To Live Is to Die

free counters

Isnin, 24 Januari 2011

JANGAN NILAI PADA PAKAIAN LUAR TAPI NILAILAH PADA PAKAIAN DALAM

Ishh ntah pasai apa sejak akhir akhir ini Abu Nawas asyik boh cerita pasai telanjang saja. Orang dok kalut cerita pasai pilihanraya abu Nawas pulak dok cerita pasai telanjang..

Bukan apa, Abu Nawas sejak dok mengaji dengan ustad Jamil Khir baharom dengan Ustad Kazim ni rasa macam paham sangat dengan ugama. la ni Abu Nawas dah tak macam dulu, maksud Abu Nawas la ni Abu Nawas dah tak amalkan fahaman pluralisme dan libralisme lagi sebab kata ustad Jamil pahaman tu sesat dan boleh jadi kapiaq..

Haa ini baru pahaman Islam yang sebenar... tapi tu la hangpa semua suka pandang pakaian luaq saja..hangpa tak tau hati di dalam baik..macam berita bawah ni la...dia kata jangan tengok pakaian luaq tapi tengok la pakaian dalam dia... Ish puas abu Nawas cari dalam google seluaq dalam dia tapi tak jumpak..bukan apa abu Nawas cuma nak buat koleksi saja...setakat la ni ada la 33 helai seluaq dalam yang abu Nawas dah buat koleksi..bukan nak buat apa, cuma nak boh dalam nasik...baru sedap... keh keh keh

.........................................................

KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.

Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.

Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

“Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya.


“Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara.

“Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

“Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya.

“Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi,” katanya kepada Metro Ahad.

Blackend Is The End

Dyers Eve