIRI KEMERDEKAAN

TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN HALUAN KANAN

MALAYSIA DULU DULU

MELAKA 100 TAHUN DULU

RUNDINGAN BALING

PENJARA PUDU

DEMONSTRASI TAJAAN UMNO DAN BRITISH

KOLEKSI KARTUN SEBELUM MERDEKA

BUKU BUKU PERJUANGAN KEMERDEKAAN

RUMAH KETUANAN MELAYU PULAU PINANG

PEJUANG KEMERDEKAAN YANG MASIH HIDUP

MEREKA YANG DI LENYAPKAN DARI PENGETAHUAN GENERASI HARI INI

KUALA LUMPUR DULU DAN SEKARANG

PENANG SEBELUM MERDEKA

KOLEKSI UMNO DAN ARAK

BAHAN SEJARAH

IRON MAIDEN

TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA

MALAYSIA ROCK N ROLL

METALLICA

Ahad, 30 Januari 2011

GAMBAR SEKITAR PRK DUN TENANG HARI INI


SILA CLICK DI SINI UNTUK GAMBAR SEKITAR PRK DUN TENANG HARI INI

MULAI ESOK BLOG ABU NAWAS AKAN BERCUTI, DAN INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN SATU PEMBONGKARAN YANG AMAT DASYAT..HARAP BERSABAR.

BUKAN AKU SURUH HANGPA SABAQ TAPI AKU SURUH ORANG YANG NAK KENA BONGKAQ TU YG BERSABAQ..KEH KEH KEH

Sabtu, 29 Januari 2011

SOSIALIS TERAJUI KEBANGKITAN RAKYAT DI TUNISIA, ORANG AGAMA LEPAK MASJID - PENJUAL UBAT

DARI BLOG PENJUAL UBAT

Kebangkitan rakyat di Tunisia telah berjaya menggulingkan pemerintahan zalim 23 tahun regim Presiden Zine En-Abidine Ben Ali. Tanpa diduga kebangkitan rakyat negara itu kini telah menular pula ke Mesir.

Di Mesir ribuan rakyat telah datang ke ibu negara tersebut bagi menyertai perhimpunan yang juga bertujuan bagi menggulingkan regim zalim Presiden Hosni Mubarak.

Khabarnya kebangkitan rakyat juga kini sudah mula menular negara-negara Arab yang lain sehingga membimbangkan pemimpin-pemimpin mereka.

Yang menariknya kebangkitan rakyat ini berlaku dinegara-negara umat Islam. Tetapi berita yang didengar kebangkitan rakyat ini dipimpin oleh mereka yang datangnya daripada golongan Sosialis.

Dimanakah perginya golongan agama? Seharusnya merekalah yang menjadi pemimpin kepada kebangkitan rakyat, malangnya mulut-mulut mereka telah dipenuhi cokelat-cokelat yang enak, sehingga sudah tidak mampu lagi untuk menegur pemerintah yang zalim, begitu juga kaki dan tangan mereka telah menjadi berat kerana menanggung habuah-habuan yang diberi oleh pemerintah-pemerintah sehingga mereka menjadi kaku tidak berdapat bergerak untuk menjadi pemimpin dalam menentang segala bentuk penindasan dan kezaliman.

GADIS BAWAH UMUR BOLEH BERSETUBUH TANPA NIKAH


Hari ini ustaz Jamil keluar fatwa lagi..jangan kawin bawah umur tapi kongkeklah gadis bawah umur.

Sebabnya kalau kawin bawah umur nanti orang yang tamby kecik nak kongkek sapa pulak.

Susahlah kalau budak bawah umur kawin nanti macam mana nak tangkap Guan Eng masuk penjara sebab membela budak melayu bawah umur kena kongkek dengan ketuanan melayu..

..........................................................................

Jamil Khir syorkan bank data kaji implikasi nikah bawah umur

January 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Satu bank data perlu diwujudkan untuk mengumpul rekod perkahwinan bawah umur di negara ini, selain mengkaji implikasi terhadap kanak-kanak bawah umur yang sudah bernikah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mewujudkan bank data bagi membuat pertimbangan atau cadangan tindakan terhadap kesan perkahwinan bawah umur.

“Dengan adanya bank data ini, kita boleh tengok balik trend perkahwinan bawah umur ini.

“Di mana sudahnya selepas lima ke 10 tahun perkahwinan, sekiranya kita nampak faktanya positif, apa pula yang kita nak cadangkan, kalau negatif, apa pula cadangannya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam “Nikah Bawah Umur: Patut atau Tidak?” anjuran JKSM dan PPSM di sini hari ini.

SELAMATKAN HARTA NEGARA DARI WANITA INI


Siapakah wanita ini? Orang Feldakah? Apakah jasanya kepada masyarakat Felda? mengapa dia mendapat kedudukan istimewa sedangkan dia bukan orang Malaysia?

Wanita ini adalah warga asing yang di beli dengan wang hasil penat perih rakyat miskin untuk nafsu serakah pemimpin Barisan Nasional.

Jangan biarkan warga asing mengaut harta negara ini. Selamatkan negara dari kerakusan nafsu pemimpin Barisan nasional. Jangan Undi BN.

Click sini untuk Tips jika di tahan Polis




JIKA POLIS MULA BUAT TANGKAPAN KEPADA PETUGAS PRK TENANG - INI TIPSNYA

Salam perjuangan kepada seluruh petugas sama ada yang telah berada di bumi Tenang ataupun di dalam perjalanan ke sana. Abu Nawas mengucapkan selamat bertugas tak kira dari parti apa sekalipun.

PRK esok sudah pasti akan menyaksikan bagaimana seluruh jentera kerajaan akan di kerah sepenuhnya untuk menghancurkan kuasa rakyat. Suara rakyat sama sekali tidak akan di benarkan oleh umno demi survival mereka untuk terus berkuasa.

Di sini abu Nawas turunkan sedikit tips kepada para pertugas sekiranya anda di tahan oleh pihak polis tanpa kesalahan jenayah. Semoga dengan tips ini para pertugas tidak gentar dengan gertakan polis yang di gunkan umno untuk menakut nakutkan para pertugas PR.

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”

b. Polis menggari tangan anda

c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda

b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan

c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”

b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.

c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda

b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.

c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?

J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?

J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?

J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

selamat bertugas dari wartawan abunawas

REHAT SEBENTAR - TENGOK GAMBAR NI DULU

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ULAMA' TERSOHOR PULAU PINANG YANG TELAH PERGI BUAT SELAMANYA


Di saat para petugas pilihanraya UMNO dan Pas sibuk di Tenang, Permatang Pauh telah di gemparkan dengan berita kehilangan seorang ulama' terkenal lagi terbilang tanahair.

