To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 9 April 2011

CCTV RAKAM PAK KASTAM JATUH?


KUALA LUMPUR 9 April – Polis sudah mengambil keterangan daripada 16 orang termasuk anggota keluarga Ahmad Sarbani Mohamed sehingga semalam bagi membantu siasatan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor itu pada Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan berapa ramai anggota keluarga Ahmad Sarbani yang diambil keterangan.

"Polis akan mengambil lagi keterangan dari individu berkaitan jika siasatan yang dilakukan memerlukan lagi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah di Pusat Beli-Belah Wangsa Walk anjuran MSL Properties di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas tentang rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperolehi polis dari tempat kejadian itu, Zulkifli berkata polis masih menganalisisnya

Blackend Is The End

Dyers Eve