To Live Is to Die

free counters

Isnin, 18 April 2011

BERITA TIME MAGHRIB : ADUN JADI DUDA


KLANG, 18 April — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan isterinya, Ramizah Mazlan, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Peguam Syarie Mahyuddin Md Zahari, yang mewakili Badrul Hisham, berkata, Badrul Hisham melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh selepas Ramizah bersetuju menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang difailkannya sebelum ini.

"Kes ini sepatutnya masih di peringkat perbicaraan hari ini tetapi dipinda selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan iaitu Badrul Hisham bersetuju untuk melepaskan Ramizah, yang bersetuju untuk menarik balik tuduhan, dakwaan dan keterangan dalam kes tuntutan cerai secara fasakh itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 4 Feb tahun lepas, Ramizah, 40, memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada Badrul Hisham, 51, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 kosong

Blackend Is The End

Dyers Eve