To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 15 April 2011

BERITA BAIK DARI PEMANDU TEKSI UNTUK PAKATAN RAKYAT DI SARAWAK


Antara yang menjadi mangsa ‘serangan’ pemandu teksi adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.


Kebanyakan pemandu terbabit mengajak penumpang berbual soal politik berkisar pilihan raya negeri Sabtu ini, sebelum terus ‘menghentam’ kerajaan dengan dakwaan Barisan Nasional (BN) tidak prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mendakwa kerajaan negeri tidak serius menyediakan peluang memiliki rumah di kawasan Miri dengan menetapkan harga tidak masuk akal dan membebankan rakyat.


Selain itu, Kementerian Pelajaran turut menjadi sasaran apabila timbul dakwaan peruntukan untuk setiap sekolah di Miri diseleweng pihak tertentu untuk kepentingan peribadi hingga pengurusan sekolah terpaksa mencari dana sendiri bagi membiayai aktiviti.

Antara topik yang menjadi bualan ialah tohmahan konon Timbalan Ketua Menteri yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menggunakan kedudukannya untuk membeli tanah bagi pihak anaknya pada harga lebih murah berbanding harga pasaran sebenar.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati, ramai di antara pemandu teksi di bandar raya ini mengirim SMS kepada orang ramai supaya dan menyokong DAP.

Di Edit dari surat habaq Metrot

Blackend Is The End

Dyers Eve