To Live Is to Die

free counters

Isnin, 11 April 2011

BERITA KEMATIAN PEJUANG KEMERDEKAAN TANAHAIR

DARI BLOG KINI DAN SILAM CLICK SINI

Ah Cheng, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang terpuji, ahli revolusioner proletariat, pejuang revolusioner yang taat setia, pimpinan yang lama teruji dan anggota politbiro Jawatankuasa Pusat PKM telah meninggal dunia di Hospital Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada pukul 1.00 tengah hari, 30 Mac 2011 dalam usia 93 tahun.

Pada 7 April 2011, upacara pembakaran jenazah Mendiang Ah Cheng yang diiringi doa selamat oleh sekumpulan Sami Buddha telah diadakan di sebuah kuil Buddha di Bandar Betong. Upacara itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan seperjuangan mendiang. Mej. Gen Chamlong, Timbalan Panglima Ketumbukan Ke-4 dan Datok Bandar Betong telah menghadiri upacara tersebut.

Rakan seperjuangan mendiang dari Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Yaha dan Kampung Perdamaian Sukhirin telah menghantar wakil untuk menyampaikan penghormatan terakhir kepada jenazah mendiang.

Blackend Is The End

Dyers Eve