To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 21 Januari 2011

MATI TAK MATI MATI TAK MATI MATI..EMM MATILAH


Ini berita 6 hari lalu. mamat ni marah sebab orang kata dia sakit jantung. Dia mana ada sakit dia cuma menjalankan pemeriksaan kecil.

Petang kemarin lagi sekali berita keluar kata dia sudah mati tapi dia mana ada mati, dia cuma masuk hospital sebab sakit jantung.

Pagi ni dia dah masuk kubur.... mati sebab sakit jantung. emmm nak buat macam mana dah nak mati..mati sajalah...
........................................................................................






ADUN Merlimau nafi diserang sakit jantung - malaysiakini(14jan)

ADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan sedang menjalani rawatan di Hospital Putra di Melaka selepas pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat, lapor The Star Online.

Mohd Hidhir, yang juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri dimasukkan ke hospital itu pada jam 1 petang semalam selepas mengalami ketidak-selesaan perut selama beberapa hari sekembalinya dari Taiwan, Isnin lalu.

"Pada mulanya, saya mendapatkan rawatan untuk perut tetapi memutuskan untuk menjalani ujian lanjut apabila sakit itu berulang meskipun diberi ubat.

"Ujian lanjut pada Khamis mendedahkan arteri saya tersumbat,” katanya di Melaka hari ini. Katanya, doktor kemudiannya menjalankan pembedahan kecil, lewat petang semalam.

Sehubungan itu, Hidhir menafikan khabar angin yang beliau diserang sakit jantung dan keadaannya serius.

Beliau yang agak girang berkata beliau masih di unit kardiak dan akan dipindahkan ke wad biasa Sabtu ini untuk tujuan pemantauan.

Lewat malam semalam, Malaysiakini memetik laporan Utusan Malaysia Online yang Mohamad Hidhir dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung.

Blackend Is The End

Dyers Eve