To Live Is to Die

free counters

Khamis, 13 Januari 2011

BLOGGER UMNO MENINGGAL DUNIA. HAI HAI BAI BAI GUDBAI


Seorang blogger upahan umno telah mati semalam. Blogger yang menamakan dirinya sebagai Yang Gambi(Baju biru kiri sekali) itu telah mati pada jam 11 malam semalam akibat di ambil nyawanya oleh malaikat Allah. Adalah di fahamkan 2 lagi malaikat sudah tidak sabar menantinya di dalam kubur.

Arwah yang bernama sebenar Abdul Aziz Baharom berumur 56 tahun, akan di kebumikan di Felda Keratong 2.

Semoga dia bisa menjawab soalan - soalan malaikat itu nanti.

Apapun sebagai orang Islam kita hadiahkanlah Al Fatihah untuk blogger upahan umno ni.

...............................................................................

Artikal di bawah ini tidak kena mengena dengan cerita kematian di atas.

ISU INTERLOK DAN HINDU PARIAH!!!

Pariah!! Apa itu pariah? Menurut kefahaman orang hindu pariah adalah satu bangsa yang paling rendah di dalam kasta agama hindu.

Betulkah agama hindu ada kasta? Atau yang mengkastakan penganut hindu ini adalah mereka yang mencari keuntungan dengan menjual agama hindu.

Aku tak tahu sama ada benar atau tidak kasta itu adalah sebahagian dari agama hindu kerana aku tak pernah belajar walaupun sedikit tentang agama hindu. Tapi jika kasta itu memang benar adalah prinsip agama hindu maka teranglah agama hindu adalah sesat dan menyesatkan. Ini kerana kasta adalah satu alat yang di gunakan untuk penindasan dengan mengunakan hukum hakam agama.

Sebenarnya sistem kasta ini telah di cipta oleh golongan pemerintah yang menjadikan kapitalisme sebagai anutan agama mereka. Untuk menghalang golongan bawahan bangkit melawan penindasan maka golongan pemerintah telah mengunakan agama sebagai satu alat untuk menghalang kebangkitan, maka golongan agama telah di gunakan untuk mengeluarkan hukum2 berdosa rakyat menentang pemerintah. Golongan agama dalam agama hindu ini yang di jadikan sebagai terompah kayu oleh pemerintah telah berusaha mencari dalil untuk menghalalkan apa saja tindakan penindasan terhadap rakyat bawahan.

Maka wujudlah satu kasta yang di namakan Pariah. Kasta pariah ini adalah satu golongan yang paling bawah antara kasta2 yang sengaja di ada2kan oleh golongan agama dalam agama hindu ini.

Di Malaysia penganut hindu kebanyakannya adalah dari kalangan kaum india walaupun semakin hari semakin bertambah penganutnya dari kalangan orang melayu. Orang India generasi akhir yang datang ke Tanah melayu adalah di bawa oleh penjajah untuk menjadi hamba mereka di ladang ladang getah.

Orang India ini di letakkan di estet2 oleh penjajah dan di lebelkan mereka sebagai satu kaum yang paling hina sekali. Di estet ini di sediakan kedai kedai tuak untuk orang India ini mabuk dan menjadi penagih arak atau lebih di kenali dengan samsu haram.

Namun tujuan utama penjajah membawa kaum india datang ke Tanah melayu sebenarnya ialah untuk meneruskan survival pecah dan perintah mereka. Sebab itu orang India di letakan di estet2 dan tidak bercampur dengan kaum melayu, agar perasaan tidak puas hati akan timbul terhadap orang melayu yang kononnya mendapat layanan yang lebih baik dari penjajah.

Di sini perasaan tidak puas hati yang kemudiannya mewujudkan kebencian kepada kaum melayu akan berputik. Orang melayu pula yang tinggal di kampung2 pinggir bandar merasakan mereka adalah lebih mulia dari orang India yang tinggal di estet yang mereka panggil orang india ini sebgai "kuli". Perasaan tidak puas hati kaum india dan perasaan memandang rendah orang melayu kepada kaum India ada adalah satu kejayaan kepada penjajah.

Hari ini isu pariah di timbulkan kembali dari sebuah novel hasil dari dari sasterawan negara yang telah menyentuh perkataan pariah di dalam novel yang di jadikan teks kepada pelajar SPM. Aku tidak mahu mengulas apakah yang tersirat di sebalik novel ini kerana aku masih belum kesempatan untuk membacanya. Adalah tidak adil menghukum sebelum membacanya siapa yang betul dan siapa yang salah.

Namun novel ini telah mencetus kemarahan kepada kaum India kerana katannya novel ini telah menghina kaum india. Kita tak pasti sama ada yang turut serta dalam kemarahan itu kesemuanya telah membaca novel ini ataupun hanya main ikut ikut. Lebih malang lagi untuk menunjukan mereka itu perihatin terhadap isu ini adalah dari kalangan wakil rakyat dan mereka telah turut serta dalam demontrasi serta membakar novel ini.

Sebenarnya mereka ini semua tak sedar bahawa isu novel ini adalah satu perangkap yang di pasang oleh UMNO. Umno memang juara dalam perkauman sempit. Umnolah yang menganggap orang India sebagi pariah di malaysia ini.

Orang PR terutamannya pemimpin Pas pula cuba untuk menjadi hero di dalam isu ini tanpa mengambil kira perangakap yang sedang menanti mereka. Sedangkan mereka belum pun membaca novel tersebut.

"Hapuskan Perkauman Sempit"

Seperti kata kawan aku nikbinjidan :"buku lawan buku hujah lawan hujah jangan sedap main bakar bakar. Sasterawan negara orang pintar masakan menulis caca marba"

Blackend Is The End

Dyers Eve