To Live Is to Die

free counters

Rabu, 20 April 2011

ADUN PERTAMA BAKAL LOMPAT DI SARAWAK


Kah kah kah...time sebelum PRN sarawak aritu aku dok ingat parti SNAP ni hebat sangat.. Fuhh siap keluaq dalam TV nak lawan 3 penjuru jugak. Last lasti satu kerusi pun tarak kah kah kah..

Bila dah terpeleot tiba2 kerusi Bebas yang menang satu pun dia kata hak dia punya kah kah kah.. Kesian betui kat parti yang nama macam biskut ni kah kah kah. Lepas tu yg si Bebas ni pulak tak mengaku yang dia nak masuk parti Snap malah dia kata dia pro BN kah kah kah...

Oii Snap hang dah tak dak apa.. mamat ni dah tak boleh dapat apa dari hang... la ni dia dok nampak BN la kah kah kah... Calon pembangkang pro BN kah kah kah.. macam musibat ayaq sarbat kah akh kah.....

Kisah Ustaz dan ustazah tak senonoh click SINI
.........................................................................................

Snap dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu - Utusan Umno

KUCHING 19 April - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus miliknya dengan alasan calon Bebas, George Lagong yang menang di kawasan itu adalah ahlinya.

Presiden Snap, Edwin Dundang turut mendakwa George telah menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dan berjuang bersama parti pembangkang itu.

"Meskipun menang sebagai calon Bebas, George kekal sebagai ahli parti ini. Beliau yang tidak dapat hadir hari ini membenarkan saya mengumumkan pendiriannya itu.

"Justeru, secara tidak rasminya Snap memenangi satu daripada 26 kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Snap di sini hari ini.

Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, George menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Mengulas lanjut, Edwin berkata, George terpaksa bertanding di Pelagus atas tiket Bebas kerana beliau tidak sempat mendapatkan surat kebenaran rasmi daripada pihak parti pada hari penamaan calon.

"Seperti yang anda tahu, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon Snap di DUN Baleh tetapi menukar fikiran dengan bertanding di DUN Pelagus pada saat-saat akhir.

"Bagaimanapun, kami telah dimaklumkan mengenainya dan keputusan beliau itu mendapat restu pucuk pimpinan parti," katanya.

Sementara itu, George yang dihubungi Utusan Malaysia memberikan kenyataan berbeza malah menegaskan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya.

Katanya, beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai statusnya sebagai ADUN Snap kerana berada di luar kawasan sejak tiga hari lalu.

"Saya ingin tegaskan, sama ada saya ahli Snap atau tidak, saya bertanding dan menang sebagai calon Bebas, bukan calon Snap," tegasnya.

Dalam pada itu, George mendedahkan sehingga hari ini masih belum ada mana-mana parti mempelawa beliau menyertai mereka namun mengakui bahawa beliau adalah seorang yang mesra Barisan Nasional (BN) dan kemungkinan untuk menyertai parti pemerintah itu adalah tinggi.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa, saya perlukan masa. Saya perlukan kenderaan politik (parti) untuk kerjaya politik," katanya.

Blackend Is The End

Dyers Eve