To Live Is to Die

free counters

Khamis, 20 Januari 2011

WARGA EMAS HIDUP KEMBALI SETELAH DI KAFAN

Seorang warga emas yang telah meninggal dunia tiba-tiba hidup semula apabila mayatnya hendak di tanak di sebuah ladam limau hari ini.... kah kah kah ini bukan beritanya tapi beritanya di bawah ni...






ADUN MERLIMAU BELUM MATI .


Petang ni bila aku online banyak blog termasuk blog umno dok cerita pasai Adun Merlimau mati..kah kah kah.. aku bukak Malaysiakini tapi tak cerita pun yang ada adun ni mati cuma cerita kritikal saja (update jam 4.45ptg).

La ni nyawa wakil rakyat semuanya dalam bahaya..semua orang dok tunggu depa mati saja kah kah kah.. maklumlah la ni PR dah menang 8 dan BN 5 jadi BN perlukan 3 lagi untuk menyamakan kedudukan.

Kalau di Tenang BN menang maka PR masih mendahului lagi 2 kerusi. Jika jadi pilihanraya di Pelabuhan Kelang dan PKR mampu mempertahankan kerusi itu maka kedudukan akan menjadi PR 9 dan BN 6. Ini bermakna BN ketinggalan semula kepada PR 3 kerusi.

Maknanya BN masih memerlukan lagi 3 wakil rakyat mati. Itu pun kalau 3 kerusi yang kematian wakil rakyat tu di menangi BN kalau ada kerusi yang kalah maka kematian wakil rakyat masih terus di perlukan untuk menyamakan kedudukan antara BN dan PR kah kah kah.

Maka dengan ini semua wakil rakyat silalah bersiap sedia untuk mati..kerana kematian anda amat di nanti nantikan oleh UMNO/BN..keh keh keh.

.............................................................................

ADUN Merlimau kritikal selepas serangan jantung- MALAYSIAKINI

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung sejak semalam.


Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah berkata, Mohamad Hidhir, 54, kini menerima rawatan di Hospital Putra, Melaka.

Ahmad turut menafikan satu kiriman SMS berita dihantar Utusan Malaysia hari ini yang menyatakan Mohamad Hidhir telah meninggal dunia.

Beberapa orang wakil rakyat BN kini turut berada di hospital berkenaan, termasuk ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan.

"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di Hospital Putra di Melaka pada petang ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak media agar tidak membuat spekulasi mengenai kedudukan terkini Mohamad Hidhir.

Mohd Ali berkata, terdapat laporan berita portal media mengatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Blackend Is The End

Dyers Eve