To Live Is to Die

free counters

Rabu, 13 April 2011

AWAS - POLIS LARANG BUAT SPEKKULASI KEMATIAN DI RUMAH HANTU


KUALA LUMPUR 12 April – Polis telah mengambil keterangan 40 individu bagi membantu siasatan berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya sehingga kini masih menjalankan siasatan di bawah kes mati mengejut.

“Sehubungan itu orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini, mereka diharap menyalurkannya terus kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini malam ini.

Blackend Is The End

Dyers Eve