Ulama' tersebut telah di beritakan hilang sejak 2 tahun lalu dan sehingga kini masih belum di temui lagi. Menurut seorang anak murid ulama' ini, tok guru mereka tiba2 saja hilang setelah tidak terpilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil permatang Pauh 2 tahun lalu.

Anak muridnya yang hanya mahu di kenali sebagai Mat Benggap itu berkata "ustaz amat kecewa apabila nama yang di umumkan untuk menentang anwar ketika itu ialah Arip Shah dan bukan namannya. Menurutnya lagi ustaz bukan kecewa tidak dapat masuk bertanding tetapi dia kecewa amat sangat apabila tidak dapat menyepak peti undi lagi.

Walaubagaimanapun petugas SPR merasa amat lega dengan kehilangan ulama' ini kerana selepas kehilangan ulama ini tiada lagi peti undi yang pecah akibat di tendang oleh calon pilihanraya.

Di bawah ini adalah gambar yang di berikan kepada Abu Nawas oleh anak muridnya tersebut..Yang peliknya gambar2 ini boleh bercakap, mungkin makam ulama ini tinggi umpama tingginya cita2nya nak jadi MP di permatang pauh....

Gambar di bawah ini adalah sewaktu semua orang umno tak berani nak jadi calon lawan anwar..hanya al ulama' ini saja yang nak jadi calon...


Gambar di bawah ini adalah gambar kali terakhir ulama' tersebut di lihat..setelah nama Arip Shah di umumkan sebagai calon untuk menentang anwar, ulama' ini terus menghilangkan diri sehingga kini..
Gambar di bawah ini pula adalah di saat al ulama' ini berjaya menjadi orang kuat umno di Permatang Pauh..tapi itu semuanya hanyalah tinggal kenangan..kini al ulama' sudah tidak di perlukan lagi kerana al ulama' ini hanyalah umpama terompah kayu yang di gunakan untuk masuk jamban sahaja...
Gambar di bawah pula adalah interview antara wartawan abu Nawas dengan Al Ulama'


Di bawah ini pula ialah peraduan mencari perbezaan.. kedua2 gambar ini kelihatan sama tetapi ada 27.5 perbezaan. siapa betul dapat kopiah ulama' ni..

Khamis, 27 Januari 2011

MUDA DI TIPU ORANG PUTIH, TUA DI TIPU MELAYU

Umur dan 95 tapi masih membiarkan diri di tipu.. sampai bila nak di tipu..cukuplah british menipu, mengapa biarkan diri terus di tipu bangsa sendiri..

Bila masa umno menperjuangkan kemerdekaan. Buku sejarah mana yang menceritakan malaysia merdeka kerana umno... Hanya buku sejarah yang di tulis oleh Cina celaka yang bernama Kho Kay Kim sajalah yg mengatakan Umno pejuang kemerdekaan..

Semoga cucu cicit pakcik ni tidak akan tertipu lagi macam Tok wan depa ni ..


HISHAMMUDDIN Hussein melihat gambar Allahyarham datuknya, Onn Ja'afar bersama Alias Bujal di Kampung Tenang, Labis, Johor, semalam.


Keratan dari Utusan UMNO

"Sepatutnya kita berterima kasih kerana pasukan polis mengawal keselamatan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas melawat tokoh UMNO, Alias Bujal, 95, di Kampung Tenang, di sini malam tadi.

Pada pertemuan itu, Alias yang merupakan rakan seperjuangan pengasas UMNO, Datuk Onn Ja'afar iaitu datuk kepada Hishammuddin meluangkan masa lebih sejam bercerita dan mengenang kembali zaman penubuhan UMNO.

PAS - BODOH, BENGGAP, BENGGONG, TAKDAK AKAI, OTAK BOH KAT LUTUT


Pas ni memang bodoh benggap bahalol tak dak akai benggong dan semua yang sama ayat dengannya.

Ada ka depa pi kata polis cabut bendera Pas.. Ada akai pikiaq la orang Pas oii.. polis mana ada masa nak cabut bendera..


Kalau polis dok buat kerja cabut bendera sapa pulak nak tunggu tepi jalan tahan orang naik moto tak pakai helmet..


Kalau polis dok buat kerja cabut bendera sapa pulak nak tibai Kugan sampai mati dalam lokap...


Kalau polis dok buat kerja cabut bendera sapa pulak nak tibai orang bila ada perhimpunan aman..


Kalau polis dok buat kerja cabut bendera sapa pulak nak tunggu bawah jambatan tahan bangla nak pi sembahyang jumaat...


Kalau polis dok buat kerja cabut bendera sapa pulak nak bla bla bla...
Kalau polis dok buat kerja cabut bendera sapa pulak nak bla bla bla...

Kalau polis dok buat kerja cabut bendera sapa pulak nak bla bla bla...

Lain kali kalau nak tuduh guna la akai sikit... yang cabut bendera tu bukan polis tapi emmm tak berani habaq la nanti aku kena tangkap....

....................................................................................

Tuduh polis cabut bendera Pas - Utusan Umno


HISHAMMUDDIN Hussein melihat gambar Allahyarham datuknya, Onn Ja'afar bersama Alias Bujal di Kampung Tenang, Labis, Johor, semalam.


LABIS 26 Jan. - Tuduhan Pas bahawa polis bertindak menurunkan bendera parti itu yang dipasang untuk berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang disifatkan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tuduhan itu amat berat sedangkan pihak polis ditugaskan untuk memantau dan memastikan PRK tersebut berjalan lancar.

"Ini semua adalah tuduhan liar sedangkan kita sediakan khemah dan pondok polis hampir di semua kawasan strategik.

PESERTA RAJA LAWAK MATI ATAS PENTAS


Kuala Lumpur- 26jan.. seorang peserta raja lawak telah meninggal dunia kerana terkejut dengan keputusan seorang pelawak terkenal dari Perak yang tiba2 telah masuk raja lawak walaupun kini sudah di peringkat yang ke 4.

Mufti Perak Encik Nissan Sunny telah memberi pengesahan yang beliau akan menyertai program Raja lawak Astro musim ke 5 ini. Menurut Encik Sunny walaupun dia seorang mufti namun beliau merasakan yang beliau mampu untuk menjadi seorang pelawak yang berjaya.


Wartawan Abu Nawas yang berkunjung ke tempat penginapan peserta raja lawak telah bertemu beberapa orang peserta untuk bertanyakan hal ini. Menurut salah seorang daripada mereka kemasukan encik Sunny ke dalam raja lawak 5 ini sudah pasti akan mengugat semua peserta kera encik sunny telah terbukti seorang pelawak yang cukup handal.

Juri raja lawak juga berkata yang mereka mungkin terpaksa menarik diri dari menjadi penkritik dalam raja lawak kali ini kerana tidak mampu untuk menilai lawak encik sunny. Aflin Suki salah seorang juri berkata jika benar mufti perak iaitu encik Sunny turut serta dia tidak berani memberi komen kerana di takuti encik sunny akan mengeluarkan fatwa bahawa kritikannya nanti adalah haram.

