To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 22 April 2011

DR REDUAN TEE ABDULLAH SERTAI PERKASA DEMI MELAYU


Nasib baiklah dalam bumi ni ada banyak bangsa, kalaulah dalam bumi ni hanya ada bangsa melayu saja habis satu bumi kena kelentong kah kah kah..

Ini perkasa mau ini bumi jadi semua melayu, bila semua sudah jadi melayu lagi senang umno mau tipu kah kah kah.

Itu ustad cina yang nama Dr Reduan Tee tentu banyak suka kalau ini bumi jadi melayu sebab dia dah lama nak jadi melayu kah kah kah. Itu prof Kay Kim tentu boleh kasi tolong putaq belit sejarah sebab dia pun selama ni kali putaq belit sejarah tanahair kah kah kah.

Tapi ini Mahader sudah marah.. Kalau ini bumi jadi melayu apa mau jadi dengan mamak? Kalau mamak jadi melayu macam mana nak bukak kedai nasik kandaq. Kalau kedai nasik kandaq tak dak macam, mana mau angkat India punya orang mari kerja. kalau india punya orang tarak mari kerja macam mana mau kasi kad pengenalan. Kalau tak bagi kad pengenalan macam mana mau pi undi BN kah kah kah. Kalau mamak tak undi BN macam mana Umno mau menang kah kah kah

Ini perkasa memang bodoh macam Berahim Ali. Kah kah kah... Ada otak tak mau pikiaq. Oii perkasa..hangpa nak tengok BN kalah ka kalau semua dah jadi melayu kah kah kah...

....................................................................................

Gerakan ‘1Melayu, 1Bumi' tidak baik untuk negara - Tun Mangkok (Utusan UMNO)


KUALA LUMPUR 22 April - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik... jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini hari ini.

Semalam Perkasa mengumumkan gerakan “1Melayu, 1Bumi” akan menjadi sebahagian daripada ”Perhimpunan Melayu” yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Dr. Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

Blackend Is The End

Dyers Eve