To Live Is to Die

free counters

Isnin, 3 Januari 2011

HIMPUNAN SAMBUT SUK KUSRIN PULANG KERJA PETANG NI DI HADAPAN PEJABAT SUK SELANGOR



Bukak mata dari tidoq petang ni aku terima sms dari seorang blogger yang kerjanya naik kuda bahawa Setan Kusrin tak jadi angkat sumpah sebagai SUK negeri Selangor sebab kononnya Sultan dah sedaq diri yang dirinya sememangnya tak ada kuasa walaupun kerja Sultan hanyalah tengok gambaq Power Ranger sahaja setiap hari.

Kah kah kah...terus saja aku mulakan doa bangun tidoq dengan kah kah kah...baru setan ni tau...Rupa2nya MB Khalid pun ada sikit perangai macam aku kah kah...Baguslah kalau ada perangai macam aku kalau tak Setan Kusrin mesti boleh masuk bilik tidoq MB Khalid ni..

Oleh itu kepada semua rakyat Selangor yang dok dekat Shah alam pakat-pakat la pi sambut kepulangan kerja SUK pada petang ini. Tapi jangan la dok kata apa ..hang pa cuma perlu senyum saja time dia keluar dari bangunan SUK tu..... kah kah kah.. Percayalah senyum itu amat memedihkan sehingga ketulang pungkoq kah kah kah...aku dah buat dah kat Lebai Zan yang kaki smsm lucah kat bini orang tu....kah kah kah

Apapun Setan Kusrin ni tercapai la jugak hasrat nak duduk kat meja SUK walaupun sehari saja kah kah kah.... Jenis Setan macam ni aku rasa kat kerusi pun penuh beretang dia pak cu ceng kah kah kah...


............................................................................

SHAH ALAM, 3 Jan: Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM,

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


BACA JUGA POSTING HARI INI: -

PELAQ PUNYA MB SELANGOR TAK HABAQ KAT KAMI SEBAB SEBENAR DIA TAK MAU KUSRIN...RUPA2NYA SI SETAN NI.....

Blackend Is The End

Dyers Eve