Abu Nawas cuba untuk menghubungi mufti perak encik sunny tetapi gagal kerana kononya beliau sedang berlatih membuat lawak terbarunya seperti cerita di bawah ini -

............................................................................................

Kenyataan Kuan Yew hina Islam - Mufti Perak

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tindakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menggesa umat Islam negara itu supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam kerana ia boleh menghalang integrasi dan pembangunan merupakan penghinaan kepada agama itu sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Kuan Yew tidak layak untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau sendiri tidak memahami ajaran Islam serta intipati yang terkandung di dalam agama tersebut.

Tegasnya, Kuan Yew perlu melihat kepada sejarah bahawa Islam merupakan agama yang menyokong pembangunan kerana terdapat bukti-bukti bahawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sains, perubatan dan kejuruteraan adalah berasal daripada teori yang diterbitkan oleh golongan cendekiawan Islam.

Tambahnya, Kuan Yew sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut tetapi beliau telah membuktikan kejahilannya dengan mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia.

"Banyak kejayaan di Barat adalah lanjutan kepada kajian serta penerokaan yang dimulakan oleh cendekiawan Islam. Bagaimana pula Kuan Yew boleh berkata ajaran Islam menghalang pembangunan sesebuah negara?

"Gesaan tersebut merupakan penghinaan kerana Islam sebenarnya menggalakkan proses pembangunan menerusi landasan yang betul. Tidak timbul langsung isu bahawa Islam menghalang integrasi atau pembangunan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PRK DUN TENANG - DARI MINDA HISHAMUDIN RAIS

Kalau tidak ada pilihan raya kecil di Tenang, tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidur dua minggu lebih awal , sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia.

NONEPagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng, seperti Taiping, bermakna "wilayah aman damai" dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan di antara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera - seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

NONEAhmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang wadar Melayu - yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si wadar ini telah membawa aku ke satu kawasan di sebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang di mana Mat Indera mati digantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti di pertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima, di sini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal. Mungkin aku tersalah kedai.

Kawat berduri

Sesampainya ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil - bukan seperti gerila Mat Indera - tetapi oleh perempuan yang seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan dan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini, berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 police barrierSesampainya ke satu simpang aku ternampak seorang abang yang di bajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan berpecah dari kumpulan perempuan ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si abang ini seorang profesional yang menyokong PAS.

Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan berkumpul. Aku rasakan kami seperti dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang di sana-sini. Ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau lebih tepat lagi seperti filem Hollywood tentang perang dunia kedua. Setiap lima kaki di sepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan, ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

NONEAku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini memberi tekanan kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan yang setiap kali ada pilihan raya kecil, mereka akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan ini datang tanpa diajak dan tanpa diberi duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan PAS. Di sini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi di mana aku ternampak muka anak-anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali kedua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus-putus dan bertali arus.

Ponco hijau

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi, tiba-tiba ada suara yang kuat melaungkan "Allahu Akbar". Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan sedang berarak mengiringi calon.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 normala sudirmanBendera PAS, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan "Allahu Akbar" dan "reformasi" bertukar ganti. Aku hanya berdiri di gigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia menarik tangan aku. Lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam barisan para 'gedebe'.

Sebaris di belakang aku ialah Cikgu Mala yang memakai ponco hijau ala Clint Eastwood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cikgu Mala. Nah, memang cun! Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk. Aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik, isi dan bentuk wajib sama kukuh.

NONETak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi penuh dengan orang berpusu-pusu. Maka dengan jelas aku dapat melihat, di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjuangan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju kemeja-T Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan hot aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju kemeja-T dengan muka Cikgu Mala.

Debat kisah peribadi pun tiada halangan

Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari di mana Cikgu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampung Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cikgu Mala pasti akan ke sana.

tenang by election 220111 anwar speech 02Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akhirnya aku sampai juga. Kampung ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang-benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampung Melayu tradisional - kampung jalan mati kalau mengikut peta Google. Ini bukan Bukit Bintang. Jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Di sana-sini dalam ceramahnnya, Anwar membuat lucu. Dalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman - yang berbaju hijau ponco ala Clint Eastwood - mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka, tetapi tentang realpolitik. Cikgu Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir, inilah pemuka-pemuka baru dalam PAS yang bukan heboh-heboh tentang api neraka, tetapi heboh tentang api eletrik yang harganya naik.

Cikgu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampung Sawah Baru ini adalah tempat kelima yang dikunjunginya. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cikgu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginilah juga caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampung ke satu kampung untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cikgu Mala berkempen mahu menyedarkan Dr Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada generasi muda.

KEMATIAN DAN KISAH PERJUANGAN PEJUANG SEJATI TANAHAIR

Berikut adalah beberapa kisah pejuang2 yang telah meninggal dunia selepas daripada Perjanjian Damai yang di ambil dari Blog kini Dan Silam


KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN: Kawan Nordin telah pulang ke rahmatullah pada 5 Julai 2010. Berita ini disampaikan oleh seorang wakil keluarga Allahyarham yang datang ke Kampung Perdamaian Sukhirin.

Kawan Nordin 70, atau nama sebenarnya Deroman (gambar kiri) berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Akan tetapi beliau telah berhijrah dan menetap di Kampung Jadeh, daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand sejak masa muda lagi. Kampung Jadeh adalah antara basis Rejimen Ke-10 yang awal di kawasan sempadan.

Kawan Nordin adalah salah seorang anak Kelantan yang ingin melihat tanah airnya mencapai pembebasan dan kemerdekaan penuh dan kebahagiaan masyarakat. Pada tahun 1968, Kawan Nordin telah menyertai pasukan Rejimen Ke-10 yang melancarkan perjuangan bersenjata untuk pembebasan nasional. Beliau adalah antara perajurit awal di kawasan sempadan.

1961 - 1975 beliau telah menyertai 3 kali pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Allahyarham Abu Samah Mohd. Kassim. Kemudian beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 yang bergerak di kawasan Chendek, Narathiwat.

Setelah pasukan Rejimen Ke-10 dibubarkan di bawah perjanjian perdamaian 3 pihak 1989, beliau memilih menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin bersama rakan seperjuangan yang lain, menikmati layanan di bawah syarat perjanjian damai dari Kerajaan Diraja Thailand dan pihak organisasi PKM.

Semoga Allah memberikah rahmata ke atas roh Allahyarham..

ALLAHYARHAM HASHIM

Saudara Ahmad Cik Amat atau nama perjuangannya Hashim telah meninggal dunia pada 6 Mei 2009, 4.00pm waktu tempatan di rumahnya di Kampung Punggok, Tanjung Mas. Beliau meninggal dunia dalam usia 95 tahun kerana sakit tua.

