To Live Is to Die

free counters

Khamis, 14 April 2011

CERITA DAN GAMBAR DI SEBALIK PERHIMPUNAN DI HADAPAN PEJABAT MENTERI BESAR PERAK






Seramai 14 orang termasuk Kumar Psm, Rani Psm, Agastin Psm, Karti Pemuda Sosialis PSM telah ditahan semasa demo penduduk DBI di hadapan pejabat MB Perak sebentar tadi. Tuntutan meminta lot tanah 40 Penduduk Kg. DBI telah diutarakan oleh Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) sejak 14 tahun lalu , hari ini satu demonstrasi telah diadakan di depan Pejabat Menteri Besar Perak pada pukul 10 pagi dengan tujuan memberikan memorandum dan mendapatkan satu keputusan yang muktamad daripada Menteri Besar sendiri setelah lebih sepuluh tahun hanya ditipu oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan negeri dengan janji - janji kosong.

Tuntutan meminta tanah lot adalah wajar bagi penduduk Kg. DBI hai ini kerana mereka telah berkhidmat kepada kerajaan dan sebanyak dua kali kerajaan negeri pernah menjanjikan pemberian tanah kepada mereka namun sehingga hari ini janji tetap dengan janji manis. Lebih daripada seratus orang telah menyertai acara penyerahan memorandum hari ini yang disertai oleh Ahli Parlimen Sg. Siput Dr. Jeyakumar , wakil - wakil daripada PSM , Penduduk Kg. DBI , Saudara Ramesh wakil daripada Hindraf , dan penyokong - penyokong lain. Disebabkan hari ini ada sidang DUN berlangsung MB tidak dapat keluar daripada sidang dan berjumpa dengan rakyat ( 1 malaysia - Rakyat dibelakangkan ) , namun setelah adakan perundingan dengan pegawai khas MB , beliau setuju untuk membenarkan 10 orang wakil bersua dengan MB semasa lunch hour selama 10 minit ( 1 malaysia - 10 minit sahaja untuk mendengar masalah rakyat )

Pada pukul 11.38 pagi , Pihak polis telah masuk campur dengan menyatakan ini adalah perhimpunan haram dan kami perlu bersurai ( 1 malaysia - perhimpunan tuntutan rakyat dikatakan perhimpunan haram ) Pihak polis dan FRU telah bertindak ganas dan secara liar membelasah salah seorang aktivis iaitu Sdr Ramesh yang kini dibawa ke hospital untuk rawatan segera. 14 orang telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Ipoh . Pada pukul 3 petang 7 wanita dan Seorang pelajar 17 tahun yang merupakan anak Kg. DBI yang baru - baru ini kehilangan ayahnya gara - gara dipatuk ular keran Kg. DBI telah dianaktirikan oleh kerajaan negeri perak sehingga penduduk disitu hidup tanpa sebarang kemudahan asas dan penuh dengan semak berhutan. 6 orang lelaki yang ditahan hanya dibebaskan pada pukul 4.30 petang kerana polis memberitahu ada arahan baru untuk membebaskan perempuan dahulu dan kemudian lelaki ( 1 malaysia - pembebasan aktivis mengikut biokrasi polis ) . Kesemua 13 orang dibebaskan dengan police bail. Seorang lagi telah dibawa ke hospital dengan ambulans dari Balai Polis Pusat Ipoh sejurus selepas ditahan kerana bermuntah dan mengalami kesakitan otot.

Inilah tradegi yang berlaku hari ini di ipoh , walaupun kekejaman berlaku namun penduduk Kg. DBI ttidak gentar dengan dan telah menunggu didepan Balai Polis Pusat Ipoh sehingga semua aktivis perjuangan dibebaskan.

Kami wakil daripada Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) merasa kecewa kerana walaupun sidang DUN sedang berjalan dan ada 2/3 YB datang tunjuk muka tetapi tidak memihak kepada rakyat. Walaupun sidang DUN sedang berjalan adakah susah bagi seorang MB keluar dan selesaikan isu rakyat , mungkin MB lupa kalau bukan rakyat memberi mandat dan terus memberi mandat dia tidak dapat duduk disitu lagi. MB sendiri pernah mengeluarkan pernyataan bahawa sesiapa yang telah menduduki sesebuah kawasan lebih daripada 10 tahun berhak untuk memohonya , kini penduduk Kg. DBI telah mendiami kawasan itu lebih daripada 50 tahun tetapi mengapa pernyataan itu tidak menjadi kenyataan dan hanya menjadi sandiwara politik dalam menipu rakyat. Kami juga merasakan MB perlu bertanggunjawab dalam menyelesaikan isu ini kerana ia melibatkan rakyat negeri perak dan MB mempunyai kuasa penuh dalam hal - hal berkaitan isu tanah.

Jadi , apa lagi MB Perak cepat selesaikan isu ini dan jangan terus dan menerus menghampakan rakyat dengan janji - janji kosong .......................

sekian ,

Hussein

Pemuda Sosialis

Blackend Is The End

Dyers Eve