To Live Is to Die

free counters

Khamis, 3 Februari 2011

TOK GURU HALAU WAKIL ZAHID HAMIDI YANG DI UTUSKAN UNTUK BERBINCANG KERAJAAN PERPADUAN


Tok guru Nik Aziz yang selalunya kelihatan tenang, hari ini telah mengamuk dengan penyapu menghalau wakil UMNO yang mahu menutup mulutnya daripada menghalang kerajaan perpaduan antara UMNo dan Pas.

Kejadian yang berlaku di rumahnya ketika Tok Guru baru saja menunaikan solat asar tiba2 di datangi oleh dua orang wakil umno yang telah berpakat untuk menutup mulut Tok guru.

Akibat dari sikap kurang ajar kedua wakil umno itu Tok guru telah masuk ke dalam rumah mengambil penyapu lalu menghalau kedua2 wakil umno tersebut sehingga lari lintang pukang.


Cuba lihat babak babak dua wakil umno yang telah di utuskan berjumpa Tok Guru di bawah ini.

Gambar di bawah adalah 2 wakil umno yang telah di utuskan ke rumah Tok Guru:

Gambar di bawah pula ialah bagaimana kedatangan wakil umno ini di sambut mesra oleh Tok guru sebagai menghormati tetamu.Dua orang wakil umno ini telah gagal dalam berhujah dengan Tok Guru lalu berpakat untuk menutup mulut Tok Guru.

Akhirnya mereka menjadi kurang ajar setelah gagal berhujah..mereka menutup mulut Tok guru yang sama sekali tidak mahu bersekongkol dengan umno
Akibat dari sikap kurang ajar wakil umno tersebut Tok guru telah masuk kedalam rumah untuk mengambil penyapu dan menghalau mereka keluar dari rumahnya.Wakil umno lari lintang pukang setelah di sergah oleh Tok guru yang sebelum ini di sangkannya kemetot...kah kah kah padan muka umno kah kah
wakil umno ini telah balik berjumpak Zahid Hamidi menceritakan hal yang terjadi di rumah Tok Guru. Macam biasa pecacai umno ini akan bohong boss depa demi sesuap nasik.
Untuk menonton video kejadian ini sila tengok clip di bawah ini




Berita di atas hanyalah rekaan Abu Nawas semata mata, berita sebenarnya adalah di bawah ini..

Cari jalan ‘tutup mulut’ Nik Aziz- Utusan Umno

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pas harus mencari jalan untuk ‘menutup mulut’ Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering kali mengeluarkan fatwa politik kerana ia mampu merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz juga sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu.

‘‘Pas hendaklah mencari jalan menutup mulut beliau (Nik Abdul Aziz) yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

‘‘Lagipun, pendapat beliau bukan pendapat Dewan Ulama Pas, jauh sekali pendapat daripada badan induk Pas,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang sejak kebelakangan ini sering kali mengundang kontroversi.

Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong calonnya sebagai orang jahiliah.

DI KEHENDAKI

SESIAPA YANG MENGENALI WANITA INI SILA HUBINGI ABU NAWAS (CLICK TAJUK INI UNTUK ISU INI)

Blackend Is The End

Dyers Eve