Allahyarham adalah antara tokoh veteran perajurit kawasan sempadan yang menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 pada tahun 1969.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.



KAWAN TANGGOK , PUTERA SUNGAI PAHANG YANG TEGUH

musuh dapat mencungkil biji matanya tapi tak dapat mencungkil rahsianya

Pada bulan November 1948, di tengah-tengah berita kemenangan pasukan asas Rejimen Ke-10 menyerang pos-pos kaum reaksioner di Tekai Estet dan Gong Estet kawasan Kuala Krau, di Temerloh pula seorang gerilawan dengan tak semena-mena telah tertangkap oleh musuh sewaktu menjalankan tugas. Musuh telah menyiksanya tetapi tidak mendapatkan apa-apa hasil daripadanya. Musuh lalu silih berganti menggunakan macam-macam siksaan dan bujukan untuk menggoyangkan pendiriannya, namun semuanya tak berhasil. Akhirnya musuh dengan kejam mencungkil sebiji matanya dengan ugutan untuk dibunuh mati. Tapi itupun tak mampu menundukkannya. Semangat kepahlawanannya yang tak mengenal tunduk di hadapan musuh itu telah sangat menggempar kaum penjajah dan mengkagumkan orang ramai.

Beliau ialah kawan Ibrahim bin Busu, lebih dikenali dengan nama Kawan Tanggok, seorang pemuda revolusioner yang berjiwa besar. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang.


Kawan Tanggok menceburkan diri ke dalam pergerakan revolusioner melawan imperialis British selepas Perang Dunia Kedua. Ketika imperialis British menghasut-hasut pergaduhan bangsa-bangsa di Pahang, organisasi PKM bawah tanah telah membentuk satu pasukan propaganda khusus menerangkan kebenaran revolusi dan menyatu padukan rakyat berbagai kaum di kawasan Temerloh di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Kawan Tanggok adalah salah seorang anggota pasukan propaganda ini. Salah seorang rakan seperjuangan beliau ialah Ahmad Taha (Allahyarham). Mereka telah memberikan sumbangan yang besar menyatu padukan rakyat berbagai kaum di sana. Beliau aktif dalam gerakan API/PETA yang marak berkobar di Temerloh. Ini juga merupakan pendahuluan kepada berbagai pergerakan revolusioner di sana yang akhirnya membuahkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British di sekitar lembah Sungai Pahang.


Pada ketika awan gelap kontra revolusi peristiwa 20 Jun menyelubungi angkasa raya, Kawan Tanggok mengundurkan diri bergerila sekitar kawasan berhampiran bandar Temerloh. Gerup mereka diberi tugas berpropaganda mengembangkan revolusi bersenjata, mengutip derma dan menghantar bekalan kepada pasukan bersenjata. Mereka terus menerus bekerja dan berjuang dengan tak kenal susah payah. Kerana musuh selalu melakukan penyerbuan-penyerbuan, mereka terpaksa bergerak-gerak dan berpindah randah. Pada masa itu mereka belum ada pengalaman, maka itu banyak menemui kesulitan-kesulitan. Namun semua itu telah dikalahkan dengan semangat juang tinggi yang menyala-nyala. Akan tetapi pada suatu hari malang menimpa Kawan Tanggok, dia terjatuh ke dalam perangkap musuh.


di dalam kem tahanan musuh pendiriannya teguh teruskan perjuangan.


Mula-mula Kawan Tanggok disumbatkan ke dalam kem tahanan Tanjung Beruas Melaka. Pada tahun 1951 beliau dipindahkan ke kem tahanan di Ipoh, Perak. Di dalam kem-kem tahanan juga ada organisasi-orgniasasi rahsia parti menjalankan aktiviti revolusioner di kalangan para tahanan. Kawan Tangguk segera menggabungkan diri dengan gerakan rahsia parti di sana. Di bawah anjuran parti, mereka telah menjalankan bermacam-macam aktiviti revolusioner seperti melakukan propaganda revolusioner, menampalkan poster-poster anti-imperialis, membuat ucapan-ucapan, mementaskan sandiwara-sandiwara, mendirikan gerup-gerup belajar, mengadakan gerakan bantahan dengan melakukan mogok lapar, bahkan pernah melakukan perarakan membantah kekejaman kontra revolusi kaum penjajah dan boneka-bonekanya. Kira-kira pada tahun 1949 organisasi rahsia parti di kem tahanan Tanjung Beruas Melaka dengan jayanya menganjurkan perarakan politik yang besar membantah hukum gantung yang dikenakan imperialis British ke atas Kawan Ganapathy, Presiden Gabungan Syarikat Buruh Malaya. Di dalam kem tahanan Ipoh, mereka telah mendirikan gerup sandiwara mempropagandakan revolusi. Kawan Tanggok menjadi salah seorang anggota gerup sandiwara itu. Pada hari-hari yang cerah, mereka sentiasa mengadakan perayaan-perayaan seperti merayakan Hari May Day, Oktober Merah dan lain-lain. Pada tahun 1951, benggolan nombor satu kolonial British, Henry Gurney telah dibunuh mati oleh pasukan gerila di dalam satu serangan hendap di Pahang. Sebaik tersebar berita yang menggembirakan itu, para tahanan di semua tempat secara spontan merayakan dengan besar-besaran.


Kem-kem tahanan didirikan musuh dengan tujuan hendak menyiksa ahli-ahli perjuangan itu tidak berhasil menggoyangkan semangat revolusioner mereka, sebaliknya telah berubah menjadi kem latihan menguji semangat revolusioner patriot sejati. Di dalam kem-kem tahanan, musuh juga banyak menggunakan macam-macam tipu helah yang lain, tapi mamcam-macam tipu helah telah dibongkar oleh organisasi rahsia, membangkitkan massa tahanan menghancur leburkannya. Akhirnya musuh menggunakan tipu helah yang berbelit-belit, satu segi membebaskan dengan memaksa syarat-syarat mengikat kebebasan mereka, segi yang lain memperkuat pengawasan ke atas mereka. Pada tahun 1952, Kawan Tanggok telah dibebaskan.

menggabungkan diri dalam pasukan

Sebaik dibebaskan, beliau segera mencari hubungan dengan pasukan gerila. Beliau telah melaporkan segala-gala yang dialaminya selama 4 tahun di dalam kem tahanan musuh dan mengemukakan permohonannya untuk menyertai perjuangan bersenjata membalas dendam terhadap penjajah. Akan tetapi organisasi parti memberi tugas tugas menjalankan kerja rahsia parti di kawasan bandaran, khasnya menyampaikan maklumat-maklumat pergerakan musuh kepada pasukan gerila. Beliau telah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

Kawan Tanggok sentiasa berulang alik secara sulit-sulit ke perkhemahan pasukan gerila yang berdekatan dengan bandar Temerloh menyampaikan maklumat-maklumat rahsia pergerakan musuh. Pada suatu malam, ketika beliau pergi ke perkhemahan pasukan gerila menyampaikan maklumat dan bermesyuarat, tiba-tiba musuh melakukan penyerbuan secara besar-besaran menggelidah rumah-rumah di kampungnya, mencari dia hendak ditangkap. Esok pagi-pagi lagi ketika dia balik ke kawasan kampung, dilihatnya banyak askar musuh berpusu-pusu di sana. Ini segera menarik perhatiannya. Dalam ada itu, orang ramai yang melihat kepulangannya segera memberitahu: “cepat pergi, musuh hendak menangkap kamu”.

