To Live Is to Die

free counters

Rabu, 20 April 2011

BERITA DARI SUNGAI PETANI : ANAK ISTERI KEDUA MATI DI DERA ISTERI PERTAMA


SUNGAI PETANI: Isteri kedua seorang peniaga membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya mati dipercayai didera oleh isteri pertama suaminya.

Wanita berumur 22 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini malam tadi dan mendakwa anaknya didera di rumah madunya itu di sini.


Menurut wanita itu, anaknya yang berumur 18 bulan itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta selepas dikatakan terjatuh dari katil dua tingkat pada 11 pagi semalam tetapi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan hanya lima jam kemudian.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa anaknya itu dibawa tinggal bersama keluarga suaminya kerana mereka tidak mempunyai anak lelaki.

LAGI PENDEDAHAN MESEJ FB USTAD PASTI PENANG YANG SUKA KACAU BINI ORANG


"Saya terkejut apabila dihubungi keluarga suami memberitahu bahawa anak saya meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh katil," kata wanita itu.

Blackend Is The End

Dyers Eve