To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 5 Februari 2011

HOSNI MURTABAK LANCAR JIHAD HALAU CINA DI KELANTAN


Parti Hosni Murtabak cawangan Kelantan hari ini telah melancarkan seruan jihad untuk berperang dengan orang melayu Kelantan. Perlancaran jihad ini telah di sempurnakan oleh anak sedara Hosni Murtabak yang bernama Mustafa Murtabak.

Adalah di fahamkan tujuan jihad ini di lancarkan keatas kelantan kerana negeri Kelantan kini di perintah oleh cina. Sejak cina memerintah Kelantan dari tahun 1990 banyak masjid di negeri Kelantan telah di robohkan dan orang melayu pula telah ramai di bunuh.

Menurut salah seorang Naib Presiden Parti Hosni Murtabak yang bernama Zahid Murtabak mulut Menteri Besar Kelantan iaitu Mr Lim Ah Jis mesti di tutup dan kalau boleh di hapuskan terus kerana MB Kelantan ini berbangsa cina. Oleh itu jihad untuk mengembalikan negeri Kelantan kepada orang melayu mestilah di lancarkan.

.............................................................................

Pemuda UMNO Kelantan lancar Gelombang Merah - Utusan Umno

KOTA BAHARU 5 Feb. – UMNO Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda UMNO negeri melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan Pas yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini.

"Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda.

"Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Katanya BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November tahun lepas. - Bernama

Blackend Is The End

Dyers Eve