Sejak hari itu diapun menceburkan diri dalam pasukan gerila menjadi seorang perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Setelah berjaya menggabungkan diri ke dalam pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional, beliau berusaha keras menempa diri, bekerja siang dan malam berkecimpung di tengah-tengah perjuangan yang menggelora dengan membawa dendaman kelas dan dendaman nasional yang meluap-luap di rongga dada. Beliau berazam dengan sepenuh hati dan jiwa raganya berjuang terus hingga ke titisan darah yang terakhir demi usaha pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan tanah air.

Pada awal tahun 1953, Kawan Tanggok bersama 4 rakan seperjuangan lagi telah terkorban dalam suatu pertempuran terkena serangan hendap musuh di kawasan Tongkiat, Pahang Timur. Mereka gugur di dalam usaha mulia memperjuangkan pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan ibu pertiwi yang tercinta. Kawan Tanggok telah mengotakan keazamannya dengan tindakan yang nyata.

Abadilah para kesatrua di dalam catatan sejarah perjuangan kemerdekaan pertiwi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesatria yang telah gugur.

Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.



21 dan 24 April adalah hari duka bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin. 2 orang bekas perajurit berasal dari kawasan sempadan telah pulang menemui Illahi. Mereka ialah Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.

Allahyarham Pakcu Bidin, 90, (gambar kiri) seorang berasal dari dari Daerah Sungai Padi, Narathiwat, menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10 pada tahun 1968. Beliau pernah bertugas sebagai penyusun massa, utusan dan anggota unit produksi. Selepas penandatanganan hadyai tahun 1989, beliau terus menetap bersama rakan seperjuangan yang lain di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beliau mengidap sakit lumpuh selama 7 tahun sehingga khirnya meninggal dunia pada pukul 5.00 p.m. (waktu Thailand). Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung asalnya di daerah Sungai Padi.

Allahyarham Dolmat, 80, (gambar kanan) berasal dari Cabang Tiga, Patani, menyertai perjuangan pada awal tahun 60-an. Allahyarham pernah ikut serta dalam regu penyusun massa, utusan dan pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Pasukan Penggempur ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin. Setelah perjanjian perdamaian Hadyai, beliau menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin. Beliau menderita sakit akibat kemalangan jalan raya dalam masa yang panjang dan akhirnya meninggal dunia pada pukul 1.00 p.m. (waktu Thailand) pada 24 April 2010. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Semoga Allah Taala meletakkan roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

PAHLAWAN DOLAH - PERAJURIT KECIL YANG TAK TAKUT MATI


Kampung Tanjung Batu, Daerah Temerloh, adalah antara basis kukuh Rejimen Ke-10. Massa di sini tinggi kesedaran nasionalnya. Dalam masa aman selepas kekalahan Jepun, mereka giat menceburkan diri ke dalam berbagai organisasi patriotik-demokratik seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Bagi kanak-kanak juga didirikan Barisan Pelopor Kanak-Kanak yang dianggotai oleh kanak-kanak berusia antara 9 hingga belasan tahun. Mereka menjalankan bermacam-macam tugas membantu perjuangan untuk kemerdekaan.

Apabila diisytiharkannya Undang-Undang Darurat,sejumlah massa di sini telah memanggul senjata menyertai pasukan gerila anti-British, yang tidak masuk hutan pula menyertai pasukan lasykar rakyat dan menyokong pasukan gerila. Sebuah pasukan gerila iaitu Platun 2, Rejimen Ke-10 bergerak di Kampung Tanjung Batu dan kampung-kampung di sekitarnya.

Sejumlah anggota Barisan Pelopor Kanak-Kanak atau Tentera Semut di bawah pimpinan Dollah dibentuk di kampung tersebut. Mereka membuat kerja-kerja mengawal kampung, mengawasi gerak geri musuh, menyampaikan maklumat, membuat kerja-kerja hubungan utusan dan lain-lain.

Walaupun umurnya masih kecil, tapi semangat bencikan penjajah British istimewa mendalam dijiwa Dollah. Dia bercita-cita untuk menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Akan tetapi kerana umurnya masih kecil, dia dinasihatkan supaya buat kerja di kampung dulu. Setiap kali bertemu dengan pasukan gerila, dia mengajukan permintaannya itu. Walau bagaimana pun, Dollah mengajukan 2 tuntutan iaitu pertama, apabila dia besar kelak, mestilah menerimanya menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional dan kedua, sekiranya dia terkorban mestilah menerimanya sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Pada bulan Mac 1949, musuh telah memasuki kampung untuk menangkap dan mengugut orang ramai. Komander memberikan Dollah sebiji bom tangan untuk dilemparkan ke atas musuh. Akan tetapi ketika dia hendak membuang bom itu keadaannya telah berubah. Musuh telah bercampur gaul dengan orang ramai. Dalam saat genting ini Dollah memikir bahaya kepada massa jika bom itu dibuang. Lalu dia berpatah balik mendapatkan pasukan yang sedang bersembunyi di belukar. Musuh yang mencurigai gerak geri Dollah terus mengejarnya. Pasukan Tentera Pembebasan segera melepaskan tembakan hebat ke atas musuh. Musuh lari balik mendapatkan motobot. Manakala Dollah pula memimpin pasukan Tentera Semut bersama lasykar rakyat mengejar musuh untuk membantu Tentera Pembebasan. Sejumlah besar musuh telah terbasmi.

Atas tuntutan Dollah, ibunya seorang aktivis gerakan wanita telah menjahitkan sepasang pakaian seragam Tentera Pembebasan iaitu sepasang bajutentera berwarna hijau, sebuah topi berbucu lima dengan sebiji bintang merah di depannya serta sepasang patis.

Pada 12 Mei 1949, Platun 2 dikerahkan ke kampung tersebut untuk mengadakan perhimpunan massa. Dollah datang menyambut mereka dengan pakaian seragam Tentera Pembebasan. Dengan penuh bangga, beliau berkata: "Lihatlah kawan sekalian, alangkah perkasanya, alangkah mulianya seorang perajurit Tentera Pembebasan!" Katanya, "Kemuliaan ini bukan semata-mata kerana mengenakan pakaian seragam, melainkan kerana semangat revolusioner yang bertempur dengan gagah berani". Kawan-kawan Tentera Pembebasan memberikan tepukan yang hangat kepadanya.

