To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 7 Januari 2011

POMPUAN SEKSI KEMALANGAN JALANRAYA. KERUGIAN RM7.8 bilion


Ini berita dari surat habaq kongkek. Ini berita penipu, Macam mana negara rugi kalau ada kemalangan? Kah kah kah...Jangan la dok perbodoh orang, cukuplah perbodoh mamat umno walaupun memang mamat umno dah lama bodoh kah kah kah.

Cuba kita lihat bagaimana bila ada kemalangan boleh menjadikan Ringgit malaysia.

1. Sapa yang nampak ada kemalangan akan call ajen bengkel. Seorang dapat boleh dapat RM100.

2.Gang bengkel kereta datang, kalau dapat tarik masuk bengkel mereka maka seorang akan dapat komisyen RM300.00

3. Kemudian polis datang.. Ini aku tak mau cerita berapa polis ni dapat sebab aku takut masuk lokap kah kah kah..tapi abang aku kerja polis trafik bahagian kemalangan kah kah kah...

4. Kereta masuk bengkel. Orang insuran datang. Tangkap gambaq sikit. Tipu sikit, lepas tu claim kat insuran.

5. Lawyer pun datang. Sembang2 sikit...tunggu naik makamah lepas tu tunggu RM.

6. Kalau masuk hospital, macam2 boleh buat duit. Sendiri fikir, aku tak sempat nak tulis dah sebab anak dah nak balik sekolah.

7. cukup masa dapat duit insuran..

8. Semuanya duit... habis tu nak rugi apa kah kah kah

Maunya tak rugi, dah dok menipu kah kah kah. Jangan la dok buat terkejut. Kah kah kah bodoh bodoh bodoh macam Kusrin kah kah kah....

....................................................................

Negara rugi RM7.8 bilion akibat kemalangan jalan raya

KUALA LUMPUR - Malaysia kerugian RM7.8 bilion bersamaan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut di negara ini pada 2008, menurut Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar peraturan lampu isyarat.

Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero, katanya semalam.

Ahmad Farhan berkata, mengikut statistik Bukit Aman, dari Januari hingga November tahun lepas, sebanyak 5,753 kes kemalangan maut direkodkan yang membabitkan 2,464 motosikal, kereta (1,428), lori (559), kenderaan pacuan empat roda (4X4) 231, van (190), bas (121), teksi (74), lain-lain kenderaan (178), basikal (114) dan pejalan kaki (370).

Punca kemalangan maut yang dicatatkan pula antaranya akibat terbabas sendiri (1,587 kes), memakan jalan (856), cuba atau sedang menukar laluan (774), cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan susur (585), mengekor rapat kenderaan hadapan (337), tidak nampak kenderaan atau objek serta binatang dihadapan (556), melawan aliran trafik (161), membuat pusingan U (220) dan tidak ikut lampu isyarat (106).

Selain itu, sikap leka, suka berangan dan mengantuk (100), cuai ketika mengundurkan kenderaan (62), berlumba (21), berhenti mengejut (18), mabuk dan di bawah pengaruh dadah (10), dan lain-lain (340) juga menjadi punca.

Berdasarkan statistik pada 2009, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, di mana 60 peratus merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.

Beliau berkata, selain sikap manusia, penyebab kemalangan maut atau mendatangkan kecederaan turut dipengaruhi pelbagai perkara lain antaranya faktor jalan, persekitaran dan kenderaan.

“Sikap manusia adalah penyebab utama kemalangan dan 60 peratus kematian di jalan raya adalah di kalangan penunggang mahupun pembonceng motosikal,” katanya.

Beliau berkata dari kajian yang dilakukan ke atas punca kemalangan maut membabitkan menunggang motosikal, kebanyakan mereka menunggang secara berbahaya, tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul.

“Menurut kajian terkini yang kita lakukan, remaja bawah 20 tahun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal adalah tidak mempunyai lesen,” katanya. - Bernama

Blackend Is The End

Dyers Eve