To Live Is to Die

free counters

Isnin, 3 Januari 2011

TOK IMAM KENA CEKUP


Ini cerita pasai Tok Imam yang tak suka maksiat. Tok Imam ni bagitau kat orang mai sembahyang jumaat supaya jangan buat maksiat.

Tok Imam ni tak sedar yang dia dah buat salah besar. Sapa kata buat maksiat tu salah. Ianya salah kalau yang buat tu orang DAP yang bersenam dalam masjid saja. Yang salah tu hanyalah kalau politik dalam masjid tapi kalau di luar masjid tak pa.

Sebab tu la ada orang kongkek bibik dalam bilik rumah sendiri. Ini tak salah sebab tidak di buat di dalam masjid. Sebab itu ada orang kongkek pompuan Monggolia lepas tu kasi bom. Ini tak salah sebab depa tak bom pompuan monggolia tu dalam masjid. Sebab tu ada orang kongkek budak bawah umur kat melaka. Ini tak salah sebab Tambi kecik ni kongkek budak bawah umur di luar masjid.

Padan la muka Tok Imam ni kena tangkap sebab tak bagi orang buat maksiat di malam tahun baru. Kalau tak boleh kangkang kat jantan tak la di namakan Tahun Baru. Kalau tak boleh hayun sebotoi dua tak la di namakan tahun baru. Ini Tok Imam mesti tahu kalau nak baca khutbah.

Lain kali kalau nak tegur orang kena sebut macam ni " Wahai umat Islam ingatlah kamu, Mana2 orang DAP yang masuk masjid tak pakai tudung itu harammmmm hukumnya" " wahai umat islam, di atas mimbar ini saya ingin berpesan kepada kamu bahawa kalau nak telanjang telanjanglah di luar masjid. Kalau kamu nak kongkek bibik, kongkek la di dalam bilik...tapi pastikanlah kamu semua itu umno maka barulah hukumnya harussssss"

Barulah polis tak tangkap.....kah kah kah kah

......................................................................

Gara-gara khutbah, imam dipanggil ke balai polis

KOTA BHARU, 3 Jan: Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan.

Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Rosadi Awang, 50, petang tadi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam.

“Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundangkan gejala sosial.

“Sepatutnya anggota polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti berlaku dan bukannya melancarkan program hiburan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataannya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikannya.

Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang disampaikan.

“Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang tadi dan meminta saya ke balai untuk diambil kenyataan,” ujarnya.

Bagaimana kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan.

Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala sosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar.

“Namun kerana tidak faham agama mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah mungkin bagi mengelakkan penduduk kampung tahu isu semasa yang berlaku,” katanya.

Blackend Is The End

Dyers Eve