Pada hari tersebut juga Dollah telah ditugaskan berkawal di penghujung kampung. Dengan menggenggam kejat-kejat senapang kulai berlaras dua dia berdiri tegak di atas sebuah busut. Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa orang askar orang putih datang dari arah rusuk. Apabila melihat Dollah berpakaian Tentera Pembebasan, musuh cuba menangkapnya hidup-hidup. Dollah mengetahui musuh sudah mendekatinya. Dollah mengangkat senapang lalu berkata: "Hantu orang putih, saya akan basmi kalian semua" sambil melepaskan tembakan. 2 orang askar orang putih yang berjalan di depan segera tumbang. Seiring itu musuh telah melepaskan tembakan gencar ke arah Dollah. Beliau gugur sebagai pahlawan. Ketika itu beliau baru berusia 14 tahun.

Seluruh kawan bersedih kerana pengorbanannya. Setelah berdirinya Rejimen Ke-10 tak lama selepas peristiwa itu, saya atas nama Markas Besar Rejimen Ke-10 mengesahkan beliau sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan menganugerahkannya gelaran Pahlawan untuk menunaikan hasratnya ketika hidup. Darah pahlawan telah membasahi pertiwi, demi kemerdekaan dan pembebasan negara dan rakyat.

Sebuah lagu telah dicipta untuk mengenangi Pahlawan Dollah, seni katanya sebagai berikut:

Kawan Dollah -Pahlawan Muda
Yang Tak Mengenal Mati

Kawan Dollah berusia empat belas,
Punya cita-cita besar,
Kerana usia terlalu muda,
Tak disahkan masuk tentera.
Kawan Dollah setia pada parti,
Ikut parti jalankan perintah,
Kalau korban minta disahkan,
Masuk Tentera Pembebasan mulia.

Menyusun tentera semut kampung,
Bawa kanak-kanak revolusioner,
Punggah barang mengawasi musuh,
Ikut bertempur membasmi musuh.

Masuk kampung membawa tugas,
Nak lempar bom membasmi musuh,
Sayang keadaan telah berubah,
Segera laporkan kepada kawan.

Musuh sedar segera mengejar,
Dollah membawa masuk perangkap,
Kesempatan basmi musuh tiba,
Perajurit kita yang perkasa.

Pakai uniform tentera perwira,
Topi berbintang merah bersinar,
Senapang kulai kejat ditangan,
Tegak berkawal di pinggir kampung.

Orang Putih tiba dari rusuk,
Dollah tenang mengangkat senjata,
Bertekad bulat lantang berteriak:
"Saya akan hapuskan kalian".

Petik treger senapang gemuruh,
Segera tumbang dua orang musuh,
Musuh menembak secara gila,
Pahlawan gugur jasa abadi.

Dollah sumbangkan keremajaannya,
Kawan dan pimpinan bersemadi,
Rasmikan Dollah jadi perajurit,
Semangat sateria kekal abadi.

AHMAD TAHA

KINI DAN SILAM telah menerima massage dan emel dari sahabat-sahabat bahawa Saudara Ahmad Taha telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 7pm 22 Januari 2010 di Hospital Temerloh. Jenazah allahyarham akan disemadikan di tanah tumpah darahnya Kampung Buntut Pulau. Alfatihah…..

Allahyarham Ahmad Taha dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu.
Di dalam Rejimen Ke-10 beliau pernah menggunakan beberapa nama perjuangan seperti Remaja, PWD dan Pakwa. Di kalangan rakan seperjuangannya, beliau lebih dikenali sebagai Pakwa.

Beliau adalah antara putera terpuji Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanah air diinjak-injak semahunya oleh penjajah British. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA yang gigih menyebarkan propaganda membangkitkan kesedaran masyarakat menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Sesuai dengan jiwanya sebagai seorang seniman, Ahmad Taha berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Bentong.

Kerana aktif dalam gerakan untuk kemerdekaan, beliau menjadi perhatian penjajah British. Apabila Undang-undang Darurat diisytiharkan pada bulan Jun 1948, rumahnya diserbu polis, tapi beliau telah berundur ke hutan belukar. Pada bulan Oktober 1948, barulah beliau dapat berhubung dan menyertai Rejimen Ke-10.

Sebagai seorang gerilawan, dalam tahun-tahun 1948 - 1953 beliau pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British.

Pada tahun 1953 – 1954, beliau ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12.

Selepas penandatanganan perjanjian damai Haadyai, beliau pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.

Ahmad bin Taha…..
Kau adalah pahlawan rakyat yang sejati!
Hidupmu berjasa, matimu mulia!

MAT TAIB IBRAHIM

Mat Taib Ibrahim mempunyai beberapa nama perjuangan iaitu Arif, Dewasa dan Pak Ngah. Beliau dilahirkan pada bulan November 1917 di Kampung Teluk Mengkuang, Mukim Bangau, tetapi membesar di Belangka, Mukim Sanggang daerah Temerloh.

Ayahnya bernama Ibrahim, seorang guru silat dan amat membenci penjajah British. Mat Taib yang menimba pelajaran selama 7 tahun di sekolah Melayu bercita-cita menjadi guru. Tetapi cita-citanya ini ditentang oleh ayahnya kerana menganggap makan gaji dengan orang putih adalah kafir.

Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan API marak berkobar di Temerloh meniupkan semangat kemerdekaan. Mat Taib yang memang sudah tebal semangat anti-penjajahnya menerjunkan diri dalam gerakan API di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau menyertai perhimpunan-perhimpunan API, berlatih berkawad dan lain-lain.

20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangakapan besar-besaran ke atas anasir anti-British di Temerloh. Mat Taib berundur ke pinggir hutan bersama sejumlah pemuda pemudi yang lain untuk mengelakkan penangkapan penjajah British.

Awal tahun 1949, beliau meninggalkan isteri dan seorang anaknya yang tersayang untuk menyertai perjuangan bersenjata dalam Rejimen Ke-10. Di dalam pasukan gerila, beliau menghadapi berbagai kesukaran dan susah payah seperti pertempuran, cedera atau korban, kesukaran makanan dan lain-lain. Namun ini tidak melunturkan semanat juangnya. Beliau menganggap mati adalah adat perjuangan.

Pada tahun 1950, beliau ikut serta dalam suatu unit menjalakan propaganda di kalangan massa di Mentakab. Akan tetapi, seorang hantu yang menyeludup di kalangan orang ramai telah menyampaikan maklumat itu kepada kaum penjajah. Rapat yang berlangsung sehingga jam 12 malam itu dikepung oleh musuh. Dalam pertempuran yang sengit itu, 2 orang perajurit gugur di situ juga. Mat Taib bersama seorang ketua regu terselamat, tetapi senapangnya tercicir.

