To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 22 Januari 2011

WANITA LUBNAN JADI SASAU DI MAKI WANITA MALAYSIA -


Petang tadi aku bercerita tentang ini (Click). Cerita pasai betina arab yang di beli dengan harga berjuta ringgit hasil keringat orang miskin di Negeri serawak. Malam ini pulak aku terbaca berita yang seorang wanita telah di tahan polis kerana mahu bercakap benar di hadapan pemerintah.

Inilah manusia yang namanya wanita sanggup kedepan untuk menyatakan haknya. Mengapa tidak ada lelaki? Di mana pulak ustad yang hanya berani bercakap di dalam masjid saja? Di mana orang politik yang kononnya nak membela nasib rakyat marhaen?

Semuanya pembohong. Semuanya penakut. Mereka hanya akan kedepan jika ada keuntungan politik jika tidak mendatangkan keuntungan politik maka pergi mampuslah dengan orang miskin. Setiap hari rakyat terus di belenggu dengan kemiskinan dan setiap hari jugalah orang politik makan di restoran mewah.

Ada mereka kisah dengan penderitaan rakyat? ya memang ada..bila mereka mahu undi orang miskin.


Maka ucapan setinggi tahniah kepada wanita yang berani ini.. wanita ini berani kerana dia tidak membiarkan hidupnya di tentukan oleh orang lain.
Inilah wanita yang mewarisan keberanian Suriani Abdullah. Siapa Suriani Abdullah? Lihat gambar di atas dan carilah di Google..

Hidup rakyat Serawak
Hancur Betina Lubnan dan Suaminya..

.......................................................................................................

MIRI, 22 Jan – Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan polis kerana cuba mendekati Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau melancarkan program Sejiwa Senada di Padang Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini.

Drama itu tercetus kira-kira pukul 11.30 pagi apabila wanita berkenaan, yang berbaju biru dan membawa sekaki payung serta satu beg plastik, menyusup di celah-celah orang ramai untuk menuju ke tempat VIP.

Beberapa pegawai Cawangan Khas yang melihat gelagat wanita itu serta-merta menghalang dan membawanya keluar dari khemah utama di mana majlis pelancaran itu bakal diadakan.

“Ketua Menteri perlu tahu perkara sebenar!, “ jerit wanita itu ketika diiring keluar dari tempat berkenaan.

Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Miri sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah jabatan kerajaan dan ingin mengadu hal berkenaan kepada Taib.

Kejadian itu tidak menjejaskan perjalanan majlis tersebut dan Taib menyampaikan ucapan beliau seperti yang dijadualkan.

Program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri itu menjadi platform bagi jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan untuk mendampingi orang ramai.

Program yang berakhir esok itu menyediakan 181 gerai untuk memudahkan orang ramai mendapat penerangan tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan terbabit, di samping mendengar cadangan dan sungutan mereka dalam usaha kerajaan menambah baik sistem penyampaian kepada rakyat. – Bernama

Blackend Is The End

Dyers Eve