Beliau pernah menjadi utusan seorang diri menghubungkan antara Paya Banir dengan pasukan markas di Kerdau. Beliau pernah tersesat salama 2 hari. Kebetulah beliau bertemu dengan sebuah stor pasukan sesaudara. Beliau menunggu di situ sehingga dapat berhubung semula dengan pasukan. Kemudian, Abdullah C.D. memindahkan beliau ke pejabat percetakan sebagai penulis dan penaip stensels tulisan jawi.

Mat Taib Ibrahim (kanan) bersama Rashid Maidin dan Selamah

Pada tahun 1953, beliau menyertai pasukan Hang Jebat melakukan perjalanan jauh ke kawasan sempadan. Dalam perjalanan selama 1 tahun lebih itu, Mat Taib dan seluruh anggota pasukan menghadapi ujian-ujian yang luar biasa hebatnya, terputus perbekalan, menghadapi kempen kepung basmi dan pengejaran musuh dan lain-lain. Mereka pernah 1 tahun tak makan nasi.

Pada tahun 1954 Pasukan Hang Jebat yang berada di Ulu Kinta menghadapi serangan udara besar-besaran dari penjajah British. Diberitakan diarah sendiri oleh Jeneral Bonn dari udara. Namun bom-bom yang bertan-tan beratnya dan menggegarkan bumi itu tidak pernah melunturkan semangat juang Mat Taib dan kawan-kawan Pasukan Hang Jebat. Begitu juga dengan siaran merayu penyerahan diri yang digugurkan dari kapal terbang tidakpun dapat menundukkan semangat juang mereka.

Pada penghujung 1954, Pasukan Hang Jebat tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Di kawasan sempadan, Mat Taib berkhidmat dalam regu penerbitan, menerbitkan berbagai jenis buku dan risalah propaganda. Pada tahun 1969, apabila pasukan menggunakan wayarles, Mat Taib ditambah pula dengan tugas sebagai penterjemah kod wayaless. Kerja ini dilakukannya sehinggalah Rejimen Ke-10 dibubarkan selepas penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.

Mat Taib yang lebih popular di kalangan kawan-kawan berbagai peringkat dengan panggilan Pak Ngah mempunyai langgam yang jujur dan kasih mesra dengan kawan-kawan. Beliau dapat bergaul rapat dengan berbagai peringkat perajurit dalam pasukan. Sebagai Naib Ketua Kompeni dan bertanggungjawab dalam Platun II (Platun Nyala), beliau selalu bertukar-tukar fikiran, menyelami perasaan suka duka setiap perajurit.

Sebagai seorang kader veteran, beliau sememangnya dianggap sebagai orang yang berpengalaman dan khazanah berharga pasukan. Namun ini tidak pula menyebabkan beliau tinggi hidung. Beliau merasa dirinya sebagai seiji sekeru di dalam sebuah jentera, sentiasa mendengar pendapat secara merendah hati dengan kawan-kawan. Justeru itu beliau dihormati oleh setiap perajurit.

Pada tahun 1988, Pasukan induk Rejimen Ke-10 atau disebut juga sebagai Kompeni Ke-21 menghadapi serangan besar-besaran dari Tentera Thai dibiayai sepenuh oleh Kerajaan Malaysia. Markas Besar Rejimen Ke-10 telah mengambil taktik berundur ke kawasan pergunungan di kawasan Chenet untuk mengelakkan pertempuran secara lansung. Ketika mencari kayu untuk membuat tempat kediaman di kaki sebuah gunung, beliau sekali lagi tersesat selama 22 hari. Selama 22 hari tersebut, beliau hanya mengalas perut dengan pucuk kayu dan umbut-umbut sahaja sehinggalah beliau ditemui oleh regu khas yang mencari sejak kehilangan beliau.

Ketika ditanya apa pendapatnya tentang 40 tahun lebih perjuangan bersenjata, beliau menjawab “saya merasa mulia kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, menghalau penjajah British dari Malaya”.

Selepas perdamaian ditandatangani, beliau pulang ke kampung halamannya di Temerloh. Di kampung, beliau dijaga oleh anak-anaknya. Di beritakan bahawa setelah pulang ke kampung halamannya, beliau minta masuk ke sekolah pondok untuk mengisi hari tuanya dengan ilmu agama. Akan tetapi, pihak SB selalu datang mencarinya di pondok menyebabkan suasana aman dan tenang di pondok terganggu. Untuk memberikan suasana aman kepada pelajar lain, beliau terpaksa memberhentikan hajat yang murni itu.

Beliau meninggal di tanah tumpah darahnya Temerloh. Alfatihah

Allahyarham Bapa Rashid Maidin



1 September 2006, seorang putera sejati tanah air telah meninggalkan kita, kembali menemui Allah Yang Maha Esa. Beliau adalah Rashid Maidin, seorang pemimpin Rejimen Ke-10 TRM. Beliau pergi dengan tenang setelah menyaksikan 49 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Berikut adalah surat belasungkawa dari Abdullah C.D., Suriani Abdullah dan Abu Samah Moh. Kassim:

Sekalung Al Fatihah

1 September 2006 kita kehilangan seorang putera besar pejuang kemerdekaan bangsa dan tanah air Allahyarham Haji Rashid Maidin. Beliau pulang ke rahmatullah pada pukul 9.45 pagi dalam usia 89 tahun.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Pemergian Allahyarham telah meninggalkan suatu catatan sejarah besar bangsa Melayu dalam perjuangan anti-kolonial demi kemerdekaan bangsa dan tanah air. Seluruh jiwa raga beliau telah disumbangkan untuk usaha agung tersebut. Nama beliau sejajar dengan pahlawan terbilang bangsa kita seperti Datok Maharajelela dan Sagor di Perak, Datok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang dan lain-lain. Sejarah sudah pasti akan mencatatkan bahawa kemerdekaan yang kita rayakan pada 31 Ogos semalam, diselit dengan pengorbanan beliau yang suci.

Kami menyeru kepada generasi baru supaya tidak lupa akan perjuangan dan pengorbanan Allahyarham Haji Rashid dalam perjuangan untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air.

Marilah kita menadah tangan berdoa ke hadrat Allah Taala memohon keampunan semoga roh Allahyarham diletakkan di golongan orang-orang yang dikasihi Allah.

Hj.Abdullah C.D.

Hjh. Suriani Abdullah

Hj. Abu Samah Mohd. Kassim

1.9.2006


Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah



Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni.
  • Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.
  • Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung.
  • Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang angkatan perang Bahaman, selalu menceritakan kisah perang tersebut kepadanya. Semangat patriotisme dan bencikan penjajah mula berputik di benaknya sejak dari kecil.
  • 1940, pindah ke Kampung Lubuk Kawah. Pengaruh patriotisme anti penjajah lebih diperdalam lagi dengan gerakan PKMM, PKM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain yang berkembang pesat di Temerloh.
  • Tahun 1946 menjadi anggota AWAS, dipilih menjadi Ketua Cawangan Lubuk Kawah hingga AWAS diharamkan pada tahun 1948. Di sekolah API Lubuk Kawah ada kelas politik yang memperkenalkan imperializem, kapitalizem, sosializem, komunizem dan lain-lain. Guru yang mengajar ialah Kamarulzaman Teh dan Pak Da Hamid.
  • AWAS Cawangan Lubuk Kawah:
Ketua – Zaleha Mat Roni
Pembantu Ketua – Mak Ngah Minah (merangkap bahagian propaganda)
Setiausaha – Zaharah
Bendahari – Zawiah binti Hj Ibrahim
Ahli Jawatankuasa – Siti, Rahmah.
Semasa AWAS didirikan anggotanya seramai 15 orang saja. Tapi menjelang darurat anggotanya bertambah sampai 100 orang.
  • Oktober 1947, hadir kongres AWAS di Kajang, Selangor. Pahang menghantar 7 orang wakil.
  • Jun 1948 darurat diisytiharkan, beliau ditugaskan menyusun massa dan membantu pasukan gerila di kampung. Walaupun AWAS sudah diharamkan, beliau masih meneruskan perjuangan AWAS dengan menubuhkan cawangan AWAS di kampung-kampung, menerangkan soal kemerdekaan dan membela nasib wanita.
  • 1949 penjajah mahu menangkapnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 bertugas menyusun massa. Lebih 50 anggota AWAS Kampung Lubuk Kawah menyertai perjuangan bersenjata.
  • Disember 1949, pertempuran di Jerangsang antara 300 orang Rejimen Ke-10 dan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6 dengan 1 batalion askar Gurkha. Beliau ditugaskan mengundurkan barang-barang dengan selamat.
  • 1951 ikut bersama rombongan Abdullah C.D. ke Bentong mesyuarat dengan Chen Ping dan bertemu Rashid Maidin yang baru lepas dari tahanan penjajah.
  • 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita.
  • Di sempadan ditugaskan menyusun massa. Massa sangat menghormati dan menggelarnya Mak Bidan kerana berjaya menyelamatkan ibu yang mendapat masalah ketika bersalin dan perkhidmatan perubatan lain kepada massa.
  • 1960 mendirikan rumah tangga dengan Sukur Ismail.
  • 1968 – 76 ikut serta dalam 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 beroperasi di Ulu Kelantan, bertugas menyusun massa berbagai kaum termasuk massa Orang Asli. Beliau sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada Orang Asli.
  • 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni.
  • 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Tun Minah Pulang Ke Rumah

Setelah meninggalkan rumah kira-kira sebulan lebih lalu, kini Ibu Siti Norkiah Mahmood Baginda (lebih dikenali dengan panggilan Tun Minah oleh rakan seperjuangannya disini), kini telah pulang ke rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12, (Kampung Perdamaian Sukhirin) T. Sukhirin, A. Sukhirin, C. Narathiwat. Tun Minah adalah bekas Ketua Awas Pahang dan kader Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya.

Beliau meninggalkan rumah kerana menjaga suaminya Allahyarham Abu Samah yang sakit berat di Hospital Sungai Golok. Allahyarham Abu Samah mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis. Kerana itu Allahyarham beberapa kali dimasukkan ke bilik ICU.



Semasa di hospital beliau sentiasa menerima kunjungan rakan-rakan seperjuangan dan sanak saudara baik di Thailand mahupun di Malaysia.

Hidup mati manusia sudah ditakhdir oleh Allah (S.W.T.) Pada 6 April, keadaan sakit Allahyarham Abu Samah menunjukkan tanda-tanda positif, tekanan darah dan keadaan jantung kembali normal. Pihak doktor telah mengeluarkan beliau dari bilik ICU.

Akan tetapi pada keesokannya, kira-kira pukul 5am, Allahyarham kembali ke rahmatullah dengan tenang di Hospital Sungai Golok. Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok. Ibu Siti Norkiah berkabung untuk Allahyarham suaminya di rumah saudaranya di Sungai Golok.

Pada 20 April, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani telah menghantar kereta khas untuk menjemput Ibu Siti Norkiah pulang ke kampung.


Di rumah, rakan-rakan seperjuangan berdahulu kemudian datang menyampaikan takziah dan memberikan semangat kepada beliau supaya tabah menghadapi dugaan Allah dan untuk terus meniti hidup di penghujung usia.

Pada sebelah malam pula, rakan-rakan seperjuangan mengadakan majlis tahlil dan berdoa di rumah beliau. Semoga Allah Subhanahuwataala meletakkan roh Allahyarham Abu Samah di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Amin



Pakcu Duwi


Pakcu Duwi (nama rasminya Ibrahim Mat Sarip - 1935 – 2009) meninggal dunia pada pukul 10 pagi, 9 April 2009. Berita awal yang diterima, beliau meninggal ketika berada di rumah isterinya di Daerah Raman, Wilayah Yala.

Sebuah kereta telah dihantar untuk membawa jenazah pulang. Allahyarham dikebumikan pada malam itu juga di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12).

Allahyarham berasal dari Kampung Paya Pasir, Temerloh, Pahang, Pernah menyertai Platun 5 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Manap. Tahun 1953, mengikuti Pasukan Hang Jebat Rejimen Ke-10 berpindah ke kawasan sempadan.

Tahun 1970-an, Allahyarham berkhidmat dalam beberapa pasukan penggempur Rejimen Ke-10 bergerak di Ulu Kelantan. Kemudiannya beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22, Rejimen Ke-10.

Setelah Rejimen Ke-10 menamatkan perjuangan bersenjata di bawah persetujuan damai Kerajaan Malaysia - Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Allahyarham menetap bersama-sama rakan seperjuangan lain di Kampung Perdamaian Sukhirin.

PAK ABU SAMAH MOHD. KASSIM

Pak Abu Samah Mohd. Kassim (1926 - 2009) telah pulang ke rahmatullah pada 7 April 2009, pukul 5 pagi (waktu Thailand), di Hospital Sungai Golok, Narathiwat Selatan Thailand. Jenazahnya dibawa ke rumah warisnya Ustaz Abdullah Hanafi, Sungai Golok.

Pak Abdullah C.D. bersama lebih 50 orang rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 berkejar ke Golok untuk mengadakan pemakaman jenazah dan menyampaikan takziah buat isteri beliau Siti Norkiah Mahmood Baginda.

Adik ipar Alllahyarham, Tuan Haji Mokhtar Mahmood Baginda berkejar dari Pahang ke Golok dan tiba selepas solat Zohor. Jenazah Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok pada pukul 2 petang.

Allahyarham mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis.



Blackend Is The End

Dyers Eve